REFLEKSItugasan PKE3103 Sem 5 Apis

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka Surat


Pengakuan Pelajar
1
Biodata Pelajar
2
Borang Kolaborasi
3
Soalan 1
4
Soalan 2
5
Soalan 3
6
Soalan 4
7
Refleksi
8
Halaman Pengakuan Pelajar

“Dengan ini, kami mengakui bahawa Tugasan Projek BMM 3101 Pengajian Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan rujukan yang tiap –tiap satunya telah dinyatakan sumbernya”.
Nama : Mohd Syafiz Bin Zakaria (800802045207)
Tarikh : 21 September 2013

Tanda Tangan Pengakuan :

_________________________
(MOHD SYAFIZ BIN ZAKARIA)
BIODATA PELAJAR

NAMA : MOHD SYAFIZ BIN ZAKARIA


NO I/C : 800802 – 04 - 5207
NO TEL. : 019 – 2070212
EMAIL : pakchecks@yahoo.com
ALAMAT : NO 12, JALAN PTI 3,
RUMAH TAMAN PADANG TEMU INDAH,
PADANG TEMU, 75050 MELAKA.

NAMA : SK LEREH,
DAN KM 10, TANJONG KLING
ALAMAT 76400 MELAKA.
SEKOLAH

INSTITUT : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR


SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)


OPSYEN : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH
RENDAH
KELAS : PJM 1/ PJMA

AMBILAN : JUN 2011 (SEMESTER 5)

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS


NAMA PELAJAR : MOHD SYAFIZ BIN ZAKARIA (800802 - 04 - 5207)
KUMPULAN : PJM 1 (PPG AMBILAN JUN 2011)
MATA PELAJARAN : BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH
PENSYARAH PEMBIMBING : ENCIK IBRAHIM BIN YUSOF
(PENSYARAH JABATAN PENGAJIAN MELAYU)
NAMA TUTOR : EN. JALIL BIN OSMAN
TARIKH PERKARA YANG CATATAN T/TANGAN
DIBINCANGKAN

28/07/13 Mendapat soalan daripada Encik  Membaca tugasan


Ibrahim Bin Yusof. Perjumpaan  Mencatat nota
dan penerangan cara menyiapkan
tugasan.

25/08/13 Memahami kehendak soalan dan  Menulis draf tugasan


tugasan dan menyediakan
protokol temubual ,pembinaan
kertas kerja kursus .

07/09/13 Perbincangan melalui on-  Mengumpul maklumat


line/secara langsung rakan -rakan
dan pengumpulan bahan tugasan
bersama pensyarah.

12/09/13 Membuat draf tugasan kerja.  Menggumpul data .


 Mencatat maklumat
penting.

14/09/13 Melaksanakan tugasan kerja  Melaksanakan esei


tugasan.
 RPH tugasan.
 Refleksi

18/09/13 Permurnian tugasan kerja  Menyusun maklumat


 Menganalisis maklumat
 Membuat huraian
terperinci
 Menaip hasil dapatan
 Menyemak semula
tugasan.

21/09/13 Penghantaran tugasan lengkap  Diterima dan direkod


kepada pensyarah .
Soalan 1
Membuat kajian tentang falsafah, objektif dan organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah dan menulis semula dalam bentuk nota ringkas dan pengurusan
grafik  yang  menarik dan berkesan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah suatu usaha melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Ianya bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berupaya mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan keluarga.

Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996


menyatakan Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan
menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan
rakyat Malaysia. Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
emosi, rohani dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai
kecekapan berbahasa dab berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul
dan tepat. Selain itu, murid mampu menambah ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang
lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada


Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis. Sukatan
pelajaran ini juga memberikan teknik atau ilmu pelbagai gaya pembelajaran, minat dan aras
kecerdasan murid. Selain itu, aktiviti luar waktu sekolah juga member sokongan untuk
memantapkan kemahiran berbahasa murid. Sukatan Pelajaran memberikan gambaran
menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu. Ianya mengandungi matlamat, objektif dan
organisasi kandungan. Organisasi Kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil
Pembelajaran, Sistem Bahasa dan Pengisian Kurikulum. Terdapat enam dokumen
sampingan yang dikenali sebagai Huraian Sukatan Pelajaran untuk panduan guru dalam
pengajaran dan pembelajaran (pdp). Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiap
tahun, iaitu dari tahun satu (1) hingga tahun enam (6).

Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah ialah melengkapkan murid dengan
keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu,
perhubungan sosial dan urusan harian. Objektifnya menerangkan pada akhir pengajaran dan
pembelajaran murid akan dapat mencapai kemahiran mendengar, bertutur, berbincang dan
berkongsi, membaca, menulis, menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata,
tatabahasa dan sebutan yang betul dalam memperkembangkan kekuatan imaginasi, kreativiti,
pemikiran kritis, dan menghayati dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Dari segi Organisasi Kandungan pula, memberikan fokus
kepada hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berteraskan kemahiran bahasa iaitu
Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis. Hasil
pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa, dan disokong oleh
elemen Pengisian Kurikulum.

KEMAHIRAN BAHASA
Meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dan teras penguasaan bahasa
baku.

Kemahiran Mendengar
Merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar serta
dapat memberikan maklum balas.

Kemahiran Membaca
Merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi dan jeda
yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan
secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

Kemahiran Menulis
Kemahiran ini adalah bertujuan untuk murid berupaya menulis perkataan dan ayat serta
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda
baca dan ejaan yang betul. Tulisan juga jelas, cantik dan kemas. Penulisan murid juga perlu
kreatif untuk penulisan berunsur pengetahuan dan imaginasi. Penguasaan ini juga memerlukan
kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi dan grafik.

Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Ianya
merupakan kemahiran yang jelas perlu dikuasai oleh murid. Ini juga dapat membantu guru
memilih kandungan, kaedah, sumber dan prosedur pengajaran yang berkesan. Hasil
Pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian
murid.

Sistem Bahasa
Ianya merujuk kepada Bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan
dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis
manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam
mata pelajaran yang lain pada peringkat rendah.

Pengisian Kurikulum
Terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan yang
meliputi aspek ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bertambah
(kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontruktivisme dan
kontekstual). Semua elemen ini dapat digunakan dalam dunia pekerjaan. Pendidikan nilai,
kewarganegaraan, dan patriotisme diberi penekanan selaras dengan matlamat negara
membangunkan masyarakat madani.

ORGANISASI KURIKULUM
FIZIKAL, ESTETIKA
KOMUNIKASI DAN KETRAMPILAN
DIRI

PEMIKIRAN KRITIS,
MATLAMAT
KREATIF & LITERASI SAINS
KEROHANIAN INOVATIF DAN TEKNOLOGI
(INSAN SEIMBANG)

SIKAP DAN SUKATAN PELAJARAN KEMANUSIAAN


NILAI BAHASA MELAYU SEKOLAH
RENDAH
CARTA 1: Standard Kurikulum berasaskan Enam Tunjang (dipetik dan diubahsuai KPM)

OBJEKTIF ORGANISASI
KANDUNGAN
CARTA 2: SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

KEMAHIRAN BAHASA
(Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran
Membaca dan Kemahiran Menulis)

SISTEM BAHASA
HASIL ORGANISASI (tatabahasa, ejaan,
PEMBELAJARAN KANDUNGAN sebutan dan intonasi,
kosa kata dan peribahasa)

PENGISIAN KURIKULUM
kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar,
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian
masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran
kontruktivisme dan kontekstual).

Carta 3: Organisasi Kandungan


Soalan 2
Berdasarkan kepada Hasil Pembelajaran yang anda kaji dalam Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Malaysia KBSR, pilih dan analisis sekurang- kurangnya dua hasil pembelajaran
(kemahiran bahasa yang berlainan) untuk dihuraikan dalam bentuk esei yang lengkap.    

Hasil pembelajaran 1
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian menggunakan
kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.

