Professional Documents
Culture Documents
Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar-Penang PDF
Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar-Penang PDF
SEKOLAH
SK SEKOLAH
Kertas Kerja
1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan terbahagi kepada dua iailtu pendidikan formal dan tidak formal. Pendidikan
formal diperolehi daripada sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pendidikan formal
pula diperolehi daripada pemerhatian dan pengajaran di luar bilik darjah. Pendidikan murid
haruslah seimbang mengikut segi pendidikan formal dan tidak formal agar dapat melahirkan
murid yang holistik dan berkemampuan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
selaras dengan aspirasi pendidikan negara. Oleh hal yang demikian, kelab rekreasi SK
SEKOLAH akan menganjurkan sebuah aktiviti berteraskan pendidikan tidak formal iaitu
lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang sebagai salah satu aktiviti selepas Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) murid darjah enam. Aktiviti ini boleh memberi banyak faedah
kepada para muid seperti merapatkan hubungan silaturahim, menimba pengalaman baru,
mempelajari nilai-nilai murni dan belajar cara-cara berdikari.
2.1 Memohon kebenaran pihak sekolah untuk mengadakan lawatan sambil belajar.
2.2 Kertas kerja lawatan sambil belajar ini bertujuan untuk memaklumkan dan
meminta kebenaran daripada pihak sekolah untuk menjalankan program ini.
2.3 Memohon jasa baik pihak sekolah dan PIBG untuk memperuntukkan kewangan
bagi tujuan membantu pembiayaan penginapan dan pengangkutan.
3.0 OBJEKTIF
Lawatan ini dirancang khusus buat murid darjah enam yang akan tamat persekolahan
rendah dan masuk ke alam sekolah menengah. Lawatan ini juga mempunyai objektif seperti
berikut:
3.1 Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan murid kepada lokasi-lokasi dan
bandar bersejarah di Malaysia.
3.2 Memupuk dan menerapkan nilai-nilai positif ke dalam diri para murid di bawah
tema program:
3.2.1 Membuka mata, menimba pengalaman, menjana pengetahuan
3.3 Lawatan sambil berlajar ini bertujuan supaya murid dapat menimba ilmu
pengetahuan yang tidak dapat dipelajari di sekolah dan menimba pengalaman
baru.
3.4 Lawatan ini sebagai pemakin bagi murid untuk menjana kecemerlangan pada
masa hadapan.
3.5 Menyediakan ruang untuk murid berinteraksi antara satu sama lain di luar bilik
darjah.
3.6 Memberi pendedahan awal kepada para murid yang juga akan dapat membuka
minda para murid tentang dunia luar sambil memupuk nilai-nilai murni dalam diri
mereka.
4.0 MATLAMAT
4.1 Melahirkan murid sekolah yang holistik dan berkemampuan dari segi jasmani,
rohani, emosi, intelek dan sosial.
4.2 Memupuk semangat cintakan negara.
4.3 Menyediakan murid ke alam remaja dan sekolah menengah.
4.4 Melahirkan generasi muda yang mempunyai pemikiran yang terbuka dan nilai-
nilai murni serta kesopanan yang tinggi.
AJK : 1) Pendaftaran
Tan Zeng Yi
3) Makanan
4) Sukaneka
5) Peralatan
Emily Wong
11.0 PENUTUP
Adalah diharapkan bahawa program yang dirancang ini akan mendapat kelulusan
dan kerjasama semua pihak agar lawatan sambil belajar ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Harapan juga bahawa lawatan sambil belajar ini dapat dimanfaatkan dengan
sebaik mungkin oleh murid-murid SK SEKOLAH serta dapat menanam sifat patriotik dan
cintakan negara dalam diri. Oleh itu diharapkan bahawa segala aktiviti yang dirancang
dalam lawatan ini dapat mencapai matlamatnya dan dapat memberi impak positif kepada
murid SK SEKOLAH.
Surat Peraturan Pelancongan Sekolah
SK SEKOLAH
KOD SEK : WBA0012
JALAN LAUT LAMA,
LOGO TEL : 0322824990
TAMAN GUNUNG LAUT,
SEKOLAH FAX : 0322824990
59100 KUALA LUMPUR,
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
6. Guru Pengiring :
8. Destinasi Lawatan :
9. Punca Kewangan
Disahkan oleh
………………………………
Senarai Nama Guru Pengiring Yang Mengikuti Lawatan Sambil Belajar ke Pulau
Pinang