Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Institut Pendidikan Guru

Kampus Tengku Ampuan Afzan


27200 Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur

MPU3052
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

PISMP Ambilan Jun 2019


Semester 2 Tahun 1 (Sesi Jun-Mei 2020)
Kumpulan/Unit : Bahasa Melayu SK 2
Tarikh Hantar : 20.03.2020

Nama pelajar No kad pengenalan Angka giliran


Muhammad Zuiqmal Bin
001005-06-0905 2019111340075
Saad@Kassim

Nama pensyarah : Latifah Binti Mohd Razali


Tarikh Terima : ____________________

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah


telah saya rujuk dan fahami.

____________________
Nama:
Tarikh:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

BIOGRAFI

NAMA: MUHAMMAD ZUIQMAL BIN SAAD @ KASSIM

NO. IC: 001005-06-0905

NO TEL.: 011 1128 2504

E-MAIL: zuiqmal16@gmail.com

ALAMAT: 13 A FELDA KOTA GELANGGI 04 27000 JERANTUT PAHANG


STATUS: BUJANG

NAMA BAPA: SAAD @ KASSIM BIN ABU

NAMA IBU: HAZIMAH BINTI MD DAYU

HOBI: MELAYARI INTERNET

UNIT: BAHASA MELAYU SK 2

KATA-KATA SEMANGAT: MENERAPKAN NILAI-NILAI SAHSIAH DALAM DIRI SEBAGAI


BAKAL PENDIDIK YANG AKAN BERSEDIA MENYUAPKAN ILMU DAN TELADAN KEPADA
MURID DEMI MENDIDIK ANAK BANGSA BERJAYA
HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ..…………………………………..
Nama Penulis : MUHAMMAD ZUIQMAL BIN SAAD @ KASSIM
No. IC : 001005-06-0905
Tarikh :
PENGHARGAAN

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya kami masih
diberi kesempatan untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Segala pujian kepada sang
pencipta kerana kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Nikmat kehidupan yang
dikurniakan merupakan satu kesyukuran yang tidak terhingga sebagai seorang hamba.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah MPU3052, Ustazah Latifah Binti
Mohd Razali, kerana telah memberi tunjuk ajar serta bimbingan dalam menjayakan tugasan
ini. Tanpa bantuan beliau, pasti tugasan ini tidak mampu untuk disiapkan dengan sempurna
mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Beliau merupakan pensyarah yang berdedikasi serta
mempunyai komitmen yang tinggi. Segala tunjuk ajar beliau telah kami adaptasi sepanjang
melakukan tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Secara tidak langsung juga terima kasih ini kami ingin ucapkan kepada rakan-rakan
seperjuangan yang sering membantu kami dalam setiap masalah yang dihadapi. Mereka
membantu tanpa ada sebarang rungutan mahupun meminta balasan. Setiap masalah yang
diutarakan dijawab dengan baik. Mereka jugalah yang banyak membantu jika kami mengalami
masalah dalam menyiapkan tugasan ini. Nasihat mereka agar tidak mudah untuk berputus asa
menjadi kekuatan saya tatkala dilanda masalah. Tidak lupa juga penghargaan ini kami berikan
kepada semua warga IPG kampus Tengku Ampuan Afzan kerana telah memberi kerjasama
yang baik.
1.0 PENGENALAN

Sebagaimana yang diketahui, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang mempunyai
masyarakat majmuk daripada segi kaum, agama, bahasa dan budaya. Kepelbagaian yang
wujud ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik kerana rakyat yang berbilang bangsa,
agama dan budaya boleh hidup dengan aman dan harmoni di bawah satu bumbung
pemerintahan. Penulisan ilmiah ini akan membentangkan perbandingan antara tiga tamadun
yang wujud di Malaysia iaitu tamadun Melayu, Cina dan India. Perbandingan tersebut akan
dipecahkan kepada tiga aspek utama iaitu dari aspek ekonomi, pendidikan dan sosiobudaya.

