Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

CTU551

ZIKRI AFHAM BIN BORHAN


2019627596
1. Bincangkan agama-agama yang terdapat dalam tamadun India.
Tamadun India mempunyai 4 agama yang telah diamalkan sejak dahulu kala. Antaranya
ialah Hinduisme, Buddhisme, dan Jainisme.
Terdapat tiga agama utama dalam tamadun India. Yang pertama adalah hindunisme.
Hindunisme merupakan agama yang tertua di dunia. Agama ini dibawa oleh orang-orang
aryan yang menakluki lembah Indus. Pada peringkat awal mereka menyembah dewa orang
Aryan iaitu Surya (Dewa Matahari), Agni(Dewa Api), Aruna (Dewa Syurga) dan Indra
(Dewa Peperangan). Implikasi sosial dari golongan Aryan dengan Dravidian telah melahirkan
penyembahan Trimuthi iaitu tiga dewa seperti Brahma( Tuhan pencipta), Vishnu( Tuhan
Pelindung) dan Siva (Tuhan Pemusnah).
Selain itu, agama Buddha, Lahir di India pada abad ke 6 sm. Diasaskan oleh Sidharta
Gautama Buddha yg dilahirkan pada tahun 563 sm di Kapilavastu, Timur Laut India. Berasal
daripada kasta Ksyatriya, tetapi beliau telah meninggalkan kemewahan hidup di istana untuk
mengalami hidup org biasa. Memulakan pengembaraan untuk mencari kebenaran & untuk
hidup pada umur 29 tahun. Sering bertapa dan berpuasa untuk melemahkan diri.Menerima
ilham ajaran buddha ketika bertapa di Kitaka Purna Wesak (Mei), di Bawah pokok Bodhi, di
Bohdgaya. Antara ajaran utama agama Budhha ialah penderitaan manusia merupakan
angkara diri mereka sendiri, & ia boleh diatasi dengan melalui jalan benar. Gelaran Buddha
yang diberikan bermaksud “pemberi cahaya”. Mempunyai ramai pengikut di Lembah ganges
sehingga boleh membentuk kesatuan sami-sami Buddha . Mempunyai dua mazhab iaitu
Mahayana & Hinayana. Mati pada tahun 483 sm ketika berumur 80 tahun. Setelah
kematiannya, ajarannya telah dikumpulkan &ditulis kembali oleh pengikutnya dalam bahasa
pali. Dua kitab buddha yang ditulis semula itu ialah kitab Sutta & jataka.Ajaran agama
buddha menentang keras sistem kasta agama Hindu, tetapi sebaliknya memperjuangkan
persamaan taraf di kalangan manusia.
Akhir sekali, agama Jaina. Diasaskan oleh Mahavira Dilahirkan pada tahun 599 sm,
merupakan seorang anak lelaki daripada golongan bangsawan.Kerana merasa bosan dengan
kemewahan & hiburan, beliau mula mengasingkan diri untuk mencari kebenaran.Jaina adalah
merupakan gelaran yang diberikan untuk diri mereka.Agama ini tidak terpisah daripada
agama Hindu & terus mengekalkan prinsip tanpa kekerasan.Agama ini menjelaskan bahawa
pada jasad akan adanya roh.Roh wujud dlm semua jirim seperti batu, api atau
angin.Penyiksaan diri sendiri adalah merupakan jalan untuk manusia itu mengawal
nafsu.Mengutamakan kepada estetika atau keindahan. Meneruskan cara hidup yang ketat
hingga kini. Bersifat koservatif & tidak mahu menerima perubahan dari org lain serta
mengekalkan hubungan dengan agama Hindu.Kekuatan agama ini terletak pada orang awam
yang mengamalkan lima sumpah iaitu:
1.Jangan membunuh
2.Jangan cakap bohong
3.Jangan mencuri
4.Tolak semua nikmat kebendaan
5.Amal kesucian
2. Bincangkan pencapaian serta sumbangan dalam tamadun India.
Tamadun India telah mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang seterusnya
memberikan sumbangan yang besar kepada peradaban dunia. Berikut ialah sumbangan dan
pencapaian dalam tamadun India.
Salah satu sumbangan tamadun India ialah dalam sains dan teknologi. Antaranya ialah
dalam bidang matematik. Tamadun India menggunakan matematik seperti geometri untuk
upacara pengorbanan dan algebra pula untuk membezakan diantara no.abstrak dgn nombor
kuantiti objek. Seterusnya, tamadun india menyumbangkan ilmu astronomi dan kalendar
