Full JSI

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KOLEJ SASTERA DAN SAINS

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH


AMBILAN JULAI’09

SGDE 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN


Tugasan Individu:
PEMBINAAN SOALAN DAN JADUAL SPESIFIKASI ITEM

Disediakan kepada :
DR. MOHD ISHA BIN AWANG

Disediakan oleh:
JONG CHEE MING (200598)
Tarikh serah:

0|Page
ISI KANDUNGAN Muka Surat

1.0 PENDAHULUAN 2

1.1 pengenalan mengenai Kemahiran Hidup Bersepadu 2

1.2 Matlamat 2

1.3 Objektif (Pilihan 4): 3

1.4 Hasil Pembelajaran Dalam KHB: 4

1.5 Pembentukkan soalan: 4

2.0 PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI ITEM 5

3.0 PEMBINAAN SOALAN 7

3.1 Hasil Pembelajaran: KHB (Pilihan 4) Tingkatan 1, 2 dan 3 7

3.2 Soalan Objektif (Aneka Pilihan) 8

3.3 Soalan Subjektif (Esei Pendek) 11

4.0 PENUTUP: 12

4.1 Soalan Objektif 12

4.2 Soalan Esei 12

RUJUKAN 14

1|Page
1.0 PENDAHULUAN
1.1 pengenalan mengenai Kemahiran Hidup Bersepadu

Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan

teknologi dan kemahiran dalam kehidupan. Ia ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan I hingga

Tingkatan III. Ke arah mempertingkatkan produktiviti negara merupakan matlamat mata pelajaran ini

yang paling utama melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif. Ia digubal

ke arah membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi

serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja

yang sedemikian dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang sedang membangun

dalam keadaan yang sedang menuju ke kemajuan teknologi komunikasi maklumat. Ia selaras dengan

semangat di sebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan warganegara

yang berpengetahuan serta berakhlak mulia demi menghadapi cabaran kehidupan masa kini serta

pada masa yang akan datang.

1.2 Matlamat

Seperti yang dihuraikan di atas, matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif,

berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi dan dunia perniagaan ekonomi yang sentiasa

berubah dari masa ke semasa.

2|Page
1.3 Objektif (Pilihan 4):

KHB telah diketegori kepada 4 pilihan iaitu pilihan 1 yang merangkumi kemahiran teknikal,

pilihan kedua yang merangkumi ekonomi rumah tangga, pilihan 3 yang mempelajari pertanian serta

pilihan 4 yang merangkumi perdagangan dan keusahawanan. Antara keempat-empat pilihan

tersebut, pilihan 4 perdagangan dan keusahawanan merupakan pilihan yang banyak mempelajari

tentang ekonomi perdagangan dan perusahaan dalam dunia perniagaan pada masa kini yang

membangun. Bidang Perdagangan dan Keusahawanan ini menyediakan murid pengetahuan serta

amalan perniagaan tentang langkah-langkah penubuhan dan pengendalian perniagaan serta

pengenalan kepada bidang pengeluaran yang telah sedia wujud. Murid juga diperkenalkan kepada

pelbagai jenis dokumen penting bagi penubuhan dan pengendalian perniagaan. Antara tujuan utama

bidang ini adalah untuk memupuk nilai dan sikap berdikari, yakin diri, inisiatif dan berdaya saing.

Murid juga akan didedahkan secara tidak langsung tentang kebijaksanaan menggunakan peluang.

Pada masa yang sama, Pendedahan murid kepada konsep dalam proses pengeluaran turut

membantu mereka membuat pengiraan kos sesuatu projek secara sistematik dan teratur. 2 objektif

yang utama dalam Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan 4:

1. Mengenal pasti kepentingan perniagaan, perkembangannya pada masa depan yang bercirikan k-

ekonomi dan perniagaan dalam negeri dan antarabangsa.

2. Menerangkan faktor utama dalam pengeluaran, kaitannya dengan permintaan dan proses

pengeluaran serta membuat pengiraan kos.

3|Page
1.4 Hasil Pembelajaran Dalam KHB:

Hasil pembelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dibahagikan kepada tiga aras.

Pemeringkatan kemahiran dan pengetahuan kepada aras tertentu bertujuan untuk membantu guru

menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dengan mengambil kira kadar

pembelajaran dan keupayaan murid. Aras 1 merupakan aras asas yang mesti dikuasai oleh semua

murid sebelum mereka meneruskan pembelajaran ke Aras 2. Aras 2 merangkumi kandungan yang

perlu dipelajari oleh semua murid selepas mereka menguasai kandungan Aras 1. Aras 3 merupakan

aras pengkayaan untuk murid yang berupaya melepasi pembelajaran Aras 1 dan 2. Dengan ini

pembangunan dan perkembangan pembelajaran meningkat dari Aras 1 hingga ke Aras 3.

