Cerita Lipur Lara

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Cerita Lipur Lara

Cerita Lipur Lara ialah segala cerita yang mempunyai unsur pengambaran atau
advanture yang berkaitan dengan anak-anak / golongan raja. Cerita ini biasanya
mengisahkan mengenai anak-anak raja/golongan istana dengan segala gambaran,
keindahan, kemewahan, kesaktian serta kejadian-kejadian luar biasa (sumber natural).

Menurut Wilson dan R.O. Winstedd, Cerita Lipur Lara juga dianggap sebagai roman
rakyat. Penglipur bermaksud memberi kegembiraan, keseronakkan dan kebahagian.
Manakala, lara bermaksud berduka, bersedih atau kecewa. Oleh itu, penglipur
lara bermaksud segala cerita yang menghiburkan orang dalam kesedihan atau duka cita.

Dalam masyarakat Melayu Tradisional, Cerita Lipur Lara adalah cerita yang popular
kerana cerita ini dikaitkan dengan “Tukang Cerita/Tok Selampit” yang cuba menghiburkan
hati pendnegar melalui cerita dan karya lipur lara ini.

Terdapat beberapa contoh Cerita Penglipur Lara yang popular dalam masyarakat
Melayu Tradisional antaranya ialah Hikayat Raja Donan, Hikayat Malim Deman, Hikayat
Awang Sulong Merah Muda, Hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Raja Muda dan
sebagainya.

Ciri-ciri umum sastera/cerita lipur lara

1. Memaparkan suasana/keadaan kehidupan putera-puteri raja.

2. Berlatarkan istana.

3. Watak-watak/watak utama daripada kalangan putera-puteri raja/istana.

4. Ada unsur pengembaraan/merantau.

5. Ada unsur percaya kepada mimpi.

6. Ada unsur percaya kepada ahli nujum.

7. Ada unsur peperangan.

8. Ada unsur percintaan/berkasih sayang.

9. Penggunaan puisi tradisional/bahasa berirama/runs.

10. Ada unsur/latar tempat di kayangan/alam ghaib.

11. Ada unsur/latar tempat di alam nyata.

12. Ada unsur kesaktian/luar biasa/dongeng.


13. Ada watak pembantu khas.

14. Ada unsur Hindu.

15. Plot cerita berakhir dengan kejayaan/kegembiraan

Watak dan perwatakan

Biasanya dalam mana-mana Cerita Lipur Lara, watak yang terlibat dalam cerita boleh
dibahagikan kepada watak utama sama ada wira/wirawati, putera/puteri. Selain watak
utama, ada watak pembantu dan juga watak jahat.

Watak utama dikaitkan dengan watak anak-anak raja yang biasanya mempunyai rupa
paras yang cantik, gagah berani dan kesaktian yang luar biasa. Watak utama ini akan
mengembara untuk mencapai hajat /tujuan tertentu. Diakhir cerita, watak utama akan
berjaya mencapai cita-citanya.

Watak pembantu ialah pengiring kepada watak wira/utama. Biasanya watak pembantu
terdiri daripada pengasuh/pengiring kepada watak utama. Contohnya, Hikayat Malim
Deman, watak nenek kebayan merupakan pembantu puteri manakala watak Watak Bujang
Selamat merupakan pembantu kepada Putera Raja.

Dalam mana-mana cerita lipur lara, watak jahat merupakan musuh kepada watak utama
dalam usaha mencapai cita-citanya. Di akhir cerita, biasanya watak jahat akan mendapat
balasan yang buruk setimpal dengan perbuatannya

Contoh dalam Hikayat Malim Deman, watak utamnya ialah Malim Deman merupakan
anak raja di bandar Muar yang mengembara dengan mempunyai pelbagai keistimewaan
yang diperolehinya. Malim Demam terpaksa mengembara untuk bertemu dengan bakal
isterinya. Manakala, watak pembantu dalam hikayat ini ialah Bujang Selamat yang
merupakan pembantu kepada Malim Demam dan Nenek Kebayan menjadi pembantu
kepada Puteri Bongsu (isteri Malim Demam). Watak jahat pula ialah Mambang Molek (bekas
tunang Puteri Bongsu) yang menentang Malim Demam di kayangan.

3. Gaya Bahasa

Terdapat penggunaan bahasa prosa disulami puisi. Ungkapan-ungkapan yang tertentu


dan berulang-ulang. Ungkapan ini dikenali sebagai bahasa berirama. hal ini dapat
diperhatikan ketika tukang cerita.
Contonya:

Santapnya santap beradat,

Dua suap ketiga sudah,

Keempat basuh tangan,

Kelima kumur-kumur,

Keenam makan sirih,

Kelak jatuh kerongkongan,

Seri naik ke muka.

4. Plot/susunan cerita

Biasanya mana-mana cerita Lipur Lara, plot penceritaan dapat dibahagikan kepada 3
bahagian iaitu:

a. Bahagian pengenalan (sebelum pengembaraan)

Bagi cerita lipur lara, bahagian pengenalan dimulakan dengan kisah kelahiran watak
utama iaitu daripada golongan raja/istana. Peristiwa ini dikaitkan dengan pelbagai peristiwa
yang luar biasa. Kemudian cerita terus berkembang sehingga watak utama meningkat
dewasa.

b. Bahagian pertengahan (semasa pengembaraan)

Bahagian ini biasanya diceritakan sebab/punca anak raja terpaksa keluar mengembara
seterusnya diikuti dengan peristiwa semasa pengembaraan di mana watak anak raja
terpaksa menghadapi pelbagai cabaran/rintangan, peperangan, percintaan dan juga
perkahwinan. Pada masa ini juga dikaitkan dengan pertolongan alat-alat sakti. Segala
kesusahan semasa pengembaraan ini perlu dihadapi oleh anak raja sebelum mencapai
segala yang dihajatinya. Bahagian ini merupakan bahagian yang paling panjang dalam
mana-mana cerita lipur lara.

c. Bahagian akhir (selepas pengembaraan)

Bahagian ini merupakan bahagian akhir cerita dan biasnaya digambarkan dengan watak
utama/anak raja yang berjaya memperolehi apa yang dicitakan. Watak utama akan hidup
bahagia dengan keluarganya dan mempunyai kerajaan yang besar. Mana-mana cerita lipur
lara ini akan berakhir dengan kegembiraan.
5. Latar

Secara umunya, latar tempat bagi cerita lipur lara adalah meliputi latar yang amat luas
iaitu merangkumi latar dunia dan kayangan. Latar dunia bukan hanya tertempu pada istana
tetapi meliputi hutan belantara, lautan luas, gunung -ganang dan sebagainya. Selain itu,
alam yang meliputi alam kayangan yang melibatkan dewa dewi, mambang dan
sebahagiannya.

Bagi latar masa pula adalah tidak terbatas. Kadangkala meliputi dua atau ketiga
generasi berkaitan dengan watak utama. Contohnya, dalam Hikayat Malim Deman yang
meliputi istana bermula bandar Muar, hutan belantara, gunung ganang dan kayangan
semasa beliau mengembara mencari Puteri Bongsu. Terdapat juga kaitan dengan jin
apabila Malim Deman meminta bantuan anak raja jin iaitu Tuan Puteri Turus Mata untuk ke
kayangan dengan menggunakan kayu balak.

Latar masyarakatnya adalah masyarakat Melayu Tradisional yang terdiri daripada


masyarakat di Muar dan masyarakat di kayangan iaitu Puteri Bongsu.

You might also like