Titas Lecture

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 314

‫محمد مستقيم بن روسالن‬

‫من مواليد بهنج‪ ،‬بماليزيا‪.‬‬ ‫•‬


‫حصل على شهادة الثانوية الدينية )‪ (SMA‬وشهادة الباكالوريا )‪ (SPM‬بميزة ممتازة من مدرسة العطاص‪،‬‬ ‫•‬
‫الدينية الثانوية‪ ،‬فكن – بهنج بماليزيا عام ‪ 2005‬و‪ 2006‬م‪.‬‬
‫كان رئيس الطلبة في مدرسة العطاص‪ ،‬الدينية الثانوية‪ ،‬وكلية صلح الدين األيوبي فكن – بهنج بماليزيا عام‬ ‫•‬
‫‪ 2006‬م‪.‬‬
‫حصل على شهادة دورة المكثفة اللغة العربية بميزة جيد جدا من مؤسسة البهنج‪ ،‬بماليزيا عام ‪ 2007‬م‪.‬‬ ‫•‬
‫كان يعمل أستاذا المادة الشريعة اإلسالمية‪ ،‬القرآن والسنة‪ ،‬النحو والتفسير في مدرسة العطاص‪ ،‬الدينية الثانوية‪،‬‬ ‫•‬
‫فكن – بهنج بماليزيا عام ‪ 2008‬م‪.‬‬
‫حصل على شهادة الدبلوم واإلجازة في الدراسات اإلسالمية بميزة مستحسن من كلية اآلداب والعلوم اإلنسانية‪،‬‬ ‫•‬
‫جامعة الحسن الثاني‪ ،‬عين الشق بالدار البيضاء – المغرب عام ‪ 2009‬و‪ 2010‬م‪.‬‬
‫حصل على شهادة الماستر في الدراسات اإلسالمية (مقاصد الشريعة اإلسالمية وأصول الفقه) من كلية اآلداب‬ ‫•‬
‫والعلوم اإلنسانية‪ ،‬جامعة سيدي محمد بن عبد اهلل‪ ،‬بفاس – المغرب عام ‪.2012‬‬
‫واآلن‪ ،‬يدرس في جامعة بماليزيا في درجة الدكتورة ويعمل بمحاضر في هذه الكلية‪.‬‬ ‫•‬
PENGENALAN
Pengenalan

Nama : Muhammad Mustaqim Bin Roslan


Asal : Kuantan – Pahang

Pendidikan

SPM : Sekolah Menengah Agama Al-Attas – Pekan, Pahang


Sijil : Sijil Bahasa Arab – IKIP International College
Diploma : Diploma in Spanish Language – Instituto Cervantes, Casablanca - Morocco
Diploma in French Language – Institut Francais, Casablanca - Morocco
Degree : Bachelor of Islamic Studies, University of Casablanca – Morocco
Master : Master of Maqasid Syariah & Usul Fiqh, University of Fez – Morocco
PhD : In Progress

Khidmat

1. Pensyarah di Jabatan Syariah – Kolej Islam Sains & Teknologi, Kelantan


2. Ketua Jabatan Syariah – Kolej Islam Sains & Teknologi, Terengganu
3. Pensyarah Fiqh & Usul, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam – KUISAS
4. Penyelaras Pascasiswazah, Fakulti Pengajian Islam - KUISAS
PENGENALAN
ILMU
TAMADUN

TAMADUN TAMADUN
CINA ISLAM
TAMADUN ISLAM
&
TAMADUN ASIA
(TITAS)

TAMADUN
TAMADUN MELAYU: TERAS
INDIA BUDAYA
MALAYSIA
KONSEP TAMADUN

ILMU TAMADUN SEJARAH TAMADUN

KEMUNCULAN TAMADUN

EDWARD FARMER
CIRI-CIRI DAN
PROSES TAMADUN
IBNU KHALDUN

PENGENALAN ILMU
JENIS-JENIS INTERAKSI TAMADUN
TAMADUN
INTERAKSI DAN IMPAK IMPAK & KESAN POSITIF
ANTARA TAMADUN INTERAKSI TAMADUN

IMPAK & KESAN NEGATIF


INTERAKSI TAMADUN

MAKSUD DIALOG TAMADUN

DIALOG ANTARA PRINSIP-PRINSIP DIALOG


TAMADUN TAMADUN

HALANGAN KEPADA DIALOG


TAMADUN
KONSEP
TAMADUN

ILMU
TAMADUN

SEJARAH KEMUNCULAN
TAMADUN TAMADUN
KONSEP TAMADUN
BAHASA ARAB

BAHASA MELAYU

KONSEP TAMADUN

BAHASA INGGERIS

PERBEZAAN KONSEP
TAMADUN ANTARA
SARJANA BARAT DAN
SARJANA ISLAM
BAHASA ARAB
Menurut Syed Naquib Al-Attas ianya berasal daripada kalimah (‫ )مدن‬yang bermaksud:
“Suatu kemajuan atau kemodenan yang berasaskan unsur-unsur tertentu bersesuaian
dengan keadaan masa dan tempat”.

Menurut Idris Al-Marbawi: “Kehalusan budi dan akhlak mulia”.

Istilah-istilah lain yang turut digunakan adalah:


 ‫(المدنية‬abad ke-4)
 ‫(العمران‬abad ke-8)
 ‫(الحضارة‬abad ke-8)

Ibnu Khaldun (Pakar Sains Islam) telah menggunakan istilah “‫ ”عمران‬untuk tamadun.
Beliau telah membahagikannya kepada dua iaitu:
Umran Hadhari: Masyarakat yang telah mencapai tahap kemajuan dalam pelbagai segi kehidupan.
Umran Badawi: Masyarakat yang masih belum maju.
BAHASA MELAYU
Menurut Kamus Istilah Bahasa Melayu (1994): “Tamadun adalah kebudayaan dan
peradaban”. Ianya membawa maksud kemajuan dalam aspek budaya dan tamadun yang
merangkumi jasmani dan rohani.

Menurut Kamus Istilah Bahasa Melayu (1997): “Tamadun adalah keadaan masyarakat
manusia yang didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan dan taraf pemikiran yang lebih
tinggi merangkumi bidang social, politik, kebudayaan, agama dan sebagainya”.

Menurut Abu Bakar Hamzah: “Tamadun adalah suatu kemajuan yang lahir serentak dan
seiring dengan kehidupan manusia berserta kemajuan sama ada berbentuk abstrak
ataupun material”.
BAHASA INGGERIS
Menurut Max Weber: “Civilization merupakan sebahagian daripada kebudayaan yang
berkait rapat dengan Urbanization iaitu merujuk kepada dua maksud iaitu:
Kota
Kesopanan dan akhlak yang baik

Menurut A. S. Hornby dan E. C. Parnwell (1972): “Suatu yang berupaya meningkatkan


pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam pelbagai
bidang seperti ilmu Sains, teknologi, politik dan moral.
PERBEZAAN KONSEP TAMADUN ANTARA
SARJANA BARAT DAN SARJANA ISLAM
SARJANA BARAT SARJANA ISLAM
1. Arnold Toynbee: 1. Ibnu Khaldun:

Satu gaya kebudayaan yang Sekumpulan manusia yang mendiami


bertanggungjawab membentuk sebidang tanah yang mempunyai
institusi politik, kesusasteraan, agama perbekalan ekonomi yang mencukupi,
dan moral. keselamatan nyawa dan harta yang
terjamin yang membolehkan mereka
mencapai kemajuan dalam berbagai
bidang.

2. A. S. Hornby & E. C. Parnwell: 2. Idris Al-Marbawi:

Tamadun adalah meningkatnya Kehalusan budi pekerti orang yang hidup di


pencapaian hidup manusia daripada kota yang memiliki peraturan yang baik
kemunduran kepada kemajuan dalam sehingga berjaya menghasilkan keamanan,
bidang sains, teknologi, politik, moral keselamatan, kemakmuran dan
dan sebagainya. penghasilan teknologi yang sempurna.
PERBEZAAN KONSEP TAMADUN ANTARA
SARJANA BARAT DAN SARJANA ISLAM
SARJANA BARAT SARJANA ISLAM
3. Joseph R. Strayer: 3. Sayyid Qutub:

Tamadun amat rapat dengan Tamadun ialah segala bentuk


perbandaran. kemajuan yang dihasilkan oleh
sekumpulan masyarakat.

4. J. K. Fiebleman: 4. Umar ‘Audah Al-Khatib:

Tamadun adalah kepandaian Himpunan ilmu pengetahuan,


mengeksploitasi material oleh syariat, peraturan tradisi dan
masyarakat. moral yang menunjukkan
keadaan pemikiran, ekonomi,
akhlak, politik, kesenian dan
seluruh kehidupan.
PERBEZAAN KONSEP TAMADUN ANTARA
SARJANA BARAT DAN SARJANA ISLAM
SARJANA BARAT SARJANA ISLAM
5. E. B. Taylor: 5. Muhammad Al-Bahiy:

Suatu rangkaian rumit yang Keseluruhan penghasilan atau


merangkumi aspek-aspek keilmuan produktiviti yang menggambarkan
kepercayaan, kesenian, nilai-nilai nilai keperibadian manusia sama ada
moral, perundangan, tradisi, bakat berbentuk falsafah, pengetahuan,
dan kebolehan yang dihasilkan oleh kesenian, politik, kesusasteraan dan
masyarakat. lain-lain.

6. Will Durant: 6. Muhammad Rasyid Ridha:

Tamadun ialah peraturan masyarakat Tamadun ditegakkan berasaskan


yang dapat membantu kepercayaan agama.
meningkatkan pengeluaran,
kebudayaan dan ia merangkumi
empat elemen iaitu sumber
ekonomi, sistem politik, tradisi moral
dan kesenian.
PERBEZAAN KONSEP TAMADUN ANTARA
SARJANA BARAT DAN SARJANA ISLAM
SARJANA BARAT SARJANA ISLAM
Rumusannya: Rumusannya:

Kemajuan lahiriah semata-mata Tamadun tidak hanya dikaitkan


dipentingkan seperti kesenian, dengan lahiriah semata-mata
kebudayaan, perbandaran, undang- bahkan berkait dengan rohaniah
undang dan pembinaan kota yang mana ianya mestilah diiringi
semata-mata tanpa mengaitkan dengan pencapaian dalam aspek
agama, akhlak dan perilaku moral. rohaniah seperti agama, akhlak dan
perilaku moral.
RUMUSAN
TAMADUN ADALAH:

“SUATU YANG BERUPAYA MENINGKATKAN PENCAPAIAN HIDUP MANUSIA DARIPADA


KEMUNDURAN KEPADA KEMAJUAN DALAM DUA ASPEK YANG TERPENTING IAITU
LAHIRIAH DAN ROHANIAH”.
SEJARAH TAMADUN
ZAMAN
PALEOLITIK

SEJARAH TAMADUN
ZAMAN
MESOLITIK
ZAMAN
NEOLITIK
ZAMAN PALEOLITIK
Bermulanya era paleolitik kira-kira 3000 tahun dahulu.

Bermula dengan masyarakat pertanian yang primitif sehingga pertanian termaju.

Pengkaji tamadun membahagikan zaman ini kepada dua:


Zaman Batu
Zaman Logam

Kehidupan yang sederhana juga dengan berburu.

Tempat tinggal berhampiran sungai.

Tinggal secara berkumpulan di dalam gua.

Alatan-alatan yang digunakan kebanyakkannya daripada batu yang diserpihkan yang dikenali
sebagai “Flint”.

Kewujudan zaman paleolitik disahkan oleh ahli saintifik dengan penemuan alat batu di:
Kota Tampan, Lenggong
Bukit Jawa, Perak
Gua Niah, Sarawak
Tingkayu, Sabah
Gua Gunung Runtuh (Perak Man)
ZAMAN MESOLITIK
Merupakan era kedua selepas zaman paleolitik dalam perkembangan manusia.

Kehidupan yang tidak jauh beza dengan era paleolitik.

Terdapat satu tamadun yang diikuti ramai pada zaman ini iaitu “Hoabinhian”.

 Alat-alat pemotong batu yang agak kasar diperbuat daripada batu-batu sungai muncul
pada zaman ini. Ada juga yang diperbuat daripada tulang.

Zaman ini masyarakatnya mula pandai membuat bejana daripada tanah liat.

Mereka hidup berburu dan menangkap ikan selain bertani.

Mula mempercayai alam ghaib.


ZAMAN NEOLITIK
Merupakan era ketiga selepas zaman Mesolitik.

Masyarakat mula hidup dalam penempatan kekal.

Telah wujud perkampungan dan komuniti masyarakat.

Penciptaan kapak dengan pemegang kayu, kayu penggali, bajak dan roda memudahkan
aktiviti pertanian mereka muncul pada era ini.

Selain bercucuk tanam dan berburu, mereka sudah pandai menternak binatang dan
menenun pakaian.

Mula mempercayai kepada kewujudan kuasa yang dikenali sebagai dewa atau tuhan.

Setelah perkampungan dan komuniti masyarakat muncul, lama kelamaan munculnya sistem
perbandaran.

Penempatan awal pada era ini adalah:


Catal, Turki
Jericho, Palestin
KEMUNCULAN TAMADUN
TAMADUN MESOPOTAMIA:
-SUNGAI TIGRIS
-SUNGAI EUPRATHES

TAMADUN INDUS:
- SUNGAI INDUS
KEMUNCULAN
TAMADUN
(MUNCUL DARI SUNGAI)
TAMADUN MESIR:
-SUNGAI NIL

TAMADUN CINA:
- SUNGAI HWANG HO
TAMADUN MESOPOTAMIA
Kemunculannya bermula di Sg. Tigris dan Sg. Euprathes.

Kata Abd Jabbar Beg: “Merupakan tamadun tertua di dunia”.

Mesopotamia (Bahasa Yunani) bermaksud: “Tanah di antara dua sungai”.

Kerajaan terawal yang muncul dalam tamadun ini adalah: “Kerajaan Sumeria”.

Kerajaan terakhir dalam tamadun ini: “Kerajaan Chaldea”.

Selepasa kejatuhan kerajaan Chaldea, Parsi menguasai wilayah mesopotamia hinggalah


runtuhnya Kerajaan Sumeria, Akkad, Ur, Babylon Lama dan Assyria.
GEOGRAFI TAMADUN MESOPOTAMIA
SUMBANGAN TAMADUN MESOPOTAMIA
Bahasa Kuneiform yang ditulis dan dicipta oleh Kerajaan Sumeria.

Roda penggelek diletakkan dibawah objek berat untuk dibawa bersama-sama.

Sistem aliran (parit) muncul kerana selatan mesopotamia kering pada tanaman mereka.

Taman tergantung Babylon dihadiahkan oleh Raja Nebuchadnezzar kepada isterinya.

Ziggurat adalah kuil yang dibina oleh masyarakat Sumeria.


SUMBANGAN TAMADUN
MESOPOTAMIA KEPADA DUNIA
TAMADUN INDUS
Kemunculannya bermula di Sg. Indus.

Bandar terawal yang muncul :


Mohenjo – Daro
Harappa

Petempatan kekal membentuk bandar terancang di Tamadun Indus.


TAPAK PENINGGALAN TAMADUN INDUS
SUMBANGAN TAMADUN INDUS
Perancangan bandar: Terbahagi kepada dua bahagian yang dikelilingi dengan tembok.

Sistem perparitan: Longkang dibina bawah tanah.

The Great Bath: Kolam renang yang dibina berukuran 180 kaki x 108 kaki.
TAMADUN MESIR
Kemunculannya bermula di Sg. Nil.

Mesir berasal daripada Bahasa Yunani: “Aegyptos”.

Penempatan Sg. Nil berkembang membawa kepada pemusatan kuasa pentadbiran dan
pembinaan bangunan.

Menganggap Firaun sebagai Jelmaan Tuhan.

Firaun membawa kehidupan, kesuburan, kestabilan dan kemakmuran kepada Mesir.

Piramid merupakan satu kuasa suci.


SUMBANGAN TAMADUN MESIR
Projek pengairan berskala benar.

Tulisan Hiegrolif.
EDWARD
L. FARMER

CIRI-CIRI
DAN
PROSES
TAMADUN

IBNU DARCY
KHALDUN RIBERTO
EDWARD L. FARMER
CIRI-CIRI TAMADUN MENURUT
EDWARD L. FARMER
Petempatan kekal.

Revolusi pertanian.

Organisasi masyarakat.

Sistem pentadbiran.

Sistem tulisan.

Kemajuan teknologi.

Agama.

Bandar.
DARCY RIBERTO
CIRI-CIRI TAMADUN MENURUT
DARCY RIBERTO
Penyebaran teknologi pertanian.

Wujud aktiviti penternakan.

Revolusi bandar.

Penggunaan peralatan tembaga dan gangsa.

Revolusi pengairan.

Revolusi penghasilan inovasi teknologi berasaskan besi.

Revolusi penternakan.

Revolusi perdagangan.

Revolusi teknologi.

Revolusi industri.
IBNU KHALDUN
CIRI-CIRI TAMADUN MENURUT
IBNU KHALDUN
‫الثقافة‬: Budaya hidup yang positif.

‫الحضارة‬: Masyarakat yang maju dalam pelbagai aspek.

‫المدانية‬: Wujudnya perkembangan perbandaran.

‫العمران‬: Kemakmuran kehidupan masyarakat.


JENIS-JENIS
INTERAKSI
TAMADUN

INTERAKSI
DAN
IMPAK
TAMADUN
KESAN DAN KESAN DAN
IMPAK IMPAK
NAGATIF DARI POSITIF DARI
INTERAKSI INTERAKSI
TAMADUN TAMADUN
JENIS-JENIS INTERAKSI TAMADUN
JENIS-JENIS INTERAKSI TAMADUN
Interaksi teologi atau agama.
Proses asimilasi beberapa ajaran Buddha ke dalam ajaran Shinto di Jepun tentang nilai etika dan moral.

Interaksi budaya.
Meliputi aspek seperti makanan, pakaian, seni bina, muzik, dan sebagainya.

Interaksi sains dan teknologi.


Jepun mempelajari sains dan teknologi dari Eropah dan Amerika Syarikat ekoran hubungan yang terjalin.

Interaksi fizikal.
Pedagang arab mengahwini penduduk tempatan dan membina petempatan khas di kawasan pantai timur
dan barat sumatera.
KESAN DAN IMPAK POSITIF DARI
INTERAKSI TAMADUN
KESAN DAN IMPAK POSITIF DARI
INTERAKSI TAMADUN
Paradigma pemikiran.
Contohnya ketika Islam menguasai Sepanyol , orang-orang Sepanyol telah tergesa-gesa berpindah kerana
takut ditindas oleh orang islam. Namun tanggapan tersebut meleset kerana mereka mendapat maklumat
bahawa saudara mara mereka mendapat layanan baik daripada kerajaan dan orang islam.

Perkembangan ilmu pengetahuan.


Contohnya perpindahan ilmu telah mencetuskan zaman kebangkitan kepada masyarakat Eropah yang
sebelum ini mundur dalam segala aspek kehidupan.

Hubungan interaksi dan komunikasi.


Contohnya kemunculan komuniti Baba Nyonya daripada kacukan Cina Melayu.

