Hiv Dan Aids

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

HIV DAN AIDS

1.  Apa itu HIV? 

Singkatan daripada Human Immunodeficiency Virus, HIV menyerang


sistem pertahanan badan manusia dan mendedahkan seseorang kepada
AIDS.

Nota:
1. HIV hanya menyerang manusia
2. Tidak ada orang yang mati kerana dijangkiti HIV
3. Boleh diuji dengan Ujian Antibodi HIV
4. Virus yang boleh menyebabkan AIDS
2. Apa itu AIDS?

Singkatan daripada Acquired Immune Deficiency Syndrome, AIDS


merupakan gejala sekumpulan penyakit yang menyerang sistem
pertahanan badan manusia setelah seseorang itu dijangkiti HIV.

Acquired  : Tidak diwarisi


Immune : Sistem pertahanan badan manusia
Deficienc
: Menjadi lemah
y
Syndrome : Kumpulan penyakit
3. Apa beza HIV dan AIDS?

HIV merupakan virus yang menyerang sistem pertahanan badan manusia


dan AIDS merupakan kumpulan penyakit hasil daripada jangkitan HIV.

Dengan rawatan, people living with HIV (PLHIV) tidak semestinya


mengidap AIDS. AIDS cuma sebagai satu indicator terhadap situasi
kesihatan individu yang lemah imuniti tubuh dan terdedah kepada
jangkitan.
4. Cara Jangkitan HIV

Terdapat tiga cara utama iaitu:

(a) Seks tanpa menggunakan kondom dengan orang yang dijangkiti.

Nota:
Dalam kes ini, seks rambang bukanlah istilah yang tepat, kerana kita
tidak mungkin mengetahui status seseorang sehingga ianya diuji. Jika
seseorang itu mengadakan hubungan seks rambang dengan pasangan
yang tidak ada HIV, walau seramai mana sekalipun, dia tidak akan
dijangkiti.

(b) Perkongsian alat suntikan yang melibatkan darah yang tercemar


dengan HIV.

Nota:
Penggunaan dadah secara oral tidak ada kena mengena dengan
jangkitan HIV. Untuk HIV berjangkit hanya penggunaan dadah secara
suntikan yang boleh memindahkan virus dari seorang ke seorang yang
lain. Walau bagaimanapun, kehilangan kewarasan akibat apa juga jenis
dadah dan minuman beralkohol boleh meningkatkan risiko jangkitan
kerana kurangnya pertimbangan.

(c) Daripada ibu positif HIV (tanpa rawatan) yang mengandung kepada


anak yang dikandung sewaktu kandungan, sewaktu melahirkan dan
sewaktu menyusukan. Dengan rawatan yang berkesan, statistik
menunjukkan tiada berlaku risiko jangkitan.

Nota:
Ibu yang positif tanpa rawatan mempunyai 12% - 35% kemungkinan
untuk menjangkitkan virus kepada anak yang dikandung. Setelah
menjalani rawatan ARV, risiko jangkitan dapat dielakkan. Walau
bagaimanapun, berdasarkan situasi kesihatan si ibu, ada kemudian
harus menjalani pembedahan C-Section semasa proses melahirkan
bayi.

(d) Pemindahan darah dan pemindahan organ yang tercemar dengan HIV.
5. Kita tidak boleh dijangkiti HIV melalui:

(a)   Gigitan nyamuk (atau pun kera atau binatang-binatang lain)


(b)   Berkongsi kemudahan awam seperti kolam renang, telefon awam atau
pun tandas awam
(c)    Tidur, makan, minum dan melakukan aktiviti-aktiviti seharian mahu pun
sukan dengan mereka yang positif.

6. Cecair badan yang mempunyai konsentrasi HIV yang tinggi ialah:

(a) Darah
(b) Air Mani
(c) Air Mazi
(d) Cecair Faraj
(e) Susu Ibu

Konsentrasi yang tinggi ini boleh menyebabkan risiko jangkitan. Tetapi,


dengan rawatan yang berkesan, ianya dapat diturunkan sehingga ‘HIV not
detected’. Ketika ini, risiko jangkitan kepada pasangan dapat dielakkan.
Bahkan, PLHIV mampu mendapat zuriat bebas HIV.

