Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

INSTITUSI PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN .

NAMA PELAJAR :
PEGGY KHO JEN LING
NOMBOR KAD PENGENALAN :
000720-13-0752
ANGKA GILIRAN : 2018111310114
TUGASAN KERJA KURSUS

PROGRAM :
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH
SARJANA MUDA PERGURUAN
( PPISMP )
TAJUK KURSUS :
WACANA PENULISAN
KOD KURSUS :
GWP1092

KUMPULAN / UNIT :
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
SJK(C)
SEMESTER DAN TAHUN :
SEMESTER 2 TAHUN 1 ( AMBILAN
JUN 2018 )
TARIKH MULA : 15.02.2019
TARIKH SERAHAN : 01.03.2019

NAMA PENSYARAH : ENCIK FAUZI BIN HASAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU ,


KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN ,
KUALA LIPIS PAHANG .

BORANG MAKLUMBALAS KERJA KURSUS ( PROJEK / AMALI )


NAMA : NOMBOR KAD PENGENALAN :
PEGGY KHO JEN LING 000720-13-0752
ANGKA GILIRAN : 2018111310114
TAJUK TUGASAN : Penulisan Esei1
NAMA PENSYARAH : KOD KURSUS : GWP1092
EN. FAUZI BIN HASAN KURSUS / MATA PELAJARAN :
WACANA PENULISAN
TARIKH SERAHAN : 1 MAC 2019 TARIKH DITERIMA ( DIISI OLEH
PENSYARAH ) :
PENGAKUAN PELAJAR :
Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya .
TANDATANGAN PELAJAR : TARIKH : 1 MAC 2019

PERINCIAN MAKLUMBALAS TUGASAN :


PEMERIKSA MODERATOR ( JIKA BERKAITAN )
KEKUATAN : KEKUATAN :

ASPEK YANG BOLEH DIPERBAIKI : ASPEK YANG BOLEH DIERBAIKI :

TANDATANGAN : TANDATANGAN :
TARIKH : TARIKH :

PENGESAHAN PELAJAR TERHADAP MAKLUM BALAS YANG DIBERIKAN OLEH


PENSYARAH
Saya mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuk dan fahami .
CATATAN ( JIKA ADA ) :
TANDATANGAN PELAJAR : TARIKH :
HALAMAN PENGAKUAN
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya . ”

TANDATANGAN :
NAMA : PEGGY KHO JEN LING
TARIKH : 3 MAC 2019
ISI KANDUNGAN
Bilangan Perkara Muka Surat
1.0 Pengenalan 1
2.0 Isu 2
3.0 Implikasi isu ini berlaku dalam kalangan masyrakat 3
Malaysia
4.0 Cara penyelesaian isu ini dalam kalangan masyrakat 4
Malaysia
5.0 Kesimpulan 5
Rujukan 6
Lampiran 7

I
Penghargaan
Nama saya Peggy Kho Jen Ling. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Encik Fauzi Bin Hasan, iaitu pensyarah Wacana Penulisan
saya. Dengan ajaran, dorongan, dan nasihat beliau, saya baru dapat menghabiskan
kerja kursus ini dalam tempoh yang ditetepkan .

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya


sekalian. Mereka telah banyak memberikan bantuan kepada saya. Dengan bantuan
mereka, akhirnya, kerja kursus ini disiapkan.

Semasa saya mendapat kerja kursus ini, saya amat risau kerana saya juga
mendapat kerja kursus daripada pensyarah lain pada masa itu. Saya bimbang saya
tidak dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang ditetapkan. Kemudian,
saya telah mendapat cara untuk menyelesaikan masalah tersebut, iaitu pengurusan
masa dengan sistematik.

Selain itu, saya telah membuat beberapa kali perbincangan dengan rakan-rakan
saya. Kami mencari maklumat dari pusat sumber dan Internet. Kemudian kami
meringkas dan menapis maklumat kami yang dapat itu .

Dalam proses membuat kerja kursus ini, saya dapat menjelaskan idea dalam
penulisan berdasarkan konsep wacana secara bertulis. Seterusnya, saya dapat
menilai penulisan kritikan, ulasan rencana atau teks dan resensi buku..

