3 Laporan-Pjms3043

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN


27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR

PJMS3043
ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

PISMP Ambilan Jun 2019

Semester 2 Tahun 1 (Sesi Jan-Mei 2020)

Kumpulan/Unit: Bahasa Melayu SK 2

Tarikh Hantar: 10.04.2020

NAMA PELAJAR NO. KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN


MUHAMMAD IRFAN BIN
000131-04-0089 2019112340074
KHAIRATUL ANUAR

NAMA PENSYARAH : TUAN SYED ZULKARNAIN BIN SYED MAHAMUD


TARIKH TERIMA :

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah


telah saya rujuk dan fahami.

____________________
Nama: Muhammad Irfan Bin Khairatul Anuar
Tarikh:
HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ……………………………..

Nama Penulis : MUHAMMAD IRFAN BIN KHAIRATUL ANUAR

No I/C : 000131-04-0089
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
PISMP AMBILAN JUN 2019

BIODATA PELAJAR

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD IRFAN BIN KHAIRATUL ANUAR


NO KAD PENGENALAN : 000131-04-0089
ALAMAT TETAP : NO.12, LORONG 1, JALAN DESA MOLEK 13,
TAMAN DESA MOLEK, 75460 MELAKA
NO TELEFON : 019-6898025
E-MEL : nafriyahkun511@gmail.com
KURSUS : PISMP AMBILAN JUN 2019
PENGKHUSUSAN : BAHASA MELAYU (SK)
TAHUN DAN SEMESTER : TAHUN 1 SEMESTER 2
UNIT : BAHASA MELAYU 2
JABATAN : JABATAN PENGAJIAN MELAYU
INSTITUSI : IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya saya masih diberi
kesempatan untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Segala pujian kepada sang
pencipta kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Nikmat
kehidupan yang dikurniakan merupakan satu kesyukuran yang tidak terhingga
sebagai seorang hamba.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk
menghadiahkan jutaan terima kasih kepada kepada Tuan Syed Zulkarnain Bin Syed
Mahamud atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa
tugasan ini disiapkan.Tanpa bantuan beliau, pasti tugasan ini tidak mampu untuk
disiapkan dengan sempurna mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Beliau
merupakan pensyarah yang berdedikasi serta mempunyai komitmen yang tinggi.
Segala tunjuk ajar beliau telah saya adaptasi sepanjang melakukan tugasan ini
dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya
kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan
usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya walaupun ini adalah tugasan
indvidu. Mereka membantu tanpa ada sebarang rungutan mahupun meminta
balasan.Setiap masalah yang diutarakan dijawab dengan baik. Mereka jugalah yang
banyak membantu jika kami mengalami masalah dalam menyiapkan tugasan
ini.Nasihat mereka agar tidak mudah untuk berputus asa menjadi kekuatan saya
tatkala dilanda masalah.Dalam menyiapkan tugasan ini,banyak yang telah saya
pelajari sepanjang penyiapan kerja kursus ini dilakukan.Ianya memberi saya seribu
satu makna dalam menimba ilmu ini .
1.0 LAPORAN ADAPTASI SISTEM RANGKA UNTUK MELAKUKAN KEMAHIRAN
HANTARAN DEKAT (BOLA SEPAK)

1.1 Objektif Amali Kemahiran Bola Sepak

Pada akhir sesi amali kemahiran bola sepak, saya dapat:

1. Aspek Psikomotor

Melakukan hantaran dekat bola sepak dengan menggunakan bahagian dalam kaki pada
jarak 10 meter dengan tepat kepada rakan sekurang-kurangnya 4 daripada 5 percubaan.
2. Aspek Kognitif
Dapat menjelaskan huraian secara tepat tentang adaptasi fungsi anatomi dan fisiologi
yang melibatkan analisa dengan menghubungkait jenis serta fungsi tulang dan sendi
pergerakan yang lengkap dan rasional dengan analisa pergerakan anggota tubuh badan
saya sedang melakukan aksi hantaran dekat bola sepak dengan menggunakan
bahagian dalam kaki pada jarak 10 meter.