Hasil pembelajaran ini menerapakan kemahiran mendengar dan bertutur. Aktiviti yang
dijalankan terdiri daripada enam (6) aspek utama iaitu mengecam atau mengenal bunyi – bunyi
alam, membuat inferens, membuat rumusan, memberi pandangan, membuat penilaian dan
menganalisis maklumat. Aktiviti mengecam atau mengenal bunyi – bunyi alam seperti bunyi
guruh, senjata, duit syiling, ombak, tiupan angin, bunyi binatang, kenderaan dan sebagainya.
Membuat inferens pula ialah menerangkan sebab – musabab kejadian sesuatu perkara seperti
terangkan mengapakah orang itu kakinya sakit? Aspek yang ketiga ialah membuat rumusan
iaitu membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara berdasarkan maklumat yang telah
dianalisis. Aktiviti memberi pandangan ialah memberi pendapat tentang sesuatu perkara yang
didengar atau dibincangkan. Seterusnya, membuat penilaian. Aktiviti ini memberi pandangan
atau pendapat tentang sesuatu perkara yang didengar atau dibincangkan. Aspek ke enam (6)
menganalisis maklumat seperti mencari makna perkataan berdasarkan konteks dengan
merujuki kamus.
Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah pada peringkat awal untuk murid Tahap 2
(tahun 4, 5, 6) ialah seperti bersoal jawab berdasarkan sesuatu situasi bagi tujuan menceritakan
perkara yang dialami, dilihat atau dibaca. Berlakon dengan menggunakan kata ganti nama diri
atau kata panggilan yang sesuai dalam setiap perbualan juga dapat menerapkan kemahiran
mendengar dan bertutur. Selain itu, pendekatan yang sesuai adalah main peranan iaitu
menunjukkan cara menerima teguran (fikiran, perasaan dan hati) secara terbuka dalam
perbualan seperti situasi bapa memberikan teguran kepada anak. Selain itu, aktiviti bercerita
juga boleh dijalankan misalnya bercerita tentang pengalaman masing – masing seperti
pengalaman menyertai perbarisan Hari Kebangsaan atau bercuti ke tempat – tempat yang
indah dan sebagainya. Kesimpulannya ialah, aktiviti ini lebih kepada keupayaan murid untuk
melibatkan diri dalam setiap aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur. Guru hanya
membimbing dan membantu untuk datangkan idea masing – masing.
Hasil Pembelajaran 2
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

Hasil pembelajaran ini menerapkan kemahiran menulis. Antara pendekatan yang


digunakan atau aktiviti untuk Aras 1 ialah melaksanakan teknik PERMATA (peta minda) untuk
menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat. Contohnya seperti ‘Kami berkelah di Pantai Cahaya
Bulan’. Aktiviti kedua ialah membina pebagai jenis ayat menggunakan satu perkataan yang
diberi. Contohnya menggunakan perkataan kaya (1) Orang ini sangat kaya. (2) Adakah orang
kaya selalu gembira? (3) Sayur ini kaya dengan pelbagai khasiat. Aktiviti seterusnya ialah
membina ayat tunggal dan ayat majmuk daripada pelbagai bahan rangsangan. Contoh bahan
rangsangan ialah gambar sebiji buah epal. Ayat tunggal yang boleh dibina ialah Buah epal ini
rasanya sangat lazat. Contoh ayat majmuk pula, Ahmad dan Kumar suka makan buah epal.
Aktiviti Aras 2 mungkin lebih sukar daripada Aras 1. Aktiviti aras 2 seperti membina ayat
majmuk dengan kata hubung yang diberi. Contoh kata hubung ‘kerana’. Adik tidak hadir ke
sekolah kerana dia sakit perut. Aktiviti lain ialah menambah perkataan pada subjek dan predikat
berdasrkan 2 ayat yang diberi. Contoh ayat yang diberi (1) Pemuda itu ialah ayah saya. (2)
Pemuda bermisai itu ilah ayah saya. Jadi, selepas ditambah ayatnya berubah menjadi ‘Pemuda
bermisai tebal itu ialah ayah yang saya cintai’. Aktiviti Aras 2 yang ketiga ialah membina ayat
majmuk dengan menggunakan teknik “PERMATA” (peta minda). Contohnya ayat berkaitan
dengan laut. Perkataan yang berkaitan dengan laut ilah bersih dan cantik. Maka ayatnya ialah
“Pantai Pengkalan Balak cantik dan bersih”.
Aktiviti yang boleh dijalankan mengikut Aras 3, aras yang lebih sukar ilah menggunakan
teknik KLOZ untuk membina ayat majmuk dengan kata hubung. Contoh ayat ialah Pelancong
itu memakai jaket keselamatan lalu menaiki bot. Aktiviti lain yang boleh dijalankan ialah
membaca dan memahami ayat tunggal yang diberikan, menghubungkan beberapa ayat tunggal
menjadi ayat majmuk menggunakan kata hubung yang betul serta permainan perluasan ayat.
Cara permainan ialah seoarang murid akan membina ayat di hadapan, murid kedua menambah
sama ada di bahagian predikat atau subjek dan diteruskan dengan murid lain sehingga ayat
menjadi lengkap. Kesimpulannya, setiap aktiviti yang dijalankan mestilah berkaitan dengan hasil
pembelajaran yang dinyatakan.