Perkembangan teknologi.
Contohnya ciptaan hebat Tamadun China ialah teknologi pembuatan kertas oleh Cai Lun iaitu seorang ahli
sains semasa Dinasti Han.
KESAN DAN IMPAK NEGATIF DARI
INTERAKSI TAMADUN
KESAN DAN IMPAK NEGATIF DARI
INTERAKSI TAMADUN
Pengaruh kehidupan tidak baik dalam sesebuah masyarakat.
Contohnya pertembungan interaksi barat dan islam antara faktor wujudnya golongan sekular.

Masing-masing memonopoli ekonomi.


Contohnya orang melayu menjalani kehidupan sara diri di sektor pertanian, orang cina melaksanakan
sektor perlombongan dan perniagaan manakala orang india menguruskan perladangan estet.

Wujudnya perbezaan status.


Contohnya muncul dua bahagian masyarakat iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.

Pengaruh kepada kepelbagaian ajaran dan anutan.


Contohnya kedatangan mubaligh-mubaligh kristian bersama-sama dengan pihak penjajah barat ke dunia
islam dan kawasan asia yang lain menyebabkan terjadinya pergeseran dengan agama dan anutan penduduk
asal.
MAKSUD
DIALOG
TAMADUN

DIALOG
ANTARA
TAMADUN
HALANGAN PRINSIP-
KEPADA PRINSIP
DIALOG DIALOG
TAMADUN TAMADUN
MAKSUD DIALOG TAMADUN
MAKSUD DIALOG TAMADUN
Menurut kamus dewan (2005): “Berdialog adalah bertukar-tukar pendapat atau
pandangan mengenai sesuatu isu secara terbuka, toleransi dan beretika.

Menurut Chandra Muzaffar: “Dialog tamadun adalah saling berkomunikasi dan


persefahaman antara tamadun berdasarkan kepada elemen penting iaitu memahami
budaya masing-masing tanpa ada rasa prejudis terhadap masyarakat daripada kaum yang
lain.

Rumusan: Dialog tamadun adalah bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai


tamadun masing-masing secara terbuka, toleransi dan beretika tanpa ada rasa prejudis.
PRINSIP-PRINSIP DIALOG TAMADUN
PRINSIP-PRINSIP DIALOG TAMADUN
MENURUT OSMAN BAKAR (2009)
Mestilah untuk kedua-dua belah pihak menyedari sesuatu dan berubah.

Mestilah bermanfaat.

Dijalankan dengan ikhlas.

Mampu memberikan pencerahan dengan jelas.

Mestilah cuba memahamkan persepsi dan pengalaman rakan dialognya.

Mestilah berhemah ketika memberikan pandangan terhadap tamadun orang lain.

Tidak prejudis.

Mestilah mempunyai posisi yang sama.


HALANGAN KEPADA DIALOG
TAMADUN
HALANGAN-HALANGAN KEPADA
DIALOG TAMADUN MENURUT ROS
AIZA (2012)
Beranggapan dialog boleh membuatkan seseorang bertukar agama.

Terlampau merendah diri.

Lemah dengan sindiran sosial dari rakan pendialog lain.

Pendialog mempunyai syak wasangka dengan rakan dialognya.


PENGENALAN
TAMADUN
ISLAM

ISU-ISU DAN
CIRI-CIRI
CABARAN
KEPADA
TAMADUN KEISTIMEWAAN
TAMADUN
TAMADUN ISLAM ISLAM
ISLAM

SUMBANGAN
TAMADUN
ISLAM
MAKSUD
TAMADUN
ISLAM
SEJARAH
TAMADUN
ISLAM
SUMBER
TAMADUN
PENGENALAN ISLAM
TAMADUN ISLAM KONSEP
TAMADUN
ISLAM
MATLAMAT
TAMADUN
ISLAM
PRINSIP
TAMADUN
ISLAM
MAKSUD
TAMADUN

MAKSUD
TAMADUN
ISLAM

MAKSUD
MAKSUD
TAMADUN
ISLAM
ISLAM
MAKSUD TAMADUN
MAKSUD TAMADUN
Tamadun adalah Peradaban

Tamadun adalah Kemajuan

Tamadun adalah Permodenan

Tamadun adalah Perbandaran

Menurut Max Weber (1995): Tamadun adalah sesuatu yang berupaya meningkatkan
pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam pelbagai
bidang.
MAKSUD ISLAM
MAKSUD ISLAM
Asal dari Bahasa Arab yang bermaksud:
Berserah
Tunduk
Patuh

Dari segi istilah: “Berserah, tunduk dan patuh kepada Allah yang dilakukan secara
sukarela”.

Islam merupakan satu agama yang diwasiatkan pengajarannya baik mengenai pokok
dan syariatnya kepada Nabi Muhammad dan diperintahkan menyampaikannya kepada
seluruh manusia.
MAKSUD TAMADUN ISLAM
MAKSUD TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam adalah “Peradaban” dan “Kemajuan Islam”.

Sesuatu yang berupaya meningkatkan pencapaian hidup manusia daripada kemunduran


kepada kemajuan dalam pelbagai bidang khususnya lahiriah dan rohaniah berlandaskan
konsep Islam yang sebenar.

Merupakan sebuah tamadun yang berpaksikan konsep Islam yang sebenar.

Dalam bab ini kita akan mempelajari tentang bagaimana Islam yang merupakan satu
agama itu mampu berkembang ke arah sebuah tamadun yang hebat dan meluas hingga
ke pelusuk dunia. Beberapa persoalan perlu dirungkai:

Siapakah orang yang pertama membawa agama ini hingga ia berkembang ke arah sebuah tamadun yang
hebat?
Di manakah ia mula-mula muncul?
Bilakah dan bagaimanakah kemunculannya?
Berapakah tempoh masa yang diambil hingga ia menjadi sebuah tamadun yang berdikari dan hebat hingga
pada hari ini?
SIAPA?

KECEMERLANGAN
DAN
BILA?
KEGEMILANGAN
TAMADUN ISLAM

SEJARAH
TAMADUN
ISLAM

FAKTOR
KEGEMILANGAN DI MANA?
TAMADUN ISLAM

BERAPA LAMA?
SIAPAKAH YANG MEMBAWA ISLAM KE
ARAH KETAMADUNAN YANG HEBAT
YANG DAPAT DILIHAT PADA HARI INI?
SIAPAKAH?
Orang pertama yang mula-mula membawa Islam hingga ianya berkembang ke arah
sebuah tamadun yang hebat hingga hari ini adalah:

“NABI MUHAMMAD S.A.W”

Baginda telah menerima wahyu pertama daripada Allah S.W.T iaitu daripada Surah Al-Alaq
yang mengajar baginda untuk belajar dengan “MEMBACA”. Ini membuktikan bahawa
“Ilmu Pengetahuan” itu merupakan satu aspek utama yang paling penting ke arah
perkembangan Tamadun Islam yang hebat.
BILAKAH TITIK PERMULAAN
KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM?
BILAKAH?
Kalaulah Tamadun Manusia itu telah dirungkai oleh Ahli Sejarawan yang kemunculannya
itu bermula pada Zaman Paleolitik dengan bukti-bukti pelbagai pertemuan pada masa itu,
bagaimana pula dengan Tamadun Islam? Bilakah kemunculannya?

Kelahiran Tamadun Islam itu adalah pada 17 Ramadhan (6 Ogos 610 M). Yang mana pada
tarikh tersebutlah Nabi Muhammad S.A.W telah menerima wahyu pertama daripada
Allah S.W.T. Bermula dari itu tamatnya zaman Jajhiliah di Semenanjung Tanah Arab.
DI MANA DAN MUNCULNYA
TAMADUN ISLAM?
DI MANAKAH?
Seperti mana yang diketahui, Tamadun Mesopotamia, Tamadun Indus, Tamadun Mesir
dan sebagainya semuanya muncul di PERSISIRAN SUNGAI. Bagaimana pula dengan
Tamadun Islam?

Tamadun Islam itu lahir di kawasan padang pasir (tanah arab) yang kontang. Tidak sama
dengan tamadun-tamadun lain yang lazimnya muncul di lembah-lembah sungai.
BERAPA LAMAKAH TEMPOH MASA
YANG DIAMBIL KE ARAH
PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM?
TEMPOH KE ARAH PERKEMBANGAN
TAMADUN ISLAM
Rasululullah S.A.W mengambil masa selama 13 TAHUN bagi membentuk sebuah Tamadun
Islam disamping membentuk personaliti muslim yang unggul sebagai persediaan untuk
membina sebuah tamadun yang lebih besar dan hebat seperti yang kita lihat pada hari
ini.
FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN
TAMADUN ISLAM
5 FAKTOR KELAHIRAN DAN
KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM
Pandangan semesta
Menerusi pandangan semestalah kita boleh melihat asas, hala tuju dan matlamat sesebuah tamadun.
Dalam erti kata lainnya, pandangan semesta merupakan kerangka pembentukan tamadun.

Usaha dan kesungguhan


Status dan nasib sesebuah tamadun itu bukanlah terletak kepada bangsa dan status mereka, akan tetapi ia
terletak kepada usaha yang dilakukan oleh mereka dalam memajukan tamadun.

Peraturan dan akhlak


Islam adalah satu sistem hidup yang berteraskan undang-undang dan juga akhlak. Kemajuan bangsa
tamadun islam itu terikat dengan 5 hukum dalam perundangan mereka.

Keterbukaan dan kreatif


Tamadun islam itu tidaklah beku dan kaku. Bahkan ianya bersifat keterbukaan dan sentiasa menerima
sumber-sumber tamadun lain selagi mana berlandaskan konsep mereka.

Ilmu pengetahuan
Islam itu sangatlah menitikberatkan ilmu pengetahuan. Jika tidak mana mungkin ianya mampu membina
sebuah tamadun yang hebat. Buktinya wahyu pertama mengajar Rasulullah untuk belajar dengan
“Membaca”.
KECEMERLANGAN DAN
KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM
KECEMERLANGAN TAMADUN ISLAM
Kegemilangan bermula ketika Zaman Kerajaan Abbasiyah di Kota Baghdad pada abad
abad ke-9 dan ke-10.

Buktinya Khalifah Harun Al-Rashid telah membina perpustakaan dan institut


terjemahan bagi merancakkan lagi perkembangan ilmu.

Khalifah Al-Ma’mun pula mempelawa penterjemah-penterjemah dari bukan kalangan


islam untuk menterjemah buku-buku bahasa Yunani, Parsi dan Rom ke dalam Bahasa
Arab.

Hinggalah Baghdad menjadi sebuah pusat perkembangan dan kebudayaan ilmu


pengetahuan dunia.

Ketika itulah lahirnya ramai para ilmuwan islam seperti Ibnu Sina, Ibnu Haitham, Imam
Al-Ghazali dan sebagainya.

Perkembangan tamadun islam itu tidaklah terhenti di situ sahaja, bahkan ianya telah
tersebar ke Andalusia, Eropah Timur, Turki, India dan ke seluruh pelusuk dunia nusantara.
SUMBER NAQLI

SUMBER
TAMADUN
ISLAM
ADAKAH BOLEH
TAMADUN ISLAM
MENGAMBIL
SUMBER AQLI
DARI SUMBER-
SUMBER
TAMADUN LAIN?
SUMBER NAQLI
SUMBER NAQLI
Sumber Naqli adalah sumber utama kepada Tamadun Islam. Ianya menjadi asas utama
kepada pembentukan tamadun Islam.

Sumber Naqli ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu:


Al-Quran
As-Sunnah

Al-Quran adalah Kalam (Perkataan) Allah yang Mu’jiz dan diturunkan kepada Nabi
Muhammad S.A.W dengan lafaz dan makna.

As-Sunnah pula adalah Segala perkataan, perbuatan dan taqrir yang disandarkan kepada Nabi
Muhammad S.A.W.

Antara bukti yang menunjukkan bahawa Al-Quran itu merupakan pencetus dan pendorong
kepada Tamadun Islam adalah dengan turunnya wahyu pertama kepada Rasulullah yang
dimulakan dengan perintah Iqra. Ilmu merupakan asas utama kepada pembentukan tamadun
islam.

Begitu juga di dalam hadis-hadis baginda, begitu banyak matan-matan yang disebut tentang
ilmu yang telah diriwayatkan. Ini turut membuktikan bahawa pentingnya ilmu pengetahuan
sebagai paksi pembentukan tamadun.
SUMBER AQLI
SUMBER AQLI
Sumber Aqli adalah sumber yang menggunakan aqal iaitu Ijtihad.

Ijtihad diperlukan tika mana sesuatu permasalahan tidak terdapat di dalam Al-Quran
mahupun Hadis.

Ijtihad adalah Usaha bersungguh-sungguh dalam sesuatu perbuatan atau pekerjaan


dalam mencapai sesuatu.

Pembangunan Tamadun Islam itu juga tidaklah didorong oleh Al-Quran dan As-Sunnah
semata-mata, bahkan hasil gabungan antara kebijaksanaan akal fikiran manusia melalui
ijtihad individu yang mempunyai ilmu dan kepakaran masing-masing juga turut
menyumbang ke arah kemajuan Tamadun Islam.

Kesan dari itu maka banyaklah penerokaan dan penemuan ilmu-ilmu baru hinggalah
cabang-cabang ilmu itu berkembang maju dan mengukuhkan lagi Tamadun Islam itu.
ADAKAH BOLEH TAMADUN ISLAM ITU
MENGAMBIL SUMBER-SUMBER LUAR
DARI TAMADUN LAIN?
JAWAPAN
BOLEH!!!

Selagi mana ianya berlandaskan syarak dan tidak tersasar dari Sumber Utama iaitu Al-
Quran dan As-Sunnah.

BUKTI???

Umar Al-Khattab juga turut mencontohi sistem yang dipraktikkan oleh Kerajaan
Romawi tetapi digarap semula untuk disesuaikan dengan ajaran islam.

Ketika orang Islam belum mengenali tulisan, kebanyakan ahli akademik dan saintis yang
aktif dalam tamadun ini terdiri daripada orang Yahudi, Kristian, dan lain-lain lagi.
KONSEP IMAN

KONSEP
TAMADUN
ISLAM

KONSEP KONSEP
KEMANUSIAAN KEKUASAAN
KONSEP IMAN
KONSEP KEIMANAN
Pembinaan Tamadun Islam itu tertegak di atas asas keimanan kepada Allah.

Syed Qutub menyebut bahawa tauhid adalah perkara yang paling penting dalam
tamadunnya.

Tamadun Islam itu tertegak di atas paksi Ketauhidan iaitu manusia yang bertamadun
adalah manusia yang mempercayai bahawa Allah itu adalah tuhan yang wajib disembah.

Tauhid itu adalah konsep mempercayai Allah itu sebagai tuhan yang wajib disembah.
KONSEP KEKUASAAN
KONSEP KEKUASAAN
Tamadun Islam itu juga tertegak di atas paksi kekuasaan iaitu manusia perlulah sentiasa
memahami bahawa mereka itu dikuasai oleh tuhan mereka dan tertakluk kepada segala
peraturan dan undang-undang penguasa.

Apabila manusia itu memahami konsep kekuasaan Allah ini, ianya dapat mengawal
sebarang bentuk penyelewengan, penindasan, dan kezaliman apatah lagi pengkhianatan
terhadap amanah yang telah dipertanggungjawabkan.
KONSEP KEMANUSIAAN
KONSEP KEMANUSIAAN
Tamadun Islam itu juga tertegak di atas paksi kemanusiaan iaitu manusia yang
bertamadun itu adalah manusia yang mempunyai sifat kemanusiaan khususnya kepada
diri sendiri dan manusia yang lain umumnya.

 Dalam islam, semua manusia mempunyai kedudukan yang sama tanpa mengira
pangkat, darjat dan keturunan. Maka sifat kemanusiaan itu tidaklah hanya kepada orang
yang berpangkat sahaja bahkan kepada semua orang.
MENGAWASI
HUBUNGAN
DENGAN
ALLAH

MATLAMAT
TAMADUN
ISLAM

MENGAWASI MENGAWASI
HUBUNGAN HUBUNGAN
DENGAN DENGAN
ALAM MANUSIA
MENGAWASI HUBUNGAN DENGAN
ALLAH
MENGAWASI HUBUNGAN
DENGAN ALLAH
Mengawasi hubungan dengan Allah merupakan matlamat yang paling tinggi dalam
Tamadun Islam mengatasi hubungan dengan manusia dan alam.

Hubungan dengan Allah ini dapat direalisasikan dengan amalan-amalan harian yang
dinyatakan sebagai Ibadah Khusus dan Ibadah Umum.

Ibadah Khusus adalah seperti Solat, Zakat, Puasa, Haji dan lain-lain.

Ibadah Umum pula adalah seperti Menderma, Berbaik sangka, Ikhlas dan lain-lain.
MENGAWASI HUBUNGAN DENGAN
MANUSIA
MENGAWASI HUBUNGAN
DENGAN MANUSIA
Matlamat kedua dalam Tamadun Islam adalah demi menjaga hubungan dengan
manusia. Mana mungkin manusia itu hidup bersendirian. Oleh itu, menjaga hubungan
dengan manusia adalah juga penting dalam menjaga sesebuah tamadun agar ianya
membawa ke arah kebaikan.

Menjaga hubungan sesama manusia ini dapat datang dalam pelbagai bentuk seperti:
Hubungan kekeluargaan
Kehidupan berjiran
Kegiatan ekonomi
Pendidikan
Politik
Kebudayaan
Dan lain-lain
MENGAWASI HUBUNGAN DENGAN
ALAM
MENGAWASI HUBUNGAN
DENGA ALAM
Tamadun Islam itu juga turut mengatur dan menyusun hubungan manusia dengan alam
sekitar melalui kaedah terbaik demi menjaga kelestarian alam.

Umat yang bertamadun adalah umat yang mampu menjaga alam sekitar dengan
sebaiknya tanpa merosakkan dan membinasakannya.

Tamadun Islam mewajibkan agar manusia mengusahakan sesuatu yang boleh


membawa kepada kesejahteraan hidup mereka di atas muka bumi ini melalui
permanfaatan terhadap sumber alam sedia ada.

Dalam masa yang sama juga, mereka wajib memastikan agar kegiatan tersebut tidak
mengganggu dan memusnahkan alam sekitar serta ekosistem.
DHARURIYYAT

PRINSIP
TAMADUN
ISLAM

TAHSINIYYAT HAJIYYAT
DHARURIYYAT
DHARURIYYAT
Prinsip Tamadun Islam itu adalah “Menjaga kehidupan manusia itu ke arah makruf dan
mengelak kemungkaran”.

Makruf itu adalah kebaikan iaitu segala nilai luhur dan sifat baik yang pada kebiasaannya
diterima oleh naluri dan akal manusia sebagai sesuatu yang baik.

Mungkar pula adalah segala kejahatan dan sifat buruk yang pada kebiasaannya dibenci dan
dipandang jijik oleh naluri dan akal manusia.