2.0 ASPEK EKONOMI

2.1 EKONOMI TAMADUN MELAYU

Semasa zaman pra-kolonial Semenanjung Tanah Melayu, masyarakat Melayu


mendominasi populasi penduduk. Kebanyakan daripada mereka menetap di sekitar kawasan
pedalaman dengan kelompok yang lebih besar menetap di kawasan yang berhampiran
dengan laut atau pinggir sungai. Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu pada masa itu adalah
bersifat jenis sara hidup yang mudah iaitu berasaskan pada penanaman padi dan aktiviti
perikanan. Penangkapan ikan pula dilakukan untuk tujuan sara diri. Masyarakat Melayu ketika
itu juga biasa menjalankan aktiviti pertukaran barang bagi mendapatkan sumber makanan
yang lengkap. Contohnya, masyarakat Melayu menukar ikan dengan beras dari kampung-
kampung yang mengusahakan padi di kawasan pedalaman. Tambahan lagi, Mereka juga
menjalankan aktiviti aktiviti memungut hasil hutan seperti akar kayu, kayu barus, rotan, kayu
cendana,damar, lilin serta buah-buahan. Apabila hasil-hasil hutan ini berlebihan maka mereka
turut menukarnya dengan orang lain bagi mendapatkan pakaian atau makanan seperti beras.
Mereka juga telah menternak ayam, itik, menanam buah- buahan secara dusun seperti
pisang, tebu, ubi kayu, kelapa dan pinang. Di samping itu, aktiviti memburu juga turut
dilakukan seperti memburu kancil, rusa, seladang dan ayam hutam. Masyarakat Melayu
berjaya menyesuaikan diri dan alam persekitarannya menyebabkan ada kalangan mereka
yang mahir dalam ilmu pelayaran dan mewujudkan tamadun Melayu yang tertumpu di
kawasan persisiran. Hal ini telah mewujudkan hubungan perdagangan di kawasan Asia
Tenggara, khususnya di Kepulauan Melayu. Mereka mampuberhubung dengan negara luar
dalam urusan perdagangan kerana orang melayu adalah ahli pelayaran yang mahir.

2.2 EKONOMI DALAM TAMADUN CINA

Sejarah mencatatkan bahawa kepulauan Nusantara kita terutamanya di Semenanjung


Malaysia adalah tempat pertemuan, perniagaan dan tempat berhijrah oleh pelbagai etnik,
budaya dan agama dari pelbagai kepulauan di rantau ini dan dunia China, India, Arab dan
lain-lain. Menurut tokoh sejarawan iaitu I-Tsing, masyarakat Cina telah mempunyai
hubungan perdagangan dan diplomatik dengan raja-raja Tanah Melayu semenjak abad ke 7.
Penubuhan Melaka telah memulakan pembinaan hubungan perdagangan dan diplomatik ini.
Pada zaman kerajaan Melayu wujud, penempatan komuniti Cina adalah kecil. Walau
bagaimanapun, selepas tahun 1870, peluang perniagaan di Asia Tenggara, Australia dan
Amerika terbuka luas dengan perluasan penjajahan ke kawasan ini dan pembangunan
setempat yang semakin berkembang. Tambahan pula, pada masa itu, bahagian selatan
tanah besar Cina berhadapan dengan ketidakstabilan politik dan malapetaka dan kebuluran.
Oleh hal yang demikian, kebanyakan komuniti Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu datang
dari bahagian selatan tanah besar Cina. Mereka adalah golongan peniaga dan kawasan asal
mereka sebenarnya telah lama mempunyai rantaian perdagangan dengan Tanah Melayu.
Apabila penjajah Inggeris bertapak di Tanah Melayu, semakin ramai masyarakat Cina
datang untuk mencari pekerjaan dan kekayaan di tempat kita. Ada di kalangan mereka ini
yang datang untuk mengumpul harta dan balik kembali ke China tetapi menjelang Perang
Dunia Kedua dan China menjadi sebuah negara komunis, ramai pula yang membuat
keputusan untuk tinggal di sini.

2.3 EKONOMI DALAM TAMADUN INDIA

Sejak dari pembukaan Selat Melaka, kaum India mula datang ke Tanah Melayu untuk
berdagang terutamanya sebagai pedagang kain dan peminjam wang. Pada akhir abad ke-19
dan permulaan abad ke-20, penjajah British mendapati India sebagai sumber untuk
mendapatkan buruh untuk bekerja di ladang-ladang getah milik mereka kerana mereka mahu
mendapatkan buruh-buruh yang murah, patuh dan senang dikawal. Selepas tahun 1900,
setelah pihak British menanam biji-biji getah secara besar-besaran terutamanya di bahagian
barat Tanah Melayu, mereka membawa masuk buruh-buruh Tamil dari India secara besar-
besaran untuk bekerja di ladang-ladang getah tersebut. Selain itu, penjajah British juga
memerlukan kaum India yang berkebolehan dalam bahasa Inggeris untuk menjalankan
tugas-tugas pentadbiran. Setelah pembukaan negeri-negeri Melayu, mereka memerlukan
lebih ramai pekerja dalam pentadbiran negara, maka orang-orang India dan Tamil Ceylon
telah diambil bekerja di peringkat bawahan. Mereka yang berpendidikan Inggeris juga
diambil untuk berkhidmat sebagai pegawai-pegawai perubatan dan juruukur dalam bidang-
bidang teknikal dan profesional. Keadaan ini berterusan sehinggalah pada tahun 1921,
pendudukan kaum India di Tanah Melayu adalah 14.2 peratus daripada jumlah penduduk
Tanah Melayu.