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada Encik
Fauzi yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami. Saya berasa bertuah dan
gembira kerana dapat membuat kerja kursus ini dan menyiapkan kerja kursus dalam
masa yang ditetapkan.

II
1.0 Pengenalan Tentang Wacana
Wacana ialah discourse dalam bahasa Inggeris. Kata discourse berasal daripada
bahasa Latin discursus yang bermaksud lari kian-kemari. Perkataaan wacana
berasal dari bahasa Jawa. Wacana merupakanhubungan fikiran dengan kata-kata,
ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan atau percakapan. Wacana ialah hubungan
secara umum terutamanya sebagai suatu subjek kajian. Wacana ialah kesatuan
lengkap yang paling tinggi dalam pertuturan dan penulisan yang menunjukkan
kesinambungan fikiran. Terdapat pertautan semantik dalam wacana yang
megandungi koheren dan kohesi. Aspek koheren dan kohesi dalam penulisan
karangan adalah sangat penting. Hal ini diikatakan sedemikian kerana idea yang
dihuraikan dalam ayat mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Berdasarkan
kenyataan oleh Abdullah Yusof et. al. (2009). koheren merupakan kesinambungan
atau susunan ayat dalam satu perenggan yang terdapat satu utama atau ayat pokok,
dan beberapa ayat sokongan yang terdiri daripada hhuraian, penjelasan atau ayat
contoh. Ayat-ayat tersebut disusun berdasarkan kesinambungan dan pautan antara
satu ayat dengan ayat yang lain dalam satu perenggan dengan perenggan lain.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) menyatakan wacana merupakan keseluruhan
tutur yang merupakan satu kesatuan, ucapan, pertuturan atau percakapan. Dengan
perkataan yang lain, wacana bermaksud kesatuan fikiran yang utuh, sama ada
dalam bentuk lisan seperti surat, artikel, cerpen, dan novel. Definisi wacana
berdasarkan Kamus Linguistik ialah wacana direalisasikan dalam bentuk karangan
yang utuh seperti buku, enksilopedia, novel, dan lain-lain, paragraf, kalimat atau kata
yang membawa amanat yang lengkap. Kata yang membawa amanat ialah ayat yang
membawa maksud. Penyusun kamus tersebut ialah Kridalaksana. Kamus ini juga
mendefinisikan wacana sebagai unit bahasa yang lengkap dan tertinggi yang terdiri
daripada deretan perkataan dalam bentuk lisan atau tulisan. Asmah Haji Omar
(1980) mengatakan wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Oleh itu,
wacana terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian bab, buku, siri buku atau
sebagainya yang memerihalkan kesatuan dan hubungan antara butir-butir fikiran dan
juga perkembangan akaliah yang ada di dalamnya. Beliau juga menjelaskan wacana
ialah keseluruhan kelahiran bahasa oleh penutur atau penulis iaitu penglahiran
sistem bahasa dan unsu-unsur luar pada sistem bahasa yang menyumbang ke arah
menjadikan pertuturan atau tulisan itu sebagai ayat yang bermakna dalam
berkomunikasi. Kelahiran bahasa bermaksud pertuturan atau lisan. Sistem bahasa
merupakan kata atau ayat yang lengkap. Bermakna ialah dapat difahami atau
membawa idea.
2.0 Penilaian Terhadap Wacana

1
2.1 Ciri Wacana
 Kohesi atau tautan
 Koheren atau runtutan
 Tujuan sesuatu wacana
 Penerimaan oleh pendengar atau pembaca
 Maklumat yang terkandung
 Keadaan atau situasi
 Interteks atau tulisan

2.1.1 Kohesi atau tautan


Kohesi merujuk kepada idea atau esei yang dijalin rapi hingga bersepadu. Ia juga
dikenali sebagai tetenunan, tautan, kepaduan dan sebagainya. Contohnya, ‘Lebih
mendukacitakan, ada penumpang yang mengambil alih tempat yang dikhaskan
untuk golongan seperti ini dan tidak peduli dengan orang yang benar-benar
memerlukan. Begitu juga dengan sesetengah penumpang menjadikan tempat duduk
itu hak mereka - kangkang luas-luas, meletak barang/beg di sebelah mereka, kaki
bersilang.’
Mereka dalam ayat kedua merujuk kepada penumpang yang mengambil alih tempat
yang dikhaskan untuk golongan dalam ayat pertama.