1.2 Penjelasan Adaptasi Fungsi Anatomi dan Fisiologi Sistem Rangka yang
Melibatkan Analisa Jenis serta Fungsi Tulang dan Sendi Pergerakan untuk melakukan
Kemahiran Hantaran Dekat

Sistem rangka merupakan satu rangkaian tulang yang berfungsi untuk menyokong dan
melindungi beberapa organ yang lembut pada tubuh badan kita. Sistem rangka ini terdiri
daripada tulang, otot, ligamen, sendi dan kartilej. Ligamen adalah tisu berfiber yang
menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawan yang boleh bergerak manakala sendi
adalah tempat pertemuan dua tulang yang bersebelahan. Seterusnya, kartilej adalah tisu
yang kurang keras dan lebih fleksibel daripada tulang. Sistem rangka terbahagi kepada dua,
iaitu rangka aksial dan rangka apendikular. Sistem rangka bertindak sebagai perlindungan,
penyokong, penghasilan sel darah merah, pergerakan dan tempat penyimpanan. Dalam
sukan bola sepak, tulang yang berada di bahagian kaki banyak digunakan dan lebih dikenali
sebagai rangka apendikular. Kemahiran melakukan hantaran dekat merupakan salah satu
kemahiran yang menggunkan rangka apendikular. Bagi kemahiran melakukan hantaran
dekat, rangka apendikular untuk anggota bawah yang terlibat ialah femur, fibula, tibia, tarsus
dan metatarsus.
1.3 Kemahiran Melakukan Hantaran Dekat

Hantaran dekat merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh seorang pemain bola
sepak. Hantaran ini adalah satu variasi hantaran dalam bola sepak. Hantaran dekat
menggunakan bahagian dalam kaki untuk menghantar bola dalam jarak yang dekat semasa
permainan dengan tepat dan arah yang betul. Penggunaan sistem rangka bahagian bawah
tubuh badan penting dalam melakukan kemahiran menggelecek bola ini. Penggunaan dan
pergerakan tulang-tulang kaki yang terlibat adalah seperti femur, tibula, tibia, tarsus dan
metatarsus. Manakala penggunaan paling utama dalam melakukan aksi ini ialah
penggunaan tulang bahagian dalam kaki iaitu metatarsus dan pergerakan sendi kondil yang
terletak di pergelangan kaki untuk pergerakan bola ke kiri dan ke kanan.
1. Femur atau tulang peha

Tulang femur ini dikategorikan di dalam tulang panjang. Tulang ini sangat kukuh dan tidak
mudah patah ini, memanjang dari pinggul ke lutut. Kemahiran membuat hantaran dekat ini
dilakukan dengan penggunaan tulang paha kiri bertindak sebagai sokongan. Pada mulanya,
tulang paha kiri akan mengawal arah kaki kiri untuk berada di tepi bola sepak. Kemudian,
tulang paha kanan akan mengawal kaki kanan untuk menghadap ke arah timur laut agar
dapat menggunakan bahagian dalaman tapak kaki untuk membuat hantaran dekat. Selepas
itu, tulang paha kaki kanan ini akan menetap sehingga habis membuat hantaran. Akhirnya,
tulang paha kaki kanan akan mengawal kaki kanan untuk balik ke tempat asal dan akan
menjadi sokongan untuk keseimbangan kepada badan.

2. Tibia dan fibula

Seterusnya, tibia dan fibula yang berperanan juga dalam kemahiran melakukan hantaran
dekat. Tibia ialah tulang kering yang mempunyai saiz lebih besar daripada fibula, iaitu tulang
betis. Bahagian proksimal tibia berartikulasi dengan bahagian distal femur untuk membentuk
sendi lutut, manakala bahagian distal fibia membentuk bungkah pergelangan kaki. Fibula
pula tidak membentuk sendi lutut namun bahagian distalnya membentuk pergelangan kaki.
Dalam kemhiran hantaran dekat, tibia dan fibula bagi kaki kiri pada mulanya akan mengikut
arah yang digerak oleh femur kiri dan menetap di tepi bola sepak bagi memberi sokongan
kepada badan ke hadapan. Seterusnya, atasan tibia dan fibula kaki kanan akan dibawa oleh
femur dan menghadap ke arah timur laut. Kemudiannya, tibia dan fibula bagi kaki kanan
yang dibawa oleh femur kanan pada masa ini akan mengawal tapak kaki ke hadapan untuk
membuat hantaran.

