Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Laporan Kajian Kes Persatuan Bahasa Melayu SK Sultan Ibrahim (1)

1.0 Pengenalan

Berdasarkan temu bual yang telah saya jalankan semasa Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) pada 16 Februari 2020 hingga 20 Februari 2020 di Sekolah
Kebangsaan Sultan Ibrahim (1), terdapat pelbagai jenis kelab dan persatuan telah
ditubuhkan di sekolah tersebut. Antaranya ialah Persatuan Bahasa Melayu,
Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Agama Islam, Persatuan Geografi dan
Sejarah, Persatuan Kemahiran Hidup, Kelab Rukun Negara, Kelab SPBT, Kelab
Pusat Sumber dan Kelab Komputer. Saya telah memilih Persatuan Bahasa Melayu
untuk dijadikan kajian kes saya disebabkan oleh penglibatan aktif persatuan tersebut
di sekolah dan kesediaan guru penasihat untuk ditemu bual.

2.0 Sejarah Penubuhan Persatuan

Persatuan Bahasa Melayu telah ditubuhkan pada tahun 2010 atas cadangan Ketua
Panitia Bahasa Melayu pada ketika itu iaitu Puan Hamzah binti Sidek. Persatuan
Bahasa Melayu pada mulanya ditubuhkan bagi memudahkan guru-guru Bahasa
Melayu melatih murid yang berminat untuk bersajak, berpantun dan menulis untuk
mewakili sekolah dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh PPD Pasir
Mas. Pada mulanya, ahli persatuan cuma seramai 25 orang sahaja. Dengan
peningkatan aktiviti menarik dan penyertaan murid mewakili sekolah ke peringkat
yang lebih tinggi misalnya peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan, ahli
Persatuan Bahasa Melayu telah meningkatkan kepada 60 orang dan merupakan
persatuan yang mempunyai bilangan ahli yang teramai di SK Sultan Ibrahim (1).
Sejak ditubuhkan, Persatuan Bahasa Melayu telah berjaya menganjurkan banyak
aktiviti dan program yang menarik misalnya nyanyian lagu klasik bersempena
dengan bulan bahasa kebangsaan bagi membantu murid menghargai lirik lagu klasik
yang berseni dan indah. Program tersebut telah mendapat sambutan yang hangat
daripada guru-guru dan murid-murid SK Sultan Ibrahim (1) dan telah diadakan saban
tahun sejak tahun 2017. Malah Persatuan Bahasa Melayu juga telah banyak
mengharumkan nama sekolah dengan memenangi pertandingan sajak, debat dan
bercerita di peringkat zon, daerah juga negeri.
3.0 Masalah dalam persatuan

Antara masalah yang dihadapi dalam mengendalikan persatuan ialah kekurangan


dana untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang dengan lebih berkesan. Malah
terdapat beberapa aktiviti yang telah dirancang tetapi tidak dapat dijalankan kerana
kekurangan dana yang diperlukan. Misalnya, Persatuan Bahasa Melayu merancang
untuk bekerjasama dengan Persatuan Seni Visual untuk melukis mural di kawasan
sekolah bertemakan tabiat membaca bersempena dengan program “Jom Baca
Bersama Untuk 10 minit.” Walau bagaimanapun perancangan tersebut tidak dapat
dilaksanakan sepenuhnya disebabkan kekurangan dana untuk membeli peralatan
yang diperlukan. Oleh itu, mereka terpaksa mengecilkan skala pelaksanaan aktiviti
tersebut bagi meminimumkan kos.

Di samping itu, persatuan turut kekurangan dana untuk mencantikkan lagi


bilik persatuan yang telah usang. Ahli persatuan telah merancang untuk mengecat
bilik tersebut bagi mewujudkan bilik persatuan yang cantik dan selesa. Malah
kekurangan dana untuk menyediakan kemudahan seperti kipas tambahan juga
menyebabkan suasana bilik persatuan yang tidak begitu kondusif untuk mengadakan
aktiviti persatuan dengan berkesan. Hal ini menyebabkan guru-guru Persatuan
Bahasa Melayu kerap kali menggunakan Pusat Sumber sekolah untuk melatih murid-
murid yang menyertai pertandingan-pertandingan tertentu.

4.0 Analisis SWOT persatuan

SWOT merupakan akronim kepada Strength, Weakness, Opportunity dan Threat.


