Professional Documents
Culture Documents
Contoh Ulasan Artikel 3 PDF
Contoh Ulasan Artikel 3 PDF
Contoh Ulasan Artikel 3 PDF
1. JENIS ARTIKEL
Berwasit
2. TUJUAN/PERSOALAN KAJIAN/HIPOTESIS
a. Tujuan Kajian
Kajian tentang strategi pembelajaran biologi di kalangan pelajar sekolah menengah bertujuan
untuk melihat hubungan antara strategi pembelajaran Biologi yang digunakan oleh pelajar
Tingkatan 4 berdasarkan jantina, tahap pencapaian biologi, tahap pendidikan ibu bapa dan
tahap pendapatan keluarga.
3. PEMBOLEHUBAH KAJIAN
a. Pembolehubah Kuantitatif
1) Tahap pencapaian biologi
b. Pembolehubah Kategorikal
1) Jantina
2) Tahap pendidikan ibu bapa
3) Tahap pendapatan keluarga
4. JENIS DATA
a. Tahap pencapaian biologi: interval
b. Jantina: nominal
c. Tahap pendidikan ibu bapa: ordinal
d. Tahap pendapatan keluarga: ordinal
5. ANALISIS DATA
Kajian ini dilakukan terhadap 82 orang pelajar yang terdiri daripada 27 orang pelajar dari
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa (SMKBJ), 28 orang pelajar dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Kamil (SMKK), dan 27 orang pelajar dari Sekolah Menengah Tok
1
Janggut (SMKTJ). Guru menentukan sampel sekolah masing-masing bagi pengambilan
sampel secara rawak.
2
(5) Jadual ujian t dua sampel tidak bersandar yang dipaparkan jelas dan bersesuaian.
(6) Terdapat beberapa andaian yang perlu dipatuhi sebelum ujian t ini dilakukan.
Namun, pengkaji tidak menjelaskan secara terperinci mengenai andaian tersebut.
(a) Kenormalitian taburan data tidak diuji dan dinyatakan dalam kajian ini.
(b) Pengkaji juga tidak melakukan ujian Levene bagi melihat keseragaman varians
(homogeneity of variance) sama ada bersifat homogen iaitu nilai dapatan
p>0.05 atau tidak homogen iaitu dapatan p<0.05.
(c) Berdasarkan andaian tersebut, dicadangkan supaya pengkaji menyatakan
kenormalitian taburan data dan melakukan ujian Levene untuk melihat
keseragaman varians sama ada bersifat homogen atau tidak.
(7) Dapatan kajian adalah sesuai dan menjawab hipotesis kajian. Namun, pengkaji
tidak menyatakan secara terperinci tentang nilai t dan nilai kebarangkalian p yang
diperoleh bagi melihat perbezaan min sama ada terdapat perbezaan yang
signifikan. Dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
pelajar lelaki dengan perempuan.
b) Ujian ANOVA
(1) Ujian ANOVA dijalankan untuk menguji hipotesis Ho2, Ho3, Ho4, dan Ho5.
(2) Pengkaji tidak menyatakan secara terperinci jenis ujian ANOVA yang digunakan.
Walau bagaimanapun, berdasarkan jadual yang dipaparkan, jenis ujian ANOVA
yang digunakan adalah ujian ANOVA satu hala.
(3) Taburan F yang digunakan untuk menguji sama ada terdapat perbezaan antara dua
atau lebih daripada dua skor min tidak dinyatakan.
(4) Hubungan antara dua pemboleh ubah telah dijelaskan oleh pengkaji berdasarkan
nilai kebarangkalian p, iaitu:
(a) Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi pembelajaran Biologi secara
keseluruhan dengan tahap pencapaian biologi (p<0.001).
(b) Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi pembelajaran Biologi secara
keseluruhan dengan tahap pendidikan ibu (p=0.045).
(c) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara strategi pembelajaran Biologi
secara keseluruhan dengan tahap pendidikan bapa (p>0.05).
(d) Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi pembelajaran Biologi secara
keseluruhan dengan tahap pendidikan keluarga (p=0.042).
3
(5) Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum ujian ANOVA satu hala ini
dilakukan, namun pengkaji tidak menyatakan syarat tersebut seperti:
(a) Cara pengumpulan data yang digunakan iaitu pensampelan rawak.
(b) Kenormalitian taburan data dalam kajian.
(c) Ujian Levene bagi melihat keseragaman varians (homogeneity of variance)
sama ada bersifat homogen iaitu nilai dapatan p>0.05 atau tidak homogen iaitu
dapatan p<0.05.
2) Penggunaan Strategi Pembelajaran Biologi Mengikut Kategori (Dalam Kelas, Luar Kelas,
Peperiksaan) Berdasarkan Latar Belakang Pelajar.
b) Ujian ANOVA
(1) Pengkaji tidak menyatakan secara terperinci jenis ujian ANOVA yang digunakan.
