Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

DASAR PENGURUSAN DISIPLIN MURID

2.1   Ponteng Sekolah
2.1.1     Murid dianggap ponteng sekiranya tidak hadir  sekolah dan tidak membawa surat daripada ibu
bapa/penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.
2.1.2  Guru kelas hendaklah menandakan ‘O’ dalam BJKM Kelas (Sila rujuk Nota 1.1.4)
2.1.3   Jadual penghantaran surat kes Ponteng adalah seperti berikut;

Tindakan Ponteng Berterusan Ponteng Berkala/ Tidak


berurutan
Amaran 1 3 hari terturut-turut 10 hari
Amaran 2 7 hari selepas Surat Amaran 1 10 hari selepas Surat Amaran 1
Amaran 3 7 hari selepas Surat Amaran 2 20 hari selepas Surat Amaran 2
Buang Sekolah 14 hari selepas Surat Amaran 3 20 hari selepas Surat Amaran 3
Jumlah 31 hari 60 hari
Keseluruhan

2.1.4  Guru Kelas hendaklah mencatat segala semua proses tindakan dalam borang Rekod Ponteng Sekolah. Rekod
hantaran surat Ponteng kepada ibu bapa/penjaga (dalam fail kelas).
2.1.5    Segala surat amaran dan Surat Buang Sekolah boleh didapati dari pejabat sekolah.
2.1.6 Surat amaran dan buang sekolah hendaklah diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh;
Amaran 1 PK HEM
Amaran 2 PK HEM
Amaran 3 PK HEM
Buang Sekolah Guru Besar
      Salinan 1: untuk diserah kepada ibu bapa /penjaga murid
      Salinan 2: untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod  Salah Laku Disiplin Murid
      Salinan 3: untuk dimasukkan ke dalam fail Kelas guru kelas
2.1.7    Surat Buang Sekolah mesti diisi dalam 4 salinan dan terus beri kepada PKHEM untuk tindakan selanjutnya
dan ditandatangani oleh Guru Besar.
Nota:  Sila catat dalam  BJKM sekiranya surat telah dikeluarkan seperti berikut
            AP – Amaran pertama
             AK – Amaran Kedua
            AT – Amaran Ketiga
            BS – Buang Sekolah
2.1.8   Sekiranya murid hadir selepas sesuatu  tindakan telah dibuat, perkara berikut hendaklah  dipatuhi;
Selepas Amaran Pertama, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga masing-
masing.
Selepas Amaran Kedua, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa /penjaga masing-
masing dan berjumpa dengan PKHEM.
Selepas Amaran Ketiga, Murid mesti hadir dengan ibu bapa dan berjumpa Guru Besar. Murid hanya
dibenarkan masuk ke kelas setelah Guru Besar berpuashati dengan jaminan yang diberi oleh ibu
bapa/penjaga melalui Surat Akur Janji.
Selepas Buang Sekolah, Murid hanya dbenarkan masuk semula setelah membuat rayuan dan diluluskan
oleh JPN.

2.2   Buku Rekod Disiplin Kelas (BRDK) & Buku Kawalan Kelas (BKK)
2.2.1     Semua Guru Kelas mesti memastikan  kelas mereka mempunyai  BRDK & BKK setiap hari.
2.2.2    BRDK & BKK akan diedar kepada Ketua Kelas setiap pagi di meja Ketua Guru Disiplin dan menjadi
tanggungjawab  Ketua Kelas memulangkan BRDK&BKK ke meja Ketua Guru Disiplin selepas tamat
waktu persekolahan  setiap hari .
2.2.3   BRDK hendaklah sentiasa ada pada Ketua Kelas dan diserahkan kepada guru yang masuk pada setiap
waktu.
2.2.4     Guru yang masuk hendaklah memastikan kelas dalam keadaan bersih dan teratur sebelum
menandatangani BKK. Sila lengkapkan maklumat seperti yang dikehendaki di dalam BKK. Kelas yang
bercantum seperti Pendidikan Agama & Moral akan mempunyai BKK yang berasingan.
2.2.5  Guru mestilah mencatat setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid  (rujuk Lampiran  kod dan jenis Salah
Laku Murid) pada helaian mengikut no siri murid di dalam BRDK.
2.2.6    Semua kes salah laku yang ringan atau sederhana hendaklah diambil tindakan oleh guru yang berkenaan
pada setiap waktunya. Hanya kes yang berat sahaja perlu dicatat dalam BRDK untuk tindakan Ketua
Guru Disiplin pada keesokan harinya. Jika kes berat  dan memerlukan tindakan segera, sila catat dalam
BDRK dan terus maklumkan  kepada Ketua Guru Disiplin/PKHEM untuk tindakan selanjutnya.
2.2.7   Ketua Guru Disiplin hendaklah menyemak dan menjaga BDRK &BKK dengan baik dan diserahkan  kepada
PKHEM  akhir setiap bulan.