Berdasarkan analisis SWOT bagi persatuan Bahasa Melayu, terdapat beberapa
Strength (S) atau kekuatan persatuan yang dapat dikenal pasti. Antaranya ialah
persatuan ini mendapat mempunyai sokongan dan komitmen daripada pihak
pentadbir. Misalnya guru besar SK Sultan Ibrahim (1) sentiasa memberi kerjasama
dengan membenarkan ahli persatuan untuk menyertai pertandingan yang diinginkan
serta memberi galakan dan motivasi kepada guru-guru persatuan. Persatuan Bahasa
Melayu juga mempunyai guru penasihat, Puan Hazimah binti Ismail yang sangat
komited dan kreatif dalam merancang aktiviti-aktiviti persatuan sepanjang tahun.

Persatuan Bahasa Melayu juga turut mempunyai kekuatan dari segi aspek
ahlinya yang sentiasa aktif dan berminat dengan aktiviti dan program yang
dianjurkan. Malah bilangan ahli persatuan yang ramai juga sangat membantu dalam
memeriahkan lagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Sebagai contoh, dalam aktiviti
menulis cerpen, terdapat banyak penyertaan daripada ahli kelab yang berminat
untuk mencuba nasib serta turut dibantu oleh guru-guru persatuan yang komited.
Ahli yang ramai dan aktif juga memudahkan gerak kerja aktiviti persatuan seperti
aktiviti bergotong-royong.

Persatuan ini juga mempunyai kekuatan dari segi kemudahan-kemudahan


yang ada di sekolah untuk mengadakan aktiviti-aktiviti persatuan. Misalnya,
Persatuan Seni Budaya SK Sultan Ibrahim (1) sentiasa memberi kerjasama untuk
meminjamkan baju-baju yang sesuai dan menarik untuk pertandingan yang
diadakan. Sebagai contoh, ketika menyertai pertandingan mendeklamasikan sajak
peringkat daerah bertemakan Perjuangan Tokoh Tempatan, Persatuan Seni Visual
membantu Persatuan Bahasa Melayu untuk menyediakan busana seperti samping,
keris dan tengkolok yang memperlihatkan penampilan seorang pejuang Melayu.

Seterusnya, antara Weakness (W) atau kelemahan yang dapat dianalisis


daripada Persatuan Bahasa Melayu ialah bilangan ahlinya yang ramai menyukarkan
guru untuk memberi perhatian kepada semua ahli sehingga menyebabkan ahli yang
agak kurang aktif terpinggir dan tidak diberi peluang sepenuhnya. Malah, kewujudan
ahli kelab yang aktif semasa melakukan aktiviti yang dianjurkan juga menyebabkan
guru tidak bertindak memaksa atau memberi motivasi kepada murid yang kurang
aktif untuk mencuba. Hal ini menyebabkan ahli yang kurang aktif terlindung dan
kekal kurang aktif serta tidak mendapat manfaat sebagai ahli persatuan sepenuhnya.

Kemudian, saya telah menganalisis tentang Opportunity (O) atau peluang


yang dapat dikecapi oleh persatuan ini pada masa akan datang. Antara peluang
yang dapat dianalisis ialah peluang untuk bergabung atau berkolaborasi dengan
Persatuan Bahasa Melayu di sekolah-sekolah lain bagi menjalankan program di
peringkat yang lebih tinggi seperti Program Bijak Berpantun di peringkat zon.
Kerjasama dan sokongan yang diterima persatuan ini akan membolehkan mereka
maju ke hadapan berbanding persatuan-persatuan lain di sekolah.

Akhir sekali, terdapat juga Threat (T) atau ancaman yang dapat saya kenal
pasti daripada persatuan ini ialah ahli persatuan darjah 6 terlalu mementingkan
peperiksaan sehingga kegiatan kokurikulum yang merupakan sebahagian daripada
pembelajaran tidak mendapat perhatian. Mereka tidak mahu melibatkan diri dalam
kegiatan kokurikulum lagi setelah masuk sesi persekolahan bagi darjah 6. Hal ini
menyebabkan hilangnya pemantun dan pendebat terbaik sekolah dan guru
penasihat perlu melatih murid lain untuk dihantar ke pertandingan peringkat sekolah
dengan tergesa-gesa pada awal persekolahan.

5.0 Cadangan Penambahbaikan

Sebagai cadangan penambahbaikan untuk kelemahan yang didapati dalam analisis


SWOT, guru penasihat Persatuan Bahasa Melayu boleh mengenal pasti murid yang
kurang aktif dan sentiasa peka dengan tingkah laku mereka semasa aktiviti
persatuan. Guru boleh bertindak dengan bertanya kepada mereka tentang tujuan
mereka menyertai Persatuan Bahasa Melayu bagi mengenal pasti minat mereka
sama ada ke arah aktiviti berpantun, bersajak, menulis atau lain-lain lagi. Dengan ini
guru boleh memberi peluang dan perhatian kepada mereka untuk melibatkan diri
dalam aktiviti yang diinginkan. Guru juga boleh membantu memberi motivasi dan
bimbingan kepada mereka agar mereka berani untuk mengambil peluang yang ada
bagi mendalami minat mereka dalam sesuatu perkara.