Demi mencapai prinsip tersebut, maka Tamadun Islam itu mensyaratkan agar menjaga 3
prinsip utama iaitu:
Dharuriyyat: Memelihara perkara utama yang paling penting
Hajiyat: Memelihara perkara keperluan
Tahsiniyyat: Memelihara perkara kebaikan

Dharuriyyat adalah keperluan asas yang wajib dijaga oleh manusia bagi menjamin
keselamatan dan kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat. Ianya terbahagi kepada 5 iaitu:
Menjaga Agama
Menjaga Nyawa
Menjaga Akal
Menjaga Harta
Menjaga Keturunan
HAJIYYAT
HAJIYYAT
Hajiyyat pula adalah menjaga hal-hal keperluan manusia untuk menghilangkan
kesulitan-kesulitan dan kepayahan hidup manusia. Ianya tidaklah sewajib dharuriyyat
kerana tanpanya manusia masih boleh meneruskan hidup seperti biasa tidaklah kacau
bilau cuma kehidupan manusia itu hanya akan menjadi sedikit sulit dan susah.

Sekiranya hal hajiyyat ini dijaga, maka segala kesulitan dan kepayahan manusia itu akan
hilang dan seterusnya menjadi mudah dalam menjalani urusan seharian.

Sebagai contoh dalam hal muamalat:


Manusia memerlukan transaksi secara online dalam memudahkan mereka berjual beli

Sebagai contoh dalam hal ibadat:


Dibolehkan untuk bertayamum menggantikan wudhuk untuk bersuci sekiranya anggota wudhuk tidak
boleh terkena air atas sebab-sebab yang mudharat.
TAHSINIYYAT
TAHSINIYYAT
Tahsiniyyat adalah menjaga hal-hal kebaikan dan keelokan kehidupan manusia. Ianya
pula tidaklah setahap dharuriyyat dan hajiyyat yang mana akan menimbulkan kacau bilau
sekiranya tidak dijaga. Ianya hanya untuk mencantikkan kehidupan ke arah kebaikan dan
keelokkan.

Prinsip ini terangkum dalam bahagian akhlak mulia, sopan santun, dan adab untuk
menuju ke arah kesempurnaan hidup.

Contoh-contoh hal tahsiniyyat:


Memakai pakaian yang cantik
Memiliki rumah yang besar
Memiliki kenderaan mewah
RABBANIYYAH

SESUAI DENGAN
FITRAF
MANUSIA

TIDAK
MEMBEBANKAN

SEMPURNA DAN
MENYELURUH
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN
TAMADUN ISLAM KESEIMBANGAN
ANTARA ROHANI
DAN JASMANI
SESUAI
SEPANJANG
ZAMAN

TERBUKA DAN
TOLERANSI

KESATUAN DAN
KEPELBAGAIAN
RABBANIYYAH
RABBANIYYAH
Rabbaniyyah adalah ketuhanan. Ini bermaksud, istimewanya Tamadun Islam itu tidak
boleh sama sekali memisahkan kehidupannya daripada nilai-nilai ketuhanan.

Segala gerak laku manusia itu berada dalam kawalan ketuhanan. Oleh manusia tidak
dibenarkan untuk melakukan sesuatu perkara sesuka hati seolah-olah tidak bertuhan.

Perkembangan Tamadun Islam itu gemilang dengan aspek ketuhanan. Itulah


keistimewaan Tamadun Islam.
SESUAI DENGAN FITRAH MANUSIA
SESUAI DENGAN FITRAH MANUSIA
Setiap apa yang diatur oleh Allah itu dalam wahyunya mana mungkin terkeluar dari
kotak pemikiran manusia.

Ianya benar-benar selari dengan fitrah manusia itu sekiranya manusia mampu
menggunakan akal dengan baik dalam mentafsirkan kalam Allah tersebut.

Setiap perkara yang diterangkan melalui sumber wahyu tersebut pada hakikatnya
tidaklah bertentangan dengan fitrah dan akal manusia.
TIDAK MEMBEBANKAN
TIDAK MEMBEBANKAN
Istimewanya Tamadun Islam itu adalah Tidak Membebankan manusia.

Jika sesuatu perkara itu diwajibkan untuk dilaksanakan dan dalam pada masa yang
sama terdapat kesulitan dan kepayahan, maka Islam telah memberikan “Rukhsah” atau
keringanan dalam melaksanakan kewajipan tersebut.

Contohnya Islam mengharuskan untuk ibu-ibu mengandung untuk berbuka puasa


sekiranya memudharatkan kandungan mereka.

Selain itu, sekiranya seseorang berada dalam keadaan musafir, maka mereka diharuskan
untuk menghimpun dan memendekkan waktu solat demi memberikan keringanan kepada
mereka.
SEMPURNA DAN MENYELURUH
SEMPURNA DAN MENYELURUH
Oleh kerana Tamadun Islam itu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. Maka sudah
pastinya tamadunnya itu juga turut sempurna kerana Al-Quran itu sifatnya adalah
sempurna.

Setiap perkara yang diatur di dalam Kalam Allah itu sempurna dan sesuai dengan
kehidupan manusia sejagat.

Selain itu, ianya juga turut menyeluruh tanpa mengira pangkat, darjat, dan sebagainya.
KESEIMBANGAN ANTARA ROHANI DAN
JASMANI
KESEIMBANGAN ANTARA ROHANI
DAN JASMANI
Pembinaa Tamadun Islam itu tidaklah hanya memfokuskan pembinaan fizikal sahaja,
tetapi ianya juga turut menitikberatkan kekuatan aspek rohani yang utuh dalam diri.

Apabila kekuatan rohani dan jasmani itu seimbang, barulah ibadat itu dapat
dilaksanakan dengan sempurna. Andai salah satu darinya tidak utuh, maka ibadatnya
turut tidak utuh.
SESUAI SEPANJANG ZAMAN
SESUAI SEPANJANG ZAMAN
Islam itu bermula dari zaman Nabi Adam a.s. sehinggalah ke akhir zaman.

Ianya berkembang dalam segenap bidang merentasi masa dan tempat. Oleh itu,
walaupun hukumnya jelas, namun dalam perlaksanaannya, ia mengambil kira keadaan
manusia dan memberikan keringanan jika keadaan sangat mendesak.

Sebagai contohnya, bagi pasangan yang tidak mendapat zuriat dalam tempoh begitu
lama dan sangat-sangat menginginkannya, maka Islam mengharuskan untuk melakukan
persenyawaan luar rahim. Melihatkan kepada kemajuan zaman, maka ianya diharuskan
selagi berada dalam landasan syarak.

Itulah bukti menunjukan Tamadun Islam itu sesuai sepanjang zaman.


TERBUKA DAN TOLERANSI (TASAMUH)
TERBUKA DAN TOLERANSI
Tasamuh itu adalah toleransi.

Uniknya Tamadun Islam itu adalah dengan sifat toleransinya kerana ia bersedia untuk
diterima oleh manusia sejagat dan bangsa.

Tamadun Islam itu tidaklah terbatas dengan sempadan dan bangsa sahaja, bahkan ia
sangat menggalakkan penerimaan unsur-unsur yang terdapat pada tamadun lain asalkan
ianya tidaklah bercanggah dengan landasan dan ajaran islam itu sendiri.

Kesan daripada itulah Tamadun Islam berjaya berkembang di serata dunia tanpa
mengira bangsa dan sempadan keturunan atas dasar toleransinya kepada semua manusia
dan bangsa tanpa memilih bulu.
KESATUAN DAN KEPELBAGAIAN
KESATUAN DAN KEPELBAGAIAN
Perbezaan bangsa dan bahasa di dunia ini, bukanlah menjadi penghalang untuk
membentuk kesatuan manusia dalam Tamadun Islam itu.

Ini adalah kerana yang menyatukan pembentukan Tamadun Islam itu hanyalah Aqidah.

Seandainya aqidah mereka benar dan sama, ianya sudah mampu membentuk
pencapaian serta kemajuan manusia dalam Tamadun Islam.

Keimanan kepada Allah mewujudkan satu tamadun yang mempunyai nilai setara dan
setaraf dari semua sudut iaitu segala-galanya berpunca dan kembali kepada Allah.
KEPERCAYAAN
DALAM AQIDAH

SOSIAL

SUMBANGAN TAMADUN
EKONOMI
ISLAM

POLITIK

ILMU
PENGETAHUAN
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM
KEPERCAYAAN DALAM AQIDAH
Islam telah membebaskan manusia daripada sebarang bentuk perhambaan dan penyembahan sesama
makhluk kepada pengabdian dan penyembahan hanya kepada Allah.

SOSIAL
Islam telah memperkenalkan prinsip sosial yang berteraskan keadilan, persamaan, toleransi, kehormatan,
dan kemuliaan islam. Islam juga mewajibkan umatnya agar hormat-menghormati, larangan menghina,
mencela, menjatuhkan maruah seseorang, menyebut keburukan orang lain dan sebagainya.

EKONOMI
Islam telah memperkenalkan sistem ekonomi yang berteraskan keadilan sesama manusia, mengharamkan
riba dan segala bentuk penindasan. Buktinya telah munculnya sistem Perbankan Islam pada hari ini.

POLITIK
Islam telah memperkenalkan satu sistem pemerintahan yang menentang kezaliman dan menegakkan
keadilan. Setiap pemimpin dipertanggungjawabkan di hadapan Allah dan menjadi tanggungjawab rakyat
untuk mentaati pemimpin selagi mana pemimpin tersebut mentaati perintah Allah dan Rasulnya.

ILMU PENGETAHUAN
Tamadun Islam telah melahirkan pelbagai para ilmuan dan tokoh-tokoh islam yang berjaya selari dengan
wahyu pertama Allah yang mementingkan Ilmu Pengetahuan dan kewajipan menuntut ilmu.
TOKOH-TOKOH DAN PARA ILMUAN
ISLAM
TOKOH-TOKOH DAN PARA ILMUAN
ISLAM
TOKOH-TOKOH DAN PARA ILMUAN
ISLAM
TOKOH-TOKOH DAN PARA ILMUAN
ISLAM
TOKOH-TOKOH DAN PARA ILMUAN
ISLAM
TOKOH-TOKOH DAN PARA ILMUAN
ISLAM
TOKOH-TOKOH DAN PARA ILMUAN
ISLAM
TOKOH-TOKOH DAN PARA ILMUAN
ISLAM
TOKOH-TOKOH DAN PARA ILMUAN
ISLAM
TOKOH-TOKOH DAN PARA ILMUAN
ISLAM
ISU AQIDAH

ISU TAHYUL DAN


KHURAFAT

ISU-ISU DAN CABARAN ISU ISLAMFOBIA


KEPADA TAMADUN ISLAM

ISU SALAH FAHAM


TERHADAP JIHAD

ISU SALAH FAHAM


TERHADAP UNDANG-
UNDANG ISLAM
ISU-ISU DAN CABARAN KEPADA
TAMADUN ISLAM
ISU AQIDAH
Munculnya golongan-golongan yang ekstrimis dalam aqidah sehingga menimbulkan pergaduhan sesat
menyesatkan antara satu sama lain.

ISU TAHYUL DAN KHURAFAT


Munculnya pandangan-pandangan tahyul yang khurafat lagi menyesatkan mengikut peredaran zaman.

ISU ISLAMFOBIA
Munculnya perasaan fobia dengan agama sendiri akibat dari pengaruh barat yang telah menyalahtafsirkan
Islam itu sendiri.

ISU SALAH FAHAM KEPADA JIHAD


Munculnya golongan-golongan yang mengecilkan skop jihad.

 ISU SALAH FAHAM TERHADAP UNDANG-UNDANG ISLAM


Munculnya golongan-golongan yang menghina agama tuhan.
SEJARAH AWAL
TAMADUN
MELAYU

TAMADUN
PANDANGAN
MELAYU TERAS
SEMESTA
PEMBINAAN
TAMADUN
MASYARAKAT
MELAYU
MALAYSIA
TAMADUN
MELAYU

SUMBANGAN
ISLAM DI ALAM
TAMADUN
MELAYU
MELAYU
MAKSUD
MELAYU

KERAJAAN-
KERAAN GEOGRAFI
TAMADUN TAMADUN
MELAYU PRA- MELAYU
ISLAM

SEJARAH
AWAL
TAMADUN
MELAYU
FAKTOR-FAKTOR PERBEZAAN
PEMBENTUKAN KEMUNCULAN
TAMADUN TAMADUN
MELAYU MELAYU

ASAS
PEMBINAAN
TAMADUN
MELAYU PRA-
ISLAM
MAKSUD MELAYU
MAKSUD MELAYU
Perkataan “Melayu” berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu “Malaya”.

Perkataan “Malaya” itu adalah singkatan bagi “Hima alaya”.

“Hima alaya” itu bermaksud “Tempat Salji”.

Van Der Tuuk mentakrifkan “Melayu” itu adalah “Menyeberang” iaitu merujuk kepada
orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama Hindu-Buddha
kepada Islam.
GEOGRAFI TAMADUN MELAYU
GEOGRAFI TAMADUN MELAYU
Menurut Alfred Russel, Tamadun Melayu itu muncul di kepulauan yang memisahkan
antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik iaitu Rantau Asia Tenggara.

Antara negara yang termasuk di dalam Gugusan Kepulauan Melayu ini adalah:
Malaysia
Indonesia
Brunei Darussalam
Filipina
Singapura
Selatan Thai
Myanmar
Dan sekitarnya

Bolehlah dikatakan bahawa, Alam Melayu ini mempunyai kedudukan yang strategik
kerana ianya berada di tengah-tengah laluan perdagangan timur dan barat. Kesannya
tiupan angin monsun barat daya dan timur laut membantu pedagang dari China dan India
pergi ke Kepulauan Melayu.
PERBEZAAN PENDAPAT TENTANG
KEMUNCULAN TAMADUN MELAYU
KEMUNCULAN TAMADUN MELAYU
Di sana terdapat DUA perbezaan teori tentang kemunculan Tamadun Melayu:

Menurut Sarjana Barat seperti Petter Bellwood dan lain-lain, mereka percaya bahawa Tamadun Melayu itu
muncul dari Yunnan, Selatan China. Ini adalah kerana melihatkan kepada Pertuturan,Budaya dan Bahan
Material seperti Binaan Tembikar, Senjata, Tempat Tinggal dan lain-lain hampir menyerupai dengan Bangsa
Melayu.

 manakala menurut Sarjana Tempatan pula seperti Nik Hassan Suhaimi, Wan Hashim Wan The dan lain-
lain, mereka percaya bahawa Bangsa dan Tamadun Melayu itu muncul di kawasan Asia Tenggara. Alasannya
kerana kemunculan dan penemuan arkeologi seperti Lenggong, Tingkayu, Gua Niah dan sebagainya berasal
dari Asia Tenggara.
ASAS PEMBINAAN TAMADUN MELAYU
PRA-ISLAM (SEBELUM KEDATANGAN
ISLAM)
TAMADUN MELAYU SEBELUM
KEDATANGAN ISLAM
Sudah sedia maklum bahawa kemunculan Tamadun Melayu itu adalah di Kepulauan
Asia Tenggara. Soalnya bagaimanakah Tamadun Melayu itu berkembang sehingga ke
pelusuk negara di Kepulauan Asia Tenggara?

Sebenarnya perkembangan Tamadun Melayu itu telah melalui DUA zaman utama
sebelum ianya berkembang dengan pesat, iaitu:
Pada Zaman Pra-Islam (Sebelum Kedatangan Islam)
Pada Zaman Setelah Kedatangan Islam

Secara umumnya, antara asas pembinaan Tamadun Melayu Pra-Islam adalah seperti
berikut:
Kebanyakan kerajaandalam Tamadun Melayu dipengaruhi oleh Tamadun dan Peradaban India.
Kesan pengaruh India yang meluas dikatakan telah meliputi pelbagai bidang kehidupan masyarakat Melayu
ketika itu.
Antara pengaruh Hinduisme yang diterima mereka adalah seperti sistem politik, adat istiadat, upacara,
bahasa, kesusasteraan, kesenian, kepercayaan dan falsafah.
Tetapi setelah datangnya Islam, unsur-unsur Hinduisme mula terhakis setelah masyarakat mula menerima
Islam sebagai Agama Rasmi mereka.
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN
TAMADUN MELAYU
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN
TAMADUN MELAYU
Kemunculan pusat-pusat kerajaan Melayu awal
Munculnya pusat-pusat kerajaan seperti, Kedah Tua, Langkasuka, Majapahit, Srivijaya dan sebagainya
membawa ke arah pembentukan Tamadun Melayu.

Penguasaan teknologi pertanian


Kegiatan asas pertanian telah diperluas kepada pengeluaran hasil dagangan yang kemudiannya menjadi
tunggak kepada kelahiran beberapa kerajaan besar seperti Kerajaan Srijijaya.

Penguasaan laluan perdagangan


Kerajaan Maritim telah menguasai laluan perdagangan laut dengan memiliki pelabuhan entrepot yang
mana ianya memainkan peranan penting sebagai pusat persinggahan pedagang-pedagang serta
pengumpulan dan pengagihan barangan dari Barat ke Timur dan sebaliknya.

Pembentukan empayar Melayu Pra-Islam


Munculnya kerajaan-kerajaan melayu awal pra-islam yang terkesan dari pengaruh Hinduisme membawa
kepada pembentukan Tamadun Melayu khususnya dalam sistem pentadbiran.
ANTARA KERAJAAN-KERAJAAN YANG
MUNCUL DALAM TAMADUN MELAYU
SEBELUM KEDATANGAN ISLAM
KERAJAAN-KERAJAAN TAMADUN
MELAYU
KERAJAAN FUNAN – ABAD 1M

KERAJAAN KUTAI MARTADIPURA – ABAD 4M

KERAJAAN TARUMANAGARA – ABAD 4M HINGGA 7M

KERAJAAN SRIVIJAYA – ABAD 7M

KERAJAAN MAJAPAHIT – TAHUN 1293 – 1500M

KERAJAAN AGRARIA – ABAD 7M


PENGENALAN

PANDANGAN
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN
SEMESTA TAMADUN MELAYU PADA
MELAYU PADA SUDUT ZAMAN SEBELUM
BUDAYA SELEPAS KEDATANGAN
KEDATANGAN ISLAM AGAMA HINDU &
PANDANGAN BUDDHA
SEMESTA
TAMADUN
MELAYU

PANDANGAN
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN
SEMESTA TAMADUN MELAYU PADA
MELAYU PADA ZAMAN KETIKA
ZAMAN SELEPAS KEDATANGAN
DATANGNYA ISLAM AGAMA HINDU &
BUDDHA
PENGENALAN
PENGENALAN
Setiap tamadun yang wujud itu mempunyai pandangan dan latar belakangnya dalam
merentasi era ketamadunan. Begitu juga dengan Tamadun Melayu. Pada hari ini kita sedia
maklum bahawa asal sebut sahaja Bangsa Melayu sudah pastinya mereka itu beragama
Islam. Harus diingat bahawa asal usul Tamadun Melayu itu bukanlah dari Bangsanya yang
beragama Islam, tetapi dari pengaruh Agama Hindu-Buddha dari asalnya. Sebab itulah
sebelum datangnya Islam, Masyarakat Melayu itu mengamalkan kepercayaan Animisme
iaitu mempercayai kepada kuasa-kuasa Ghaib samada bernyawa ataupun tidak. Itulah
secara umumnya pandangan semesta mahupun latar belakang Tamadun Melayu Pra-
Islam sebelum datangnya Islam.

