Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

REFLEKSI MINGGU 5

Sesi pengajaran kali ini berjaya dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
Saya telah melaksanakan sesi pengajaran topik corak irama. Aktiviti yang saya
laksanakan ialah murid akan membina corak irama sendiri dan membunyikan corak
irama yang dibina dengan menepuk corak irama tersebut. objektif pembelajaran
ialah murid dapat mencipta sendiri corak irama berdasarkan kepada ikon yang telah
dipelajari. standard kandungan yang dipilih ialah 3.2 iaitu menghasilkan idea muzikal
kreatif dan standard pembelajaran pula ialah 3.2.2 iaitu mencipta corak irama mudah
menggunakan ikon mewakili krocet dan kuaver. Objektif yang ditetapkan telah
berjaya dicapai oleh murid memandangkan majority daripada mereka berjaya
mencipta dan menepuk corak irama sendiri.

Kekuatan yang dikenalpasti ialah bahan bantu yang digunakan sesuai dengan
murid dari segi ketahanan bahan, saiz dan bentuk. Aktiviti yang dijalankan juga
seronok memandangkan kanak-kanak seusia ini mempunyai semangat daya saing
yag tinggi. Mereka akan berlumba lumba untuk menunjukkan persembahan yang
terbaik untuk mendapatkan hadiah dan ganjaran.

Kelemahan yang didapati ialah masalah masa yang tidak mencukupi untuk
mengajar dengan lebih terperinci kepada kanak-kanak.

Cadangan penambahbaikan ialah dengan merancang setiap aktiviti yang


hendak dijalankan dengan lebih sitematik supaya dapat mengelakkan daripada
berlaku masalah kekurangan masa.

You might also like