kepada dunia. Pengetahuan dalam bidang astronomi pula dapta dipetik daripada Rig Veda.
Kalendar matahari dicipta untuk mengenal musim, tahun, bulan dan hari. Selain itu, tamadun
India menyumbangkan ilmu dalam bidang perubatan. Sejak zaman Veda lagi tamadun India
mempunyai kemahiran dlm bidang perubatan. Bagi mereka ilmu perubatan merupakan ilmu
sihir. Perkembangan bidang fisiologi, pembedahan, seni pernafasan, reproduksi mausia,
farmakologi.
Selain itu, tamadun India telah menyumbangkan bahasa dan kesusasteraan. Bukti
penemuan Bahasa Sanskrit prasasti Talang Tuwo/Kedukan Bukit dan Tamil berasal daripada
tamadun India dan masih digunakan oleh orang India sehingga hari ini. Epik Mahabharata
menceritakan peperangan antara 2 tentera--baik dan jahat) dan Ramayana menceritakan
inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan pengaduhan dengan raja Sri Lanka yang melarikan
isterinya, Sita ialah hasil karya sastera agama Hindu dan Buddha.
Seterusnya, tamadun India juga menyumbangkan sifat keterbukaan kepada dunia. Sifat
keterbukaan yang dibuktikan oleh tamadun ini dalam membuat hubungan dengan tamadun
lain juga merupakan satu lagi aspek yang sangat penting. Tamadun Indus telah menunjukkan
bahawa sesebuah masyarakat itu tidak mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat
hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain. Hubungannya dengan tamadun
Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba telah membolehkan kedua-dua belah pihak
memperoleh manfaatnya sama ada dalam bentuk pertukaran teknologi atau seumpamanya.
Disamping itu, agama juga merupakan sumbangan tamadun India. Tamadun ini adalah
tempat asal agama Hindu dan Buddha. Meskipun sejarah kemunculan agama Hindu sukar
dipastikan, namun agama ini sering dikatakan telah wujud sejak zaman tamadun Indus lagi.
Tamadun India menyumbangkan perancangan bandar kepada peradaban dunia.
Keupayaan untuk mewujudkan sebuah bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa
memerlukan gabungan kepakaran sama ada dari sudut letak bandarnya mahupun dari sudut
pengisiannya. Pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian, dan matematik sangat diperlukan
untuk masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam perancangan bandar.
Pemahaman geometri hasil daripada pertembungan tamadun ini dengan tamadun
Mesopotamia dan Mesir Purba bandar disusun berasaskan bentuk segi empat, diikuti oleh
jalan raya yang lurus.
Dalam pada itu, tamadun India menyumbangkan falsafah. Falsafah India ialah falsafah
yang terawal berkembang dan direkodkan di dunia. Falsafah ini wujud dalam dua bentuk
pemikiran besar iaitu kumpulan yang bersumberkan kitab Veda dan kumpulan yang menolak
kitab Veda. Kitab Veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva
Veda. Mahabharata, Upanishad dan Bhagavad Gita merupakan antara sumbernya. Falsafah
bukan Veda pula bersumberkan ajaran Cavaka, Jainisme dan Buddhisme.
Akhir sekali, seni bina juga merupakan sumbangan daripada tamadun India. Masyarakat
tamadun ini berupaya membina binaan yang sangat baik dan lengkap yang dapat dilihat
melalui binaan Great Bath. Binaan tamadun India banyak berteraskan agama Hindu dan
Buddha. Binaan kompleks kuil di Gua Ajanta (mempunyai 20 buah kuil) dan di Gua Ellora
(mempunyai 28 buah kuil-gua) Angkor Wat dan Candi Borobudur. Elemen geometri (bentuk
segi empat dan bulat) digunakan dalam pembinaan mereka. Masyarakat Indus telah
menggunakan tanah liat dalam membentuk patung-patung dan alat-alat penghiasan tiang
Asoka yang menjadi monument.
Kesimpulannya, setiap tamadun di dunia ini menyumbangkan banyak perkara untuk
manusia meneruskan hidup.

You might also like