Dalam membicarakannya lebih khusus, pandangan semesta Tamadun Melayu itu


dapatlah diklafikasikan kepada dua kategori iaitu:

Zaman Pra-Islam (Merangkumi Zaman sebelum kedatangan Agama Hindu dan Buddha & Zaman ketika
kedatangan Agama Hindu dan Buddha)
Zaman Kedatangan Islam
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN
MELAYU PADA ZAMAN PRA-ISLAM
(SEBELUM KEDATANGAN AGAMA
HINDU DAN BUDDHA)
PANDANGAN SEMESTA SEBELUM
KEDATANGAN AGAMA HINDU & BUDDHA
Masyarakat Melayu mempunyai sistem kepercayaan primitif iaitu animisme dan
dinamisme.

Roh nenek moyang yang dinamakan “Hyang” (Seerti “Poyang” atau “Moyang”
dipercayai masih berada di sekeliling mereka dan mempunyai tenaga yang kuat yang
boleh mempengaruhi mereka. Justeru itulah wujudnya upacara pemujaan dan
penyembahan mereka.

Pawang, bomoh dan dalang merupakan perantara yang boleh menghubungi “Hyang”
melalui pembacaan jampi, serapah, sajian dan sebagainya.
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN
MELAYU PADA ZAMAN PRA-ISLAM
(SEMASA KEDATANGAN AGAMA
HINDU DAN BUDDHA)
PANDANGAN SEMESTA SEMASA
KEDATANGAN AGAMA HINDU & BUDDHA
Upacara agama menjadi lebih formal dan tersusun.

Ajaran Hindu-Buddha seperti dewa-dewa telah mempengaruhi kepercayaan masyarakat


Melayu.

Pengaruhnya dapat dikesan melalui karya-karya Melayu tradisional yang bercorak mitos
dan lagenda. Ini dipengaruhi daripada ajaran kitab-kitab suci agama Hindu seperti
Mahabharata, Bhagavad Gita dan Baratayudha.

Pengaruh Hinduisme telah memberi kesan kepada setiap lapisan masyarakat samada
golongan bangsawan atau istana dan golongan awam. Ini dapat dilihat dalam adat resam
dan budaya harian orang melayu.

Kesan daripada aspek-asek ajaran Hindu seperti sistem kasta (Lapisan Masyarakat) yang
memisahkan antara golongan raja, bangsawan dan rakyat jelata menular masuk ke dalam
sistem sosial masyarakat melayu.
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN
MELAYU PADA ZAMAN SELEPAS
KEDATANGAN ISLAM
PANDANGAN SEMESTA SELEPAS
KEDATANGAN ISLAM
Berlaku selewat-lewatnya pada awal abad ke-15.

Fasa ini disifatkan sebagai era baru dengan kedatangan Islam.

Islam telah mengubah kepercayaan, cara hidup dan pandangan semesta Tamadun Melayu itu sendiri.
Mereka menjadikan Islam itu sebagai al-Din.

Pandangan semesta tamadun Melayu beracuan akidah Islam.

Upacara dan adat istiadat dan kepercayaan yang bertentangan dengan akidah Islam ditinggalkan secara
beransur-ansur seperti kepercayaan kepada ahli sihir, dukun, bomoh dan lain-lain.

Kepercayaan kepada Allah sebagai Tuhan yang patut disembah dan ianya maha mencipta.

Mempercayai akan ganjaran kebaikan dan balasan kejahatan itu adalah pasti.

Mereka mula memahami konsep niat dan matlamat demi semata-mata untuk mendapatkan keredhaan
tuhan mereka iaitu Allah.

Mereka mula hidup secara besederhana dalam merentas arus kehidupan.

Mula menjaga keutuhan iman demi mendapatkan kesempurnaannya.


PANDANGAN SEMESTA TAMADUN
MELAYU PADA SUDUT BUDAYA
SELEPAS KEDATANGAN ISLAM
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN
MELAYU PADA SUDUT BUDAYA
Nilai-nilai budaya dalam Tamadun Melayu selepas kedatangan Islam dapatlah
dinyatakan seperti berikut:

Ketaatan kepada sultan dan menghormati pemimpin.

Berpegang teguh kepada adat resam.

Memuliakan ibu bapa dan orang-orang yang lebih tua.

Mengutamakan ikatan kekeluargaan dan hubungan silaturrahim.

Saling menghormati.

Meraikan tetamu.

Bertimbang rasa.

Bersopan santun dan berbudi bahasa.

Bermusyawarah atau bermuafakat.


PENGENALAN

PENGARUH
TEORI
ISLAM KEPADA
KEDATANGAN
PERLEMBAGAAN
ISLAM
MALAYSIA
ISLAM DI
ALAM
MELAYU

KERAJAAN-
PENGARUH
KERAJAAN YANG
ISLAM DAN
MUNCUL
KESANNYA
SELEPAS
KEPADA ALAM
KEDATANGAN
MELAYU
ISLAM
PENGENALAN
PENGENALAN
Menurut sejarah, bangsa Melayu itu tidaklah dipengaruhi dengan Agama Islam asalnya,
tetapi ianya dipengaruhi dengan Agama Hindu-Buddha. Dengan fakta ini, ianya tidaklah
bermakna Islam itu belum wujud dan belum ada ketika itu. Ini adalah kerana, seperti
mana yang telah kita pelajari sebelum ini bahawa Islam itu berkembang sedikit demi
sedikit sehinggalah ia menjadi sebuah tamadun yang besar hingga ke pelusuk dunia.
Mungkin ketika berkembangnya Tamadun Melayu di Alam Melayu ketika itu, Agama Islam
masih belum bertapak di sana menyebabkan bangsa Melayu ketika itu dipengaruhi
dengan agama-agama yang lain yang lebih awal masuk ke Alam Melayu.

Menurut ahli sejarah, agama Islam yang masuk mula bertapak di Alam Melayu
mempunyai pelbagai teori asal usulnya. Berikut adalah antara teorinya:

Ada yang berpendapat bahawa Islam itu muncul di Alam Melayu adalah berasal dari Tanah Arab.

Ada yang berpendapat bahawa Islam itu muncul di Alam Melayu adalah berasal dari India.

Ada yang berpendapat bahawa Islam itu muncul di Alam Melayu adalah berasal dari China.

Ada yang berpendapat bahawa Islam itu muncul di Alam Melayu adalah berasal dari Champa.
TEORI KEDATANGAN ISLAM
ISLAM MUNCUL DI ALAM MELAYU
BERASAL DARI TANAH ARAB
Pendapat ini disokong oleh sejarawan seperti Crawford, Syed Naquib Al-Attas, Hamka
dan Hossein Djajaningrat.

Menurut mereka saudagar-saudagar arab telah datang ke kepulauan Melayu berurusan


dengan barang-barang dagangan disamping menyebarkan Islam melalui jalan laut dan
darat.

Melalui jalan laut bermula dari pantai Jeddah menerusi Laut Merah terus ke Aden, Selatan Semenanjung
Arab. Kemudian ke Gujerat, India dan seterusnya ke Gugusan Kepulauan Melayu.

Melalui jalan darat bermula dari Syiria atau Iraq ke Khurasan, Utara Parsi ke Afghanistan kemudian ke
Negeri China. Dari sanalah ke kepulauan Melayu.

Antara hujjah dan bukti mereka adalah:

Tulisan jawi yang wujud pada hari ini pengaruhnya daripada Bahasa Arab.

Bukti catatan sejarah jelas menceritakan tentang pengislaman raja-raja di Alam Melayu dilakukan oleh
pendakwah-pendakwah arab.
ISLAM MUNCUL DI ALAM
MELAYU BERASAL DARI INDIA
Pendapat ini disokong oleh sejarawan seperti Snouck Hurgronje, Thomas Arnold, G.P
Moquette dan Morrison.

Menurut mereka Islam itu datang dari Gujerat, Malabar dan Bengal Coromandel.

Antara hujjah dan bukti mereka adalah:

Penemuan batu nissan di Pasai oleh G.P Morquette pada tahun 1428 dan di Gerisik, Jawa Timur 1419.
(Dikatakan batu nissan tersebut mempunyai persamaan dengan batu nissan Umar ibn Ahmad yang ditemui
di Cambay, Gujerat).

Pengaruh perkataan India dalam Bahasa Melayu itu sendiri seperti “Lebai”.

Senibina kubah masjid juga dikatakan berasal daripada senibina India.


ISLAM MUNCUL DI ALAM
MELAYU BERASAL DARI CHINA
Pendapat ini disokong oleh sejarawan seperti Emmanuel De Eredia, R.A Kern, S. Q
Fatimi dan R. O Winsterd. Ini adalah pendapat yang paling banyak disokong oleh para
sejarawan Barat & Timur.

Menurut mereka Islam itu datang melalui Canton dan Hainan. Peniaga arab telah
datang ke China pada zaman pemerintahan Maharaja T’ai Tsuing dari Dinasti Pang (627 –
650 M). Perdagangan yang dijalankan merupakan faktor penerimaan Islam di China.
Menerusi jalinan hubungan inilah membolehkan Islam berkembang dalam kalangan
pedagang China di negara China. Selepas itu pedagang-pedagang cina berdagang ke Asia
Tenggara menyebarkan Islam pula di sana kepada masyarakat Melayu.

Antara hujjah dan bukti mereka adalah:

Penemuan batu nissan, seni pertukangan dan catatan sejarah China.


ISLAM MUNCUL DI ALAM MELAYU
BERASAL DARI CHAMPA ATAU KEMBOJA
Pendapat ini disokong oleh sejarawan seperti R.A Kern.

Antara hujjah dan bukti mereka adalah:

Penemuan batu Batu Bersurat Phan-Rang Kemboja (1039)


Batu Bersurat di Gerisek (1082)
Batu Bersurat di Terengganu (1303)
Penemuan dinar emas di Kelantan (abad ke-13)
KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU YANG
MUNCUL SELEPAS KEDATANGAN ISLAM
KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU
SELEPAS KEDATANGAN ISLAM
KERAJAAN ISLAM PERLAK & SAMUDERA PASAI (ABAD KE-9 HINGGA KE-14)

KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA (ABAD KE-15 HINGGA AWAL ABAD KE-16)

KERAJAAN MELAYU ISLAM ACEH (ABAD KE-16 HINGGA KE-17)

KERAJAAN MELAYU ISLAM PATANI (ABAD KE-18 HINGGA KE-19)

KERAJAAN RIAU (ABAD KE-18 HINGGA KE-19)

KERAJAAN TERENGGANU, KELANTAN DAN BANJARMASIN (ABAD KE-19 DAN AWAL


ABAD KE-20)
PENGARUH ISLAM DAN KESANNYA
KEPADA ALAM MELAYU
PENGARUH ISLAM DAN KESANNYA
KEPADA ALAM MELAYU
Pegangan akidah dan kepercayaan
Kedatangan Islam di Alam Melayu telah mengubah kepercayaan bangsa Melayu ketika itu yang dipengaruhi
dengan animisme. Islam telah membawa kepada kepercayaan tuhan yang esa iaitu Allah S.W.T.

Politik dan pemerintahan


Sistem politik dan pemerintahan Melayu lama seperti Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka
dan lain-lain tidaklah ditinggalkan tetapi disesuaikan dengan ajaran Islam yang bersesuai dengan syarak.
Selepas datangnya Islam di Alam Melayu, sistem pemerintahan bercorak kesultanan. Sultan mempunyai
kuasa mutlak dan berkuasa membuat undang-undang serta menjatuhkan hukuman.

Sistem sosial masyarakat tradisional melayu


Sistem susun lapis masyarakat tradisional melayu bermaksud pembahagian anggota masyarakat kepada
beberapa lapisan atau kelas sosial yang berlainan. Ianya dibahagikan kepada dua golongan iaitu Golongan
kelas pemerintah dan golongan yang diperintah.

Perkembangan intelektual
Perkembangan intelektual di kalangan masyarakat Melayu dipengaruhi dengan kedatangan Islam ke Asia
Tenggara yang mana Islam sangat-sangat mementingkan Ilmu Pengetahuan sehinggalah ianya berkembang
dalam kalangan rakyat biasa. Penyampaian ilmu itu berlangsung di institusi seperti masjid, madrasah, pondok
dan sebagainya.
PENGARUH ISLAM KEPADA
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PENGARUH ISLAM KEPADA
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Sebagaimana yang diketahui, kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai yang
tertinggi di Malaysia. Ia sebenarnya berkait rapat dengan sejarah Islam yang sekian lama
bertapak di Tanah Melayu. Buktinya terdapat beberapa peruntukan yang berkaitan
dengan peranan Islam dalam perlembagaan antaranya:

Perkara 3 menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan menjadi sebagai Agama Rasmi
Malaysia.

 Perkara 11 (4) menyatakan Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat
pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
Peruntukan ini bertujuan untuk membendung kegiatan penyebaran agama lain kepada orang Islam.
KESUSASTERAAN
PERSURATAN
MELAYU

KETENTERAAN
SAINS DAN
DAN
TEKNOLOGI
PERTAHANAN

SUMBANGAN
TAMADUN
MELAYU

KESENIAN PERUBATAN
TRADISI MELAYU TRADISIONAL

ILMU
PENDIDIKAN
KESUSASTERAAN PERSURATAN
MELAYU
KESUSASTERAAN PERSURATAN
MELAYU
Ianya dapat dibahagikan kepada DUA era:
Sebelum Kedatangan Islam: Tertumpu kepada bentuk lisan dan sastera hikayat.
Selepas Kedatangan Islam: Tertumpu kepada sastera ketatanegaraan, undang-undang, historiografi Melayu,
kitab-kitab perubatan, astronomi dan matematik.

Sastera lisan dan sastera hikayat sebelum kedatangan Islam adalah seperti cerita-cerita
mitos, lagenda, dan ungkapan-ungkapan melayu berbentuk gurindam, pantun, syair,
seloka dan sebagainya: Dongeng Harimau Jadian, Sang Kancil, Pak Pandir, Lebai Malang,
Mahsuri dan lain-lain.

Manakala antara contoh penulisan kesusasteraan selepas kedatangan islam pula adalah
seperti:
Kitab Tauhid: Durrah al Faraid bi Syarhi al-’Aqaid (Syeikh Nuruddin Al-Raniri)
Kitab Sastera: Sharabul Asyikin(Hamzah Fansuri)
Sastera ketatanegaraan: Tajul Salatin (Bukhari al-Jauhari)
Historiografi Melayu: Sulalatul Salatin (Tun Sri Lanang)
KETENTERAAN DAN PERTAHANAN
KETENTERAAN DAN
PERTAHANAN
Masyarakat Melayu mempunyai struktur organisasi ketenteraan yang cekap. Sejarah
mencatatkan keunggulan kerajaan Melayu awal seperti Srivijaya, Majapahit dan Melaka
yang telah berjaya melunaskan kuasa mempunyai organisasi ketenteraan yang teratur dan
sistematik.

Antara buktinya adalah seperti berikut:

Orang Laut merupakan tulang belakang pahlawan tentera laut. Mereka berperanan mengawal jalan laut
daripada ancaman lanun dan menguasai perairan di Selat Melaka.

Pembinaan kota-kota Melayu atau kubu yang dibina untuk mengawal penceroboh. Ianya terletak di tepi
sungai terutamanya di cerun yang agak tinggi dan strategik.

Memiliki kelengkapan persenjataan yang baik untuk tujuan pertahanan dan lambang kekuasaannya.
Contohnya seperti keris, parang, tombak, lembing, sumpitan dan lain-lain.
PERUBATAN TRADISIONAL
PERUBATAN TRADISIONAL
Masyarakat Melayu memiliki sistem perubatan tradisional yang tersendiri. Sebelum
perubatan moden diperkenalkan, masyarakat Melayu bergantung sepenuhnya kepada
perubatan tradisional. Kini, dalam arus kemodenan dan kecanggihan sains dan teknologi
perubatan moden, kaedah perubatan tradisional masyarakat Melayu sering menjadi
rawatan alternatif bagi kes-kes yang tidak berjaya ditangani oleh rawatan moden.

Antara kitab yang terkenal dengan rawatan tradisional Melayu adalah Tajul Muluk.

Ubat-ubatan tradisional Melayu adalah bersumberkan daun dan akar-akar kayu.


Terdapat lebih kurang 6000 hingga 7000 spesis tumbuhan yang digunakan dalam
perawatan tersebut.
ILMU PENDIDIKAN
ILMU PENDIDIKAN
Pengaruh besar kedatangan Islam ke alam Melayu dapat dilihat dalam bidang ilmu dan
pendidikan yang meliputi aspek ilmu yang diajar, institusi pendidikan dan strukturnya
serta guru dan murid-muridnya.

Antara pencapaian serta sumbangan dalam aspek pendidikan:


Munculnya cabang-cabang ilmu yang diberikan perhatian kepada ilmu syariah atau naqliyah yang meliputi
bidang usuluddin, fiqh dan tasawwuf.

Lahirnya ulama-ulama Melayu seperti Nuruddin Al-Raniri, Abdul Rauf Singkel dan lain-lain.

Bahasa Melayu dijadikan bahasa Lingua Franca di Alam Melayu bagi menggantikan bahasa Jawa Kuno dan
Bahasa Sanskrit.

Sistem tulisan Arab-Jawi telah diperkenalkan.

Institusi pendidikan seperti istana-istana dijadikan perpustakaan, tempat penyalinan dan terjemahan.
KESENIAN TRADISI MELAYU
KESENIAN TRADISI MELAYU
Tamadun Melayu turut menghasilkan pelbagai bentuk kesenian yang patut
dibanggakan. Ianya memaparkan kemajuan dalam proses penciptaan dan pembaikannya
yang boleh diletakkan sebagai satu bentuk teknologi.

Antara bentuk kesenian Melayu adalah:

Seni Tari: Zapin, Inang, Kuda Kepang, Mak Yong dan lain-lain.

Seni Muzik: Gamelan, Cak Lempong Rebana Kompang dan lain-lain.

Seni Ukir dan Khat: Ukiran Mimbar Masjid, Ukiran Kayu, Ukiran Tembaga dan lain-lain.

Seni Bela diri: Pencak Silat, Silat Gayong, Silat Cekak, Silat Lincah dan lain-lain.

Seni Pertukangan: Alat Pertanian, Peralatan Menangkap Ikan, Perahu, Kapal dan lain-lain.

Seni Tenun dan Ulaman: Batik, Tikar dan lain-lain.


SAINS DAN TEKNOLOGI
SAINS DAN TEKNOLOGI
Sebahagian daripada sistem sains yang dihasilkan oleh Tamadun Melayu boleh dilihat
daripada sistem sukatan. Contohnya adalah seperti:
Sukatan Jarak: sejengkal, sedepa, hasta, dan lain-lain.

Sukatan timbangan: cupak, gantang, koyan dan lain-lain.

Selain itu, orang Melayu juga dapat dikesan dalam bidang kimia yang berkait dengan
keperluan menyediakan material bagi kegunaan harian dan juga sebagai simbol kerajaan
kesultanan raja-raja Melayu.