Bolehkah seseorang yang mempunyai HIV dibezakan daripada


7.
bentuk fizikal?

Tidak.
Hanya dengan menjalani Ujian Saringan HIV status seseorang itu boleh
diketahui.
8. Bolehkah HIV hidup di luar tubuh manusia?

HIV tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia dan akan musnah
apabila terkena oksigen atau matahari.
9. Bolehkah HIV dijangkiti melalui ciuman mulut (French kiss)?

Tidak. Sehingga kini tiada kes jangkitan dilaporkan.

10 Bolehkah saya mengetahui status HIV saya dengan cara menderma


. darah?

Boleh. Tetapi, anda sebenarnya telah melanggar undang-undang negara


kerana setiap pengamal aktiviti berisiko dilarang menderma darah.

Jangan menderma darah sekiranya anda atau pasangan disyaki ada HIV
atau telah melakukan hubungan seks tanpa kondom. Setiap darah yang
didermakan akan diuji dengan kemungkinan jangkitan HIV, Hepatitis, dan
Sifilis.

11 Perlukah saya dan pasangan saya menjalani ujian sebelum


. berkahwin?

Ujian HIV pra perkahwinan adalah dimestikan kepada setiap pasangan


Muslim.

Mengetahui status pasangan sebelum berkahwin adalah lebih baik


daripada mengetahuinya selepas berkahwin. Walau bagaimanapun, ini
tidak menjamin yang anda atau pasangan bebas daripada HIV selepas
berkahwin. Adalah disarankan untuk anda dan pasangan sentiasa
berbincang hal ini untuk menentukan masa depan anda.
Pengenalan

Apa itu HIV dan AIDS?

HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan
seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman
dan kanser. AIDS adalah singkatan bagi ‘Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit’ dan adalah
peringkat terakhir jangkitan HIV.

Pada tahun 2003, terdapat 40 juta orang menghidap penyakit HIV/AIDS di seluruh dunia, di mana 5 juta
orang baru dijangkiti manakala 3 juta maut. http://www.unaids.org/.

Bagaimanakah HIV merebak?

HIV mudah dijangkiti melalui cecair badan seperti:

 Darah

 Air mani

 Cecair faraj

 Susu ibu

HIV boleh merebak melalui:

 Hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti (termasuk hubungan melalui faraj,
dubur atau mulut)

 Penagih berkongsi jarum dan alat suntikan

 Pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV

 Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan
atau sewaktu menyusu.

Bagaimanakah HIV tidak boleh merebak?

Virus HIV adalah virus yang lemah, tidak bertahan diluar badan manusia. HIV tidak boleh dijangkiti
melalui:

 Sentuhan seperti duduk bersebelahan, berjabat tangan, memeluk atau bekerja dengan pesakit
AIDS
 Berkongsi kemudahan awam seperti telefon awam, kolam renang, tandas dan pengangkutan
awam

 Berkongsi perkakas atau makanan dengan seorang pesakit AIDS

 Bersin, batuk, berpeluh atau kencing

 Gigitan nyamuk

Tanda dan Gejala

Apakah tanda-tanda jangkitan HIV?

Sebilangan pesakit mengalami gejala-gejala berikut dalam masa 2-6 minggu selepas dijangkiti kuman
HIV:

 demam

 sakit tekak dan batuk

 sakit otot

 sakit kepala

 cirit-birit

 bengkak kelenjar limfa

 letih

 ruam

 sakit sendi

 turun berat badan

Pada peringkat awal, selalunya pesakit kelihatan sihat tetapi dirinya HIV positif. Walaupun pesakit tidak
mempunyai tanda-tanda AIDS, tetapi ia boleh merebak dan menjangkiti orang lain.

Apakah gejala-gejala jangkitan HIV?

