Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Set 1

BAHAGIAN A
[15 markah]
Jawab semua soalan. Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan.

1 Berikan empat ciri-ciri pembangunan fizikal bandar yang lestari. [4]

a) …………………………………………………………………………………....................................................
……………
b) ……………………………………………………………………………………………….......................................………….
c) ……………………………………………………………………………………………….......................................…………..
d) ……………………………………………………………………………………………….......................................………….

2 Senaraikan tiga strategi untuk menjayakan pelaksanaan pendidikan teknik dan vokasional
(TVET). [3]

a) …………………………………………………………………………………....................................................
……………
b) ……………………………………………………………………………………………….......................................………….
c) ……………………………………………………………………………………………….......................................…………..

3 Huraikan dua cabaran dalam mewujudkan budaya menjaga kebersihan dalam kalangan
masyarakat. [4]

a)………………………………………………………………………….........................................................
……………………………………………………………………………………………….......................................................
................
b)………………………………………………………………………….........................................................
……………………………………………………………………………………………….......................................................
................

4 Berikan empat masalah yang dihadapi pengguna apabila menggunakan pengangkutan awam.
[4]
a) …………………………………………………………………………………....................................................
……………
b) ……………………………………………………………………………………………….......................................………….
c) ……………………………………………………………………………………………….......................................…………..
d) ……………………………………………………………………………………………….......................................………….
BAHAGIAN B
[20 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

5 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan bilangan kanak-kanak yang hilang di negeri-negeri terpilih di Malaysia pada
tahun 2014 dan tahun 2015.

Kehilangan kanak-kanak di negara ini membimbangkan dan perlu diatasi dengan


kerjasama daripada semua pihak. Majoriti kanak-kanak yang hilang terdiri daripada jantina
perempuan disebabkan keinginan untuk hidup bebas. Alasan menghilangkan diri ini juga kerana
mengikut kawan dan tidak mendapat perhatian serta kasih sayang daripada keluarga.

Lima negeri didapati mencatatkan bilangan kanak-kanak hilang yang tinggi di negara ini.
Negeri-negeri tersebut ialah Johor, Selangor, Kedah, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
Jumlah kanak-kanak yang hilang di kelima-lima negeri tersebut adalah sebanyak 1,190 kes pada
tahun 2014. Langkah-langkah proaktif yang dilakukan bagi menangani masalah ini berjaya
mengurangkan bilangan kanak-kanak yang hilang sebanyak 199 kes kepada 991 kes pada tahun
2015.

Pada tahun 2014, negeri Johor mencatatkan bilangan kanak-kanak hilang yang tertinggi
iaitu sebanyak 387 kes. Negeri Selangor pula menduduki tempat kedua bagi kes kanak-kanak
hilang ini iaitu sebanyak 241 kes. Bilangan kanak-kanak yang hilang di Selangor adalah
mengatasi kanak-kanak yang hilang di negeri Kedah sebanyak 23 kes. Kuala Lumpur dan Negeri
Sembilan masing-masing mencatatkan bilangan kanak-kanak hilang sebanyak 190 kes dan 154
kes.

Pada tahun 2015, bilangan kanak-kanak hilang yang tertinggi dicatatkan oleh negeri
Selangor dengan bilangannya sebanyak 260 kes iaitu peningkatan sebanyak 19 kes daripada
tahun sebelumnya. Negeri Johor pula menduduki tempat kedua dengan bilangan kes kanak-
kanak hilang sebanyak 254 kes. Johor mencatatkan bilangan penurunan yang besar iaitu
sebanyak 34.37% berbanding dengan tahun 2014. Negeri Kedah, Kuala Lumpur dan Negeri
Sembilan turut memperlihatkan trend penurunan bagi kes kanak-kanak yang hilang pada tahun
2015. Negeri Sembilan mencatatkan penurunan yang tinggi iaitu sebanyak 48 kes berbanding
dengan tahun 2014. Manakala Kedah dan Kuala Lumpur masing-masing menurun kepada 208
kes dan 163 kes.

(Disesuaikan daripada Utusan Malaysia, 4 Januari 2016)


6 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan bilangan penduduk bandar dan luar bandar mengikut status kemiskinan di
negeri-negeri terpilih pada tahun 2017 di Malaysia.

Kemiskinan merupakan masalah sosioekonomi yang turut dihadapi oleh negara


Malaysia. Hal ini demikian kerana terdapat rakyat di negara ini sama ada yang tinggal di bandar
ataupun di luar bandar yang hidup dalam kemiskinan. Kategori bagi status kemiskinan
penduduk tersebut dibahagikan kepada miskin tegar, miskin dan terkeluar.

Pada tahun 2017, bilangan penduduk bandar yang miskin tegar di negeri Selangor
adalah sebanyak 1,396 orang iaitu melebihi miskin tegar di luar bandar sebanyak 472 orang di
negeri tersebut. Negeri Sabah pula mencatatkan bilangan miskin tegar di bandar sebanyak
5,051 orang berbanding dengan miskin tegar di luar bandar iaitu sebanyak 18,772 orang. Negeri
Sarawak mencatatkan bilangan miskin tegar di bandar yang paling ramai berbanding dengan
Selangor dan Sabah. Bilangan miskin tegar di bandar bagi Sarawak adalah sebanyak 11,468
orang, sementara bilangan miskin tegar di luar bandar bagi Sarawak pula sebanyak 8,543 orang

Bagi status miskin, negeri Sarawak masih mencatatkan bilangan penduduk yang paling
ramai di bandar dan di luar bandar iaitu masing-masing sebanyak 24,029 orang dan 15,924
orang. Bilangan penduduk miskin di Selangor bagi bandar dan luar bandar adalah paling sedikit.
Bilangan penduduk miskin di bandar adalah sebanyak 4,871 orang dan bilangan ini melebihi
penduduk miskin di luar bandar sebanyak 2,549 orang. Sabah pula mempunyai penduduk
miskin di luar bandar sebanyak 14,398 orang iaitu melebihi sebanyak 8,933 orang daripada
penduduk miskin di bandar.

Penduduk dalam status terkeluar mencatatkan bilangan paling ramai di ketiga-tiga


negeri terlibat sama ada di bandar mahupun di luar bandar. Bilangan penduduk di bandar bagi
status terkeluar di Selangor adalah sebanyak 20,010 orang. Bilangan tersebut melebihi
sebanyak 11,138 orang berbanding dengan bilangan penduduk terkeluar di Sabah. Bilangan
penduduk terkeluar di Sarawak adalah sebanyak 34,293 orang. Bagi luar bandar, bilangan
penduduk terkeluar di Selangor adalah paling sedikit iaitu sebanyak 8,266 orang, diikuti
penduduk di Sabah seramai 23,551 orang dan Sarawak sebanyak 24,009 orang. Penduduk ini
diletakkan dalam status terkeluar disebabkan oleh peningkatan pendapatan ataupun telah
meninggal dunia.

(Disesuaikan daripada Data Asas Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, 2017)
BAHAGIAN C
[25 markah ]

Pilih satu daripada tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah perkataan.

7 Walaupun pelbagai aduan diterima daripada pengguna yang melakukan pembelian barangan
secara dalam talian, tetapi perniagaan dalam talian ini terus mendapat sambutan daripada
anggota masyarakat. Bincangkan.

8 “Pembangunan masyarakat berdasarkan sistem kekeluargaan” merupakan satu daripada


persiapan kita ke arah menjadi negara maju. Jelaskan langkah-langkah yang perlu dimainkan
oleh ibu bapa untuk merealisasikan hasrat tersebut.

You might also like