Soalan 3
Mengaplikasikan satu contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Bahasa Melayu Tahap
Dua dengan memasukkan aspek Pengisian Kurikulum dan sekurang-kurangnya dua
aspek Kemahiran Bernilai Tambah. Berikan justifikasi anda mengapa anda memilih aspek
tersebut.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5


Tarikh : 15 Mei 2013 (Khamis)
Masa : 8.10 pagi – 9.10 pagi
Tema : Keselamatan
Tajuk : Seni Mempertahankan Diri (Buku Teks ms 18)
Tahun : 5 Mutiara
Bilangan murid : 30 orang
Hasil Pembelajaran :
Fokus Utama : Kemahiran Membaca
6.2 Membaca dan mengenalpasti pelbagai genre
Aras 1 (i) Mengenalpasti penggunaan kata, frasa, ayat dan peribahasa dalam
sesuatu genre.
Fokus Sampingan : Kemahiran Mendengar dan Bertutur
1.5 (i) Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat
dengan menggunakan kata, ungkapan dan ayat yang sesuai.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat:


i. Membaca dan memahami pelbagai genre penulisan.
ii. Memahami penggunaan kata, frasa, ayat dan peribahasa dalam
sesuatu genre.
iii. Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan
tersirat dengan menggunakan kata ungkapan dan ayat yang sesuai.
PENGISIAN i. Ilmu: Sains (anggota badan)
KURIKULUM ii. KBT: Kecerdasan pelbagai – verbal linguistik, kinestetik dan
Interpersonal, natural, spatial.
KBKK: menciri
iii. Nilai: Keberanian, kerjasama, tolong-menolong
SISTEM BAHASA Tatabahasa : Kata Hubung
BBM Komputer riba, Projektor LCD, Video, teks cerita, borang pengurusan grafik,
Lembaran kerja, video “Boboi Boy”
Langkah/ Isi pelajaran Aktiviti P&P Catatan
masa
Set induksi Guru menayangkan sebuah 1.Guru bersoaljawab tentang video BBM:
(5 minit) video berkaitan seni yang ditayangkan. Komputer riba,
mempertahankan diri. 2.Bersoal jawab tentang watak yang projektor LCD
“Boboi Boy” terdapat dalam video Video klip
3.Guru memperkenalkan tajuk iaitu
“Seni Mempertahankan Diri”

Langkah 1 1.Melakonkan semula teks 1. Guru mengedarkan teks cerita BBM:


(30minit) cerita yang berkaitan dengan kepada setiap murid. Teks cerita (Skrip),
video. 2.Murid-murid diminta membaca Ilmu: Sains
2. Guru menyatakan watak- petikan cerita dan cuba fahamkan.
watak yang terdapat dalam 3.Guru bersama-sama murid
petikan tersebut iaitu: membaca semula petikan tersebut. KBT:
a) Boboi Boy 4.Guru mengarahkan murid-murid Kecerdasan
b) Gopal untuk menghafal skrip cerita tadi pelbagai
c) Atok Aba dalam kumpulan masing-masing -kinestetik
d) Yaya kemudian melakonkan watak dalam -verbal linguistik
e) Ying teks cerita tersebut. -natural
f) Multi-monster 5. Setiap kumoulan terdiri daripada 6 -spatial
g) Adu du orang.
Penilaian:
Guru membimbing lakonan
murid.
Langkah 2 Kata hubung yang terdapat 1.Murid diminta menggariskan kata BBM:Borang
(10 minit) dalam teks : hubung yang terdapat dalam teks. Pengurusan Grafik
a) dan 2.Guru mengedarkan borang
b) jika pengurusan grafik kepada setiap KBT :
c) kerana murid. Kecerdasan
3.Murid-murid diminta melengkapkan pelbagai :
Penilaian : Menyemak kata borang pengurusan grafik tersebut. -intrapersonal
hubung yang dinyatakan oleh 4.Murid-murid menyenaraikan kata
murid hubung yang telah digaris.

Langkah 3 Membina ayat daripada kata 1.Daripada kata hubung yang BBM
(10 minit) hubung yang terdapat di dalam dinyatakan tadi, murid diminta Lembaran Kerja
Langkah/ Isi pelajaran Aktiviti P&P Catatan
masa
teks. membina ayat.
Guru membimbing murid 2. Guru mengarahkan murid untuk
membina ayat. membaca ayat yang telah dibina KBT:
secara rawak. KBKK: Menciri
Pengayaan : Nyatakan 3 lagi
kata hubung selain daripada
kata hubung yang dinyatakan
dalam Borang Pengurusan
Grafik. Kemudian bina ayat
berdasarkan kata hubung
tersebut