Pesakit HIV mudah untuk mendapat jangkitan kuman disebabkan sistem ketahanan badan lemah.
Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, gejala AIDS akan muncul dalam 8-15 tahun

Gejala-gejala tersebut adalah seperti berikut:

 ruam

 jangkitan sistem pernafasan

 jangkitan paru-paru yang teruk dan batuk kering


 cirit-birit yang kronik

 jangkitan kuman pada otak (contohnya toxoplamosis)

 Jangkitan kulat (contohnya candidiasis pada saluran makanan atau sistem pernafasan)

 kanser (contohnya Kaposi’s sarcoma)

Dalam masa 2 tahun, pesakit AIDS boleh dijangkiti jangkitan kuman yang teruk, susut berat badan dan
lemah.

Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada dijangkiti HIV?

Ujian Antibodi HIV terdapat di mana-mana klinik atau hospital. Ujian segera ( keputusan selama 15 minit)
juga boleh didapati. Maklumat individu akan dirahsiakan.

Ibu mengandung yang mendapatkan pemeriksaan di klinik ibu mengandung akan menjalani ujian antibodi
HIV. Ini bertujuan mengurangkan jangkitan kepada bayi.

Kaunseling sebelum dan selepas menjalani ujian akan diberikan.

Rawatan

Adakah ubat untuk menyembuhkan HIV/AIDS?

Tidak, masih tiada lagi ubat untuk menyembuhkan HIV/AIDS.

Walau bagaimanapun, penggunaan ubat anti-virus HIV dapat melambatkan proses penyakit ini.

Siapakah perlu dirawat dan dimanakah untuk mendapatkan rawatan?

Kebanyakkan pesakit tidak memerlukan rawatan di peringkat awal penyakit. Rawatan diberikan kepada
pesakit-pesakit berikut:

 menunjukkan tanda-tanda AIDS

 bacaan CD4 kurang daripada 200 sel/ml

 bacaan virus lebih dari pada 30 000 copies/ml

 pesakit yang mengikuti rawatan sepenuhnya

Kerajaan menyediakan kombinasi 3 ubat anti-virus dikenali sebagai Highly Active Anti-Retroviral Therapy
(HAART) secara percuma untuk pesakit-pesakit berikut:
 kanak-kanak berumur kurang 12 tahun

 dijangkiti HIV melalui pemindahan darah dan pemindahan organ

 dijangkiti melalui pekerjaan

 wanita yang disahkan positif untuk HIV melalui program pencegahan HIV ibu kepada anak

 pegawai kerajaan

Untuk pesakit-pesakit lain, kerajaan menyediakan 2 jenis ubat anti-virus secara percuma. Pesakit hanya
perlu membeli 1 jenis ubat sahaja. HAART dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Ubat anti-virus boleh didapati di hospital kerajaan dan klinik kesihatan terpilih. Rawatan HIV/AIDS juga
termasuk:

 pencegahan dan rawatan untuk jangkitan oportunis (opportunistic infection)

 nasihat mengenai pemakanan berkhasiat

 rawatan penyakit kelamin

 kaunseling ( perubatan dan psikologi)

Pencegahan

 Pencegahan di kalangan individu berisiko tinggi dan orang awam adalah penting disebabkan
tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit AIDS dan begitu juga vaksin untuk mencegah HIV.

 Pencegahan daripada merebak melalui hubungan seks adalah:


o jauhi diri daripada mengadakan hubungan seks bebas

o setia kepada pasangan anda

o amalkan hubungan seks selamat termasuk menggunakan kondom

o gunakan jarum baru atau alat suntikan pakai buang

 jangkitan melalui ibu kepada anak dapat dikurangkan dengan mengambil anti-virus
sewaktu mengandung dan bersalin, elakkan pembedahan dan penyusuan

 anggota-anggota pegawai kesihatan hendaklah sentiasa mematuhi peraturan supaya


dapat mengelakkan kecederaan disebabkan jarum dan alatan tajam.

 individu berisiko tinggi hendaklah menjalankan ujian HIV

 pastikan mengunakan alat-alat yang steril untuk menindik telinga dan membuat tatu.

 sentiasa mengamalkan cara hidup sihat berlandaskan agama dan nilai-nilai murni.

You might also like