3.0 ASPEK PENDIDIKAN

Seterusnya, mengenai aspek pendidikan, kita dapat melihat kewujudan sekolah


kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil yang
wujud sejak zaman penjajahan lagi.

3.1 PELAJARAN AGAMA ISLAM SEBAGAI LANDASAN SISTEM PENDIDIKAN ORANG


MELAYU
Sebelum kedatangan pihak British ke Tanah Melayu, sistem pendidikan orang
Melayu adalah berlandaskan kepada pelajaran agama Islam, iaitu menjadikan kitab suci Al-
Quran sebagai panduan dan rujukan utama. Mereka telah menjadikan surau dan masjid
sebagai tempat untuk menuntut ilmu dengan mengkaji ayat-ayat kitab Al-Quran. Pelajaran
yang diperolehi oleh anak-anak Malayu ketika itu adalah hafalan ayat-ayat Al-Quran, doa,
dan mempelajari ajaran Islam. Mereka merujuk kepada imam dan para guru agama demi
mempelajari ilmu-ilmu tersebut. Pendidikan yang penting pada ketika itu ialah pendidikan
Islam di mana pendidikan ini mula berkembang dengan kewujudan sekolah-sekolah pondok
dan madrasah sebagai tempat mendapat pendidikan tersebut. Menurut Wilkinson, murid di
pondok mula belajar perkataan-perkataan Arab dan selepas menguasainya, mereka akan
terus menghafal huruf abjad Arab supaya boleh dijadikan panduan membaca doa dan teks
Arab.

3.2 SISTEM PENDIDIKAN BERTERASKAN BAHASA INGGERIS DIMULAKAN

Walau bagaimanapun, apabila zaman penjajahan British bermula, sistem pendidikan


yang berteraskan pendidikan Inggeris dimulakan. Perkara ini bermaksud, sekolah-sekolah
aliran Inggeris mula mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris. Oleh hal yang
demikian, bangsa Melayu pada ketika itu tercabar dan terasa sukar untuk belajar kerana
majoriti masyarakat Melayu tidak mahir untuk menggunakan bahasa Inggeris dengan baik.
Tambahan pula, British menyekat kemasukan pelajar-pelajar Melayu untuk belajar di sekolah
Inggeris. Hal ini disebabkan, mereka bimbang jika orang-orang Melayu belajar dengan
pandai, kedudukan Inggeris akan tergugat. Peluang untuk belajar di sekolah Inggeris hanya
diberikan kepada pelajar-pelajar Melayu yang terdiri dari kelas atasan sahaja. Pada zaman
penjajahan ini, dasar pendidikan terutamanya sistem persekolahan tidak memberikan kesan
yang positif. Antara kesan positif yang diharapkan adalah mewujudkan perpaduan dan
pelaksanaan dasar pendidikan pada ketika itu mempunyai banyak kelemahan kerana British
hanya mementingkan keuntungan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja. Di samping itu,
pihak Inggeris telah mewujudkan sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, dan
sekolah vernakular Tamil dan sekolar-sekolah tersebut wujud sehingga ke hari ini dengan
jenama baru.

4.0 ASPEK SOSIOBUDAYA

Aspek terakhir yang akan dibincangkan adalah aspek sosiobudaya. Memandangkan


Malaysia merupakan negara yang dihuni oleh pelbagai kaum, maka negara ini turut kaya
dengan pelbagai sosiobudaya. Budaya penting sebagai alat kemajuan atau pembangunan
bangsa dan negara. Proses pembangunan negara yang pesat sekarang pasti akan
membawa kepada perubahan kepada sistem nilai, perlakuan dan institusi masyarakat
Malaysia. Berdasarkan sorotan sejarah dalam kurun ke -14 Tanah Melayu amat dipengaruhi
oleh ideologi Hindu dan Buddha yang diterapkan oleh pemerintah. Sistem pemerintahan
pada ketika itu menekankan kepada nilai-nilai yang selektif seperti kekuasaan dan
kewibawaan raja tetapi mengabaikan nilai-nilai berkaitan rakyat seperti hak peribadi dan
pembangunan diri. Simbolik Raja sebagai Dewa dalam Hindu dan Buddha menjadikan raja
dan kerajaan satu badan yang berkuasa secara mutlak.