2.1.2 Koheren atau runtutan


Koheren merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah
wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna. Runtutan juga
merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu dianggap
sebagai wacana jika teks itu mempunyai makna. Contohnya, ‘Banyak lagi harta
benda awam atau kemudahan awam yang menjadi sasaran vandalisme. Dinding,
pintu, tandas dan sebagainya menjadi sasaran mereka yang tidak peduli keperluan
orang lain.’ Dinding, pintu, tandas dalam ayat kedua berkaitan dengan kemudahan
awam dalam ayat pertama.

2.1.3 Tujuan sesuatu wacana


Sesebuah wacana yang utuh perlu mempunyai tujuan untuk menentukan
penggunaannya seperti larangan atau suruhan. Contohnya, ‘Ubahlah sikap, hormati
hak orang lain yang lebih memerlukan.’ Tujuan wacana ini ialah menyuruh remaja
mengubah sikap mereka dengan menghormati hak orang lain.

2
2.1.4 Penerimaan oleh pendengar atau pembaca
Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana. Contohnya,
‘Ubahlah sikap, hormati hak orang lain yang lebih memerlukan.’ Pendengar dan
pembaca harus menghormati hak orang lain yang lebih memerlukan.

2.1.5 Maklumat yang terkandung


Setiap ayat yang terdapat dalam wacana mempunyai maklumat lama dan
maklumat baharu yang tidak terdapat dalam ayat sebelumnya. Contohnya, ‘Awang
Selamat mengajak pengguna menghargai pelaburan tinggi pihak kerajaan untuk
kemudahan rakyat. Ingatan itu sebenarnya adalah disebabkan jangkaan akan
berlaku vandalisme.’ Maklumat lama dalam ayat pertama ialah ingatan yang
diberikan oleh Awang Selamat. Maklumat baharu dalam ayat kedua ialah sebab
Awang Selamat memberikan ingatan tersebut.

2.1.6 Keadaan atau situasi


Situasi ialh latar masa bahasa itu digunakan untuk membantu pendengar atau
pembaca memahami sesutu wacana. Contohnya, ‘Sebelum ini, pada Selasa lalu, 18
Julai 2017, hari pertama perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) dibuka
sepenuhnya kepada orang ramai, Bisik-Bisik Utusan Malaysia telah mengingatkan
supaya pengguna dapat mengelakkan vandalisme. Awang Selamat mengajak
pengguna meraikan kejayaan MRT dengan berusaha menjaga perkhidmatan ini.’
Hari pertama perkhidmatan Transit Aliran Masa(MRT) dibuka dalm ayat pertama
oleh itu, Awang Selamat mengajak pengguna meraikan kejayaan MRT dalam ayat
kedua.

2.1.7 Interteks

Interteks ialah sesuatu wacana bergantung kepada wacana lain. Hal ini dikatakan
sedemikian kerana wacana lain juga memainkan peranan yang sangat penting untuk
membawa seseorang memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau
didengari dengan lebih mudah. Contohnya, ‘Mengikut kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP), vandalisme ialah perbuatan membinasakan, merosakkan harta
benda awam atau persendirian.’ Wacana ini bergantung kepada kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka(DBP).
2.2 Keutuhan Wacana
 Keutuhan semantik
 Keutuhan leksikal
 Keutuhan gramtikal
 Keutuhan fonologi

2.2.1 Keutuhan semantik


Keutuhan semantik ialah hubungan semantik antara bahagian-bahagian wacana
dan kesatuan latar belakang semantik. Hubungan ini dapat dilihat dari segi konteks
atau latar wacana. Misalnya, ‘Sebelum ini, pada Selasa lalu, 18 Julai 2017, hari
pertama perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) dibuka sepenuhnya kepada
orang ramai, Bisik-Bisik Utusan Malaysia telah mengingatkan supaya pengguna
dapat mengelakkan vandalisme. Awang Selamat mengajak pengguna meraikan
kejayaan MRT dengan berusaha menjaga perkhidmatan ini.’ Hari pertama
perkhidmatan Transit Aliran Masa(MRT) dibuka dalm ayat pertama oleh itu, Awang
Selamat mengajak pengguna meraikan kejayaan MRT dalam ayat kedua. Ini
merupakan salah satu contoh hubungan tempoh masa.