1.5 Pembentukkan soalan:

Ada dua jenis kategori soalan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif. Soalan objektif

memerlukan pelajar membuat pilihan jawapan yang betul dari beraneka pilihan. Manakala subjektif

atau esei pula membenarkan pelajar membentuk dan menyediakan jawapan yang asal dan tepat.

Soalan objektif merangkumi aneka pilihan, betul-salah, padanan serta melengkapkan jawapan,

Berbanding dengan soalan subjektif yang memerlukan esei jawapan pendek, jawapan terbuka ,

penyelesaian masalah atau item ujian pencapaian. Tugasan kali ini ialah untuk membentuk soalan

berpandukan hasil pembelajaran dan Kognitif Bloom serta membina satu Jadual Spesifikasi Item

(JSI). 15 soalan telah dibina termasuklah 10 soalan berbentuk objektif atau aneka pilihan berserta 5

soalan berbentuk subjektif atau esei pendek.

4|Page
2.0 PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI ITEM

TOPIK OBJEKTIF SUBJEKTIF

SOALANBILANGAN
PENGETAHUAN

PEMAHAMAN

PENILAIN

PENGETAHUAN

PEMAHAMAN

PENILAIN
APLIKASI

ANALISIS
APLIKASI
ANALISIS

SINTESIS

SINTESIS
HASIL PEMBELAJARAN

PENGENALAN KEPADA                        
PENIAGAAN (TINGKATAN 1)
1. Menerangkan konsep    O1                     1
perniagaan iaitu keperluan dan
kehendak
2. Menjelaskan kesan setiap                S1       1
faktor yang mempengaruhi
perniagaan
3. Meramalkan perubahaan         O2                1
perubahan ciri perniagaan pada
masa akan dating

PENGELUARAN (TINGKATAN 1)                        
1. Menerangkan faktor dalam    O3                     1
pengeluaran dan ganjarannya

2. Menerangkan kesan    O4                     1


pengeluaran dan permintaan
terhadap harga

3. Menentukan harga jualan                      S2  1


seunit
                         
PENGENALAN KEPADA                        
PENIAGAAN 2 (TINGKATAN 2)
1. Mengenalpasti jenis  O5                       1
perniagaan runcit kecil-kecilan
dan perniagaan runcit besar-
besaran.
2. Membezakan ciri utama        O6                 1
antara perniagaan runcit kecil-
kecilan dengan perniagaan

5|Page
runcit besar-besaran.
3. Mengkategorikan jenis                      S3   1
borong mengikut peranan.

PENUBUHAN DAN                        
PENGENDALIAN PERNIAGAAN
(TINGKATAN 2)
1. Menyenaraikan langkah-              S4          
langkah menubuhkan
perniagaan kecil.
2. Menerangkan amalan    O7                   1
perniagaan yang bertentangan
dengan etika perniagaan.
3. Mengkategorikan jenis         O8               1
saluran agihan yang biasa
digunakan.
                       
PENGENALAN KEPADA                        
PEMASARAN (TINGKATAN 3)
1. Mengenal Pasti Fungsi  O9                       1
pemasaran
2. Menghubung kait sasaran                  S5       1
permintaan sesuatu produk
dengan keperluan dan kehendak
3. Membezakan jualan dengan        O1                 1
pemasaran 0
JUMLAH SOALAN 15

6|Page
3.0 PEMBINAAN SOALAN
3.1 Hasil Pembelajaran: KHB (Pilihan 4) Tingkatan 1, 2 dan 3

Pengenalan kepada perniagaan (Tingkatan 1)

1. Menerangkan konsep perniagaan iaitu keperluan dan kehendak (Aras 1)


2. Menjelaskan kesan setiap faktor yang mempengaruhi perniagaan (Aras 2)
3. Meramalkan perubahaan perubahan ciri perniagaan pada masa akan datang (Aras 3)

Pengeluaran (Tingkatan 1)

1. Menerangkan faktor dalam pengeluaran dan ganjarannya (Aras 1)


2. Menerangkan kesan pengeluaran dan permintaan terhadap harga (Aras 1)
3. Menentukan harga jualan seunit (Aras 3)

Pengenalan kepada perniagaan 2 (Tingkatan 2)

1. Mengenalpasti jenis perniagaan runcit kecil-kecilan dan perniagaan runcit besar-besaran.


(Aras 1)
2. Membezakan ciri utama antara perniagaan runcit kecil-kecilan dengan perniagaan runcit
besar-besaran. (Aras 2)
3. Mengkategorikan jenis borong mengikut peranan. (Aras 3)