3. Tarsus dan metatarsus

Tarsus merupakan tulang yang bersendi pada hujung bawah tibia dan fibula. Tarsus
memainkan peranan dalam melakukan hantaran dekat. Metatarsus pula ialah tulang
panjang di antara tulang tarsus dan falanks. Dalam hantaran dekat ini, matatarsus kiri
berperanan dalam mengukuhkan tapak dan metatarsus kanan berperanan dalam membuat
hantaran. Tarsus dan metatarsus kaki kiri akan bergerak bersama tibia dan fibula ke tepi
bola sepak dan berperanan dalam menyokong badan dan mengimbangkan badan. Pada
masa yang sama, tarsus dan metatarsus kaki kanan akan bergerak bersama tibia dan fibula
dan menghadap ke arah timur laut. Bahagian dalaman tarsus akan digunakan untuk
menghantar bola. Akhirnya, tarsus dan metatarsus kaki kanan akan bertapak bagi
mengimbangkan badan dan menyokong badan selepas membuat hantaran dekat bola
sepak.
2.0 LAPORAN ADAPTASI SISTEM OTOT UNTUK KEMAHIRAN SEMASA MENDARAT
SEBELAH KAKI DAN ‘PIVOT’ (BOLA JARING)

2.1 Objektif Amali Kemahiran Bola Jaring

Pada akhir sesi amali kemahiran bola jaring, saya dapat:

1. Aspek Psikomotor

Mendarat sebelah kaki dan ‘pivot’ dengan menggunakan kaki kanan dan diikuti kaki kiri
selepas melompat atau melonjak untuk menyambut bola yang dihantar pada jarak 5
meter sekurang-kurangnya 2 percubaan di sebelah kiri dan kanan daripada 4
percubaan.
2. Aspek Kognitif
Dapat menjelaskan huraian secara tepat tentang adaptasi fungsi anatomi dan fisiologi
yang melibatkan analisa dengan menghubungkait sistem tuas (fulkrum, beban, daya)
dan jenis pergerakan yang lengkap dan rasional dengan analisa pergerakan anggota
tubuh daya sedang melakukan aksi mendarat sebelah kaki dan ‘pivot’ dengan
menggunakan kaki kanan dan diikuti kaki kiri selepas melompat atau melonjak untuk
menyambut bola yang dihantar.

2.2 Penjelasan Adaptasi Fungsi Anatomi dan Fisiologi Sistem Otot yang Melibatkan
Analisa Sistem Tuas (Fulkrum, Beban, Daya) dan Jenis Pergerakan untuk Semasa
Mendarat Sebelah Kaki Dan ‘Pivot’ (Bola Jaring)

Otot salah satu sistem yang penting dalam badan. Pergerakan terhasil daripada
pengucupan danpemanjangan otot. Terdapat lebih kurang 600 otot di dalam badan
manusia. Pergerakan tubuh badan manusia berlaku hasil daripada gabungan sistem rangka
dan otot. Secara khususnya, pergerakan dihasilkan oleh penguncupan dan pemanjangan
otot. Otot terbahagi kepada tiga jenis, iaitu otot rangka, otot licin dan otot kardiak. Ketiga-tiga
otot ini dibina oleh tisu yang khusus dan boleh dibezakan dari segi struktur sel, lokasi dan
fungsinya. Otot rangka membolehkan otot menjana daya bagi menghasilkan pergerakan dan
otot ini berfungsi secara kawalan sedar. Sistem tuas yang akan diterangkan melibatkan
tulang, sendi dan otot. Tulang-tulang ini akan bersambung antara satu sama lain melalui
sistem persendian dan bertindak sebagai tuas yang memindahkan tenaga otot terhadap
objek yang menghasilkan pergerakan. Berikut menunjukkan gambar rajah sistem otot dalam
tubuh manusia.
2.4 Mendarat Sebelah Kaki Dan ‘Pivot’ (Bola Jaring)

Kemahiran ini merupakan kemahiran gerakan kaki yang sangat penting bagi pemain
bola jaring. Ketangkasan untuk menukar haluan secara serta merta sambal memecut perlu
ada bagi setiap pemain. Kemahiran mendarat sebelah kaki dan ‘pivot’ boleh dibahagikan
kepada tiga sesi, iaitu sesi persediaan, sesi menerima bola dan mendarat sebelah kaki, dan
akhirnya sesi ‘pivot’ selepas mendarat. Terdapat otot yang terlibat semasa melakukan
kemahiran ini antaranya otot yang berada di bahagian kaki. Otot di bahagian kaki ini penting
untuk mendarat pada sebelah kaki, melompat dari kaki yang sama ke kaki yang satu lagi
dan melompat semula sebelum melepaskan bola. Ini akan memberikannya peluang untuk
mengimbangkan diri dan bergerak jauh disamping memberi kekuatan kepada lontaran bola
seterusnya. Antara oto yang terlibat dibahgian kaki ialah otot hamstring, quadriceps dan
gluteus.
1. Otot Hamstring