2.2.2 Keutuhan leksikal


Keutuhan leksikal ialah penggunaan kata yang sesuai. Hiponim ialah perkataan
yang mempunyai makna yang boleh menunjukkan makna perkataan yang lain iaitu
makna umum dan makna khusus. Misalnya, ‘Lebih mendukacitakan, ada
penumpang yang mengambil alih tempat yang dikhaskan untuk golongan seperti ini
dan tidak peduli dengan orang yang benar-benar memerlukan. Begitu juga dengan
sesetengah penumpang menjadikan tempat duduk itu hak mereka - kangkang luas-
luas, meletak barang/beg di sebelah mereka, kaki bersilang.’ Berdasarkan contoh di
atas, penumpang yang mengambil alih tempat yang dikhaskan untuk golongan ialah
superordinat, manakala penumpang yang kangkang luas-luas, meletak barang atau
beg di sebelah mereka, kaki bersilang merupakan subordinat atau hiponim.
Di samping itu, kolokasi merupakan pengulangan yang melibatkan kehadiran
sekumpulan perkataan yang saling berkait dengan sesuatu idea, topik, situasi atau
konteks. Misalnya, ‘Masyarakat boleh memainkan peranan untuk menyedarkan
mereka yang bersikap sedemikian. Beberapa tingkah laku yang boleh ditegur
termasuklah makan dan minum di dalam tren sedangkan terdapat larangan berbuat
demikian.‘ Berdasarkan misalan ayat di atas, perkataan makan dan minum di dalam
tren dikatakan sebagai perkataan yang berkolokasi kerana perkataan-perkataan ini
mempunyai lingkungan yang sama, iaitu bersikap sedemikian.

2.2.3 Keutuhan gramatikal


Keutuhan ini bermaksud ayat yang lengkap, betul, dan gramatis. Penggunaan
penanda rujukan dalam wacana mempunyai ciri keutuhan gramatikal adalah
penggunaan kata ganti nama orang atau kata ganti nama tunjuk. Misalnya, ‘Tulisan
itu merujuk kepada papan iklan (billboard) yang tertera slogan Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan dan juga 1Malaysia berhampiran Pusat Transformasi
Bandar (UTC) Pudu Sentral. Slogan itu diconteng dan ditambah perkataan lain.’
Slogan itu dalam ayat kedua menunjukkan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian
Diutamakan dan slogan 1Malaysia.

Selain itu, kata penghubung yang bertujuan menyatakan pelbagai jenis


hubungan. Misalan ayat penggunaan kata hubung penambahan ialah ‘Sebelum ini,
pada Selasa lalu, 18 Julai 2017, hari pertama perkhidmatan Transit Aliran Massa
(MRT) dibuka sepenuhnya kepada orang ramai, Bisik-Bisik Utusan Malaysia telah
mengingatkan supaya pengguna dapat mengelakkan vandalisme.’ Kata penghubung
dalam ayat ini ialah sebelum. Misalan ayat kata hubung tentangan ialah ‘Memang
papan iklan itu sudah uzur dan pecah tetapi ayat asal itu masih kelihatan.’ Contoh
kata hubung tentangan dalam ayat di atas ialah tetapi. Misalan ayat penggunaan
kata hubung tempoh ialah ‘Akhirnya, jangkaan itu tepat kerana seminggu selepas
perkhidmatan itu diperkenalkan, berlaku vandalisme melibatkan kemudahan di
stesen.’ Contoh kata hubung dalam ayat tersebut ialah akhirnya. Misalan ayat
penggunaan kata hubung pengembangan idea ialah ‘Jika ia dianggap sudah tidak
diguna lagi, eloklah dipadam terus ayat berkenaan kerana slogan itu berkait rapat
dengan kerajaan dan kepemimpinan negara.’ Kata hubung pengembangan idea
yang terdapat dalam ayat ini ialah dan.
2.2.4 Keutuhan fonologi
Kautuhan ini yang terdapat dalam sesuatu wacana dapat dilihat dari segi hentian
suara, nada suara, dan intonasi suara. Tamsilnya, ‘VANDALISME sudah menjadi
budaya masyarakat?’ Ayatini ialah ayat tanya kerana mempunyai intonasi suara
yang meninggi dan ditandai tanda soal di akhir ayatnya.

