Perlembagaan Permainan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SK RINCHING HILIR BANGI

PERLEMBAGAAN PERMAINAN DODGEBALL


Nama:
Permainan ini dinamakan permainan Dodgeball.

Alamat:
Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir, 43000 Kajang, Selangor

Objektif:
Objektif persatuan ini adalah:
1. Mewujudkan masyarakat murid yang bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kemakmuran
masyarakat dan Negara malalui aktiviti masyarakat sukan.
2. Memberi peluang kepada murid-murid memperoleh pengetahuan dan pengalaman
dalam permainan dan memantapkan kokurikulum sekolah
3. Sebagai persediaan masa depan untuk murid-murid melibatkan diri dalam
kegiatan masyarakat dan meningkatkan suasana sekolah yang lebih bersemangat
dalam melahirkan budaya sekolah yang unggul.
4. Membina persaingan yang sihat dalam kalangan murid-murid.

Keahlian
Terbuka kepada semua murid tahun 3,4,5, dan 6.

Pentadbiran
En. Md Rais bin Abdullah

Yuran
Tiada sebarang yuran pendaftran.

Kumpulan wang
Tidak berkenaan.

Mesyuarat
1. Mesyuarat tahunan hendaklah diadakan pada suatu tarikh yang sesuai dan
diputuskan oleh jawatankuasa dan guru penasihat.
2. Mesyuarat tahunan hanya sah apabila 2/3 daripada ahlinya hadir.
3. Pengumuman setiap mesyuarat hendaklah dibuat selewat-lewatnya sehari sebelum
mesyuarat diadakan.
Pindaan Perlembagaan
Ia boleh dibuat pada bila-bila masa yang diperlukan atas nasihat guru besar atau guru
penasihat.

Pengesahan Guru Besar


Semua aktiviti hendaklan mendapat pengesahan daripada guru besar.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA.

PENGERUSI
1. Mempengerusikan setiap mesyuarat yang diadakan.
2. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang
diputuskan dalam mesyuarat telah diambil
3. Membincangkan segala program dan aktiviti tahunan bersama guru penasihat
kelab
4. Memastikan aktiviti kelab berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan

NAIB PENGERUSI
1. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.
2. Mempengerusikan mesyuarat sekiranya pengerusi tidak dapat menghadirkan diri.

SETIAUSAHA
1. Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkan kepada ahli.
2. Menyediakan laporan penggal dan tahunan.

PENOLONG SETIAUSAHA
1. Membantu setiausaha dalam menjalankan tugas dan tangungjawabnya.

BENDAHARI
1. Menerima yuran daripada guru kokurikulum.
2. Mencatat keluar dan masuk wang.
3. Membuat dan membentangkan penyata kewangan dalam mesyuarat.

AHLI JAWATANKUASA
1. Menerima arahan daripada AJK induk.
2. Menyampaikan arahan kepada semua ahli yang diwakilinya.
3. Memastikan segala aktiviti yang dirancang oleh persatuan dilaksanakan dengan
baik oleh semua ahli.

__________________ ___________________ ___________________


( ) ( ) ( )
Setiausaha Pengerusi Guru Penasihat

You might also like