Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Terdapat empat bidang utama bagi membina keupayaan moral untuk menghadapi perubahan.

Pertama sekali membina visi peribadi. Guru perlu mengenalpasti jangkaan sebagai seorang guru dan
matlamat yang ingin dipegang di samping mengutarakan persoalan – persoalan tentang kemahiran
dan pengetahuannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran murid. Kedua ialah inkuiri. Guru
perlu membuat penilaian kendiri tentang mutu pengajarannya agar penambahbaikkan dari segi
amalan pengajaran boleh dilakukan seterusnya memberikan kesan positif kepada pembelajaran
murid. Ketiga ialah masteri. Guru perlu menguasai dan mengetahui dengan mendalam tentang
bidang yang diajar agar proses pembelajaran menjadi lebih berkesan. Hal ini boleh dilakukan dengan
pembacaan dan penguasaan kemahiran yang terkini. Akhir sekali, kolaborasi. Guru perlu
menjalankan kolaborasi bersama rakan sekerja, badan kerajaan mahupun badan bukan kerajaan
bagi meningkatkan kualiti pengajaran. Perubahan ini boleh dilaksanakan melalui beberapa aktiviti
PLC seperti peer coaching.

Inovasi dalam pendidikan merupakan suatu pembaharuan kreatif dimana kaedah atau cara yang
baru digunakan bagi seseorang guru untuk memastikan objektif pengajarannya tercapai. Inovasi
dalam pendidikan diperlukan bagi melahirkan guru yang berinovatif dan kreatif dalam
menambahbaik amalan pengajaran di dalam kelas. Tambahan lagi, ia diperlukan bagi memenuhi
kehendak dan keperluan murid yang telah berubah dari semasa ke semasa. Pembelajaran pada masa
kini lebih menggunakan pendekatan secara kolaboratif dan tanpa sempadan. Maka bagi menjadikan
murid lebih aktif, kreatif dan motivatif, corak pembelajaran perlu sentiasa diperbaharui.
Pelaksanaan strategi pdp yang inovatif boleh dilihat melalui penggunaan kemahiran teknologi di
dalam proses pengajaran. Sebagai contoh guru menggunakan teknologi dalam pendidikan seperti
Kahoot, Quizzes, Powtoon bagi menjalankan proses pembelajaran lebih menarik dan efektif.
Tambahan lagi, strategi pdp yang inovatif boleh dilihat melalui pengaplikasian PAK – 21 dalam bilik
darjah seperti penggunaan peta pemikiran. Murid akan menggunakan petak pemikiran bagi menjana
idea di samping menggunakannya untuk membuat persembahan hasil kerja dalam bentuk grafik. Hal
ini secara tidak langsung melahirkan murid yang kreatif, inovatif dan berfikiran aras tinggi. Akhir
sekali, pelaksanaan strategi pdp yang inovatif yang dilaksanakan di Malaysia ialah penerapan elemen
merentas kurikulum bagi mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan.
Sebagai contoh elemen kelestarian global. Penerapan elemen ini dalam proses pdpc bertujuan bagi
mendedahkan murid – murid kepada isu – isu semasa di peringkat tempatan, negara dan global di
samping menimbulkan kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar.

You might also like