Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN RENEK,

22020 JERTEH,
TERENGGANU

KERTAS PROJEK

PAMERAN INOVASI PENDIDIKAN :

SHOWCASE

TARIKH:

25 MAC 2020

(RABU)

TEMPAT:

SEKOLAH KEBANGSAAN RENEK

ANJURAN:

MAZLINDA BINTI MAZALAN


NUR HAFIZAH BINTI ADZHAR
SITI NAJEEHA BINTI MOHD AELIS
SITI NUR SHAHANIM BINTI HANIZAN
)GURU PELATIH PISMP AMBILAN JUN 2016
IPG KAMPUS SULTAN MIZAN(
1.0 NAMA PROJEK

Projek “Pameran Inovasi Pendidikan : Showcase” ini merupakan projek induk kepada projek
– projek yang telah dijalankan oleh empat orang guru pelatih yang telah menjalankan
internship selama sebulan di Sekolah Kebangsaan Renek. Projek ini menggabungkan
empat projek individu guru pelatih untuk dipamerkan sebagai hasil dan dapatan daripada
pelaksanaan projek.

2.0 TARIKH

Pameran Inovasi Pendidikan : Showcase akan dijalankan seperti butiran yang berikut :

Hari : Rabu

Masa : 8.30 – 10.45 Pagi

Atur Cara Majlis ( Rujuk Lampiran)

3.0 TEMPAT

Majlis Perasmian : Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Renek

Pameran Inovasi :

4.0 LATAR BELAKANG PROJEK

Pameran Inovasi Pendidikan “Showcase” dan aktiviti pameran ini secara amnya bertujuan
untuk mendedahkan tentang hasil kerja murid dalam menghasilkan bahan bantu mengajar
yang selari dengan tuntutan pendidikan abad ke – 21. Pameran Inovasi Pendidikan
mungkin seringkali dipandang sepi terutamanya di sekolah rendah. Hal ini mungkin berlaku
disebabkan kurangnya pendedahan tentang dunia inovasi dalam pendidikan di sekolah
rendah. Dengan adanya pameran inovasi sebegini ianya menjadi satu platform bagi
menaikkan lagi martabat inovasi pendidikan di sekolah rendah seterusnya dapat memupuk
minat murid-murid untuk senrtiasa berinovasi khususnya dalam pendidikan.
Melalui projek pameran ini juga kreativiti murid – murid dapat ditingkatkan melalui
pelbagai garapan idea penghasilan seni daripada karya yang dipamerkan. Ia secara
langsung akan mendorong minat murid untuk menghasilkan inovasi dengan lebih baik pada
masa akan datang seterusnya dapat menonjolkan bakat yang terpendam dalam kalangan
murid – murid.
5.0 OBJEKTIF

Objektif Pameran Inovasi Pendidikan ini :

1. Menerapkan minat dan kecintaan murid dalam dunia inovasi


2. Melahirkan generasi yang kritis, kreatif dan berkemahiran dalam menghasilkan
inovasi.
3. Mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan murid di samping menambah
pengetahuan tentang inovasi.
4. Meningkatkan daya kreativiti melalui idea-idea yang diperoleh daripada inovasi yang
dipamerkan.
5. Memperkembangkan kemahiran berkomunikasi dan juga mencungkil bakat yang
terpendam melalui pameran yang dijalankan.
6. Memberi peluang murid meneroka pengalaman baru melalui aktiviti pameran yang
dilaksanakan.

6.0 TEMA
‘ INSPIRASI INOVASI PENDIDIKAN SKR ‘
Tema ini dipilih bertepatan dengan objektif pameran ini iaitu untuk meningkatkan minat dan
juga kreativiti murid Sekolah Kebangsaan Renek dalam inovasi pendidikan secara am dan
dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan Reka Bentuk Teknologi khususnya. Inspirasi secara
amnya bermaksud contoh, idola, ikutan dan sebagainya. Oleh itu, tema ini dipilih bertepatan
dengan tujuan pameran ini dilaksanakan iaitu bertujuan untuk memupuk minat,
meningkatkan kreativiti melalui idea daripada karya-karya inovasi yang dipamerkan serta
mencungkil bakat yang terpendam dalam kalangan murid.

7.0 KUMPULAN SASARAN

Murid – murid yang terlibat dalam Projek Internship yang dijalankan oleh guru pelatih Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
8.0 ANJURAN

Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM)

BIL NAMA BIDANG PENGKHUSUSAN


1 NUR HAFIZAH BINTI ADZHAR
BAHASA ARAB
2 SITI NAJEEHA BINTI MOHD AELIS
3 MAZLINDA BINTI MAZALAN
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
4 SITI NUR SHAHANIM BINTI HANIZAN

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Rujuk Lampiran 1

8.0 ANGGARAN KOS


Rujuk Lampiran 2

10.0 PENUTUP

Kami berharap agar pihak pentadbir Sekolah Kebangsaan Renek menyokong penuh
pelaksanaan pameran ini. Hal ini penting bagi memberi peluang kepada warga sekolah
terutamanya murid-murid dalam meneroka pengalaman baru melalui pameran ini. Semoga
dengan penganjuran pameran ini akan memberikan satu pengalaman baru kepada murid –
murid dalam dunia inovasi dan juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam
kalangan murid – murid Sekolah Kebangsaan Renek. Kerjasama dan penglibatan yang aktif
daripada semua pihak amat diperlukan bagi memastikan program ini berjalan dengan
jayanya. Atas kerjasama dan perhatian daripada semua pihak didahului dengan ucapan
jutaan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


_____________________________ __________________________

(NUR HAFIZAH BINTI ADZHAR) (PN. RUSNAIDA BINTI DAUD)


Penyelaras, Mentor Guru Pelatih,
Pameran Inovasi Dalam Pendidikan Program Internship,
PISMP Bahasa Arab Semester 8, Sekolah Kebangsaan Renek
IPG Kampus Sultan Mizan Besut. Jerteh, Terengganu.
.
.

Diluluskan oleh,

_______________________
(En Junaidi Bin Jusoh)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Renek,
Jerteh, Terengganu.

You might also like