3.0 Penanda Wacana


3.1 Jenis-jenis Penanda Wacana
 Penanda kronologi
 Penanda organisasi
 Penanda idea

3.1.1 Penanda Kronologi


Kata kunci penanda kronologi ialah bila dan yang seumpamanya. Amsalnya,
‘Kerosakan akibat vandalisme itu dikesan sejak tahun 2016.’ Contoh kata penanda
kronologi dalam ayat ini ialah sejak.

3.1.2 Penanda organisasi


Penanda organisasi berfungsi mempertautkan sesuatu bahagian wacana dengan
bahagian yang lain. Amsalnya, ‘Jelaslah kewujudan papan iklan yang menjadi mang-
sa vandalisme itu umpama cakap tidak serupa bikin.’ Contoh kata penanda
organisasi dalam ayat berikut ialah jelaslah.

3.1.3 Penanda idea


Penanda idea berfungsi sebagai menghubungkan antara fakta dengan fakta dan
idea dengan idea. Salah satu contoh ayat mengembangkan idea ialah ‘Begitu
jugalah apa yang berlaku terhadap kemudahan yang disediakan di projek terbaharu,
perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT).’ Kata penanda idea dalam ayat tersebut
ialah begitu juga. Salah satu contoh ayat pertentangan idea ialah ‘Mungkin inilah
yang dikatakan kemudahan kelas pertama tetapi minda kelas ketiga.’ Kata penanda
idea dalam ayat di atas ialah tetapi.

4.0 Kesimpulan
Rencana ini mempunyai tujuh ciri wacana, empat keutuhan wacana, dan tiga
penanda wacana. Rencana ini mengandugi kehesi, koheren, tujuan, penerimaan,
maklumat, keadaan, dan interteks.
CARA MENGATASI MASALAH SOSIAL REMAJA BERDASARKAN RENCANA
1.0 Pengenalan
Isu vandalisme yang ditulis oleh Hassan Mohd. Noor dalam akhbar Utusan Online.

