Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

NAMA PENUH: NUR AINA SURIANI BINTI CHE MANSOR

NOMBOR MATRIK: 2018276806


KUMPULAN: HS2404B

H uraikan:

1)Dua konsep ketertinggian Perlembagaan Persekutuan.

i) Perlembagaan adakah sumber undang- undang tertinggi sesebuah


negara. Tidak ada sebarang institusi yang boleh mengatasi kuasa dan
kedudukan Ketertinggian Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-
undang tertinggi.

ii) Ketertinggian Perlembagaan Persekutuan berperanan sebagai panduan


bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat.

- Undang-undang persekutuan atau negeri mengenai sesuatu perkara boleh


diisytiharkan tidak sah oleh mahkamah jika undang-undang itu bercanggah
dengan Perlembagaan Persekutuan.

- Perkara 4(1): Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama


persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan yang berlawanan
dengan perlembagaan adalah terbatal setakat mana yang berlawanan.

2)Dua faktor pembentukanPerlembagaan Malaysia.

i) Perjuangan kebangsaan
- Sepanjang penjajahan, orang Melayu sentiasa bangkit menentang
Selain perjuangan berdarah yang bermula sejak penjajahan Portugis di
Melaka, Belanda, Inggeris & Jepun, perjuangan juga digerakkan melalui
semangat kebangsaan.

iii) Pertubuhan
- Menjelang abad ke 20, muncul pertubuhan-pertubuhan seperti Kesatuan
Melayu. Singapura, Kesatuan Melayu Perak, Kesatuan Melayu Muda dan
lain-lain yang menjadi medium menentang penjajah.
3)Tiga sebab Malayan Union ditentang yang kemudiannya membawa
kepada kemerdekaan dan pembentukan Perlembagaan Malaysia.
i) Kedaulatan Raja-Raja Melayu dihapuskan
ii) Hak kerakyatan yang sama bagi semua berasaskan Jus Soli
iii) Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah
pemerintahan Gabenor British

4)Empat unsur tradisi serta rasional perkara tersebut diperuntukkan


dalam Perlembagaan Persekutuan
i) Agama Islam
- Walaupun Islam adalah agama persekutuan tetapi kebebasan beragama
dijamin dalam perlembagaan.
- Islam telah diterima sebagai agama negeri-negeri Melayu sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman penjajahan Inggeris.
- Penggunaan undang-undang Islam telah diiktiraf di negeri-negeri Melayu
sebelum penjajahan Inggeris.
- Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam langsung tidak
diganggu dan Inggeris menyerahkan urusan agama Islam kepada raja-raja
Melayu.
- Sesuai dengan takrif Melayu; Perkara 160 mendefinisikan Melayu
sebagai seorang yang beragama Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa
Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
ii) Bahasa Melayu

- Perlunya bahasa kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat pelbagai


kaum.

- Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad


lamanya.

- Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi
istilah dan sebutan.

- Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sebelum Perang Dunia


bagi tujuan rasmi.

iii)Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera

- Kerakyatan : Orang Melayu terima prinsip Jus Soli dan bukan Melayu
perlu menerima hakikat hak keistimewaan orang Melayu.

- Perkhidmatan Awam : Semasa zaman penjajah dan di awal kemerdekaan,


terlalu sedikit orang Melayu yang bekerja dengan kerajaan

- Ekonomi: Orang Melayu hanya jadi pemerhati kepada kepesatan ekonomi


di Tanah Melayu.

- Pendidikan: Majoriti orang Melayu adalah miskin terutama di luar bandar,


sukar mendapat peluang pendidikan.

- Perniagaan: Orang Melayu masih kurang menceburi perniagaan dan perlu


dibantu dan dibimbing.

iv)Prinsip Raja Berperlembagaan

- Konsep Raja Berpelembagaan yang diamalkan bertujuan mengekalkan


ketuanan Melayu sesuai sebagai penduduk peribumi negara ini. Orang
melayu yang menduduki negara ini sejak sekian lama memang telah sebati
dengan sistem pemerintahan beraja.

- Raja bagi orang melayu adalah lambang tempat menumpahkan taat setia
yang tidak berbelah bagi. Raja boleh berfungsi sebagai penyatuan kepada
orang melayu dan penduduk Malaysia yang berbagai kaum supaya bersatu-
padu dengan memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi.

5. Tiga prinsip dalam Piagam Madinah yang boleh diaplikasikan


dalam konteks hubungan pelbagai kaum di Malaysia.

i) Kebebasan
- Walaupun Perlembagaan Malaysia meletakkan Islam sebagai
agama Persekutuan ianya bersyarat iaitu agama-agama lain bebas untuk
diamalkan. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum bebas
untuk bekerja, mencari keuntungan dan menjawat jawatan dalam kerajaan.

ii) Hak mendapat perlindungan


- Perlindungan diberikan secara adil kepada semua bangsa dalam masa
yang sama mengekalkan hak keistimewaan orang islam. Antara perlungan
yang dijamin untuk rakyat ialah perlindungan dari pencerobohan
luar,perlindungan dari kezaliman dalaman dan perlindungan terhadap darah
dan jasad.

iii) Ketaatan kepada pemimpin


- Merujuk kepada al-Quran dan Hadith sekiranya berlaku perbalahan.

You might also like