Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

ULASAN VIDEO : Global Citizenship Education

Berdasarkan video, dunia kini berdepan dengan pelbagai masalah seperti


konflik politik, peperangan, pencemaran dan sebagainya yang semakin meruncing
dan parah. Sebenanrya, sebagai seorang manusia, kita impikan kehidupan yang
lebih damai, adil, makmur dan lestari.

Kualiti hidup merupakan satu darjah kesejahteraan yang dirasai atau


dinikmati oleh individu atau sekumpulan manusia (Ross dan Willigen, 1997).
Kualiti hidup boleh dilihat daripada pelbagai sudut dan cara. Walau bagaimanapun,
kita tidak boleh mengukurnya secara langsung kerana kualiti hidup bukanlah satu
konsep yang konkrit. Menurut Schalock (1996), kualiti hidup manusia boleh
dibahagikan kepada lapan prinsip utama iaitu kesejahteraan emosi, hubungan
interpersonal, kesejahteraan perkakasan, perkembangan personal, kesejahteraan
fizikal, pembuatan keputusan, hubungan sosial, dan hak.

Untuk membina sebuah kehidupan yang berkualiti jauh daripada pelbagai


konflik ekonomi, politik dan sosial, peranan pendidikan amat penting. Ross dan
Wu (1996) melaporkan bahawa pendidikan mempunyai impak yang besar ke atas
pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memperolehi dan mengekalkan
kualiti kehidupan. Dunia boleh berubah ke arah yang lebih baik seandainya akses
pendidikan diperoleh oleh semua masyarakat dalam semua peringkat atau kasta.

Pendidikan sememangnya penting dalam pembangunan negara.


Peningkatan kualiti pendidikan berkait rapat dengan pembangunan atau kemajuan
sesebuah negara. Pendidikan memberikan peluang yang luas untuk memberikan
kesempatan kepada masyarakat untuk memperoleh kualiti kehidupan yang lebih
baik. Pendidikan boleh mendidik individu untuk mengurus kehidupan yang lebih
berkualiti kerana faktor ekonomi dan sosial bergantung kepada pendidikan yang
diterima mereka. Pendidikan berkualiti sangat efektif bagi membina demokrasi
terpimpin, membasmi kemiskinan dan membentuk masyarakat yang harmoni.
Pendidikan juga membolehkan individu, mempunyai kebebasan bersuara bagi
melontarkan idea, mendedahkan potensi mereka, dan meluaskan pandangan
serta pemikiran individu kepada dunia tanpa sempadan.
Individu berupaya membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan
dunianya, menikmati kemudahan yang ada dipersekitarannya, serta memahami diri
sendiri apabila mendapat pendidikan yang sempurna. Pendidikan bertindak
sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara memimpin individu ke arah
sumber-sumber ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri, dan kestabilan
hubungan sosial.

Matlamat pendidikan kewarganegaraan global dalam pendidikan yang


berfokus kepada pemeliharaan bumi dalam memastikan kesejahteraan sejagat
dapat dinikmati oleh seluruh masyarakat perlu dilaksanakan oleh semua negara di
dunia selaras dengan Deklarasi Saranan Pembangunan (SDGs) yang telah
dilancarkan pada 25 September 2015. Setiap negara di dunia perlu menggubal
dasar pendidikan masing-masing agar selari dan releven dengan deklarasi SDGs
dan hasrat kurikulum pendidikan di sesebuah negara bagi memastikan
generasi akan datang berilmu pengetahuan serta dapat menyumbang kepada
pembangunan ekonomi, sosial, budaya dan alam sekitar secara lestari dan
mapan.

You might also like