Kedudukan otot hamstring terletak di belakang lutut. Fungsi utamanya adalah untuk
fleksi paha-betis dan memutar paha ke arah samping luar. Oleh itu, kegunaan otot ini
penting dalam kemahiran mendarat sebelah kaki dan ‘pivot’. Dalam kemahiran mendarat
sebelah kaki dan ‘pivot’, otot hamstring berfungsi dalam melompat ke arah bola dan gerakan
‘pivot’ selepas mendarat. Pada sesi menerima bola, otot hamstring akan menghasilkan
tenaga untuk berlari dan melompat ke arah bola. Otot hamstring akan berkonstraksikan
supaya kaki dapat mengangkat ke belakang dalam larian dan menghasilkan tenaga untuk
melompat ke arah bola. Pada sesi ‘pivot’ pula, otot hamstring juga akan berkonstraksikan
agar dapat berdiri dan mengimbangkan badan.

2. Otot quadriceps

Otot quadriceps merupakan otot yang mempunyai empat kepala yang berbeza dan
berbagi sampai bahagian lutut. Fungsi otot tersebut membantu dalam berlari, meluruskan
kaki, menendang, dan sebagainya. Dalam kemahiran mendarat sebelah kaki dan ‘pivot’, otot
tersebut membantu dalam manggerakkan tulang kaki agar dapat berlari, melompat dan
meluruskan kaki. Pada sesi persediaan, beban akan dikenakan kepada otot tersebut untuk
kekal berada dalam keadaan bersedia yang lutut sedikit bengkok. Otot quadriceps akan
berkonstruksikan dan menghasilkan daya agar kaki dapat diluruskan semasa berlari dan
melompat. Sebelum kaki mendarat, otot tersebut akan berkonsturksikan supaya kaki
diluruskan. Akhirnya pada sesi ‘pivot’ selepas mendarat, otot akan berkonstuksikan agar
dapat berdiri dan mengimbangkan badan.

3. Otot gluteus

Otot gluteus adalah tiga otot pembentuk gluteal. Fungsi dari otot ini adalah untuk
menjaga bentuk tubuh agar tetap tegak dan mendorong pinggul ke posisi awal. Dalam
kemahiran mendarat sebelah kaki dan ‘pivot’, otot tersebut hanya berfungsi untuk
menegakkan badan. Beban akan dikenakan kepada otot tersebut semasa badan berada
dalam keadaan bersedia dan mendarat. Pada sesi persediaan, otot tersebut menghasilkan
tenaga untuk memastikan badan berada dalam keadaan bersedia dengan lutut sedikit
bengkok.
3.0 LAPORAN ADAPTASI SISTEM SARAF UNTUK KEMAHIRAN MENJARING DENGAN
JARINGAN LOMPAT (BOLA BALING)

3.1 Objektif Amali Kemahiran Bola Baling

Pada akhir sesi amali kemahiran bola baling, saya dapat:

1. Aspek Psikomotor

Menjaring dengan jaringan lompatan dengan bergerak tiga langkah kehadapan sebelum
melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat jaringan dengan menggunakan sebelah
tangan sekurang-kurangnya 4 dan 5 percubaan dengan jayanya.
2. Aspek Kognitif
Dapat menjelaskan huraian secara tepat tentang adaptasi fungsi anatomi dan fisiologi
yang melibatkan analisa dengan menghubungkait struktur neuron dan tindakan pantulan
yang lengkap dan rasional dengan analisa pergerakan anggota tubuh saya sedang
menjaring dengan jaringan lompatan dengan bergerak tiga langkah kehadapan sebelum
melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat jaringan dengan menggunakan sebelah
tangan.

