SURAT Gotong Royong Sekolah

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SITIAWAN

32000 SITIAWAN PERAK


TEL : 05-6923754 FAKS : 05-6923754
E-MEL : ABA1016@moe.edu.my

Ruj Kami : SKS700 ( )


Tarikh : 17 Jamadilakhir 1441H
11 Februari 2020

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK SITIAWAN


WARGA KAMPONG KG. SITIAWAN

Tuan/Puan,

PROGRAM GOTONG - ROYONG PERDANA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN


SITIAWAN TAHUN 2020

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas,

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, SK Sitiawan akan mengadakan Program Gotong-


royong Perdana Peringkat Sekolah Kebangsaan Sitiawan bagi Tahun 2020 seperti ketetapan
yang berikut:

Tarikh : 15 Februari 2020 ( Sabtu )


Masa : 7.45 pagi
Tempat : Sekitar Kawasan, SK Sitiawan

3. Sehubungan dengan itu, saya ingin menjemput ibu bapa yang berkelapangan untuk hadir
bersama-sama ke program gotong-royong berkenaan. Sebarang pertanyaan perkara di atas,
pihak tuan boleh terus menghubungi Puan Roslina binti Daud, Penolong Kanan HEM SK
Sitiawan melalui talian 012-4583402.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

………………………….
(HJH. ZALINA BINTI KHALID)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sitiawan
SEKOLAH KEBANGSAAN SITIAWAN
32000 SITIAWAN PERAK
TEL : 05-6923754 FAKS : 05-6923754
E-MEL : ABA1016@moe.edu.my

Aturcara majlis

7.30 pagi - Berkumpul di kantin sekolah


- Sarapan pagi
- Aktiviti gotong royong
 Pemotongan pokok kelapa dan mencantas dahan pokok
 Mengecat tiang tangga blok A, B, C dan kantin sekolah
 Pemasangan scallop wakaf berhadapan Pend Khas
 Pembersihan surau
12.00 tgh - Bersurai

You might also like