4.1 AGAMA ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP

Ketibaan Islam telah membawa perubahan besar kepada sistem nilai tersebut
dengan membawa nilai-nilai baru seperti kebebasan berfikir (ijtihad), tiada yang abadi dan
sempurna di dunia, dan setiap manusia adalah setaraf. Di samping itu, Islam menyatakan
bahawa setiap manusia, tidak kira pangkat atau jantina, berhak dan mampu membangunkan
diri sendiri mencapai kesempurnaan dan setiap manusia adalah khalifah. Bangsa Melayu
yang beragama Islam telah menjadikan agama tersebut sebagai cara hidup mereka.
Konsep-konsep umum yang lahir dari budaya masyarakat Melayu tradisional telah
disesuaikan dengan amal kebaikan (makruf) dalam ajaran Islam. Nilai-nilai Islam boleh
diringkaskan kepada prinsip umum, iaitu mengamalkan segala kebaikan dan mencegah dari
melakukan kejahatan. Nilai Islam juga boleh difahami menerusi penjelasan konsep-konsep
seperti amalan baik dan perbuatan jahat, pahala dan dosa, syurga dan neraka.

4.2 ROMBAKAN NILAI SEDIA ADA

Namun begitu, ketibaan penjajah dengan ideologi kapitalisme telah merombak sistem
nilai di Tanah Melayu secara mendadak. Nilai-nilai yang membolehkan aktiviti penjajahan
telah diperkenalkan seperti pengiktirafan kuasa kepada penjajah dan kewajaran eksploitasi
sumber alam untuk tujuan kekayaan dan kemakmuran. Tambahan pula, kemasukan orang
Cina dan India ke negara ini dalam jumlah yang tinggi secara mendadak menimbulkan
kecelaruan dalam sistem nilai sedia ada. Walaupun sebelum ini, tamadun negara China dan
India (Buddha dan Hindu) diterapkan dalam proses kehidupan seharian, kemasukan
penduduk kedua-dua buah negara tersebut dalam jumlah yang ramai sebaliknya
menimbulkan konfrantasi. Polisi penjajah pecah dan perintah menambahkan
ketidaksefahaman dan jurang di antara kaum.

5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, perbezaan mahupun persamaan antara tamadun di Malaysia mesti


difahami dan dihormati bersama demi kemakmuran dan keharmonian tanah air. Semua
bidang baik bidang pentadbiran negara, bidang pendidikan mahupun institusi kekeluargaan
di rumah perlu memainkan peranan masing-masing demi mengelakkan ketidaksefahaman
antara kaum. Bidang pendidikan negara mungkin boleh menjadikan pendidikan pelbagai
budaya sebagai salah satu cara untuk untuk membentuk cara hidup yang menghormati dan
bertoleransi terhadap kepelbagaian budaya yang hidup di tengah-tengah masyarakat yang
berbilang kaum.

RUJUKAN

Abdullah, M. R. T. (2010). Cabaran integrasi antara kaum di Malaysia: perspektif sejarah,


keluarga dan pendidikan. Jurnal Hadhari Bil, 3, 61-84.

Abdul Rahman,W.R. 1988. The role of achievement motivation in economic development in


Malaysia, in Sinha, D&Kao, S.H.R. (Eds), Social values and development: Asian
Perspectives. pp. 210-226. India: Sage Publications.

Ab Rahman, H., bin Daud, M., & binti Ahmad, N. (2009). Pembangunan ekonomi dalam
hubungan Etnik. Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif Teori dan Praktik, 185-198.

Awang, S. (2002). Dasar-Dasar Ekonomi British Di Tanah Melayu Sejak 1819-1957. Tesis
Sarjana Muda Sejarah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm 1.

Ibrahim Saad. (1986). Pendidikan dan Politik di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lee, Yok Fee (2004) Kedinamikan kecinaan dan identiti orang Cina di Malaysia. SARI:
Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 22 . pp. 167-181. ISSN 0127-2721

Mohamed Salleh Lamry, Hasan Mat Nor. (1993). Masyarakat dan Perubahan. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nasir, Z. M., & Ahmad, N. (2008). Pembangunan sosial dalam hubungan etnik.

Noor, M. M. (2010). Hubungan Melayu dan Cina di Malaysia masa kini: buta dengan
perubahan realiti sosial Negara. Jurnal Demokrasi, 9(2).
Uqbah Iqbal, and Nordin Hussin, and Ahmad Ali Seman, (2015) Sejarah perkembangan
ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dan sifat ekonomi masyarakat Melayu era pra-
kolonial. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 3 (2). pp. 95-119

You might also like