Penubuhan dan Pengendalian Perniagaan (Tingkatan 2)

1. Menyenaraikan langkah-langkah menubuhkan perniagaan kecil (Aras 1)


2. Menerangkan amalan perniagaan yang bertentangan dengan etika perniagaan (Aras 1)
3. Mengkategorikan jenis saluran agihan yang biasa digunakan. (Aras 3)

Pengenalan kepada pemasaran (Tingkatan 3)

1. Mengenal Pasti Fungsi pemasaran (Aras 1)


2. Menghubung kait sasaran permintaan sesuatu produk dengan keperluan dan kehendak
(Aras 2)
3. Membezakan jualan dengan pemasaran (Aras 2)

7|Page
3.2 Soalan Objektif (Aneka Pilihan)

1. Antara berikut, yang manakah menerangkan Konsep keperluan?

A. Barang asas yang perlu untuk kehidupan pada tahap keselasaan yang minimum.
B. Barang asas yang perlu untuk kehidupan pada tahap keselasaan yang maksimum.
C. Barang asas yang diinginkan untuk mencapai keselasaan pada tahap yang minimum.
D. Barang asas yang diinginkan untuk mencapai keselasaan pada tahap yang maksimum.

2.
‘Tak perlu pergi ke kedai untuk beli barang, hanya ‘Clicks’ sahaja di internet untuk memesan
barang yang dikehendaki.’

Penjelasan di atas meramalkan bentuk perniagaan masa depan yang berciri

A. Menyenangkan pelanggan.
B. Jual beli lebih cepat dan tepat.
C. Semua jenis barang boleh dibeli oleh pengguna.
D. Pembayaran yang lebih mudah dan menyenangkan.

3. Antara berikut, yang manakah menyebabkan kenaikan harga barangan?

A. Pengeluaran dan pemintaan meningkat.


B. Permintaan meningkat dan pengeluaran berkurang.
C. Pemgeluaran meningkat dan permintaan berkurang.
D. Permintaan kurang dan pengeluaran juga berkurang.

4. Faktor-faktor pengeluaran dalam pengeluaran termasuklah

I. Gaji
II. Sewa
III. Modal
IV. Pekerja

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III

8|Page
D. III dan IV

5.
‘Perniagaan Runcit yang beroperasi dalam skala yang besar dan kebanyakkannya terletak di
kawasan Bandar’

Jenis perniagaan runcit yang dinyatakan di atas merupakan

A. Gerai.
B. Pasar Raya.
C. Penjaja kembara.
D. Peruncit berkedai.

6. Antara perbezaan ciri-ciri perniagaan runcit tersebut, yang manakah menunjukkan


perbezaan yang tepat?

Ciri-Ciri Perniagaan Runcit Kecil- Perniagaan Runcit


kecilan Besar-besaran

A. Layanan Layanan diri Layanan Peribadi

B. Milikan Tunggal Syarikat Berhad

Kos overhead Tinggi Rendah


C.
Sumber stok Pengeluar/ Pengilang Pemborong
D.

7. Seorang peniaga yang tidak menipu pelanggannya dan belanja secara berhati-hati dalam
perniagaan menerangkan sikap yang

A. Amanah dan jujur.


B. Amanah dan cekap .
C. Berjimat-cermat dan berdisiplin.
D. Bersopan santun dan berdisiplin.

8. Yang manakah berikut merupakan penyataan yang diketegorikan tidak perlu melibatkan
pihak tengah atau ejendalam saluran pengagihan barang/stok

9|Page
A. Pengeluar- pengguna
B. Pengeluar- peruncit- Pengguna
C. Pengeluar- Pemborong- pengguna
D. Pengeluar- Pemborong- Peruncit- Pengguna

9.

Konsep Pemasaran Peranan Agensi pemasaran


Fungsi Pemasaran

Teknik Pemasaran
X

Rajah di atas menggambarkan fungsi pemasaran. Apakah mewakili X?

A. Sasaran pasaran
B. Strategi pemasaran
C. Objektif pemasaran
D. Campuran pemasaran

10. Antara berikut yang manakah benar tentang perbazaan antara jualan dengan pemasaran?

Jualan Pemasaran

Tidak mengambil kira kualiti barang Mengambil kira kualiti barang


A.

Memenuhi keperluan dan kehendak Tidak memenuhi keperluan dan kehendak


pengguna pengguna
B.

Menjual barang kepada peniaga dan Menjual barang kepada pengguna tertentu
pemborong sahaja
C.