Mereka juga terlibat dengan aktiviti penciptaan logam hasil daripada peleburan
tembaga, besi, emas dan perak.
PENGENALAN

TAMADUN
MELAYU TERAS
PEMBINAAN
MASYARAKAT
MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR
YANG MENJADIKAN
TAMADUN MELAYU
ITU SEBAGAI TERAS
PEMBINAAN
MASYARAKAT
MALAYSIA
PENGENALAN
PENGENALAN
Kewujudan Malaysia pada hari ini merupakan lanjutan daripada kemunculan kerajaan-
kerajaan Melayu terdahulu seperti Srivijaya, Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan
Johor Riau-Lingga. Mungkin tanpa kerajaan-kerajaan Melayu terdahulu, Malaysia itu
tidaklah ditubuhkan seperti yang kita rasai pada hari ini.

Tambahan lagi, masyarakat dan bangsa Melayu itu sendiri merupakan penduduk asal di
Nusantara termasuklah di Tanah Melayu sebelum datangnya kaum-kaum lain. Merekalh
juga yang menuntut kebebasan daripada penjajah demi mempertahankan tanah air.

Atas beberapa fakta inilah kita boleh katakan bahawa Tamadun Melayu itulah
merupakan asas dan teras pembentukan Tamadun Malaysia.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADIKAN
TAMADUN MELAYU ITU SEBAGAI
TERAS PEMBINAAN MASYARAKAT
MALAYSIA
TAMADUN MELAYU ASAS DAN TERAS
PEMBENTUKAN TAMADUN MALAYSIA
Berikut adalah faktor-faktor yang menjadikan Tanah Malayu itu berperanan sebagai asas
dan teras pembinaan dan pembentukkan Tamadun Malaysia:

Sistem perundangan Tamadun Melayu


Sistem-sistem perundangan yang pernah ada pada zaman dahulu seperti undang-undang Pahang, Kedah
Johor, Hukum Kanun Malaka dan sebagainya telah dilanjutkan dengan penambahbaikan kepada entiti politik
Malaysia pada hari ini dalam Perlembagaan Malaysia dan negeri.

Agama Islam dan adat istiadat Tamadun Melayu


Seseorang itu hanya diiktiraf sebagai Bangsa Melayu apabila mereka beragama Islam. Islam yang pernah
datang ke alam Melayu hinggalah berkembang pada hari ini dijadikan asas agama kepada Tamadun Malaysia
selain daripada adat-adat nenek moyang yang sebahagiannya masih dikekalkan hingga hari ini.

 Interaksi Bangsa Melayu dengan kumpulan manusia luar


Bangsa Melayu itu mudah berinteraksi dengan manusia luar. Lanjutan dari faktor itulah Malaysia itu
berkembang hinggalah wujudnya pelbagai kaum dan bangsa luar diterima di Malaysia.

Sikap sosial Tamadun Melayu


Sifat keterbukaan, muafakat, tasamuh dan lain-lain antara sikap sosial yang menjadi asas dan teras kepada
pembentukkan Tamadun Malaysia.
MENJEJAKI
ZAMAN AWAL
TAMADUN
INDIA

ISU DAN KEANEKAAN


CABARAN MASYARAKAT
TAMADUN DAN BUDAYA
INDIA INDIA
TAMADUN
INDIA

PENCAPAIAN
AGAMA DAN
DALAM
TAMADUN
PELBAGAI
INDIA
BIDANG
GEORGRAFI

MENGAPA
TAMADUN
SEJARAH AWAL
HEBAT INI
RUNTUH

MENJEJAKI
ZAMAN
AWAL
TAMADUN
KERAJAAN DAN INDIA
SISTEM
EMPAYAR
PEMERINTAHAN
TAMADUN

SISTEM SOSIAL
DAN
EKONOMI
SUMBANGAN
TAMADUN
UMUM
TAMADUN INDIA
GEORGRAFI
GEOGRAFI
Merangkumi negara moden India, Pakistan, Bangladesh, Nepal, Bhuttan, dan Sri Lanka.

Dibahagian utara, India bersempadan dengan Banjaran Himalaya dan dibahagian


Selatan ia bersempadan dengan Lautan Hindi.

Terbahagi kepada DUA wilayah georgrafi yang luas iaitu Hindustan di bahagian Utara
dan Dataran Tinggi Deccan di bahagian Selatan. Kedua-dua bahagian ini dipisahkan oleh
Pergunungan Vindhya.

India juga disempadani oleh dua tamadun utama dunia iaitu tamadun parsi dibahagian
barat dan tamadun cina di bahagian timur.

India mempunyai dua sistem sungai yang utama iaitu sungai indus dibahagian barat dan
sungai ganges dibahagian timur.

Penduduk india pula dibahagikan kepada dua iaitu Indo-Aryan/Indo Eropah yang
berpusat di utara dan Dravidian yang berpusat di selatan.
INTERAKSI ANTARA ORANG ARYAN
DAN ORANG DRAVIDIAN
Orang Aryan digolongkan dalam kelompok manusia Indo-Eropah.

Mereka merupakan penduduk nomad yang berasal dari Siberia dan Asia Tengah.

Orang Aryan mula berhijrah ke utara india dan kemudiannya ke lembah ganges di mana
mereka mendirikan kerajaan dan berasimilasi dengan orang Dravidian.

Asimilasi inilah telah melahirkan satu budaya baru iaitu campuran budaya Aryan dengan
budaya Dravidian.
SEJARAH AWAL TAMADUN INDIA
SEJARAH AWAL TAMADUN INDIA
Wujudnya zaman paleolitik di india menurut penemuan arkeologi. Penduduk pada
zaman ini menyara hidup dengan memburu binatang dan mengumpul makanan.

Dan pada zaman mesolitik pula, penduduk india purba telah menjalankan aktiviti
pertanian dan penternakan. Pada zaman ini juga mereka mula menggunakan perhiasan
diri dan mempercayai konsep kehidupan selepas mati.

Manakala pada zaman neolitik pula mereka mula membuka petempatan kekal di
Lembah Sg. Indus dan peningkatan hasil pertanian pada zaman ini membawa kepada
peningkatan jumlah penduduk dan akhirnya muncullah bandar-bandar yang kemudiannya
menyumbang kepada kelahiran tamadun indus.
KELAHIRAN TAMADUN INDUS
Tamadun indus ialah tamadun terawal di india.

Ianya muncul di sepanjang sungai indus yang mengalir di bahagian barat laut india.

Sejarawan menamakan tamadun indus sebagai tamadan Harappa bersempena dengan


nama bandar utama dalam tamadun ini iaitu Bandar Harappa di wilayah Punjab.

Sebuah lagi bandar utama yang terbentuk di lembah indus ini ialah Mohenjo-Daro di
wilayah Sind.

Penduduk di lembah indus memiliki pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam
perancangan dan pembinaan bandar.
KONSEP BANDAR HARAPPA DAN
MOHENJO-DARO
Harappa dan Mohenjo-Daro merupakan bandar terancang yang tertua di dunia.

Kedua-dua bandar ini dibina dalam grid segi empat tepat dan dikelilingi oleh tembok.

Sebahagian besarnya dibina dengan menggunakan batu-bata yang diperbuat daripada


tanah liat.

Setiap blok rumah dipisahkan dengan satu rangkaian jalan raya yang lurus dan lebar 9-
34 kaki.

Bandar-bandar ini juga mempunyai kemudahan awam seperti kolam mandi awam dan
tandas awam.

Mereka juga mempunyai sistem kumbahan terbaik dalam dunia purba di mana bahan
buangan manusia dialirkan melalui longkang yang terletak di bawah jalan raya ke tempat
kumbahan yang terletak di luar tembok bandar. Ini membuktikan bahawa penduduk di
lembah indus amat mementingkan kebersihan dan kesihatan.
SISTEM PEMERINTAHAN
SISTEM PEMERINTAHAN
Tamadun indus agak berbeza dengan sistem pemerintahan tamadun awal mesir,
sumeria, dan china.

Tamadun ini tidak mengamalkan sistem pemerintahan monarki.

Buktinya ahli sejarawan tidak pernah menemui sebarang tinggalan monumen, istana
atau kuil yang menggambarkan keagungan raja-raja.

Tamadun indus mengamalkan sistem pemerintahan teokrasi iaitu ia diperintah oleh


pendeta-pendeta yang dilihat sebagai wakil tuhan.
EKONOMI
EKONOMI
Ekonomi tamadun indus berasaskan pertanian. Tanaman utama ialah gandum dan barli.

Penduduk harappa merupakan orang pertama yang mahir dalam mengusahakan


tanaman kapas dan menggunakan kapas untuk menghasilkan tekstil.

Tamadun indus juga menjalin hubungan perdagangan yang meluas dengan tamadun
sumeria dan tamadun lain di barat.

Eksport utama tamadun ini ialah tekstil, hasil makanan, emas dan barangan mewah.

Sementara itu mereka juga mengimport batu berharga dan logam.


SISTEM SOSIAL DAN SUMBANGAN
UMUM TAMADUN INDUS
SISTEM SOSIAL DAN SUMBANGAN
UMUM TAMADUN INDUS
SISTEM SOSIAL TAMADUN SOSIAL

Penduduk tamadun indus menyembah tuhan kesuburan iaitu Dewa Ibu.

Pendeta-pendeta menyembah Dewa Ibu untuk mengekalkan kesuburan tanah disamping menjamin hasil
pertanian tahunan yang memuaskan.

Penemuan patung proto-siva menunjukkan penduduk di lembah indus turut menyembah Dewa Siva.

SUMBANGAN UMUM TAMADUN INDUS

Nilai estetika barang-barang tembikar dan seni arca masyarakat indus amat menakjubkan.

Dalam penciptaan sistem tulisan, penduduk tamadun telah mencipta simbol piktograf sejak tahun 3000M.
KERAJAAN DAN EMPAYAR INDIA
KERAJAAN DAN EMPAYAR INDIA
EMPAYAR MAURYA (321 – 185 SM)

EMPAYAR GHAZNI (962 – 1186 M)

KESULTANAN DELHI (1192 1526 M)

(SILA RUJUK HURAIANNYA DI MUKA SURAT 8 HINGGA 19)


MENGAPAKAH TAMADUN HEBAT INI
RUNTUH?
SEBAB KERUNTUHAN TAMADUN
PENDAPAT PERTAMA

Tamadun indus dimusnahkan oleh serangan orang-orang Aryan iaitu penduduk nomad dari utara.

PENDAPAT KEDUA

Tamadun indus runtuh akibat wabak penyakit atau bencana alam seperti banjir, gempa bumi ataupun
perubahan iklim di lembah indus.
PANDANGAN
SEMESTEA

KEANEKAAN
KEPELBAGAIAN MASYARAKAT SISTEM
BAHASA DAN BUDAYA KELUARGA
INDIA

SISTEM KASTA
PANDANGAN SEMESTA
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN
INDIA
Masyarakat india dapat dibahagikan kepada DUA kumpulan besar iaitu: orang Indo-
Aryan dan orang Dravidian.

Orang Indo-Aryan menetap di bahagian Utara India dan orang Dravidian menetap di
bahagian Selatan India.

Pandangan semesta tamadun india berasaskan agama dan falsafah masyarakat india.

Agama hindu dan budha telah melahirkan keanekaan masyarakat dan budaya di India.
Kedatangan agama islam dan kemudiannya agama kristian juga datang membawa budaya
dan falsafah hidup yang baru.

Rumusannya pandangan semesta india menekankan perpaduan dan kepelbagaian


dalam membentuk sebuah tamadun yang hebat.
SISTEM KELUARGA
SISTEM KELUARGA TAMADUN INDIA
Sistem keluarga bagi masyarakat india adalah bersifat patrilineal iaitu nasab keturunan
yang lebih mengutamakan jurai keturunan bapa.

Ini bermakna kaum LELAKI lebih berkuasa dalam unit kekeluargaan. Buktinya adalah
seperti berikut:

Upacara ritual diketuai oleh ketua keluarga iaitu datuk, ayah atau anak sulong lelaki.

Hanya anak lelaki sahaja yang boleh mewarisi harta pusaka. Anak perempuan hanya boleh mewarisi
sekiranya tidak terdapat waris lelaki.

Kaum perempuan tidak boleh berkhidmat sebagai sami di kuil-kuil hindu.

Kaum perempuan juga tidak dibenarkan untuk mempelajari kita-kitab veda.

Kebanyakan kerja-kerja ladang dilakukan oleh kaum lelaki.

Apabila anak perempuan berkahwin, dia terpaksa meninggalkan keluarganya dan akan menjadi ahli baru
keluarga suaminya.
SISTEM PURUSARTHA DAN
ASHRAMA DHARMA
Sistem keluarga tamadun india dipelihara oleh dua sistem nilai yang penting iaitu Sistem
Purusartha dan Sistem Ashrama Dharma.

Purusartha menjelaskan tentang empat objektif mulia yang harus diamalkan oleh setiap
insan dalam kehidupannya iaitu:

Dharma: Merupakan peraturan moral yang mengawal tingkah laku manusia.


Artha: Adalah mencari kekayaan melalui cara yang halal.
Kama: Ialah mencari kenikmatan hidup atau kebahagiaan hidup.
Moksha: Adalah pembebasan mutlak daripada kehidupan duniawi dan lingkaran kelahiran semula.

Ashrama Dharma pula menjelaskan tentang empat tahap kehidupan yang harus dilalui
iaitu:

Brahmacharya: merupakan tahap pertama kehidupan iatitu kehidupan sebagai seorang pelajar.
Grihasta: Merupakan tahap kedua kehidupan iaitu kehidupan berkeluarga.
Vanaprastya: Merupakan tahap ketiga kehidupan iaitu kehidupan kerohanian atau kehidupan sebagai
pesara.
Sannyasa: merupakan tahap keempat iaitu tahap pertapaan. Yang mana seseorang individu akan mengawal
nafsu dan menolak kehidupan duniawi.
SISTEM KASTA
SISTEM KASTA
Sistem Kasta adalah Organisasi Sosial yang telah diperkenalkan dikalangan masyarakat india.
Orang Aryan telah memperkenalkan satu sistem kasta yang ketat yang mana ianya bukan
sahaja menentukan pekerjaan seseorang, bahkan status seseorang dalam masyarakat setimpal
dengan tanggungjawab dan peranannya dalam masyarakat.
Terdapat empat kasta utama dalam masyarakat india kuno iaitu:
Brahmin: ialah golongan pendeta. Golongan ini menasihati raja-raja dalam hal yang berkaitan dengan agama.
Kshatriya: iaitu golongan tentera.
Vaisya: merupakan golongan pedagang.
Sudra: ialah golongan yang terdiri daripada petani, artisan, dan buruh.
Ketiga-tiga kelas teratas hanya diperuntukkan kepada orang Aryan sahaja. Manakala kasta
sudra bagi orang Dravidia.
Di tangga paling bawah dalam stratifikasi sosial masyarakat india ialah golongan
Untouchables atau Outcastes. Ianya merupakan golongan yang tidak boleh disentuh atau di
luar sistem kasta.
Golongan itu juga dikenali sebagai Pariah. Yang mana kehadiran mereka akan merosakkan
sistem kasta.
Golongan tersebut juga berasal daripada kelas hamba, penjenayah, etnik manoriti dan
golongan yang berada di luar tamadun india.
Pembahagian kasta ini adalah tetap dan seseorang invidu itu hidup dan mati dalam kasta
yang sama.
KEPELBAGAIAN BAHASA
KEPELBAGAIAN BAHASA
Bahasa-bahasa di India dibahagikan kepada dua rumpun keluarga bahasa iaitu Bahasa
Indo-Aryan dan Bahasa Dravidian.

Bahasa Indo-Aryan yang utama ialah bahasa Sanskrit.

Bahasa Sanskrit menjadi asas kepada beberapa bahasa masyarakat india moden,
antaranya bahasa Hindi, Punjabi, Benggali, Urdu dan Gujarati.

Manakala bahasa Dravidian pula merangkumi beberapa bahasa penting di bahagian


Selatan India antaranya ialah Bahasa Tamil, Telugu, Malayalam dan Kannada.
AGAMA
ZAMAN AWAL
TAMADUN
INDIA

SIKHISME HINDUISME
AGAMA
DALAM
TAMADUN
INDIA

JAINISME BUDDHISME
AGAMA ZAMAN AWAL TAMADUN
INDIA
AGAMA ZAMAN AWAL TAMADUN INDIA
Benua kecil india menyaksikan kelahiran dua agama utama dunia iaitu agama Hindu dan
agama Buddha.

Selain itu, agama lain yang muncul dan lahir di india adalah agama Jain dan agama Sikh.

Bukti tentang agama awal orang Aryan bolehlah ditemui dalam kitab Veda iaitu kitab suci
bagi mereka.

Orang Aryan mengamalkan kepercayaaan politeisme iaitu menyembah banyak dewa-dewi.

Dewa-dewi ini mewakili pelbagai unsur alam seperti langit, bumi, air, api dan lain-lain.

Dewa utama orang aryan ialah INDRA iaitu dewa perang. Indra juga merupakan dewa guruh.
Tetapi malangnya kepentingan Indra ini mula merosot dan tempatnya diambil alih oleh Varuna
iaitu dewa Langit.

Pengorbanan binatang merupakan salah satu elemen penting dalam agama orang Aryan pada
zaman Veda. Ianya bertujuan untuk memuaskan hati tuhan dan juga sebagai satu cara untuk
berhubung dengan tuhan.

Antara elemen penting juga dalam agama adalah pertapaan. Pertapaan bertujuan membantu
pengamalnya meninggalkan dunia materialistik dan mencapai kebahagiaan sejati di dunia ini.
Ianya juga bermatlamat untuk berhubung dengan tuhan secara terus.
HINDUISME
HINDUISME
Agama ini merupakan satu-satunya agama yang sukar dikesan pengasasnya oleh ahli sejarawan.

Nama asal agama hindu adalah Sanata Dharma yang bermaksud peraturan kerohanian yang kekal abadi
sebagaimana sifat tuhan yang kekal abadi.

Agama hindu lahir daripada satu proses sintesis agama orang aryan dengan agama orang dravidian.

Orang hindu mengamalkan kepercayaan politeisme iaitu menyembah banyak dewa-dewi dan dianggarkan
mencecah hingga 33, 000 dewi dewi.

Terdapat 3 dewa utama mereka iaitu TRIMURTI (Dewa Pencipta), VISHNU (Dewa Pemelihara) dan SHIVA
(Dewa Pemusnah).

Sebahagian besar penganut hindu boleh dibahagikan kepada dua aliran utama iaitu penyembah Dewa
Vishnu dan Dewa Shiva.

Trimurti mempunyai isteri masing-masing dan isteri mereka mempunyai peranan tertentu seperti
memberi ilmu pengetahuan, kekayaan dan keberanian.

Tiga prinsip utama dalam agama hindu ialah: KARMA (Kelakuan manusia semasa hidup),SAMSARA
(Kelakuan semula selepas mati) dan MOKSHA (Pembebasan mutlak daripada kehidupan duniawi).

Penganut agama hindu akan berusaha memenuhi segala keperluan hidupnya melalui pemujaan. Mereka
akan menunjukkan kebaktian melalui upacara ritual dan memberi persembahan.
BUDDHISME
BUDDHISME
Agama Buddha telah muncul di utara India pada abad ke-6 dan mula menyaingi kepopularan agama hindu
di sana.

Pengasas bagi agama Budhha ini ialah Siddhartha Gautama.

Agama baru ini merupakan satu reformasi agama hindu kerana ianya telah menerima sebahagian besar
kepercayaan dan amalan agama hindu.