2.0 Isu Dalam Rencana Dan Cadangan Cara Mengatasi


2.1 Pihak sekolah harus memberikan didikan sivik kepada remaja
Pada masa ini masalah sosial iaitu masalah vandalisme sering berlaku dalam
kalangan remaja mahupun dalam kalangan dewasa. Hal ini dikatakan demikian
kerana remaja masa kini tidak menghargai dan menyayangi kemudahan awam yang
disediakan oleh pihak kerajaan. Contohnya, kemudahan awam yang telah
disediakan oleh pihak kerajaan ialah tandas awam, perkhidmatan Transit Aliran
Masa, telefon awam dan lain-lain untuk kemudahan orang awam. Keadaan ini amat
berbeza seperti langit dengan bumi pada masa zaman dahulu kerana remaja pada
masa zaman dahulu sangat menghargai kemudahan awam yang telah disediakan
oleh pihak kerajaan. Dengan ini, pihak kerajaan harus memperuntukkan sejumlah
dana yang besar untuk memperbaiki kemudahan awam ini yang telah diceroboh oleh
remaja. Langkah yang hendak diambil oleh pihak kerajaan ialah pihak kerajaan esti
menguatkuasakan undang-undang supaya remaja tidak berani lagi melakkan
vandalisme terhadap kemudahan awam. Persoalannya, apakah cara-cara
penyelesaiannya? Antara langkah perdana untuk mengatasi isu vandalisme ialah
pihak seklah patut memberikan didikan sivik kepada remaja sejak kecil kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini dikatakan sedemikian kerana remaja
yang menerima didikan sivik tidak akan melibatkan diri dalam masalah sosial ini.
Contohnya, pihak sekolah harus mengikuti masa yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia(KPM) untuk waktu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Bukan itu sahaja, pihak sekolah seyogianya mengadakan pertandingan antara kelas
dengan memberikan hadiah sebagai dorongan kepada remaja yang tidak melakukan
vandalisme terhadap kemudahan awam. Pada masa yang sama, pihak sekolah
haruslah mengadakan ceramah tentang cara menjadi seorang warganegara yang
bertanggungjawab dalam kalangan remaja. Kesannya, imej seseorang remaja yang
menjaga harta benda awam dapat ditingkatkan dalam kalangan remaja tersebut.
Pendek kata, pihak sekolah hendaklah memberikan didikan sivik kepada remaja
sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya merupakan usaha perdana
untuk mengatasi isu vandalisme .
2.2 Pihak kerajaan mestilah mengawal melalui sistem kamera tertutup(CCTV)
Di samping itu, pihak kerajaan patutlah mengawal melalui sistem kamera
tertutp(CCTV) merupakan salah satu strategi mengatasi jenayah vandalisme dalam
kalangan masyrakat. Hal ini dikatakan sedemikian kerana remaja akan menakut
untuk menconteng kemudahan awam. Misalnya, pihak kerajaan perlulah memasang
sistem kamera tertutup dalam tren supaya dapat mengelakkan remaja merosakkan
kemudahan dalam tren. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan wajah memasang sistem
kamera tertutup di lorong-lorong yang sempit kerana remaja yang tidak
bertanggungjawab paling suka membinasakan dinding-dinding di sana. Pada masa
yang sama, pihak kerajaan wajib memasang sistem kamera tertutup di sekitar telefon
awam kerana telefon awam sentisa diceroboh seperti gagag telefon tercabut, peti
duit syiling dipecahkan, dan pondok telefon awam dipecahkan. Impaknya, pihak
kerajaan dapat menwujudkan keharmonian dalam kehidupan masyarakat.
Rumusannya, salah satu cara mengatasi masalah sosial vandalisme ialah pihak
kerajaan seharusnya mengawal melaui sistem kamera tertutup.

2.3 Ibu bapa semestinya menunjukkan suri teladan dengan tidak terlibat dalam
gejala vandalisme kepada remaja
Selain itu, langkah menyelesaikan isu vandalisme ialah ibu bapa sepatutnya
menunjukkan suri teladan dengan tidak terlibat dalam masalah vandalisme kepada
remaja. Hal ini terjadi kerana remaja akan mengikut kelakuan yang dilakukan oleh
ibu bapa kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Tamsilnya, ibu bapa harus
memberikan teguran kepada remaja semasa remaja melakukan kesalahan seperti
duduk tempat duduk sambil menconteng dinding. Bukan itu sahaja, ibu bapa harus
menunjukkan perbuatan tidak menconteng papan iklan. Pada masa yang sama, ibu
bapa hendak tidakmenconteng perkataan-perkataan yang memalukan di pintu
tandas awam supaya remaja dapat mencontohi tindakan sedemikian. Implikasinya,
ekonomi negara dapat ditingkatkan dengan menarik warga luar negara melancong di
negara kita kerana negara kita tidak mempunyai masalah vandalisme. Konklusinya,
ibu bapa mesti menunjukkan suri teladan dengan tidak terlibat dalam isu vandalisme
juga merupakan usaha menyelesaikan jenayah vandalisme.
3.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, terdapat seribu satu cara untuk menyelesaikan masalah
vandalisme dalam kalangan remaja. Oleh itu, kita harus bekerjasama bagai aur
dengan tebing untuk menangani isu vandalisme. Gejala vandalisme berlaku
disebabkan oleh beebrapa faktor seperti remaja inginmeluahkan perasaan marah,
gembira, bosan, dan sedih, meringankan tekanan, menghilangkan emosi. Kesan
negatif kemudahan awam dicerobohkan ialah kemudahan masyarakat akan terjejas.
Oleh hal yang demikian, mereka mungin berbuat demikian untuk menarik perhatian
orang lain. Cuba kita bayangkan, pada suatu hari nanti, kemudahan awam dalan
negara kita semuanya diconteng atau dirosakkan, mungkin suatu hari nanti, negara
kita tidak dapat berdiri sam tinggi, duduk sama rendah di persada dunia. Akhir kata,
tepuk dada tanya selera tanpa kesedaran dalam diri kita, isu ini juga tidak dapat
ditangani.
Rujukan
A. Buku rujukan
1. Faridah Nazir, Hjh Hashimah Ibrahim, Norhiza Mohd Salleh& Zalrinah Mohd
Shukur. (2014). Wacana Penulisan. Petaing Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
2. Husin Fateh Din. (2016). Wacana Penulisan. Petaling Jaya:Sasbadi Sdn. Bhd.
3.
LAMPIRAN