Menjual barang bukan untuk tujuan Menjual barang hanya untuk


keuntungan mendapatkan keuntungan D.

10 | P a g e
3.3 Soalan Subjektif (Esei Pendek)

1. Cuba jelaskan kesan faktor persaingan dalam mempengaruhi sesebuah perniagaan? (3M)

2.

Kos Bahan Mentah = RM 250.00

Kos upah = RM 65.00

Kos overhead = RM 15

Jumlah pengeluaran = 15 unit

Berdasarkan jadual di atas, sila kirakan harga seunit

3. Cuba mengkategorikan Empat (4) jenis pemborong mengikut peranannya masing-masing.


(8M)

4. Cuba senaraikan Empat (4) langkah untuk menubuhkan perniagaan kecil. (4M)

5. Sila mengaitkan hubungan antara permintaan sesuatu produk dngan keperluan dan
kehendak berdasarkan satu contoh yang sesuai. (4M)

11 | P a g e
4.0 PENUTUP:

Secara kesimpulannya pengujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan amat perlu dalam

membantu guru-guru membina soalan ujian dan proses penaksiran ujian yang berkualiti. Akan

tetapi, memalui pengalaman yang dilalui, membuat pilihan mengenai jenis ujian yang akan diberikan

kepada pelajar boleh menjadi sukar dan rumit seperti menulis atau membina item itu sendiri, di

sinilah dapat disimpulkan jenis soalan yang sesuai bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

Pilihan 4 tingkatan 1, 2 dan 3.

4.1 Soalan Objektif

Melalui soalan yang dibina, didapati bahawa soalan aneka pilihan adalah lebih sesuai bagi mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Ini kerana Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu

subjek yang agak rumit dan kompleks. Ia merangkumi pelbagai 2 bahagian (teras dan pilihan elektif)

yang mempelajari pelbagai topik yang berlainan tajuk. Didapati bahawa soalan aneka-pilihan boleh

digunakan untuk mengukur pengetahuan dan konsep yang kompleks, maka soalan aneka-pilihan

boleh digunakan untuk menilai pelbagai kemahiran pelajar. Justeru, soalan dapat dijawab dengan

cepat dalam masa yang singkat dan ia mudah diberi markah. Kesahan soalan objektif juga turut

diakui tahap yang tinggi kerana segala fakta telah dihuraikan dan cuma perlukan pemilihan jawapan

yang betul sahaja. Akan tetapi, soalan aneka-pilihan yang baik sukar dibina dan ditadbirkan kerana

pelbagai syarat pembinaan soalan yang perlu diambil kira.

4.2 Soalan Esei

12 | P a g e
Soalan esei pula digunakan untuk mengukur kebolehan pelajar dalam menyusun, menerangkan dan

menyatakan pendapat dalam bahasa yang sendiri. Soalan esei akan mendesak pelajar supaya lebih

tekun jika menghadapi ujian berbentuk esei berbanding ujian berbentuk anaeka-pilihan. Ini kerana

pelajar akan bersedia mempelajari benda-benda yang lebih luas. Ujian esei juga turut membantu

guru mengesan pencapaian pelajar, tahap pemikiran dan tahap kefahaman yang tinggi serta

kekurangan pelajar. Akan tetapi, kekurangan dalam ujian esei ialah hanya mampu menyeneraikan

bilangan soalan yang rendah serta kandungan kesahan yang rendah. Kebolehpercayaan ujian iuga

agak subjektif dan pengredan adalah tidak konsisten akibat pemberian pandangan yang pelbagai dan

berlainan. Maka ini jelas membuktikan bahawa soalan objektif adalah lebih sesuai kepada pelajar

pada peringkat rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3) yang memerlukan pendedahan ilmu pengetahuan yang

banyak.

13 | P a g e
RUJUKAN

Noh Bin Lasa, Tang Heng Sun, Ahmad Nazri bin Abd Aziz, Paridah bt Megat Pauzan, Mohamad
Khairi bin Mat Said (2010). Esensi Kemahiran Hidup Bersepadu (perdagangan dan
Keusahawanan), Malaysia: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Ng Wee Choo, K.H.KHIU (2009). Tes Topikal Optimum Kemahiran Hidup Bersepadu (Perdagangan
dan Keusahawanan), Malaysia: PEP Publications Sdn. Bhd.

Dr. Azizi Ahmad Mohd Isha Awang (2008). Pengukuran dan penilaian pendidikan, Malaysia: Dawama
Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Huraian Sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1), Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Huraian Sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2), Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Huraian Sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3), Kementerian Pendidikan Malaysia

14 | P a g e

You might also like