Walau bagaimanapun, berdasarkan jadual yang dipaparkan, jenis ujian ANOVA
yang digunakan adalah ujian ANOVA satu hala. Di mana, ujian ANOVA satu hala
digunakan untuk menguji sama ada terdapat perbezaan antara dua atau lebih
daripada dua skor min (Chua, 2014).
(2) Taburan F yang digunakan untuk menguji sama ada terdapat perbezaan antara dua
atau lebih daripada dua skor min tidak dinyatakan. Oleh sebab itu, pengkaji
dicadangkan untuk menyatakan taburan F yang digunakan.
(3) Hubungan antara dua pemboleh ubah telah dijelaskan oleh pengkaji berdasarkan
nilai kebarangkalian p, iaitu:
(a) Terdapat hubungan yang signifikan antara ketiga-tiga kategori strategi
pembelajaran Biologi iaitu di dalam kelas (p<0.001), di luar kelas (p<0.001),
dan peperiksaan (p<0.001) dengan tahap pencapaian biologi.
4
(b) Terdapat hubungan yang signifikan antara dua kategori strategi pembelajaran
Biologi iaitu di dalam kelas (p=0.042) dan di luar kelas (p=0.045) dengan
tahap pendidikan ibu. Manakala, tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara strategi pembelajaran Biologi iaitu peperiksaan (p>0.05) dengan tahap
pendidikan ibu.
(c) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ketiga-tiga kategori strategi
pembelajaran Biologi iaitu di dalam kelas (p>0.05), di luar kelas (p>0.05),
dan peperiksaan (p>0.05) dengan tahap pendidikan bapa.
(d) Terdapat hubungan yang signifikan antara dua kategori strategi pembelajaran
Biologi iaitu di luar kelas (p=0.035) dan peperiksaan (p=0.047) dengan tahap
pendapatan keluarga. Manakala, tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara strategi pembelajaran Biologi iaitu di dalam kelas (p>0.05) dengan
tahap pendapatan keluarga.
(4) Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum ujian ANOVA satu hala ini
dilakukan, namun pengkaji tidak menyatakan syarat tersebut seperti:
(a) Cara pengumpulan data yang digunakan iaitu pensampelan rawak.
(b) Kenormalitian taburan data dalam kajian.
(c) Ujian Levene bagi melihat keseragaman varians (homogeneity of variance)
sama ada bersifat homogen iaitu nilai dapatan p>0.05 atau tidak homogen iaitu
dapatan p<0.05.
(d) Oleh sebab itu, dicadangkan supaya pengkaji dapat menyatakan semua syarat
yang perlu dipatuhi sebelum ujian ANOVA satu hala ini dilakukan.
5
ARTIKEL 2
Kamisah Osman, Zanaton Haji Iksan, dan Lilia Halim. Sikap terhadap Sains dan Sikap
Saintifik di kalangan Pelajar Sains. Jurnal Pendidikan, 32 (2007): 39-60.
1. JENIS ARTIKEL
Berwasit
2. TUJUAN/PERSOALAN KAJIAN/HIPOTESIS
a. Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap terhadap sains dan sikap saintifik dalam
kalangan pelajar berdasarkan tahap pendidikan.
3. PEMBOLEHUBAH KAJIAN
a. Pembolehubah Kuantitatif
1) Sikap terhadap sains
2) Sikap saintifik
b. Pembolehubah Kategorikal
1) Tahap pendidikan (Tingkatan 2, Tingkatan 4, Matrikulasi)
4. JENIS DATA
a. Sikap terhadap sains: interval/ratio
b. Sikap saintifik: interval/ratio
c. Tahap pendidikan (Tingkatan 2, Tingkatan 4, Matrikulasi): ordinal
5. ANALISIS DATA
Kajian ini dijalankan terhadap 493 pelajar Tingkatan 2, 4, dan Matrikulasi. Mereka telah
menjawab soal selidik mengenai sikap terhadap sains dan sikap saintifik. Terdapat dua soal
selidik yang digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik sikap terhadap sains dan sikap
saintifik.
6
a. Analisis Statistik Deskriptif
Statistik deskriptif digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri variabel dan untuk membuat
kesimpulan terhadap data berbentuk numerikal (Chua, 2014). Dalam kajian ini analisis
statistik deskriptif yang digunakan iaitu min, sisihan piawai, dan skor. Sikap terhadap sains
menggunakan analisis statistik deskriptif min dan sisihan piawai. Manakala, sikap saintifik
menggunakan kekerapan dan peratusan. Jadual yang dipaparkan tentang min dan sisihan
piawai bagi sikap terhadap sains serta jadual kekerapan dan peratusan sikap saintifik
berdasarkan tahap pengajian adalah jelas dan bersesuaian.
