Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PECAN HAVEN CAKE WITH BUTTERSCOTCH FROSTING

SPONGE CAKE
Kek Span Vanila
Bahan:
120g gula kastor
10g ovalette
4 biji telur gred A
130g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik}--(A) diayak
40g air
60g minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuat:
1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8'' atau 9''.Lapis dg kertas serap minyak.
Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.
2.Satukan gula kastor.ovalette,telur & bahan (A) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dg
kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang
selama 5 minit.
3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi
selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.
5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.
6.Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap.Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan
lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.
Biarkan ia sejuk.

KACANG KARAMEL

100 gm kacang Pecan


40 gm brown sugar
2 sudu besar madu
Pecan di panggang dlm oven hingga rangup.
Masukkan gula perang ke dalam periuk
Cairkan gula hingga ia keperangan di atas dapur dengan api yang sederhana
Jangan sampai gula hangus
Masukkan madu dan kacau hingga ia mencair dan licin
Kemudian masukkan kacang yang telah di panggang tadi.
Gaul rata dengan segera
Kemudian tuangkan di atas loyang.
Bila kacang telah sejuk dan keras, cincang sedikit.
Ketepikan.
CREAM CHEESE BUTTERSCOTCH FROSTING

200 gm butter
1/2 cwn whipping cream
300 gm cream cheese
3/4 cwn gula aising diayak
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butterscotch
Pukul butter, cream cheese hingga berkrim.Masukkan gula aising dan pukul lagi hingga
gebu.Masukkan whipping cream, butterscotch dan vanilla.Pukul hingga lembut dan rata.

Butterscotch

4 sudu besar butter


1 cwn brown sugar
3/4 cwn whipping cream
1 sudu teh vanilla
Cairkan butter, masukkan brown sugar.Masak hngga gula larut dan masukkan whipping
cream.Masak hingga mendidih dan sebati.Masukkan vanilla.Tutup api, ambik 2 sudu besar,
sejukkan dan masukkan dlm adunan cream cheese.Selebihna simpan dlm peti sejuk dan
tahan berbln bln.
Sos butterscotch
3 sudu besar brown sugar
6 sudu besar mentega ~ potong kecil
2 sdb corn syrup
1/2 cawan whipping cream
Masukkan ke semua kecuali whipping cream.Masak hingga berbuih dan gula larut.Masukkan
whipping cream, kacau rata dan tutup api.
80 gm white choc
Masak secara double boiler hingga coklat cair sepenuhnya dan tuang kedlm sos
butterscotch.Sejukkan.
Letak kek lapisan pertama
Paipkan sos butterscotch, letak pecan.
Paipkan frosting cream cheese dan ratakan.
Buat yg sama utk lapisan seterusnya.Sapu seluruh kek dgn creamcheese frosting.Simpan dlm
peti sejuk hingga frosting mengeras.Tuang sos butterscotch dan deko dgn pecan.

You might also like