Di samping, bagi cadangan penambahbaikan untuk ancaman dalam analisis


SWOT pula, guru boleh bersiap sedia dengan melatih pelapis kepada murid-murid
yang akan memasuki darjah 6 bagi memastikan tidak berlakunya keadaan yang
tergesa-gesa dan tidak bersedia untuk menghantar wakil sekolah. Guru boleh
memastikan setiap kali guru melatih wakil sekolah, guru bertindak untuk turut
memastikan pelapis yang telah dipilih untuk turut hadir dan turut sama
mempelajari teknik dan pengetahuan yang diperlukan untuk memenangi
pertandingan yang akan disertai. Guru juga boleh meminta pemantun dan
pendebat darjah 6 untuk turut berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka yang
boleh digunakan oleh pelapis mereka tanpa perlu menyertai pertandingan tersebut
dan fokus kepada peperiksaan.

6.0 Strategi penjanaan kewangan berdasarkan analisis SWOT

Berdasarkan analisis SWOT yang telah dilaksanakan, saya dapat mengenal


pasti beberapa strategi berkesan yang boleh dijalankan oleh persatuan ini bagi
mendapatkan modal dan dana untuk melaksanakan sesuatu aktiviti. Persatuan
Bahasa Melayu yang mempunyai kekuatan dari segi aspek ahlinya yang ramai dan
sentiasa aktif sesuai mengadakan aktiviti berniaga bertema bersempena dengan
program yang diadakan di sekolah. Misalnya pada bulan kemerdekaan, Persatuan
Bahasa Melayu boleh menjual penanda buku yang bertemakan kemerdekaan. Untuk
lebih menarik, murid boleh melukis karekter kartun yang digemari, berwarna-warni
dan disertai dengan kata-kata yang bermakna. Mereka juga boleh berniaga apabila
terdapat program rasmi dan besar yang dianjurkan. Contohnya, pada jualan hari
koperasi, ahli persatuan boleh terlibat sama dengan menjual buku-buku terpakai
yang disumbangkan sama ada oleh ahli persatuan sendiri atau guru-guru SK Sultan
Ibrahim (1). Mereka juga boleh menjual air minuman, makanan ringan atau pencuci
mulut yang diminati oleh murid sekolah rendah.

Seterusnya, persatuan ini juga boleh menjana kewangan dengan


mengadakan kerjasama dengan sekolah berhampiran. Misalnya, Persatuan Bahasa
Melayu SK Sultan Ibrahim (1) bekerjasama dengan SK Sultan Ibrahim (2) untuk
menganjurkan Bengkel Penghayatan Sajak dengan yuran penyertaan yang sesuai
contohnya RM 10 bagi setiap murid. Yuran tersebut boleh digunakan untuk
menyediakan makanan sahaja manakala bayaran untuk penceramah boleh disimpan
kerana sudah semestinya terdapat guru-guru Persatuan Bahasa Melayu boleh
menjadi penceramah yang berkesan dengan adanya pengalaman mereka yang telah
melatih ahli Persatuan Bahasa Melayu sehingga ke peringkat kebangsaan.

Di samping itu, persatuan juga boleh menjana kewangan dengan menyertai


pertandingan yang menawarkan hadiah berupa wang ringgit kepada pemenang-
pemenang yang terpilih. Guru boleh bekerjasama dengan ahli persatuan untuk
mengeluarkan idea yang bernas dan kreatif serta memenuhi standard yang
diinginkan oleh pihak penganjur. Guru penasihat juga perlu memastikan setiap ahli
menyumbang dan sama-sama bekerjasama untuk memenangi hadiah berupa wang
yang ditawarkan. Misalnya, untuk pertandingan menulis cerpen, guru boleh meminta
semua murid menyediakan satu cerpen dengan bantuan guru-guru Persatuan
Bahasa Melayu sebelum menghantar semua penyertaan murid persatuan bagi
memaksimumkan peluang memenangi pertandingan tersebut.

7.0 Rumusan

Sebagai rumusan, keberhasilan sesuatu persatuan amat bergantung kepada


penglibatan guru dan murid dalam merancang program dan aktiviti yang menarik dan
berkesan. Oleh itu, guru dan murid dalam Persatuan Bahasa Melayu perlulah bijak
merancang strategi dan mengambil peluang untuk membuat penambahbaikan dan
menjana kewangan bagi mempergiatkan lagi program dan aktiviti persatuan mereka.

You might also like