Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1.

1 Pemerhatian

Pengkaji telah melakukan pemerhatian terhadap keempat-empat peserta kajian yang

telah dipilih. Pemerhatian ini dibuat untuk melihat tingkah laku peserta kajian,

perkembangan peserta kajian serta pencapaian peserta kajian.

Pengkaji telah menyediakan borang pemerhatian bagi membantu proses pengumpulan

data. Borang pemerhatian ini telah dibuat catatan pada minggu kedua dan ketiga

selepas proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan projek ‘eBingo’ Versi

Ejaan. Berikut merupakan jadual yang telah dicatat dalam borang pemerhatian

berdasarkan tiga aspek iaitu tingkah laku, perkembangan serta pencapaian.

Bil Pemerhatian Item Mingg Peserta Kajian


u ( Tanda / atau o )

PK1 PK2 PK3 PK4

1 Aspek: Tingkah laku 2 / / / /


Peserta kajian menunjukkan minat
untuk mengeja perkataan semasa
bermain ‘eBingo’ Versi Ejaan. 3 / / / /

2 Aspek: Perkembangan 2 0 / / /
Peserta kajian mampu mengeja
perkataan dengan betul.
3 / / / /

3 Aspek: Pencapaian 2 0 / 0 /
Peserta kajian mendapat betul
dalam semua set permainan eBingo
Versi Ejaan. 3 / / / /
Berdasarkan aspek tingkah laku, pengkaji telah mendapati bahawa keempat-empat

peserta kajian telah menunjukkan minat untuk mengeja perkataan Bahasa Melayu

semasa bermain ‘eBingo’ Versi Ejaan. Mereka berkelihatan seperti sedia untuk

melibatkan diri dalam sesi PdP yang menggunakan projek ‘eBingo’ Versi Ejaan. Mereka

juga telah memberi kerjasama kepada peserta kajian antara satu sama lain melalui

permainan Bingo. Kesemua peserta kajian telah menunjukkan minat untuk memajukan

diri menggunakan projek ini.

Berdasarkan aspek perkembangan pula, pengkaji telah mendapati bahawa pada

minggu kedua, peserta kajian 1 tidak mampu mengeja perkataan Bahasa Melayu

dengan betul mungkin kerana tahap mengeja perkataan yang telah disetkan dalam

projek ini sukar untuk dieja tetapi pada minggu ketiga, peserta kajian ini dapat mampu

untuk mengeja perkataan Bahasa Melayu dengan betul seperti peserta-peserta kajian

lain. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji sebelum kajian ini

dijalankan, pengkaji telah mendapati bahawa terdapat peserta kajian yang tidak mampu

mengeja perkataan yang mengandungi suku kata yang mudah kerana ketidaksediaan

murid dalam sistem ejaan.

Penandaan pada aspek pencapaian menunjukkan bahawa pada minggu kedua, peserta

kajian 1 dan 3 tidak mendapat betul dalam semua set ejaan yang diperkenalkan

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran manakala peserta kajian 2 dan 4 mendapat

betul dalam semua set permainan ‘eBingo’ Versi Ejaan. Pada minggu ketiga pula,

kesemua peserta kajian telah mendapat betul dalam semua set permainan ‘eBingo’

Versi Ejaan. Hal ini menunjukkan bahawa projek ini memang berkesan dalam
peningkatan penguasaan murid dalam mengeja perkataan Bahasa Melayu yang

mengandungi suku kata KVK, VKVK, KVKV dan KVKVK dengan betul.

i. Objektif : Murid dapat mengingati ejaan sesuatu perkataan yang mengandungi

suku kata KVK, VKVK, KVKV dan KVKVK melalui permainan ‘eBingo’ Versi

Ejaan dengan betul.

You might also like