Gautama berpendapat kehidupan bermoral dalam agama buddha boleh dicapai dengan mematuhi empat
kebenaran mulia iaitu: DUKKA (Penderitaan), SAMUDAYA (Sebab Penderitaan), NIRODHA (Nafsu yang
membawa penderitaan) dan MARGA (Cara memadamkan nafsu).

Agama Buddha berbeza dengan agama hindu dari sudut egalitarian iaitu menolak sistem kasta agama
Hindu yang ketat. Bagi Gautma, semua orang berhak dan layak memajukan diri bergantung kepada tingkah
laku seseorang dalam kehidupan dan bukannya dengan kastanya.

Ajaran tersebut telah mendapat sokongan dari golongan kasta peringkat terendah.

Gautama juga telah melarang pengikutnya menyembah patung atau potretnya selepas kematiannya.
Namun tidak diendahkan oleh pengikutnya dan tetap menyembah gautama sebagai tuhan.

Agama buddha juga terbahagi kepada dua aliran iaitu THERAVADA (Kepercayaan yang ketat dan
MAHAYANA (Kepercayaan yang liberel).
JAINISME
JAINISME
Pengasas agama Jain ialah Mahavira. Mahavira juga dikenali sebagai Jina iaitu pemenang atau
penakluk. Manakala pengikutnya dikenali sebagai Jainas.

Seperti agama Buddha, agama Jain menolak dunia material, bahkan Mahavira menyeru
pengikutnya hidup secara bersederhana.

Oleh itu Jainas, pengikutnya tidak memiliki sebarang harta dan hidup dengan mengemis.

Agama Jain mempercayai semua kehidupan di dunia ini mempunyai roh dan akan mengalami
kesakitan. Oleh sebab itulah bagi mereka setiap manusia itu perlu mengamalkan ahimsa iaitu
tidak mengamalkan keganasan dan tidak mencederakan atau membunuh sebarang hidupan.

Matlamat hidup jainas iaitu pengikut agama Jain ini ialah Mokhsa iaitu pembebasan mutlak
daripada kelahiran semula.

Agama Jain ini bukan sahaja gagal mendapat sambutan baik daripada masyarakat, tetapi juga
tidak mendapat sokongan daripada pemerintah kerana ajarannya yang amat menekankan
kehidupan dalam kemiskinan.
SIKHISME
SIKHISME
Pengasas agama Sikh ialah Guru Nanak.

Ianya merupakan satu-satunya agama yang menggabungkan elemen-elemen agama hindu dan agama
islam.

Agama ini mula muncul di wilayah Punjab, barat laut india pada awal abad ke -16.

Agama baru ini kemudiannya diperelokkan lagi oleh sembilan guru pada zaman pemerintahan Mughal.

Salah seorang daripada guru-guru ini ialah Arjan. Beliau telah memperkenalkan ayat suci. Dan lainnya
ialah Akbar iaitu memperuntukkan tanah untuk pembinaan kuil sikh di Punjab.

Agama sikh bersifat monoteisme iaitu kepercayaan kepada tuhan sahaja.

Antara elemen-elemen lain agama mereka ialah: menolak sistem kasta, pengharaman arak dan tembakau,
penekanan kepada disiplin, kerajinan dan kebajikan masyarakat.

Lelaki sikh dilarang menggunting rambut mereka dan oleh sebab itu mereka memakai serban di kepala.

Mereka juga menyimpan janggut kerana mereka dilarang bercukur.

Selain itu mereka juga memakai gelang besi dan sentiasa membawa pisau belati atau pedang bersama-
sama mereka.

Bagi lelaki sikh mereka menggunakan gelaran SINGH di belakang nama mereka dan bagi perempuan
mereka menggunakan gelaran KAUR di belakang nama. Yang mana keduanya membawa maksud yang sama
iaitu SINGA.
PENCAPAIAN
ZAMAN
AWAL

PENCAPAIAN
DALAM
PELBAGAI
BIDANG

PENCAPAIAN PENCAPAIAN
ZAMAN ZAMAN
MUGHAL GUPTA
PENCAPAIAN ZAMAN AWAL
PENCAPAIAN ZAMAN AWAL
FALSAFAH
Falsafah terawal yang berkembang dan direkodkan di dunia ialah falsafah India.
Falsafah awal ini bersumberkan kitab suci Veda iaitu Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda.
Rig Veda merupakan kitab veda tertua. ianya mengandungi 1028 gita puja yang dibaca dalam upacara
keagamaan untuk memuja dewa-dewi khususnya Indra, Agni dan Varuna.
Yajur Veda pula mengandungi mantera yang dibaca dalam upacara ritual sperti upacara pengorbanan.
Sama Veda pula mengandungi mantera yang dibaca dalam upacara ritual.
Atharva Veda pula mengandungi ayat-ayat jampi mantera yang digunakan sebagai pelindung daripada
hantu dan bencana, untuk merawat penyakit dan untuk mencapai pelbagai keinginan dalam hidup.

KESUSASTERAAN
Dua epik agung agama Hindu ialah Mahabharata dan Ramayana.
Mahabharata dikarang dalam bentuk puisi yang mengandungi lebih daripada 90, 000 stanza.
Epik tersebut dikarang oleh pujangga Vyasa pada tahun 100 SM.
Mahabharata juga merupakan karya yang terpanjang di dunia dan ianya menceritakan tentang peperangan
di antara dua kumpulan Bharata pada tahun 1000 SM.
Ramayana pula dikarang oleh Valmiki pada zaman yang sama.
ianya mengisahkan tentang perjuangan Dewa Rama menentang Ravana iaitu raja Sri Lanka yang telah
menculik isteri kesayangannya.
Karya kesusasteraan India ditulis di atas daun palma yang kemudiannya ditenun menjadi sebuah buku.
Puisi Sangam juga ditulis dalam Bahasa Tamil dan dihasilkan pada zaman Sangam.
Antara karya lainnya juga ialah Tirukkural yang mana ianya ditulis oleh Thiruvalluvar.
Tirukkural ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa kerana ajaran atau nilai-nilai dalam karya ini
bersifat universal.
KARYA LINGUISTIK
Antara karya linguistik terawal di India ialah Ashtadhyayi dan ditulis oleh Panini.
Ashtadhyayi merupakan sebuah karya tatabahasa yang mengandungi hampir 4000 peraturan tatabahasa
tentang bahasa Sanskrit.
Tolkappiyam pula ialah karya tatabahasa tentang bahasa Tamil dan ianya ditulis oleh Tolkappiyar.
Tolkappiyam mengandungi tiga bahagian iaitu fonologi, morfologi, dan sintaksis.

SAINS DAN TEKNOLOGI


Pencapaian masyarakat awal India dalam ilmu Atom amat mengagumkan.
selain itu, ilmu Fizik mereka hampir sama dengan tamadun awal Grek di mana jirim dibahagikan kepada
lima elemen iaitu tanah, air, udara, api dan angkasa.
Pengetahuan perubatan orang India juga telah wujud sejak zaman Vedik.
Antara bidang-bidang perubatan yang telah berkembang pada zaman tersebut ialah Fisiologi, Pembedahan,
Farmakologi, Reproduksi Manusia dan pernafasan melalui amalan Yoga.
Antara tokoh perubatan yang hebat ialah Caraka dan Sushruta. Mereka dianggap hebat seperti Hippocrates
iaitu tokoh perubatan Greek.

ILMU ASTRONOMI
Ilmu Astronomi berkembang sebagai salah satu disiplin Veda dan ia bersifat keagamaan.
Masyarakat India pada zaman awal berjaya mencartakan sistem suria iaitu pergerakan sembilan planet
besar mengelilingi matahari.
Mereka percaya bahawa kedudukan dan pergerakan sembilan planet itu mempengaruhi semua aspek
kahidupan manusia.
SENI BINA
Pada zaman pemerintahan Maharaja Asoka, seni bina India telah berkembang dengan pesat dan ia banyak
dipengaruhi oleh agama Buddha.

Terdapat tiga jenis binaan utama agama Buddha iaitu tiang, stupa dan bilik dalam gua.

Ketiga-tiga binaan ini dihiasi dengan patung Buddha, patung manusia dan patung haiwan.

SENI PERSEMBAHAN MUZIK


Dalam seni persembahan, karya Natya Sastra dijadikan sebagai buku teks untuk teater, muzik dan tarian.

Natya Sastra dikarang oleh Bharata dan ianya membincangkan tentang seni bina teater, konvensi pentas,
teknik produksi, persembahan dan artis-artis.

Manakala muzik India amat dipengaruhi oleh unsur-unsur metafizik dan kerohanian.

Alat-alat muzik India dapat dibahagikan kepada empat kategori iaitu: tata (tali), avanaddha (gendang),
ghana (ideophone), dan susira (angin).

Alat muzik India Utara adalah berbeza dengan alat muzik India Selatan.

Yang mana alat muzik India Utara, pemuziknya menggunakan sitar, shehmi, dan tabla sebagai alat muzik
utama.

Manakalah alat muzik di India Selatan pula, alat muzik utama mereka ialah vennai, nadaswaram, dan
mirdangam.
PENCAPAIAN ZAMAN GUPTA
PENCAPAIAN ZAMAN GUPTA
SAINS DAN TEKNOLOGI
Pada zaman Gupta, India memainkan peranan yang amat penting dalam mengembangkan ilmu sains di
Asia dan Eropah.
Aryabhatta merupakan seorang ahli astronomi, matematik, dan fizik yang terkenal pada zaman ini.
Beliau berjaya menemui bahawa bumi berbntuk sfera, berputar di atas paksinya dan mengelilingi matahari.
Dalam bidang fizik pula, Aryabhatta telah membincangkan utaran bumi dan graviti.
Sumbangan terpenting dalam bidang matematik pula ialah berkaitan dengan konsep sifar dan evolusi unit
perpuluhan.
Penggunaan sifar memudahkan penulisan nombor, iaitu hanya nombor 0 hingga 9 sahaja digunakan.
Masyarakat Gupta juga hebat dalam industri Kimia. Yang mana mereka berjaya menghasilkan sabun, simen,
pewarna dan aloi yang bermutu tinggi.
Mereka juga berjaya menghasilkan gula daripada air tebu.
Dalam bidang perubatan pula, doktor-doktor Hindu bukan sahaja berjaya menemui saraf tunjang, bahkan
telah melakar dengan baik struktur sistem saraf manusia.

SENI BINA
Zaman Gupta merupakan zaman keemasan seni bina India.
Seni bina India pada zaman ini menggabungkan kestabilan dan ketenangan dalam kehidupan manusia.
Seni artistik Gupta dapat dilihat dengan jelas di 28 buah kuil gua di Ajanta di Dataran Tinggi Deccan.
Kuil Hindu yang mempunyai seni bina menarik telah dibina di Mahabalipuram yang terletak di selatan
bandar Chnnai.
Ciri-ciri utama dalam pembinaan kuil ialah Vimana (bahagian suci tempat menyimpan dewa-dewi utama),
Mandapa (dewan), gopuram (manara).
KESUSASTERAAN
Pada zaman Gupta, sasterawan India telah menghasilkan banyak penulisan yang mengagumkan bukan
sahaja dalam bidang agama, bahkan dalam bidang sekular.

Sebahagian besar puisi keagamaan Hindu ini memuji aksi keberanian dewa Shiva, Vishnu, Rama, dan
Krishna.

Salah satu ciri utama puisi keagamaan ini adalah tamanya diulang berkali kali.

Kalidasa merupakan sasterawan India yang terkenal pada zaman Gupta.

Kalidasa juga merupakan seorang dramatis yang hebat. Buktinya beliau telah menulis tiga drama romantik
dan yang paling terkenal ialah Shakuntala.
PENCAPAIAN ZAMAN MUGHAL
PENCAPAIAN ZAMAN MUGHAL
SENI BINA
Pencapaian seni bina orang Mughal amat menakjubkan.
Buktinya, mereka telah mengintegrasikan dengan baik seni bina India dan Parsi untuk menghasilkan binaan
yang mempersonakan.
Bangunan-bangunan Mughal mempunyai mozek, kubah, menara yang tinggi dan taman yang indah.
Kesemua ciri-ciri binaan ini telah diserasikan dengan baik. Buktinya dengan terbinanya Taj Mahal yang
dibina oleh Shah Jahan. Ianya cantik dan terkenal di dunia.
Akbar juga merupakan seorang pembina yang hebat. Buktinya beliau telah membina banyak istana yang
cantik seperti Red Fort di Agra.

SENI LUKIS
Seni lukis juga antara sumbangan terhebat orang Mughal.
Seni lukis mereka ialah hasil gabungan stail Parsi dan India.
Humayun telah menjemput dua orang pelukis Parsi yang hebat untuk memperkenalkan teknik di India.
Stail terbaru itu dipopularkan pula oleh penggantinya Akbar.
Akbar telah membina studio diraja di Fatehpur Sikri dan studio ini mempunyai seramai 200 pelukis yang
sebahagian besarnya adalah Hindu.
Dengan tunjuk ajar dua orang pelukis tadilah, pelukis-pelukis Hindu berjaya menghasilkan kerja-kerja yang
memberangsangkan dalam seni lukis.
KESUSASTERAAN
Setiap maharaja Moghul menganggap dirinya seorang penyair, sarjana dan pengumpul buku.

Walaupun buta huruf, Akbar telah mendirikan sebuah perpustakaan yang hebat di Agra.

Perpustakaan ini mempunyai lebih kurang 24, 000 manuskrip, menjadikannya himpunan buku yang
terbanyak di dunia pada zaman itu.

Puisi berkembang dengan pesat pada zaman Mughal dan maharaja-maharaja Mughal melantik penyair-
penyair di istana.

Puisi-puisi ini ditulis dalam bahasa Parsi iaitu bahasa rasmi di Istana.
PENGARUH
TAMADUN
ISLAM DI INDIA

ISU DAN
TAMADUN CABARAN PENJAJAHAN
INDIA DI ASIA
TAMADUN BARAT DI INDIA
TENGGARA
INDIA

PENYELESAIAN
KEPADA
PENJAJAHAN
BARAT DI INDIA
PENGARUH TAMADUN ISLAM DI INDIA
PENGARUH TAMADUN ISLAM DI
INDIA
Agama Islam telah dianuti lebih 150 juta penduduk India selama 900 tahun sehinggalah India jatuh
ke tangan Inggeris.

Hubungan Islam dengan negara India bermula menerusi aktiviti dakwah, perdagangan dan
perkahwinan.

Kedatangan Islam telah memberikan kesan yang besar kepada keseluruhan kehidupan masyarakat
dalam tamadun India antaranya seperti berikut:

KESAN KEPADA PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN


KESAN KEPADA SOSIAL DAN MASYARAKAT
KESAN KEPADA PENDIDIKAN DAN PENDAKWAHAN
KESAN KEPADA PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
Sultan yang memerintah dianggap sebagai wakil khalifah yang menguruskan pentadbiran secara bebas dan
berautoriti.
Bagi memastikan perlaksanaan pemerintahan Islam yang adil dan harmoni, Akbar telah mewujudkan
portfolio bagi jawatan menteri-menteri dan perdana menteri.
Akbar membuat perlantikan kepada yang layak tanpa melihat latar belakang agama.
Dalam aspek perundangan dan kehakiman semasa pemerintahan Moghul, kadi dan mufti dilantik bagi
menjalankan pengadilan dan diawasi Hakim Besar.

KESAN KEPADA SOSIAL DAN KEMASYARAKATAN


Penerimaan ajaran Islam telah menyebabkan masyarakat Hindu menentang beberapa amalan seperti
ketidaksamaan sosial, penyembahan patung-patung serta ketidakbenaran perkahwinan semula.
Perubahan penting kesan masuknya ajaran Islam dalam tamadun India ialah sistem kasta. Tiada sistem
kasta dalam ajaran Islam kerana semua manusia sama darjatnya di sisi Allah.
Penyembahan kepada patung berhala telah digantikan dengan kepercayaan kepada Allah.
Kaum wanita dimartabatkan selari dengan ajaran Islam dan adat-adat resam masih boleh diamalkan selagi
tidak bertentangan dengan hukum-hakam syarak.

KESAN KEPADA PENDIDIKAN DAN PENDAKWAHAN


Dalam aspek pendidikan, Alaudin Khilaji merupakan salah satu tokoh ternama dalam pembinaan institusi
pendidikan.
Beliau membina maktab dan madrasah sebagai tempat belajar bagi kanak-kanak.
Pembinaan masjid sebagai tempat beribadah juga digunakan sebagai tempat menimba ilmu.
Ajaran Islam terus berkembang dengan wujudnya gerakan Jemaah Tabligh yang ditubuhkan oleh Maulana
Muhammad Ilyas.
Selain itu, Islam di India juga turut mempunyai pengaruh ajaran tasawuf atau sufisme iaitu menekankan
aspek kerohanian dan penyucian jiwa manusia dari nafsu yang mencintai mereka.
PENJAJAHAN BARAT DI INDIA
PENJAJAHAN BARAT DI INDIA
Kuasa asing pertama datang ke India ialah Portugal.
Dom Francisco de Almeida telah dilantik menjadi wizurai Portugis pertama di India dan seterusnya
diikuti Alfonso de AlBuquerque.
Kemunculan kuasa pedagangan baru seperti Belanda dan Inggeris telah mengambil alih
penguasaan Portugis di Kepulauan India Timur.
Gabungan antara Belanda dan Inggeris telah mewujudkan Syarikat Hindia Timur Inggeris dan
Syarikat Hindia Timur Belanda.
Persaingan sengit antara Belanda dan Inggeris mengakibatkan Inggeris disingkir dari Kepulauan
Hindia Timur dan menyebabkan Inggeris beralih ke India.
Belanda mula menguasai Sri Lanka dan pusat-pusat di India manakala Inggeris pula mengawal
banyak tanah di India.
Inggeris juga berjaya menguasai Bombay iaitu sebuah pelabuhan dan pusat perdagangan yang
sangat penting di India dan dari sanalah pengaruh dan kawalan British meluas ke wilayah-wilayah
Bengal.
Selain Belanda dan Inggeris, Perancis juga turut bersaing dalam mengawasi perdagangan dengan
India, namun atas sebab birokrasi dan kewangan yang lemah, mereka terpaksa bersaing bagi
mengukuhkan kedudukan mereka di rantau ini.
PENYELESAIAN KEPADA PENJAJAHAN
BARAT DI INDIA
PENYELESAIAN KEPADA
PENJAJAHAN BARAT DI INDIA
Mahatma Gandhi memainkan peranan penting dalam perjuangan kebebasan India.
Cara beliau bukan secara ganas tetapi secara damai untuk mencapai kemerdekaan daripada British.
Gandhi telah melihat diskriminasi perkauman semasa bertugas sebagai peguam kepada pedagang
Islam di Afrika. Beliau mengembangkan tindakan baru yang dikenali sebagai SATYAGRAHA (Kuasa
Kebenaran) di Afrika Selatan walaupun telah dipenjarakan.
Berikut adalah perjuangan Mahatma Ghandi ke arah kemerdekaan India:
1917: Menyokong petani di Bihar menentang tuan tanah British.
1918: Mengadakan mogok buruh menentang tuan kilang Ahmedabad.
1919: Pergerakan satyagraha menentang Akta Rowlatt.
1920: Mengisyhtiharkan swaraj hingga kemerdekaan pada 1947.
Ghandi telah memberikan sumbangan besar dalam proses kemerdekaan India dengan melibatkan
diri secara aktif dalam Parti Kongres Kebangsaan India.
Menerusi Kongres Kebangsaan India, Ghandi telah mengalu-alukan golongan yang tidak
berpelajaran untuk menyertai parti ini.
Ini jelas menunjukkan bahawa Ghandi ingin menyelamatkan masyarakat India daripada sistem kelas
yang berat sebelah yang merupakan penghalang kepada penyatuan India.
Perjuangan Gandhi yang berteraskan Satyagraha bermaksud perjuangan yang berpaksikan
kebenaran atau protes tanpa kekerasan.
Beliau telah menggunakan kaedah tersebut ketika menentang Akta Rowlatt.
PENYELESAIAN KEPADA
PENJAJAHAN BARAT DI INDIA
Akta Rowlatt mengongkong pergerakan nasionalisme kerana akta tersebut menafikan hak terhadap
organisasi awam untuk mengadakan protes.