2) Ujian ANOVA
a) Pengkaji telah menyatakan jenis ujian ANOVA yang digunakan iaitu ujian ANOVA
satu hala.
7
b) Taburan F yang digunakan untuk menguji perbezaan sikap terhadap sains mengikut
tahap pengajian serta untuk menguji perbezaan sikap saintifik antara pelajar yang
berlainan tahap pengajian jelas dinyatakan.
c) Perbandingan nilai F dengan nilai min antara tahap pengajian mengikut dimensi
(konstruk) bagi sikap terhadap sains dan sikap saintifik jelas dihuraikan.
d) Hubungan antara dua pemboleh ubah telah dijelaskan oleh pengkaji berdasarkan nilai
kebarangkalian p iaitu terdapat perbezaan yang signifikan bagi beberapa dimensi sikap
terhadap sains antara tahap pendidikan.
(1) Terdapat perbezaan yang signifikan antara dimensi sikap (persepsi terhadap guru
sains (p<0.001), kerisauan terhadap sains (p=0.039), kepentingan sains dalam
masyarakat (p<0.001), keseronokan dalam sains (p=0.041), motivasi dalam sains
(p<0.001)) dengan tahap pendidikan.
(2) Tidak terdapat perbezaan antara dimensi sikap (konsep kendiri dalam sains
(p=0.168) dengan tahap pendidikan.
e) Bagi sikap saintifik pula terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min bagi
ketiga-tiga kumpulan pangajian dan pelajar (F=28.6, p<0.05). Pengkaji telah membuat
analisis Post Hoc dengan jelas berdasarkan perbezaan yang wujud antara Tingkatan 2
dan Matrikulasi serta Tingkatan 4 dan Matrikulasi.
f) Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum ujian ANOVA satu hala ini
dilakukan, namun pengkaji tidak menyatakan syarat tersebut seperti:
(1) Cara pengumpulan data yang digunakan iaitu pensampelan rawak.
(2) Kenormalitian taburan data dalam kajian.
(3) Ujian Levene bagi melihat keseragaman varian (homogeneity of variance) sama
ada bersifat homogen iaitu nilai dapatan p>0.05 atau tidak homogen iaitu dapatan
p<0.05.
(4) Oleh sebab itu, dicadangkan supaya pengkaji dapat menyatakan semua syarat yang
perlu dipatuhi sebelum ujian ANOVA satu hala ini dilakukan.
3) Ujian Korelasi
a) Ujian korelasi ini digunakan untuk menunjukkan perkaitan antara sikap terhadap sains
dengan sikap saintifik mengikut tahap pengajian.
b) Jadual ujian korelasi yang dipaparkan tentang nilai korelasi, r dan nilai kebarangkalian
p adalah jelas.
c) Dapatan ujian korelasi dipaparkan dengan jelas iaitu:
8
(1) Menunjukkan perkaitan yang lemah dan tidak signifikan (r=0.114, p=0.09) antara
sikap terhadap sains dengan sikap saintifik bagi pelajar Tingkatan 2.
(2) Bagi pelajar Matrikulasi menunjukkan perkaitan yang lemah dan tidak signifikan
(r=0.138, p=0.28) antara sikap terhadap sains dengan sikap saintifik.
(3) Bagi pelajar Tingkatan 4 menunjukkan tiada perkaitan yang wujud antara kedua-
dua pemboleh ubah tersebut (r=0.03).
d) Pengkaji telah menjelaskan dapatan ujian korelasi dengan baik.
9
ARTIKEL 3
Khor Poh Yen* & Chong Lean Keow. Using Computer-Animated Instruction to Enhance
Chemistry Conceptual Understanding of Diploma Pharmacy Students (Penggunaan Arahan
Komputer yang Beranimasi bagi Meningkatkan Pemahaman Konsep Kimia Pelajar-pelajar
Diploma Farmasi). Jurnal Pendidikan Malaysia, 37 (2) (2012): 21-27.
1. JENIS ARTIKEL
Berwasit
2. TUJUAN/PERSOALAN KAJIAN/HIPOTESIS
a. Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji penggunaan animasi komputer bagi meningkatkan
pemahaman konsep kimia.
