Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN PEMBINAAN BUMBUNG DAN PENDAWAIAN SEMULA

PUNCA ELEKTRIK SURAU RAUDHATUL FAIZIN SEKOLAH AGAMA MENENGAH


BANDAR BARU SALAK TINGGI (SAMBBST)

1. Pengenalan

Surau Sekolah merupakan syiar Islam di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar


sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata sama ada secara
individu atau berjamaah tetapi ia berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di
sekolah. Dengan kewujudan Surau Raudhatul Faizin, maka fungsi sebagai pusat
kegiatan agama dapat dilaksanakan bagi melatih dan membimbing pelajar dalam
pembentukan rohani dan sahsiah mereka sebagai remaja Muslim seperti menunaikan
solat fardu dan sunat secara berjemaah, bacaan Yasin dan Ma’thurat, pengisian
ceramah dan tazkirah, kuliah mingguan dan bulanan serta program-program
kerohanian yang lain. Surau Raudhatul Faizin amat berperanan dalam mentarbiyah
jiwa remaja ke arah nilai-nilai murni dan taqarrub kepada Allah.

Namun begitu, bagi merealisasikan pelaksanaan aktiviti kerohanian yang


dirancang, Surau Raudhatul Faizin perlu dipertingkatkan dari sudut kemudahan dan
keselesaan agar warga SAM Bandar Baru Salak Tinggi dapat menikmati dan
memanfaatkan sepenuhnya Rumah Allah ini. Terkini, pendawaian elektrik di ruang
utama dan sistem siaraya surau telah mengalami kerosakan akibat petir,
menyebabkan keselesaan warga SAM BBST terganggu dalam setiap program yang
dilaksanakan di surau.

2. Matlamat

 Untuk keselesaan kepada warga sekolah semasa proses pengajaran dan


pembelajaran serta program tarbiah.
 Untuk menyemai rasa suka imarah surau di kalangan pelajar.
 Menjadi tempat ibadah yang mempunyai prasarana yang lengkap dan
menarik.

1
3. Objektif

Di antara objektif program ini ialah :

 Pendawaian elektrik di tiang-tiang utama ruang surau.


 Memastikan sistem siaraya dalam bilik muazzin dapat diguna segera.
 Memasang bumbung, kabinet dan pendawaian bagi pusat pembelajaran di
ruangan Banat.
 Pendawaian dan Pemasangan lampu serta kipas di pondok wakaf.

3. Carta Organisasi

Pengerusi : Puan Norafizah binti Ahmad


Pengetua
Timbalan Pengerusi I : Puan Hajah Norhayati binti Zakaria
PK Pentadbiran
Timbalan Pengerusi II : Puan Najiah binti Shafie
PK Hal Ehwal Murid

Timbalan Pengerusi III : Tuan Haji Zamri bin Tujan


PK Kokurikulum
Timbalan Pengerusi IV : Puan Faridah binti Ibrahim
PK Tingkatan Enam STAM
Penyelaras : Encik Zulkifli bin Abd Mubi
Setiausaha : Encik Mohd Hazimi bin Zainal
Ahli Jawatankuasa : Puan Pauzana binti Abdul Manap
: Puan Che Yusairah binti Che Bahanuddin
: Puan Norhaslinda Zulkipli
: Puan Tumisah binti Akim
: Puan Noorhuda binti Settu
: Puan Suhailah binti Jaafar
: Puan Asiah binti Bro
: Puan Siti Fatimah binti Mokhtaruddin
: Zatil Nazihah binti Mohammad Nazri
: Khairunnisa binti Abu Bakar

2
4. Anggaran Perbelanjaan Program naiktaraf yang dirancang

BIL PERKARA KUALITI JUMLAH


1 Pendawaian Elektrik 1 Unit X RM 10, 000.00 RM 10, 000.00

2 Pembinaan Tembok Laluan


1 Unit X RM 27, 000.00 RM 27, 000.00
Surau Bagi Perempuan
3 Pemasangan Bumbung,
Kabinet dan Pendawaian 1 Unit X RM 17, 000.00 RM 17, 000.00
bagi Pusat Pembelajaran
Pendawaian Elektrik dan
4 2 Unit X RM 2, 500.00 RM 5, 000.00
pemasangan lampu wakaf

5 Peralatan Siaraya 1 Unit X RM 3,000.00 RM 3, 000.00


Jumlah Keseluruhan RM 62, 000.00

5. Sumber Kewangan

Jabatan Agama Islam Selangor

6. Penutup

Akhir kalam, adalah diharapkan agar program mempertingkatkan keceriaan dan


kemudahan surau ini berupaya mencapai objektif yang telah digariskan demi menjaga
kepentingan pelajar-pelajar dalam meningkatkan syiar Islam.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_______________________ _______________________
(ZULKIFLI BIN ABD MUBI) (NORAFIZAH BINTI AHMAD)
Penyelaras, Pengetua,
JK Pengurusan Surau SAM Bandar Salak Tinggi
SAM Bandar Salak Tinggi. 43900, Sepang, Selangor.

3
4

You might also like