Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Teks Ucapan Majlis

Masa Ann Cue

Ucapan Kata RABBISSRAHLI SADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL


8.20 pm Alu-aluan UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULI...
(30 minit)

Mengumumkan,Yang Berbahagia, Professor Madya Dr


Mohd Yusuf Bin Abdullah (dekan fakulti bahasa dan
pendidikan)
Ustaz Nor Asree Bin Mohammad Noh, selaku timbalan
dekan.

Yang Berhormat , Ustaz Zulkefli Bin Abu Bakar, pensyarah


fakulti Bahasa Dan Pendidikan.

Yang berusaha,
Ustaz Muhd Naim Bin Saadon, penceramah bebas

Sayang selasih berisi minyak, 


Bunga cengkih di atas jerami, 
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami. 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Salam sejahtera , salam Melaka Berwibawa, Pintar, Hijau,
Bersih.

Alhamdullilah, bersyukur kita ke hadrat ilahi, kerana dengan


limpah dan kurnianya, dapat kita bersama-sama berkumpul
pada malam ini bagi menjayakan Program Kejayaan Dalam
Sunnah.

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang maha esa

Baiklah, bagi memberkati majlis kita pada malam ini,


Bacaan Doa dijemput saudara Muhd Hafiz Bin Hasanudin bagi bacaan
doa.

Amin-amin ya rabbal al-amin. Terima kasih diucapkan


kepada saudara Muhd Hafiz Bin Hasanudin atas pimpinan
bacaan doa itu tadi.

Ucapan Majlis menjemput Saudara Muhammad Hariz Azam Bin


Mesni selaku pengarah program untuk memberi sepatah dua
kata

Majlis mempersilakan,
Terima kasih diucapkan atas ucapan itu tadi.

Majlis menjemput Ustaz Nor Asree Bin Mohammad Noh,


selaku timbalan dekan diploma pendidikan awal kanak-kanak
/ Professor madya dr mohd yusuf bin Abdullah (dekan
fakulti bahasa dan pendidikan) /
Ustaz Zulkefli Bin Abu Bakar, pensyarah fakulti Bahasa
Dan Pendidikan.

untuk memberi sepatah dua kata.

Majlis mempersilakan,

Terima kasih diucapkan kepada Professor madya dr mohd


yusuf bin Abdullah (dekan fakulti bahasa dan pendidikan)
/ Ustaz Nor Asree Bin Mohammad Noh / Ustaz Zulkefli
Bin Abu Bakar, pensyarah fakulti Bahasa Dan
Pendidikan.

Biodata Sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian, majlis


Ringkas diteruskan lagi dengan sedikit biodata ringkas tentang
8.30 pm Penceramah penceramah kita pada malam ini. Nama diberi Muhd Naim
Bin Saadon. Beliau dilahirkan pada 7 Mac 1993. Beliau
(1 jam) mendapat Pendidikan awal di Maahad Ihya’ Al-Ahmadi
Banting, Selangor (2006-2010). Kemudian beliau
melanjutkan pengajiannya di SMA Al-Ulum As-Syar’iyyah
Bagan Datoh, Perak. Beliau baru sahaja menamatkan
pengajiannya di Universiti Al-Azhar, Kaherah dalam jurusan
Ulum Islamiah wa Arabiah. Kini beliau sedang melanjutkan
pengajian di peringkat Master dalam bidang Pengajian Islam
di Open Universiti Malaysia. Beliau merupakan seorang
penulis buku “Syukur Terapi Diri Muslim” terbitan Hijaz
Records Sdn Bhd. Kini beliau bergiat aktif di dalam
menyampaikan ceramah di sekitar Selangor dan KL.

Masa yang ditunggu sudah tiba. Hadirin dan hadirat yang


diRahmati Allah sekalian, Majlis diteruskan dengan ucapan
daripada Yang Berhormat Ustaz Muhd Naim Bin Saadon
dengan tajuk nya Ahli Sunnah Waljamaah, majlis
dipersilakan

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Muhd Naim


Bin Saadon diatas kesudian memberi ceramah sebentar tadi

Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis diteruskan dengan


Penyampaian penyampaian cenderahati. Untuk menyempurnakan
10.00 pm Hadiah penyampaian, Majlis dengan ini, menjemput dan
mempersilakan Ustaz Nor Asree Bin Mohammad Noh
(15 minit) , Timb dekan FBP / Ustaz Zulkefli Bin Abu Bakar,
pensyarah fakulti Bahasa Dan Pendidikan.

, untuk mengiringi Muhammad Hariz Azam Bin Mesni,


Pengarah program, dipersilakan. 

Dijemput, Ustaz Muhd Naim Bin Saadon untuk menerima


cenderahati dari pihak kami.

Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan Yang


Berhormat Ustaz Nor Asree Bin Mohammad Noh untuk
menerima cenderahati dari pihak kami.

Dijemput, Ustaz Zulkefli Bin Abu Bakar untuk menerima


cenderahati dari pihak kami.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Ustaz Nor


Asree Bin Mohammad Noh
, Timb dekan FBP / Ustaz Zulkefli Bin Abu Bakar,
pensyarah fakulti Bahasa Dan Pendidikan.

di atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi. 

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

10.30 pm Penutup
(5 minit) Saya mewakili warga kerja, ingin mengucapkan ucapan rasa
syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di
dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara
langsung mahupun tidak.

Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada Allah


s.w.t. Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain
ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus
ikhlas buat semua, atas kesudian hadir menjayakan program

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan


andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Semoga dapat kita bersua kembali dalam pertemuan yang


lain. 

Terima kasih kepada semua.

Tuan puteri tersenyum-senyum,


Melihat mempelai direnjis dipilis,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah kita di penghujung Majlis.

You might also like