3. PEMBOLEHUBAH KAJIAN
a. Pembolehubah Kuantitatif
1) Ujian pencapaian konsep (konsep visual dan konsep verbal)
2) Pemahaman konsep pelajar
b. Pembolehubah Kategorikal
1) Kumpulan kawalan (kaedah pengajaran menggunakan lukisan pada papan putih)
2) Kumpulan rawatan (kaedah pengajaran menggunakan animasi komputer)
3) Jenis ujian (ujian pra dan ujian pasca)
4. JENIS DATA
a. Ujian pencapaian konsep (konsep visual dan konsep verbal): interval
b. Pemahaman konsep pelajar: interval
c. Kumpulan kawalan (kaedah pengajaran menggunakan lukisan pada papan putih): nominal
d. Kumpulan rawatan (kaedah pengajaran menggunakan animasi komputer): nominal
e. Jenis ujian (ujian pra dan ujian pasca): nominal
10
5. ANALISIS DATA
Populasi bagi kajian ini ialah 125 orang pelajar tahun pertama Diploma Farmasi dari
Universiti Perubatan Swasta. Daripada bilangan populasi tersebut, seramai 70 orang pelajar
dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Pengkaji menyatakan kaedah pensampelan yang
digunakan iaitu pensampelan rawak berstrata. Pengkaji menyatakan sebab kaedah
pensampelan yang digunakan iaitu untuk memastikan nisbah bilangan pelajar perempuan dan
lelaki seimbang. Pengkaji tidak menyatakan bilangan sampel secara spesifik dalam kumpulan
kawalan dan rawatan, sebaliknya pengkaji menyatakan daripada 70 orang pelajar dibahagikan
sama rata kepada kumpulan kawalan dan rawatan. Pengkaji hanya menyatakan ujian yang
akan dijalani oleh kumpulan rawatan sahaja dan tidak dinyatakan bagi kumpulan kawalan. Di
mana, pengkaji menyatakan ujian pra diberikan sebelum pelajar menjalani rawatan
(pengajaran animasi komputer), manakala ujian pasca diberikan selepas menjalani rawatan.
Jenis soalan yang digunakan oleh pengkaji dalam ujian pra dan pasca ialah soalan konsep
visual dan soalan konsep verbal. Oleh yang demikian, dicadangkan supaya pengkaji
menyatakan ujian yang akan dijalani oleh kumpulan kawalan.
11
b. Analisis Statistik Inferensi
1) Ujian Normaliti
a) Pengkaji tidak melaporkan secara jelas ujian normaliti dalam kajian ini. Di mana,
sampel yang digunakan iaitu seramai 70 orang pelajar dan bersesuaian dengan andaian
sampel (n>30), maka data tersebut dinyatakan mempunyai taburan yang normal.
b) Terdapat dua jenis ujian yang digunakan untuk menguji normaliti sesebuah data iaitu
ujian Kolmogorov-Smirnov dan ujian Shapiro-Wilk.
c) Ujian Kolmogorov-Smirnov digunakan untuk bilangan sampel yang melebihi 50 subjek
(Mohd Lazim Abdullah & Wan Muhammad Amir Wan Ahmad, 2013). Sekiranya aras
signifikan yang dipilih adalah pada aras 0.05 dan tahap signifikan yang dihasilkan
melebihi 0.05, maka data tersebut dinyatakan bertaburan secara normal. Manakala, aras
signifikan yang dihasilkan adalah kurang daripada aras 0.05, maka data tersebut tidak
bertaburan secara normal.
d) Ujian Shapiro-Wilk digunakan untuk menguji bilangan sampel yang tidak melebihi 50
subjek. Sekiranya aras signifikan yang dipilih adalah pada aras 0.05 dan tahap
signifikan yang dihasilkan melebihi 0.05, maka data tersebut dinyatakan bertaburan
secara normal. Manakala, aras signifikan yang dihasilkan adalah kurang daripada aras
0.05, maka data tersebut tidak bertaburan secara normal.
13
RUJUKAN
Chua Yan Piaw. 2014. Asas Statistik Penyelidikan Edisi Ketiga. Penerbit: McGraw-Hill
Education. Shah Alam, Selangor, Malaysia. ISBN: 978-967- 0761-05-3.
Kamisah Osman, Zanaton Haji Iksan, dan Lilia Halim. Sikap terhadap Sains dan Sikap
Saintifik di kalangan Pelajar Sains. Jurnal Pendidikan, 32 (2007): 39-60.
Khor Poh Yen* & Chong Lean Keow. Using Computer-Animated Instruction to Enhance
Chemistry Conceptual Understanding of Diploma Pharmacy Students (Penggunaan
Arahan Komputer yang Beranimasi bagi Meningkatkan Pemahaman Konsep Kimia
Pelajar-pelajar Diploma Farmasi). Jurnal Pendidikan Malaysia, 37 (2) (2012): 21-27.
Wan Lazim Abdullah & Wan Muhammad Amir Wan Ahmad. 2013. Analisis Data dengan
Statistik Asas. Penerbit: UMT Kuala Terengganu. ISBN: 978-967-05241-8-4.
14