Perjuangan Satyagraha telah dituruti oleh ajaran ahimsa.

Ahimsa merupakan ajaran daripada agama Hindu yang menyeru rakyat India untuk menyokong
anti-keganasan.

Ghandi juga turut memperkenalkan ajaran Swardeshi.

Swardeshi ini adalah ajaran yang menanamkan semangat cinta akan tanah air.

Konsep ini memerlukan rakyat India memboikot barangan import dan mementingkan buatan
negara sendiri. Situasi ini sebagai tanda dan boikot barangan import dari Eropah dan Britain.

Jelas membukti bahawa idea-idea baru oleh Mahatma Ghandi merupakan langkah yang bijak dan
kepimpinan beliau merupakan semangat yang berterusan dalam membangkitkan semangat
nasionalisme dalam kalangan rakyat India.
TAMADUN INDIA DI ASIA TENGGARA
TAMADUN INDIA DI ASIA TENGGARA
Orang India dianggarkan telah sampai ke Asia Tenggara sejak awal abad pertama lagi.

Nama wilayah Asia Tenggara juga disebut dalam kitab Ramayana iaitu Suvarnadvipa (Semenanjung
Emas) dan Suvarnabhumi (Bumi Emas).

Para sarjana barat lazimnya menggunakan istilah Indianization yang menerangkan bahawa tamadun
yang mencorakkan Asia Tenggara ialah Tamadun India.

Terdapat juga inskripsi-inskripsi Tamil yang dijumpai di Takuapa (Selatan Thailand) dan Labu Tuwo
(Sumatera) yang menunjukkan peranan gabungan syarikat peniaga-peniaga India di Asia Tenggara.

Kerajaan-kerajaan awal yang dipengaruhi oleh Tamadun India ialah Funan, Langkasuka, Kedah,
Kuala Selingsing dan Tanah Merah di Semenanjung, Kam-to'o-li di Sumatera, Taruma di Jawa dan
Kutei di Borneo.

Terdapat beberapa teori interaksi tamadun yang menjelaskan cara-cara Hindu-Buddha tersebar di
Asia Tenggara, antaranya ialah:
Teori oleh N. J. Krom
Teori oleh J. C. VanLeur
Teori oleh C.C. Berg
TEORI N. J. KROM:
Menurut beliau yang mengemukakan Teori Vaisya, orang India datang ke Asia Tenggara sebagai pedagang.
Mereka akan tinggal di Asia Tenggara sementara menunggu pertukaran angin monsun dan ada diantaranya
berkahwin dengan wanita tempatan.
Mereka akan menjemput pendeta Brahmin dari India untuk mengajar anak-anak mereka.
Pendeta-pendeta ini juga berjaya mempengaruhi pemimpin tempatan dan menyusun pentadbiran
setempat mengikut sistem raja-raja India.
Pendeta Brahmin turut memperkenalkan undang-undang, adat istiadat diraja, kesusasteraan dan
kepercayaan India dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara.

TEORI J. C. VANLEUR:
Menurut beliau bahawa para pemerintah tempatan telah menjemput golongan Brahmin untuk
menonjolkan kesaktian dan kuasa mereka.
Selain itu, bukti penglibatan golongan Brahmin di Asia Tenggara ialah penubuhan kerajaan funan.
Raja Funan Kaundinya merupakan seorang Brahmin yang berkahwin dengan puteri tempatan.

C.C. BERG:
Beliau telah memperkenalkan teori Ksatria iaitu mengakui bahawa pengaruh India di Asia Tenggara
dilakukan oleh golongan Ksatria.
Melaui teori ini dikatakan bahawa budaya India tersebar melaui kegiatan penaklukan pahlawan atau anak
raja dari golongan kasta Ksatria.
MENELUSURI
ZAMAN AWAL
TAMADUN
CINA

KEUNIKAN
ISU DAN
MASYARAKAT
CABARAN
DAN BUDAYA
TAMADUN
TAMADUN
CINA
CINA
TAMADUN
CINA

PENCAPAIAN FALSAFAH
DALAM DAN AGAMA
PELBAGAI MASYARAKAT
BIDANG CINA
GEORGRAFI

MENJEJAKI
ZAMAN
AWAL
TAMADUN
CINA

EMPAYAR- KELAHIRAN
EMPAYAR TAMADUN
CINA HUANG HE
GEOGRAFI
GEOGRAFI
Topografi negara China agak luas kerana ia meliputi banjaran Himalaya, Dataran Tinggi
Tibet dan kawasan gurun yang luas.

Wilayah negara China dibentuk oleh tiga lembah sungai utama iaitu: Lembah Huang He,
Lembah Yangtze dan Lembah Xinjiang.

Sebahagian besar mereka mendiami lembah sungai.


KELAHIRAN TAMADUN HUANG HE
DINASTI SHANG
ASAL KEMUNCULAN TAMADUN SHANG

Menurut Sejarawan Cina, kemunculan Dinasti Xia (Hsia) merupakan titik tolak kepada
kemunculan tamadun di China.
Pengasas Dinasti Xia ialah seorang pemerintah bernama Yu.
Kemerosotan Dinasti Xia membawa kepada pembentukan Dinasti Shang.
Dinasti Shang berkembang di Lembah Huang He dan ibu kotanya ialah Anyang dan Brummett.

SISTEM PEMERINTAHAN TAMADUN SHANG

Raja Dinasti Shang memiliki kuasa yang amat luas di mana raja ialah ketua politik dan ketua
agama.
Kerajaan dibahagikan kepada beberapa wilayah yang ditadbir oleh aristokrat yang dilantik oleh
raja.
Apabila raja meninggal dunia, ratusan orang suruhan dikorbankan dan ditanam bersama
mayatnya. Upacara ritual ini dijalankan dengan tujuan orang suruhan ini akan menemani raja di
dunia baru selepas kematiannya.
Raja juga dipercayai memiliki kuasa ghaib dan beliau boleh menghubungi tuhan untuk
mendapatkan bantuan dalam menguruskan hal ehwal keduniaan. Dengan kata lainnya raja
menjadi penghubung di antara Shang-ti dengan rakyat biasa di muka bumi.
ORGANISASI SOSIAL TAMADUN SHANG
Organisasi sosial masyarakat Shang mengikuti hierarki yang ketat iaitu didahului dengan Raja -
Golongan Bangsawan - Golongan Rakyat (Petani, Pedagang dan Artisan) - Golongan Hamba
(Penjenayah dan Tawanan Perang).
Masyarakat Shang menyembah tuhan utama iaitu “Di” dan tuhan-tuhan lain yang mewakili
pelbagai unsur alam seperti langit, bumi, air, api dan lain2.
Mereka juga mengamalkan penyembahan roh nenek moyang selain mempercayai kewujudan
kuasa yin dan yang.
Yin melambangkan bulan dan semua yang berkaitan dengan perempuan, gelap, lemah, sejuk
dan pasif.
Yang pula melambangkan matahari dan unsur-unsur yang berkaitan dengan lelaki, kuat, panas
dan aktif.

SUMBANGAN TAMADUN SHANG


Masyarakat Shang amat terkenal dengan kemahiran seni halus gangsa. Mereka menggunakan
gangsa untuk membuat bekas air, senjata, belanga dan objek ritual.
Masyarakat Shang juga menggunakan satu sistem tulisan berbentuk piktograf dan ideograf yang
mana ianya boleh ditemui di atas tulang binatang dan kulit kura-kura.

KERUNTUHAN TAMADUN SHANG


Pada sekitar tahun 1122 SM, Dinasti Shang mengalami kemerosotan akibat rasuah dan kerajaan
yang tidak bermoral telah digulingkan oleh Dinasti Zhou.
DINASTI ZHOU
SISTEM PEMERINTAHAN DINASTI ZHOU

Dinasti Zhou bertahan hampir 800 tahun merupakan dinasti yang paling lama berkuasa dalam sejarah
nagara China.
Sistem pemerintahan mereka diterajui oleh raja dan raja dibantu oleh satu birokrasi.
Raja2 daripada Dinasti Zhou telah menggunakan konsep “T'ien Ming” yang bermaksud “Mandat daripada
T'ien” manakala T'ien bermaksud kuasa tertinggi atau kuasa agung dalam alam semesta. Ianya juga dirujuk
sebagai syurga atau langit.
T'ien memberi mandat kepada raja2 Zhou untuk mentadbir negara secara efisien dan adil kerana
kebolehan dan sifat baik mereka.
Jika ketidakcekapan pemerintahan raja membawa kepada kesulitan hidup seperti bencana alam kebuluran,
mandat ini akan ditarik balik. Dan kesannya raja ini akan digulingkan dan digantikan dengan pemerintah yang
baru.

SUMBANGAN DAN KEMAJUAN DINASTI ZHOU

Dinasti Zhou menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan inovasi teknologi terutamanya dalam
bidang pertanian.
Projek sistem pengairan berskala besar telah dijalankan untuk mengairi kawasan pertanian.
Antara kemajuan mereka dalam teknologi pertanian adalah dengan menghasilkan alat pertanian yang
diperbuat daripada besi, penggunaan baja asli, kolar kuda dan teknik membiarkan tanah terbiar untuk
menjaga kesuburan tanah pertanian.
Kemajuan dalam bidang pertanian memberikan kesan kepada perkembangan perdagangan dan
pembuatan.
Barang dagangan utama pada zaman awal China ialah kain sutera.
KEMEROSOTAN DINASTI ZHOU

Menjelang abad ke-4 SM, Dinasti Zhou mula mengalami kemerosotan.


Kemerosotan kuasa raja menyebabkan beberapa buah negeri kecil berkembang menjadi
negeri2 yang kuat dan kemudiannya mencabar kuasa raja Zhou.
Persaingan antara negeri2 kecil ini mencetuskan perang saudara dan hal ini menyaksikan
kemunculan zaman negeri2 berperang.
EMPAYAR-EMPAYAR CHINA
EMPAYAR-EMPAYAR CHINA
Empayar2 China dapat dibahagikan kepada TIGA (3) peringkat iaitu:

EMPAYAR AWAL CHINA: DINASTI QIN DAN HAN


EMPAYAR PERTENGAHAN: DINASTI SUI, TANG DAN SUNG
EMPAYAR AKHIR: DINASTI YUAN, MING DAN CHING

“PENCERAHAN BAGI SETIAP EMPAYAR BOLEH DIRUJUK UNIT 5: MUKA SURAT 7 HINGGA 27”
ETNIK UTAMA
CINA

KEUNIKAN
EKONOMI MASYARAKAT
SISTEM
TAMADUN DAN BUDAYA
KELUARGA
CINA TAMADUN
CINA

BAHASA DAN
SISTEM
TULISAN
ETNIK UTAMA CINA
ETNIK UTAMA CINA
China merupakan sebuah negara besar mempunyai penduduk berbilang etnik.

Menurut sarjana cina, negara China purba mempunyai TIGA (3) etnik utama iaitu:

Etnik Yan-Huang yang menetap di bahagian barat China


Etnik Feng-Yang yang menetap di bahagian timur China
Etnik Miao-Man yang menetap di bahagian Selatan China

Integrasi di antara ketiga-tiga etnik utama ini telah membentuk satu bangsa baru yang
dikenali sebagai bangsa Tionghoa (Zhonghua Minzu).
SISTEM KELUARGA
SISTEM KELUARGA
Unit keluarga merupakan unit sosial terpenting bagi masyarakat cina terutamanya di
kalangan bangsawan. Buktinya mereka memberikan keutamaan kepada upacara
pemujaan nenek2 moyang mereka.

Unit keluarga dalam masyarakat mereka berkonsepkan Filial Piety iaitu satu konsep di
mana setiap ahli keluarga tunduk kepada kuasa ketua patriakal dalam keluarga iaitu
biasanya bapa.

Setiap ahli keluarga perlulah patuh kepada bentuk perhubungan ini di mana anak lelaki
tunduk kepada kuasa bapa, isteri tunduk kepada kuasa suami dan adik lelaki tunduk
kepada kuasa abang.

Sistem sosial masyarakat cina purba didominasikan oleh kaum lelaki. Buktinya:
Mereka memainkan peranan sebagai pencari nafkah.
Mereka adalah ahli Ilmuan, Menteri dan Tentera.
Mereka mengetuai acara ritual keluarga.
Dari segi undang2 mereka, lelaki dibenarkan mengahwini lebih daripada seorang wanita dan
boleh menceraikan isterinya yang tidak dapat melahirkan anak lelaki.
Hanya lelaki sahaja boleh memiliki harta dan tidak bagi wanita.
BAHASA DAN SISTEM TULISAN
BAHASA DAN SISTEM TULISAN
Masyarakat purba cina telah mencipta sistem tulisan pada zaman dinasti Shang.

Sistem tulisan cina berbentuk piktograf dan ideograf.

Simbol2 yang dikenali sebagai “Characters” telah dicipta untuk menggambarkan suatu
idea atau objek.

Sistem tulisan ini ditemui di atas tulang binatang dan kulit kura2.

Sistem tulisan telah membantu raja dalam semua urusan pentadbiran kerajaan.

Akhirnya sistem tulisan mereka berubah kepada bentuk yang lebih kompleks seperti
yang digunakan di negara china pada hari ini.

Sistem tulisan mereka turut berkembang ke dua buah negara lain di asia timur iaitu
Korea dan Jepun.
EKONOMI TAMADUN CINA
EKONOMI TAMADUN CINA
Dinasti Zhou menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan inovasi terknologi terutamanya
dalam bidang pertanian.
Selain itu mereka juga pesat dalam perdagangan dan pembuatan. Barang dagangan utama mereka
adalah kain sutera.
Qin Shi Huangdi melakukan pembaharuan ekonomi dalam bidang tanah dan beliau telah
membahagikan tanah aristokrat di kalangan petani dan petani akan membayar cukai terus kepada
negara.
Pada zaman Dinasti Han pula menyaksikan perkembangan perdagangan domestik dan
antarabangsa. China mengimport anggur, logam, objek2 yang diperbuat daripada gelas dan kuda dari
asia tengah dan parsi dan eksport utama mereka pula adalah sutera.
Perkembangan teknologi baru menyaksikan peningkatan memberangsangkan dalam bidang
pembuatan. Pada zaman Dinasti Tang, mereka telah mahir dalam menghasilkan keluli.
Keluli mula digunakan dalam pembinaan pedang, perisai dan sabit.
Penggunaan kapas juga telah menyumbangkan kepada perkembangan bidang tekstil.
Perubahan besar dapat dilihat dalam perdagangan asing yang mana pemerintah2 dari Dinasti Song
telah memberikan galakan kepada pihak swasta melibatkan diri dalam perdagangan jarak jauh.
Penciptaan kompas dan perkembangan dalam teknologi pembinaan kapal telah menggalakkan
perkembangan perdagangan maritim cina. Tongkang2 Cina jauh lebih besar daripada kapal2 barat.
Ketika itu China mengeksport teh, sutera dan tembikar. Manakala mereka mengimport kayu
eksotik, batu berharga dan pelbagai barang tropika.
FALSAFAH
MASYARAKAT
CINA

FALSAFAH
DAN AGAMA
MASYARAKAT
CINA

AGAMA
MASYARAKAT
CINA
FALSAFAH MASYARAKAT CINA
FALSAFAH MASYARAKAT CINA
Di China, falsafah muncul apabila manusia berusaha untuk memahami alam dan
manusia yang mendiami alam ini. Tiga aliran falsafah utama ialah:
KONFUSIANISME
TAOISME
LEGALISME

 KONFUSIANISME

 Merupakan falsafah yang amat terkenal lagi terpengaruh di kalangan masyarakat cina.
 Pengasasnya ialah Konfusius (K'ung Fu-tzu) meruakan ahli falsafah cina yang agung.
 Konfosius ini hidup pada akhir zaman Dinasti Zhou.
 Beliau tidak dapat menerima pandangan umum bahawa tuhan memainkan peranan penting
dalam memperbaiki kehidupan masyarakat. Sebaliknya beliau berpendapat perhubungan
sosial di kalangan ahli masyarakat merupakan faktor utama dalam memupuk kestabilan sosial.
 Menurutnya, seorang manusia yang ideal ialah junzi iaitu seorang yang beradab atau seorang
budiman.
 Perhubungan sosial dikalangan ahli masyarakat seharusnya dipandu oleh Li iaitu
kesopanan. Li digambarkan dalam lima bentuk perhubungan iaitu:
 Perhubungan di antara ibu bapa dan anak
 Pemerintah dengan rakyat
 Suami dengan isteri
 Abang dengan adik lelaki
 Kawan dengan kawan

 Konfusius juga berpendapat kebajikan masyarakat ialah tanggungjawab pemerintah


dan kualiti kerajaan bergantung pada sifat baik pemerintah.

Seorang rakyat yang baik pula harus setia kepada kerajaan yang adil dan memainkan
peranan dalam masyarakat seperti yang ditentukan oleh hierarkinya.

Ajaran Konfusius terkandung dalam Analects iaitu satu himpunan kata2 konfusius yang
dikumpul oleh pelajarnya.
TAOISME
Taoisme juga antara falsafah yang popular di kalangan masyarakat cina.

Ianya diasaskan oleh Lao Tzu atau Lao Zi yang hidup pada zaman Dinasti Zhou.

Ajarannya terdapat dan terkandung dalam sebuah buku yang berjudul Dao De Jing (The way of
the Tao).

Taoisme amat berbeza dengan Konfusianisme yang mana Taoisme memberi tumpuan kepada
keharmonian alam dan bukannya keharmonian masyarakat seperti yang ditekankan oleh
Konfusianisme.

Menurut Konfusianisme, manusia harus berusaha keras untuk memperbaiki kehidupan di dunia
ini. Tetapi Taoisme sebaliknya menegaskan kehidupan di dunia ini boleh diperbaiki apabila
manusia mematuhi hukum alam.

Idea utama Taoisme ialah alam ini berfungsi secara harmoni apabila ia berfungsi mengikut
hukum alam. Apabila manusia cuba menguasai dunia ini dengan mengubah hukum alam, maka
keharmonian ini akan terganggu.

Taoisme menekankan Wu Wei iaitu ketiadaan tindakan dan bukannya tindakan.


LEGALISME
Juga merupakan falsafah popular di kalangan masyarakat cina awal iaitu Legalisme.