3.2 Penjelasan Adaptasi Fungsi Anatomi dan Fisiologi Sistem Saraf yang Melibatkan
Analisa Struktur Neuron dan Tindakan Pantulan untuk Kemahiran Menjaring dengan
Jaringan Lompat bagi Bola Baling

Koordinasi Saraf dikawal dan diselaraskan oleh sistem saraf. Sistem saraf manusia
terdiri daripada dua bahagian iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf pinggir/periferi.
Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang manakala sistem saraf periferi
terdiri daripada saraf kranium dan saraf spina. Sistem saraf membawa isyarat elektrik yang
disebut impuls. Sistem saraf pusat berfungsi sebagai pusat kawalan, integrasi dan tafsiran
manakala sistem saraf periferi berfungsi sebagai penerima dan penghantar maklumat dan
bersambung kepada reseptor deria dan efektor. Sistem saraf terdiri daripada sel saraf
dipanggil neuron yang berperanan untuk membawa impuls. Neuron akan terangsang secara
elektrik lalu memproses dan memindahkan maklumat melalui isyarat elektrik dan kimia.
Tindakan pantulan (refleks spinal) berlaku dalam kemahiran ini. Refleks iaitu tindakan yang
pantas dan involuntary berlaku pada respon terhadap sesuatu rangsangan. Berikut
menunjukkan gambar rajah sistem saraf.
3.4 Kemahiran Menjaring Dengan Jaringan Lompat bagi Bola Baling

Pergerakan kemahiran ini bermula apabila mata menerima rangsangan daripada


pergerakan bola yang dihantar oleh pembantu. Rangsangan ini akan bergerak sebagai
maklumat melalui laluan aferen. Maklumat ini adalah berbentuk impuls elektirik yang dibawa
oleh neuron sensori ke sistem saraf pusat iaitu otak. Sistem saraf pusat akan memproses
maklumat untuk menghasilkan impuls bagi tindak balas seterusnya. Neuron perantaraan
berperanan sebagai perantara dalam menghantar impuls dari neuron sensori ke neuron
motor. Setelah maklumat diproses, impuls elektrik akan bergerak ke efektor, iaitu organ
yang akan melakukan pergerakan seterusnya melalui laluan eferen. Impuls baru ini dibawa
oleh neuron motor. Apabila impuls diterima oleh efektor, kedua-dua kaki akan melonjak ke
hadapan gol.
Pada masa yang sama, proses penghantaran maklumat juga berlaku bagi melakukan
jaringan dengan sebelah tangan ke dalam gol. Setelah lonjakan dibuat, rangsangan atau
maklumat yang diterima akan dihantar ke sistem saraf pusat melalui laluan aferen yang
dibawa oleh neuron sensori. Setelah maklumat diproses, impuls akan bergerak ke efektor
menerusi laluan eferen oleh neuron motor. Efektor akan menerima maklumat untuk
menggunakan daya yang mencukupi untuk melakukan jaringan lompatan yang baik. Tangan
akan ditarik ke belakang bagi menghasilkan daya untuk membolehkan bola sampai ke gol
secara konsisten.

Begitu juga, untuk pendaratan yang baik dan seimbang, maklumat akan diproses oleh
sistem saraf pusat untuk memberi arahan kepada kaki supaya dibengkokkan sedikit ketika
mendarat untuk mengelakkan kecederaan. Proses penghantaran impuls yang berlaku dalam
kemahiran ini terjadi dengan pantas kerana memerlukan beberapa tindakan dalam satu
masa secara terus. Sistem saraf yang cekap akan menghasilkan satu jaringan lompat yang
sempurna.
RUJUKAN

Abdul Hamid Abdul Rashid. (1991). Anatomi asas dan klinikial. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Hamid Abdul Rashid. (1992). Anatomi umum. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Andisa Shabrina. (2001). Anatomi Tubuh Manusia. Diakses pada 29 Mac 2020 daripada
https://hellosehat.com/hidup-sehat/fakta-unik/anatomi-tubuh-manusia/
Modul Anatomi dan Fisiologi. Bab 4 Struktur Otot dan Sistem Otot Rangka. IPG Kampus
Darulaman
Mohd Zairi Husain.(2009). HBPE4303 Asas Anatomi dan Fisiologi. Open University
Malaysia.Kuala Lumpur.Donna Van Wynserbeghe (1995):
Mahadiah Muda. (2012). Xpress A+ Biology SPM. Oxford Fajar Sdn Bhd.
Naza. (2012). Sains 4 5. Diakses pada 29 Mac 2020 daripada
http://www.sains45.cikgunaza.com/2012/01/neuron.html
Tortora, G.J. & Anagnostakos, N.P. (1987). Principles of anatomy and physiology. Harper
and Row.
Zuri Azani. (2013). Sistem saraf dan deria. Diakses pada 29 Mac 2020 daripada
https://www.slideshare.net/toknabe/sistem-saraf-dan-deria

You might also like