VANDALISME sudah menjadi budaya masyarakat? Mengikut kamus Dewan


Bahasa dan Pustaka (DBP), vandalisme ialah perbuatan membinasakan,
merosakkan harta benda awam atau persendirian. Suatu masa dulu, telefon awam
menjadi sasaran vandalisme ini.

Gagang telefon tercabut, peti duit syiling dipecahkan malahan pondok telefon
dipecah, diconteng malahan ada yang ditumbangkan. Banyak lagi harta benda awam
atau kemudahan awam yang menjadi sasaran vandalisme. Dinding, pintu, tandas
dan sebagainya menjadi sasaran mereka yang tidak peduli keperluan orang lain.
Begitu jugalah apa yang berlaku terhadap kemudahan yang disediakan di projek
terbaharu, perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT).

Apa masalah yang melanda masyarakat kita sehingga tidak mempedulikan


‘keselamatan’ harta benda awam itu? Ya memang itu milik pengendali MRT tetapi
semuanya itu disediakan untuk siapa? Tentunya para pengguna kemudahan
berkenaan iaitu orang awam. Sebelum ini, pada Selasa lalu, 18 Julai 2017, hari
pertama perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) dibuka sepenuhnya kepada
orang ramai, Bisik-Bisik Utusan Malaysia telah mengingatkan supaya pengguna
dapat mengelakkan vandalisme. Awang Selamat mengajak pengguna meraikan
kejayaan MRT dengan berusaha menjaga perkhidmatan ini. Perbaiki kelemahan dan
sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan.

Awang Selamat mengajak pengguna menghargai pelaburan tinggi pihak


kerajaan untuk kemudahan rakyat. Ingatan itu sebenarnya adalah disebabkan
jangkaan akan berlaku vandalisme. Akhirnya, jangkaan itu tepat kerana seminggu
selepas perkhidmatan itu diperkenalkan, berlaku vandalisme melibatkan kemudahan
di stesen. Menyelak kembali kemudahan sebelum ini, vandalisme seolah-olah
menjadi satu budaya masyarakat yang tidak dapat dielakkan. Vandalisme berlaku di
mana-mana. Mungkin inilah yang dikatakan kemudahan kelas pertama tetapi minda
kelas ketiga.
Selak dalam keluaran akhir Januari lalu telah memperkatakan isu ini di bawah
tajuk Luah perasaan tanpa rosakkan harta awam. Tulisan itu merujuk kepada papan
iklan (billboard) yang tertera slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
dan juga 1Malaysia berhampiran Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral.
Slogan itu diconteng dan ditambah perkataan lain. Memang papan iklan itu sudah
uzur dan pecah tetapi ayat asal itu masih kelihatan. Kerosakan akibat vandalisme itu
dikesan sejak tahun 2016. Jika ia dianggap sudah tidak diguna lagi, eloklah dipadam
terus ayat berkenaan kerana slogan itu berkait rapat dengan kerajaan dan
kepemimpinan negara. Ia juga bertentangan dengan slogan yang tertera iaitu
Sayangi Kuala Lumpur, Kebersihan Bandaraya, Tanggungjawab Bersama. Jelaslah
kewujudan papan iklan yang menjadi mangsa vandalisme itu umpama cakap tidak
serupa bikin. Slogan tinggal slogan. Hari ini keadaan yang sama masih wujud di situ.
Kenapa tidak dimusnahkan terus atau dipadamkan sahaja dengan cat? Adakah kita
berbangga slogan yang ada kaitan dengan negara ini diconteng, dipermain dan
dibiarkan usang begitu sahaja? Mungkinkah itu pendirian pihak berkuasa di kawasan
berkenaan walaupun ia menjadi salah satu laluan pejalan kaki yang berurusan di
UTC terutama bagi yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di
stesen Plaza Rakyat dan juga MRT (Stesen Merdeka). Walaupun kedudukannya
agak tersorok tetapi ia tetap menjadi laluan ramai termasuk pelancong.

