Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

SIARAN AKHBAR

PRESS STATEMENT
SESB/CC/SCP/500-2(3)

SESB LAKSANAKAN DISKAUN BIL ELEKTRIK


BERMULA APRIL

KOTA KINABALU- Keputusan Kerajaan Malaysia untuk melanjutkan tempoh Perintah


Kawalan Pergerakan (PKP) dan arahan duduk di rumah sehingga 14 April 2020 akan
memberi kesan kepada penggunaan elektrik yang mendadak di rumah.

Justeru itu, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyambut baik keputusan kerajaan
dalam meringankan beban ekonomi pengguna yang terkesan oleh impak penularan
Covid-19 dengan memberikan diskaun kepada bil elektrik pengguna di seluruh Negeri
Sabah dan W.P Labuan.

Pemangku Pengarah Urusan, Datuk Ir Abdul Nasser Abdul Wahid berkata diskaun
sebanyak 28% diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi pengguna domestik dan
berkuatkuasa pada April 2020 sehingga Jun 2020, manakala 2% lagi adalah diskaun
yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dan akan berkuatkuasa bermula pada bulan
April 2020 sehingga September 2020.

Beliau berkata pemberian diskaun 30% sepertimana yang telah diumumkan oleh Ketua
Menteri Sabah dan akan melibatkan seramai 512,000 pengguna domestik dengan bil
bulanan RM500 ke bawah di negeri Sabah dan W. P Labuan, manakala pengguna
domestik dengan bil bulanan melebihi jumlah RM500 akan menikmati diskaun
sebanyak 2% bermula April sehingga September 2020.

Pengguna komersil dalam 6 sektor pelancongan iaitu hotel, agensi pelancongan,


kompleks membeli-belah, pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat
penerbangan tempatan akan menikmati diskaun sebanyak 15% daripada Kerajaan
Persekutuan. Diskaun ini adalah bagi tempoh selama 6 bulan, bermula pada bulan April
2020 sehingga September 2020.

Manakala itu, pengguna komersil daripada sektor yang lain dan semua pengguna
industri akan menikmati diskaun sebanyak 2% selama enam bulan dan memberi
manfaat kepada lebh 101,000 pengguna.
SIARAN AKHBAR
PRESS STATEMENT

Diskaun bil elektrik ini adalah sebahagian daripada Pakej Ransangan Ekonomi yang
diumumkan kerajaan bagi mengurangkan impak kesan oleh wabak Covid-19.

Beliau berkata adalah diharapkan pemberian diskaun ini akan dapat membantu
meringankan beban para pengguna yang terkesan oleh wabak Covid-19 ini.

Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pemberian diskaun ini


boleh menghubungi SESB Careline 15454 atau 088- 515000.

END

About Sabah Electricity Sdn Bhd

Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) established in 1998, is an 80% owned subsidiary of Tenaga Nasional Berhad
(TNB) and 20% by the State Government of Sabah. It is a vertically integrated utility providing reliable generation,
transmission and distribution services in the state of Sabah and the Federal Territory of Labuan. The only power
utility in Sabah, SESB is committed to developing the electricity infrastructure in the state of Sabah and the Federal
Territory of Labuan. The Sabah Grid is made up of 66kV, 132kV and 275kV which link up all major towns in Sabah
and the Federal Territory of Labuan. SESB continues to apply innovative approached to technology and in order to
support the growing demand of electricity, various generation, transmission and distributions projects will be
implemented. SESB looks forward to continue serving customers with latest and new innovation in upgrading and
delivering electricity supply in line with its tagline ‘Your Light, Our Pride’.

SESB Careline : 088-515000/ 15454/ Whatsapp 019- 852 5427

Dikeluarkan dari Pejabat Pengurus Besar (Komunikasi Korporat) Hjh. Chendramata Hj Sinteh

Pertanyaan Media-
Rahmawati Andi Samsiar di 017-8631172/088-282167 rahmawati.samsiar@sesb.com.my
Darrell L.Peter Ng di 013-8818203/088-282659 darrellp@sesb.com.my

You might also like