Ianya merupakan falsafah utama pada zaman Negeri2 Berperang.

Legalisme menolak idea Konfusius yang menitikberatkan junzi.

Menurut Legalisme, manusia memiliki naluri untuk melakukan kejahatan. Justeru, ia


merupakan tanggungjawab kerajaan untuk mengawal tindakan rakyatnya melalui
penguatkuasaan undang2 yang ketat dan hukuman yang keras.

Beliau berpendapat juga seorang pemerintah perlu kuat dan tidak harus mempertimbangkan
hak atau keperluan rakyat.

Ketakutan kepada hukuman keras akan mendorong rakyat biasa untuk memberi perkhidmatan
kepada pemerintah serta mengutamakan kepentingan pemerintah.
AGAMA MASYARAKAT CINA
AGAMA MASYARAKAT CINA
Satu agama yang popular di kalangan masyarakat cina ialah Buddhisme.
Pedagang2 dari asia tengah yang berdagang menggunakan laluan sutera telah
membawa agama baru ke negara China iaitu Buddhisme.
Pada awalnya, agama ini tidaklah mendapat pengikut yang ramai kerana teks
Buddhisme hanya terdapat dalam bahasa Sanskrit.
Pengaruh agama Buddha di kalangan masyarakat cina berkembang selepas kejatuhan
Dinasti Han.
Pengasas agama Buddha ini ialah Siddharta Gautma.
Gautma percaya bahawa manusia hidup dalam kesengsaraan disebabkan nafsu mereka
untuk memenuhi kepuasan duniawi.
Menurutnya lagi, kejayaan mengawal nafsu duniawi ini merupakan asas penting untuk
mencapai nirvana iaitu pembebasan mutlak daripada kitaran hidup dan penyatuan
dengan “Roh Agung”.
Gautma berpendapat, kehidupan bermoral boleh dicapai dengan mematuhi empat
kebenaran mulia iaitu: DUKKA (PENDERITAAN), SAMUDAYA (SEBAB PENDERITAAN),
NIRODHA (NAFSU YANG MEMBAWA PENDERITAAN) dan MARGA (CARA MEMADAMKAN
NAFSU).
Marga boleh dicapai dengan mematuhi lapan jalan iaitu: kepercayaan yang betul,
tujuan yang betul, pertuturan yang betul, kelakuan yang betul, hidup yang betul, usaha
yang betul, fikiran yang betul dan meditasi yang betul.
KESUSASTERAAN

ILMU
SENI HALUS
PENGETAHUAN

PENCAPAIAN
DALAM
PELBAGAI
BIDANG
SAINS &
SENI BINA
TEKNOLOGI

PERUBATAN
SENI
TRADISIONAL
PERSEMBAHAN
CINA
PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG
Menurut ahli arkeologi, masyarakat awal cina telah menghasilkan kerja yang amat
mengagumkan dalam hampir semua bidang terutama dalam:

KESUSASTERAAN
ILMU PENGETAHUAN
SAINS & TEKNOLOGI
PERUBATAN TRADISIONAL CINA
SENI PERSEMBAHAN
SENI BINA
SENI HALUS
KESUSASTERAAN
KESUSASTERAAN

Kesusasteraan cina yang terawal mula ditulis pada zaman Dinasti Zhou.

Ia ditulis di atas kain sutera atau kepingan buluh.

Antara hasil kesusasteraan yang menjadi catatan sejarah pada zaman ini seperti Rites of Zhou, karya
falsafah seperti Analects dan The Way of the Tao.

Pada zaman Dinasti Han pula, sarjana2 telah menghasilkan semula karya2 klasik yang ditulis pada
zaman Dinasti Zhou.

Mereka sangat mengagungkan falsafah Konfusianisme.

Pada zaman Dinasti Tang dan Ming pula menyaksikan kesusasteraan yang dipengaruhi oleh imej dan
tema Buddhisme dan Daoisme.

Pada zaman Dinasti Ming pula, novel2 pada zaman ini memaparkan kehidupan biasa. Antara 3 novel
cina yang terkenal pada zaman ini adalah Journey to the West, Golden Lotus dan The Water Margin.

Pada zaman Dinasti Qing pula, penulisan fiksyen amatlah bermutu tinggi.

Antara novel yang terkenal pada zaman ini adalah The Dream of the red Chamber dan The story of
the Stone yang dihasilkan oleh Cao Xueqin.
ILMU PENGETAHUAN
ILMU PENGETAHUAN

Pada zaman Dinasti Zhou, orang cina telah menguasai ilmu astronomi. Mereka mampu
mencatat dengan tepat tentang bintang, gerhana dan komet.

Pada zaman Dinasti Han pula, bidang penulisan utama ialah Historiografi. Historiografi awal ini
memberi tumpuan kepada sejarah politik dimana ia memberi tumpuan kepada pemerintahan
maharaja, biografi tokoh2 penting dan perang.

Pada akhir zaman Dinasti Han, sistem tulisan telah diseragamkan di seluruh empayar. Kesannya
semua warganegara yang berpendidikan tanpa mengira latar belakang etniknya dapat membaca
dan menulis dalam cara yang sama.

Pada zaman Dinasti Ming, banyak penulisan rasmi telah diterbitkan termasuk penulisan sejarah
dan perubatan. Penulisan perubatan yang terkenal ialah The Outline of Herb Medicine.

Pencapaian lain oleh masyarakat cina ialah dalam bidang matematik. Mereka telah
menggunakan sempoa sejak kurun ke 2.

Selain itu, mereka juga hebat dalam bidang optik. Saintis cina memberi tumpuan kepada
penyongsangan imej yang dihasilkan oleh pin-hole camera dan pelbagai imej yang dihasilkan oleh
kanta cekung.
SAINS & TEKNOLOGI
SAINS DAN TEKNOLOGI

Zaman Dinasti Zhou menyaksikan kemajuan dalam teknologi pertanian. Mereka telah
menghasilkan alat pertanian yang diperbuat daripada besi, penggunaan baja asli, kolar kuda, dan
teknik membiarkan tanah terbiar untuk menjaga kesuburan tanah pertanian.

Pada zaman Dinasti Han pula, mereka mencipta kertas yang diperbuat daripada pulpa kayu.
Antara lainnya ialah: seismograf, kolar kuda, penggunaan tenaga air untuk mengisar bijirin,
tenggala yang menjimatkan tenaga buruh dan kereta sorong, penciptaan kemudi dan kompas
magnetik.

Pada zaman Dinasti Tang, teknologi percetakan pula diperkenalkan. Antara buku terawal yang
dicetak menggunakan teknik pencetakan blok ialah Jingang Jing.

Pada abad ke 7 pula, masyarakat cina telah menggunakan bahan letupan untuk menghasilkan
bunga api. Pada zaman Dinasti Tang, mereka menggunakan bahan letupan ini dalam bidang
ketenteraan.
PERUBATAN TRADISIONAL CINA
PERUBATAN TRADISIONAL CINA

Ilmu perubatan cina berasaskan teori kosmik dualistik yin (kuasa pasif) dan yang (kuasa aktif). Menurut teori
ini, kesihatan manusia amat dipengaruhi oleh keseimbangan harmoni antara yin dan yang. Apabila
keseimbangan ini berkurangan, manusia menghidapi penyakit atau mengalami kesakitan. Justeru itulah
matlamat perubatan cina ialah mengawal keseimbangan ini.

Antara teori perubatan tradisional cina yang lainnya ialah teori Jing (saluran) dan luo (kolateral). Teori ini
merupakan asas kepada rawatan terapetuik seperti akupunktur. Menurut teori ini juga, anggota badan dan
organ dalaman manusia mempunyai hubungan jing dan luo.

Perubatan tradisional cina menggunakan ubatan yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan herba,
binatang dan sumber galian.

Huangdi Neijing yang ditulis pada zaman Negeri Berperang merupakan penulisan pertama tentang perubatan
tradisional cina.
SENI PERSEMBAHAN
SENI PERSEMBAHAN

Pada zaman purba china, muzik dilihat sebagai satu bentuk hiburan.

Muzik digunakan sebagai satu alat untuk mencapai kestabilan politik di samping membentuk keperibadian
manusia.

Muzik digunakan semasa aktiviti di istana, perayaan rakyat dan upacara ritual atau upacara keagamaan.

Alat muzik cina dapat dikategorikan kepada kategori meniup, memukul genderang, memetik, dan
menggesek.

Masyarakat awal cina telah menggunakan pelbagai bentuk alat muzik seperti serunai, loceng, gendang,
chimes dan gourds serta pelbagai bentuk alat muzik bertali.

Masyarakat cina berpendapat muzik mestilah harmoni dengan alam semesta. Menurut Konfusius,
keharmonian ini dapat memulihkan dunia fizikal dan membentuk dunia yang teratur dan bermoral.

Zaman Dinasti Ming pula merupakan zaman keemasan seni lakonan opera cina. Kadang kala opera ini
sepanjang 10 babak yang mengandungi plot dan subplot yang sukar difahami dan penamat cerita yang tidak
dijangka.
SENI BINA
SENI BINA

Salah satu seni bina yang mengagumkan dunia ialah Tembok Besar China. Ianya sepanjang 6, 259 km yang
mana mula dibina oleh Qin Shi Huangdi iaitu maharaja negara China yang pertama.

Tembok di sepanjang sempadan utara china ini bertujuan menghalang pencerobohan orang gasar yang lebih
dikenali sebagai Xiongnu.

Selain itu, seni bina yang menakjubkan ialah patung tentera Terracotta. Tentera Terracotta ini akan menemani
maharaja dalam kehidupan selepas mati.
SENI HALUS
Seni Halus

Pada zaman Dinasti Shang, objek2 yang berkualiti tinggi mula diperbuat daripada gangsa
antaranya ialah bekas air, cawan, bekas bunga, kerongsang dan medallion.

Seni gangsa mula merosot apabila teknologi besi mula dipopularkan.

Pada zaman Dinasti Han pula, mereka telah menghasilkan pelbagai barang mewah yang
berkualiti tinggi seperti barang logam, barang seramik, dan barang jed.

Manakala pada zaman Dinasti Tang dan Ming pula bahan seramik utama mereka ialah
pembuatan tembikar yang mempunyai pengaruh india dan asia tengah.

Pada zaman tersebut juga, seni lukis tradisional juga popular yang dipengaruhi oleh Daoisme.

Daoisme berkait rapat dengan alam sekitar seperti landskap.

Pelukis dan arkitek Ming telah menghasilkan kerja2 yang bermutu tinggi. Istana dan kuil
mencerminkan kehebatan seni halus cina.

Kaligraf merupakan cabang seni yang popular dan unik di negara China. Kepentingannya dapat
dilihat dengan jelas dalam sistem pendidikan cina, di mana pelajar2 diajar untuk menulis kaligraf.
ISU
TAMADUN
CINA

ISU DAN
CABARAN
TAMADUN
CINA

CABARAN
TAMADUN
CINA
ISU DAN CABARAN TAMADUN CINA
Antara Isu dan cabaran Tamadun Cina yang akan diketengahkan dalam bab ini adalah:

Isu:
Tamadun Cina di Asia Tenggara

Cabaran:
Cabaran Interaksi Budaya Tamadun Cina dengan tamadun2 yang lain
Cabaran pengaruh Islam dalam Tamadun Cina
Cabaran pengaruh Barat dalam Tamadun Cina
ISU TAMADUN CINA
ISU: TAMADUN CINA DI ASIA TENGGARA
Menurut ahli sejarawan, hubungan antara China dan Asia Tenggara telah bermula sejak
Dinasti Han. Hubungan ini telah berkembang dan mencapai kemuncak pada zaman
Dinasti Ming berikutan peningkatan teknologi pembinaan kapal.

Hubungan di antara China dengan Asia Tenggara wujud dalam bentuk diplomatik,
perdagangan, ketenteraan dan migrasi.

China juga pernah melakukan ekspedisi ketenteraan ke atas rantau Asia Tenggara.
Antara negara yang pernah diserang ialah: Vietnam, Burma, dan Pulau Jawa.

Keadaan politik dan ekonomi yang tidak stabil di China telah mendorong orang Cina
untuk berhijrah ke Asia Tenggara. Mereka sangat diperlukan sebagai tenaga buruh di
sektor perlombongan dan perladangan. Kesannya semakin bertambahlah masyarakat cina
di Asia Tenggara.

Kewujudan penempatan orang Cina di Asia Tenggara menyaksikan proses integrasi


kaum iaitu: Proses Amalgamasi, Proses Asimilasi dan Proses Akulturasi.
Proses Amalgamasi agak tinggi di Indonesia dan Filipina yang mana orang cina telah
berkahwin dengan masyarakat peribumi.

Proses Asimilasi pula berlaku apabila orang cina meninggalkan budaya mereka dan
kemudiannya mengamalkan budaya peribumi di Asia Tenggara.

Proses Akulturasi pula berlaku apabila orang cina menyerap budaya peribumi Asia
Tenggara tanpa meninggalkan budaya asal mereka. Hal ini boleh dilihat dari aspek
pakaian, makanan, bahasa dan gaya hidup.

Interaksi China dengan Asia Tenggara juga bercorak keagamaan. Buddhisme merupakan
elemen penting dalam bentuk interaksi ini. Sebagai contohnya kuil-kuil Buddha
dipengaruhi oleh reka bentuk kuil-kuil di China.
CABARAN TAMADUN CINA
CABARAN INTERAKSI BUDAYA TAMADUN
LAIN
Interaksi tamadun Cina dengan tamadun dunia yang lain bermula apabila Dinasti Zhou mula
meluaskan tanah jajahannya.

Interaksi budaya ini berkembang serentak dengan perluasan kuasa oleh dinasti-dinasti berikutnya
selain berlaku melalui hubungan perdagangan.

Pertembungan budaya ini berlaku di rantau Asia Timur, Jepun dan Korea, Asia Tenggara, Wilayah Arab
-Parsi, India dan Eropah.

Negara China menjalinkan hubungan dengan negara-negara luar melalui Laluan Sutera.

Laluan darat yang menghubungkan China dengan Asia Timur, Asia Barat dan Eropah dikenali sebagai
Laluan Sutera Lama.

Jalan laut pula yang menghubungkan China dengan Asia Tenggara, India dan Afrika pula dikenali
sebagai Laluan Sutera Laut.
CABARAN PENGARUH ISLAM DALAM
TAMADUN CINA
Hubungan antara China dengan dunia Islam bermula pada abad ke-8 M.

Pedagang-pedagang Islam keturunan Arab-Parsi telah menjalankan aktiviti perdagangan di negara China dan
mendirikan petempatan di Selatan China iaitu di Wilayah Guangzhou dan Quanzhou.

Pada peringkat awal, penyebarannya agak perlahan dan mula tersebar luas melalui usaha beberapa orang tokoh
Islam keturunan Cina seperti:
Wang Daiyu (1580 - 1658)
Ma Zhu (1640 - 1711)
Liu Zhi (1660 - 1730)
Ma Dexin (1794 - 1874)

Tokoh-tokoh ini bukan sahaja mempunyai pengetahuan mendalam tentang Islam, bahkan mereka juga pakar
dalam falsafah Cina khususnya ajaran Konfusianisme. Buktinya mereka telah banyak menghasilkan beberapa karya
tentang agama Islam dalam bahasa Cina.

Untuk membolehkan orang Cina memahami dan menerima Islam, Wang Daiyu telah menggunakan beberapa
konsep Konfusianisme seperti Xiao (penghormatan terhadap ibu bapa) dan Zhong (Kesetiaan) untuk menerangkan
agama Islam.

Liu Zhi pula menyamakan konsep shangdi dalam konfusianisme dengan konsep Tauhid (Tuhan yang esa) dalam
agama Islam.

Kedua-dua mereka ini menyamakan konsep Wude (Lima sifat baik) dalam konfusianisme dengan konsep lama
rukun dalam agama Islam.
Hubungan di antara China dengan dunia Islam menyaksikan penyebaran teknologi Cina
ke negara Arab dan kemudiannya ke Eropah. Antaranya ialah teknologi membuat kertas,
percetakan, penghasilan bahan letupan, dan kompas.

Selain itu, hubungan perdagangan juga telah memperkenalkan hasil dagangan baru
seperti sutera, tembikar dan barang porselin di Arab dan Eropah.

Sumbangan utama dunia Islam kepada negara China ialah:


Perkembangan ilmu pengetahuan.
Kaedah rawatan dan perubatan dari Arab-Parsi telah diperkenalkan sejak zaman Dinasti Tang.
Bidang astronomi dengan menghasilkan kalendar baru untuk Kublai Khan.
Seni bina Cina terutamanya dalam pembinaan masjid.
Sistem tulisannya dengan menggunakan angka arab.
CABARAN PENGARUH BARAT DALAM
TAMADUN CINA
Hubungan di antara negara China dengan Barat telah bermula pada zaman Dinasti Yuan iaitu zaman
pemerintahan orang Mongol pada penghujung abad ke-13.

Marco Polo seorang warga Itali pernah berkhidmat sebagai pegawai di istana China selama 16 tahun.
Kesannya, bermulalah penyebaran agama Kristian di China.

Pengaruh agama Kristian bertambah kukuh pada kahir abad ke-16 apabila maharaja-maharaja
daripada Dinasti Ming membenarkan mubaligh Jesuits menetap dan membina gereja di bandar-
bandar.

Antara tokoh utama Jesuits ialah Matteo Ricci. Beliau telah mempelajari bahasa Cina, sejarahnya,
menggunakan nama cina iaitu Li Madou, mempelajari Konfusianisme dan menghormati tradisi cina
seperti pemujaan roh nenek moyang.

Ricci juga memperkenalkan ilmu barat kepada orang cina seperti sains, matematik, perubatan,
geografi dan astronomi. Inilah yang membuatkan orang cina kagum dengan beliau.

Apabila Yong Zheng menaiki takhta, beliau mengeluarkan perintah kepada mubaligh Kristian untuk
keluar dari negara China dan hanya boleh menetap dan menjalankan aktiviti di Macao.
Negara China telah dikalahkan oleh kuasa asing dalam beberapa peperangan seperti Perang Candu,
Perang Anglo-China, Perang China-Jepun dan Perang China-Perancis.

Kekalahan yang memalukan ini memaksa maharaja zaman Dinasti Qing menandatangani perjanjian
yang tidak adil dengan kuasa asing seperti pembayaran ganti rugi, membuka pelabuhan, menyerahkan
wilayah dan memberi hak wilayah asing.

Untuk memulihkan negara China, golongan intelektual telah mengambil beberapa langkah.
Antaranya ialah Gerakan Menguatkan Diri dan Gerakan Reformasi 100 Hari pada tahun 1898.

Gerakan reformasi ini bertujuan menasihati Maharaja Qing melakukan pembaharuan politik seperti
Reformasi Meiji oleh maharaja Meiji di Jepun.

Malangnya usaha tersebut gagal kerana maharaja tidak mempunyai kuasa sebenar.

Kesan dari itu, sokongan masyarakat Cina terhadap maharaja Qing merosot dan berlaku
pemberontakan terhadap institusi raja.

Revolusi Cina pada tahun 1911 yang diketuai oleh Dr. Sun Yat Sen telah menamatkan Dinasti Qing dan
kini negara China memasuki era pemerintahan republik.
TAMAT

You might also like