Kembali kepada vandalisme, ia berlaku di mana-mana sahaja dan mereka yang


kreatif akan menconteng dengan perkataan-perkataan yang memalukan serta boleh
menimbulkan kemarahan. Tangan-tangan nakal yang kreatif akan terus ‘berkarya’
tanpa mempedulikan siapakah pemilik ‘harta awam’ yang dirosakkan itu. Kenapa
mereka bertindak demikian? Faktor yang menyebabkan perkara ini antara lain
disebabkan tekanan dan emosi dan mereka ingin meluahkan perasaan marah,
gembira, bosan, sedih dan sebagainya. Mereka yang melakukan ini juga terdiri
daripada pelbagai peringkat umur, bukan sahaja yang tidak berpendidikan tetapi juga
yang boleh berfikir baik dan buruknya.
Persoalannya kenapa kemudahan awam menjadi sasaran? Adakah mereka
ingin menarik perhatian ramai yang menggunakan kemudahan itu? Kita tidak tahu
apakah vandalisme yang sekadar melibatkan kemudahan seperti tandas, tempat
duduk, papan iklan dan sebagainya akan merebak sehingga merosakkan sesuatu
yang lebih besar daripada itu sehingga boleh menjejaskan keseluruhan
perkhidmatan. Kerosakan kemudahan seperti ini akan melibatkan kos yang tinggi
kepada pengendali perkhidmatan. Belum tentu hasil jualan tiket perkhidmatan MRT
mampu menampung kos kerosakan yang berlaku lebih-lebih lagi tambang murah
yang dikenakan kepada pengguna perkhidmatan itu. Raikanlah kejayaan projek MRT
ini dengan menghargai perkhidmatan yang disediakan bukan mencari jalan untuk
memusnahkannya.

Rakyat perlu dididik dengan kesedaran sivik untuk menghargai harta benda
awam ini. Jangan biarkan vandalisme merebak kepada perbuatan lain yang
membawa kecelakaan atau keburukan yang lebih teruk kepada perkhidmatan
berkenaan. Langkah-langkah pengawasan perlu dilakukan melalui sistem kamera
litar tertutup (CCTV). Awasilah tingkah laku pengguna termasuk ketika di dalam tren.
Beberapa tingkah laku yang di luar vandalisme tetapi berkaitan dengan sikap dan
kesedaran sivik juga perlu ditegur. Baru-baru ini, ketika menaiki LRT, terdengar
seseorang dengan lantang menegur sekumpulan wanita yang rancak berbual dan
ketawa. Dia berkata: “Ini pengangkutan awam bukannya rumah, tolong diam sikit.”

Masyarakat boleh memainkan peranan untuk menyedarkan mereka yang


bersikap sedemikian. Beberapa tingkah laku yang boleh ditegur termasuklah makan
dan minum di dalam tren sedangkan terdapat larangan berbuat demikian. Begitu
juga sikap penumpang yang tidak menghormati orang yang lebih tua, orang kurang
upaya, wanita mengandung dan sebagainya yang lebih memerlukan tempat duduk.

Lebih mendukacitakan, ada penumpang yang mengambil alih tempat yang


dikhaskan untuk golongan seperti ini dan tidak peduli dengan orang yang benar-
benar memerlukan. Begitu juga dengan sesetengah penumpang menjadikan tempat
duduk itu hak mereka - kangkang luas-luas, meletak barang/beg di sebelah mereka,
kaki bersilang. Ada juga yang berkumpul di hadapan pintu apabila keadaan sesak
yang memerlukan memenuhi ruang di dalam tren. Kadang-kadang, mereka yang
tidak mempedulikan hak orang lain untuk duduk masih bertenaga tetapi buat-buat
sibuk dengan telefon atau berpura-pura tidur.
Ubahlah sikap, hormati hak orang lain yang lebih memerlukan.

(Utusan Malysia. (31 Julai 2017). Hormatilah hak orang lain, elak vandalisme)

You might also like