2.3   Pas Kebenaran Keluar Kelas


2.3.1    Semua guru hendaklah mengambil Pas Kebenaran Keluar daripada PKHEM pada awal tahun.
2.3.2   Mana-mana murid yang ingin keluar ke tandas, berjumpa guru dan sebagainya mesti memakai pas
berkenaan.
2.3.3   Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan pas daripada guru kelas
atau guru kelas sebelah jika tiada guru.

2.4   Disiplin Murid
2.4.1  SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu guru-guru mestilah  memastikan semua murid
mengikuti peraturan sekolah yang ditetapkan.
2.4.2    Guru-guru mesti memberi teguran dan nasihat jika mereka mendapati seseorang  murid itu melakukan 
kesalahan disiplin.
2.4.3     Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan murid yang berat kepada Ketua Guru
Disiplin/PKHEM
2.4.4   Guru-guru hendaklah berpegang kepada prinsip bahawa hukuman yang dikenakan mestilah  berpatutan
dan adil serta setimpal  dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak teraniaya dan akan
menerima hukuman dengan rela hati.
2.4.5  Tiada sentuhan badan kepada murid dan tingkah laku negative yang boleh menimbulkan prasangka kepada
murid.
2.5   Kawalan/ Tanggungjawab Guru
2.5.1   Guru mestilah mengetahui nama murid mereka. Ini dianggap sebagai satu usaha guru mempunyai sikap
keprihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang individu.
2.5.2    Guru hendaklah kenali dan fahami mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah disiplin dan
berikan tumpuan  yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama.
2.5.3    Jangan mulakan proses PdP sekiranya murid-murid tidak memberikan tumpuan atau sedang bising dan
bercakap sesama sendiri.
2.5.4    Jangan biarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru, sedangkan murid-murid lain dibiarkan
bising di tempat mereka atau di belakang kelas.
2.5.5  Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk kaki lima kelas dan mengarahkan murid-murid
mengemas dan membersihkan dengan segera.
2.5.6 Guru-guru harus mengambil perhatian terhadap murid-murid yang tidak menyiapkan kerja rumah atau
tugasan dalam kelas. Cuba kenalpasti sebab-sebabnya dan ambil tindakan sewajarnya. (dendaan
seharusnya tidak merugikan hak belajar murid). Murid-murid yang engkar walaupun telah diberi
amaran, boleh dirujuk kepada PKHEM atau Guru Besar.

2.6   Dasar Umum Disiplin


2.6.1   Setiap murid wajib memiliki  Buku Peraturan Sekolah dan dibawa ke sekolah setiap hari.
2.6.2   Setiap murid wajib mempunyai Buku Komunikasi dan wajib dibawa bersama  sewaktu  perhimpunan.
2.6.3  Pada awal tahun permulaan persekolahan murid akan diberi penjelasan dan penerangan tentang peraturan
sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang dikuatkuasakan jika melanggar peraturan melalui Taklimat
Peraturan Sekolah.
2.6.4     Pemeriksaan Gempar/Spot check;
2.6.4.1 Pemeriksaan gempar/spot check boleh dilakukan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa berada di
kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak  pentadbir.
2.6.4.2Pemeriksaan gempar/ spot check boleh dilakukan terhadap kepatuhan uniform  murid,  kebersihan diri,
buku teks dan membawa barang larangan.
2.6.4.3 Guru disiplin/ guru bertugas  bersama guru kelas atau  guru mata pelajaran dengan bantuan pengawas
sekolah akan membuat spot check dengan disaksikan oleh murid yang berkenaan.
2.6.4.4 Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut  akan direkod oleh guru berkenaan dalam
Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang disimpan dalam almari Bilik PKHEM.
2.6.4.5 Barang rampasan akan disimpan oleh PKHEM.
2.6.4.6 Barang rampasan yang mahal seperti telefon bimbit hanya boleh dituntut balik oleh ibu bapa/ penjaga
setelah berjumpa PKHEM dan menandatangani surat kontrak.
2.6.4.7 Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah dibawa mesyuarat AJK
Disiplin dan  AJK PIBG.
2.6.4.8  Kehilangan barang-barang berharga adalah tanggungjawab murid-murid.

2.7   Kaedah Mengatasi Disiplin


2.7.1    Edaran senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada  semua guru, kelas-kelas (ditampal) dan
bilik-bilik khas. Penerangan kepada semua murid.
2.7.2  Guru kelas / guru mata pelajaran rekod kesalahan murid dalam Buku Rekod Disiplin Kelas dan lapor
kepada guru disiplin. Guru Disiplin akan menyemak dan mengambil tindakan selanjutnya (dibawa
perbincangan/mesyuarat JK Disiplin ikut keperluan)
2.7.3     Senaraikan nama murid dan tampal di papan kenyataan;
i.                     Kedatangan penuh – 2x setahun
ii.                   Kerap tidak hadir /ponteng – 2 bulan sekali
2.7.4    Sifar Ponteng ;
i.       mberikan sijil penghargaan kepada kelas yang mempunyai % kehadiran tertinggi/ terbaik setiap bulan.
ii.          Murid yang mengekalkan sifar ponteng/ kehadiran penuh akan diberi sijil penghargaan pada akhir tahun.

You might also like