Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1.

0 Pengenalan
Pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan
kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Menurut McMillan (2000)
pentaksiran dalam bilik darjah adalah sebahagian daripada aktiviti penting pengajaran
dan pembelajaran. Tujuan pentaksiran adalah untuk mengetahui tahap penerimaan
murid mengenai apa yang dipelajari serta merancang penambahbaikan (McMillan,
2007). Pentaksiran bilik darjah merangkumi pelbagai maklum balas daripada murid serta
perbincangan untuk mengukur dan menilai kualiti pembelajaran (Azizi, 2010). Menurut
Suah, Ong & Shuki (2010) pentaksiran yang berkesan dapat membantu guru
mengetahui tahap pembelajaran murid serta keberkesanan pengajaran guru. Dalam
konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan
tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2001).

2.0 Objektif Kajian


Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengukur sejauh manakah kemahiran menulis
murid yang dikaji. Instrumen yang dibina adalah berdasarkan DSKP Tahun 2 Bahasa
Melayu Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Standard pembelajaran yang
digunakan untuk membina instrumen ini ialah 3.1 Menulis perkataan dan 3.2.1 Menulis
perkataan yang terdiri daripada dua suku kata terbuka. Untuk memenuhi objektif kajian
yang ditetapkan, murid dinilai dari segi penggunaan huruf besar dan huruf kecil, jarak
huruf, peninggalan atau penambahan huruf dan pembalikan huruf.

3.0 Sampel Kajian


Sampel kajian yang telah dipilih ialah Mohd (bukan nama sebenar). Mohd ialah seorang
murid lelaki tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama. Mohd merupakan
seorang murid masalah pembelajaran masalah disleksia dan lewat pembelajaran.

4.0 Strategi Pengumpulan Maklumat


Saya telah menggunakan tiga strategi pengumpulan maklumat. Pertama ialah lembaran
kerja, seterusnya senarai semak dan akhir sekali ialah rekod anekdot.
Lembaran kerja yang dibina mempunyai lima soalan struktur. Berdasarkan soalan,
murid perlu menulis semula perkataan yang telah disediakan. Perkataan tersebut ialah
topi, labu, mata, buku dan sudu. Selain itu, sebagai soalan tambahan, saya telah
meminta murid menulis huruf secara rawak pada kertas soalan untuk menguji tahap
pencapaian murid dalam kemahiran menulis.
Senarai semak yang dibina adalah berdasarkan DSKP dan lembaran kerja yang
telah dibina. Perkara yang disemak dalam senarai semak ini ialah penggunaan huruf
besar dan huruf kecil, jarak huruf, peninggalan atau penambahan huruf dan pembalikan
huruf.

Akhir sekali ialah rekod anekdot. Rekod anekdot digunakan untuk membuat satu
catatan ringkas mengenai peristiwa dan tingkah laku murid.

5.0 Pelaporan kes kajian


Hasil dapatan kajian saya, saya mendapati bahawa Mohd mempunyai masalah dalam
kemahiran menulis. Walaubagaimanapun, masalah Mohd ini masih berada dalam tahap
yang rendah. Berdasarkan instrumen kajian yang digunakan, Mohd tidak mempunyai
masalah dalam penggunaan huruf besar dan kecil. Jarak antara huruf juga adalah baik
dan tiada peninggalan atau penambahan huruf. Namun begitu, Mohd mempunyai
masalah dalam pembalikan huruf. Mohd masih lagi keliru cara menulis huruf ‘s’ dengan
betul. Di samping itu, Mohd juga mempunyai masalah dalam tulisan seperti huruf ‘b’
yang menyerupai huruf ‘p’ dan ‘d’ yang menyerupai huruf ‘a.

6.0 Rumusan
Kesimpulannya, kemahiran menulis Mohd adalah baik walaupun masih lagi terdapat
beberapa masalah yang perlu diambil perhatian oleh guru. Oleh itu, menurut
Kementerian Pendidikan Malaysia (2019), pentaksiran bilik darjah adalah amat penting
dalam membantu dalam mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid, mengesan
perkembangan murid, mengetahui keberkesanan pengajaran, merencang dan
mengubah suai kaedah pengajaran guru dan mengambil tindakan susulan yang sesuai
untuk membantu mengatasi masalah murid.
RUJUKAN

Azizi Ahmad. (2010). Pentaksiran pendidikan. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa

Kementerian Pendidikan Malaysia . (4 March, 2020). Retrieved from


https://www.moe.gov.my/en/soalan-lazim-menu/kurikulum/kurikulum

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2001). Modul Analisis Item Menggunakan QUEST.


Pulau Pinang: Tidak diterbitkan.

McMillan, J. H. (2000). Fundamental assessment principles for teachers and school


administrators. Practical Assessment, Research & Evaluation, 7(8).

McMillan, J. H. (2007). Classroom assessment: Principles and practice for effective


standards-based instruction. (4th ed.). Boston, MA: Allyn & Bacon.

Suah, S. L., Ong, S. L., & Shuki Osman. (2010). Pentaksiran pembelajaran pelajar:
Amalan guru-guru di Malaysia. Malaysian Education Dean’s Council Journal, 5, 68-83.

You might also like