Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KOMSAS TINGKATAN 4

Puisi: Gurindam Dua Belas


Maksud Puisi
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
Maksud: Apabila kita menjaga mata daripada melihat
perkara yang tidak baik, keinginan dan kehendak tidak
banyak.
意思:我们必须要利用眼睛欣赏世上美好的人事物,并不是
利用眼睛来看一些不该看的东西。
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Maksud: Apabila kita mengawal pendengaran, perkara-
perkara tidak baik tidak akan mendekati kita.
意思:不要去听别人说的闲言闲语。
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Maksud: Apabila kita menjaga pertuturan, sudah pasti kita
akan mendapat manfaat.
意思:我们必须要照顾好自己的言行举止,以避免伤到别人
的心。
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Maksud: Kita mestilah menjaga tangan dengan
bersungguh-sungguh daripada melakukan perkara jahat
yang besar atau yang kecil.
意思:避免做出违法的事情。
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.
Maksud: Apabila kita tidak mengawal nafsu makan, segala
perangai buruk kita akan ditonjolkan.
意思:适量饮食,避免引起健康问题。
Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Maksud: Kita hendaklah bijaksana mengawal perasaan
hati, banyak orang yang hilang semangat kerana tidak
pandai menjaga emosi.
意思:控制好自己的情绪,做事情才能坚持下去。
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
Maksud: Kita hendaklah mengawal pergerakan kita
supaya tidak berkunjung ke tempat-tempat yang
merugikan.
意思:避免去一些不好的场所。

Tema Gurindam
Manusia perlu sentiasa memelihara akhlak yang terpuji
dengan mengawal pergerakan anggota diri, mengawal
perbuatan kita dan gerakan hati kita.

Persoalan
1. Kebijakan menggunakan anggota badan termasuk deria
penglihatan, pendengaran, pertuturan dan tangan dengan
cara yang baik agar mendatangkan kesejahteraan kepada
semua manusia.
2. Kepentingan mengawal nafsu makan agar kita tidak
menonjolkan tabiat buruk di depan orang lain yang boleh
memalukan.
3. Kepentingan mengawal perasaan hati agar tidak
dipengaruhi emosi yang boleh melemahkan semangat
kita.
4. Kewaspadaan terhadap tempat-tempat yang kita
hendak kunjungi agar kita tidak tersilap langkah
berkunjung ke tempat-tempat yang merugikan seperti
membinasakan imej atau keimanan kita.

Nilai
1. Kewaspadaan atau berhati-hati. Kita dinasihati supaya
berhati-hati mengawal pancaindera seperti mata, telinga,
mulut daripada melakukan perkara-perkara negatif.
2. Kesungguhan membuat sesuatu. Kita dinasihati supaya
beriltizam bagi mengelakkan diri daripada melakukan
perbuatan jahat sama ada kejahatan kecil atau kejahatan
besar. 
3. Rasional. Kita dinasihatkan supaya berfikiran tenang
dan waras agar tidak dipengaruhi emosi sehingga
menjejaskan semangat kita untuk berjuang.
4. Kebijaksanaan. Kita dinasihati supaya sentiasa
bijaksana dalam setiap pergerakan iaitu bijak dalam
memilih tempat-tempat yang sesuai untuk dikunjungi.
Pengajaran
1. Kita perlulah sentiasa menjaga pergerakan anggota
pancaindera kerana banyak keburukan akan kita lakukan
sekiranya kita gagal mengawal pergerakan anggota kita.
2. Kita mestilah menjaga tutur kata dan tingkah laku kita
apabila berhubung dengan orang lain agar tidak
menyinggung perasaan orang lain.
3. Kita perlulah berfikir dahulu sebelum bertindak.
4. Setiap orang hendaklah bertanggungjawab
mengelakkan diri daripada melakukan perkara
negatif/kejahatan.
5. Kita hendaklah rasional dan tidak bertindak mengikut
nafsu supaya kita dipandang hina.

You might also like