Penutup Rumusan: 1.Murid menyatakan nilai- nilai murni Nilai murni:


(5 minit) Nilai murni yang dipelajari pada hari ini. - Kerjasama
Video 2.Murid-murid menyanyi bersama- - Tolong-
“Boboi Boy” sama. menolong.
- Keberanian

Refleksi:
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

Kelemahan:
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

Cara mengatasi:
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran, kaedah atau strategi yang digunakan semasa
mengajar di dalam bilik darjah dan untuk diaplikasikan oleh murid dalam kehidupan harian
mereka. Keberkesanan pengajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan
bahan bantu dan teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara
kritis dan kreatif, berkomunikasi dan berinteraksi. Untuk rancangan pengajaran harian (RPH)
yang dirancang saya menggunakan kemahiran bernilai tambah kecerdasan pelbagai dan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Kecerdasan Pelbagai
Saya memlih kemahiran bernilai tambah kecerdasan pelbagai dalam rancangan pengajaran
harian saya kerana kemahiran ini dapat mengembangkan potensi kecerdasan, minat dan
kecenderungan murid. Ini kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang
berbeza. Kecerdasan pelbagai merangkumi lapan (8) elemen iaitu kecerdasan verbal linguistik,
logik matematik, muzik, kinestetik, visual ruang, interpersonal (komunikasi perseorangan
dengan perseorangan dan perseorangan dengan kumpulan), intrapersonal (keupayaan kognitif
untuk memahami dan mengenali diri sendiri dan dapat membuat keputusan berdasarkan
pengalaman dan perasaan diri sendiri), naturalis dan spiritual (kerohanian) (kssr).

Kemahiran Berfikir
Saya memilih kemahiran berfikir kerana kemahiran ini dapat menggalakkan murid berfikir
secara kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran
berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat
keputusan penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. Dalam
rancangan pengajaran harian (RPH), saya menggunakan kemahiran berfikir secara kritis iaitu
mencirikan. Aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyatakan ciri – ciri unsur, memperlihatkan
sifat, menyenaraikan ciri – ciri, sifat dan unsur, mengenal pasti kualiti, sifat, ciri dan unsur serta
aktiviti menyebutkan ciri – ciri, sifat dan unsur.

REFLEKSI

Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana limpah kurnia dan izin-Nya dapatlah
saya menyiapkan tugasan projek PKE 3103 Kurikulum Dan Pedagogi Pendidikan Kesihatan
Terdapat banyak pengalaman yang saya perolehi baik pahit dan manisnya. Kalau nak difikirkan
memang susah hendak mulakan tugasan ini kerana saya sudah lama tidak mengajar
Pendidikan Kesihatan KSSR . Lagi satu, perjumpaan dengan rakan – rakan dan pensyarah
amatlah terhad masanya. Namun saya tetap mengharunginya demi melengkap tugasan projek
ini dengan rasa gembira dan seterusnya melayakkan saya untuk menduduki peperiksaan akhir
semester.

Dari segi kelebihan membuat tugasan projek ini ialah saya dapat menajamkan
kefahaman saya tentang penggunaan standard kandungan, standard prestasi serta rancangan
tahunan dan juga mingguan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan KSSR. Saya dapat
memahami Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Saya juga berasa seronok,
teruja dan gembira kerana dapat ilmu yang banyak membantu untuk digunakan di sekolah atau
di mana sahaja saya berada.

Akhir sekali dalam hal menjayakan program ini, sokongan dan idea yang diberikan
daripada pensyarah amat diperlukan. Dengan ini ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Razak Bin Sulong serta rakan – rakan kelas PJM 1
dan PJM 2 yang ada terlibat secara langsung mahupun tidak langsung kerana sudi membantu
dan bekerjasama dalam memberikan pendapat serta idea untuk melengkapkan dan
menjayakan tugasan projek PKE 3103 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN
KESIHATAN ini.
Sekian, terima kasih.

MOHD SYAFIZ BIN ZAKARIA


800802 – 04 – 5207
UNIT: PJ1 / PJMA AMBILAN JUN 2011 (SEMESTER 5)

RUJUKAN
BUKU
1. Faridah binti Nazir, (2009). Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Meleyu.
Selangor. Open University Malaysia.
2. Dr. Faridah binti Nazir, Dr. Tuan Jah binti Tuan Yusof. (2013). Pengajian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Puchong, Selangor
Darul Ehsan.
3. AB. Rahman AB. Rashid, Yap Kim Fatt, AB. Rahim Selamat. (1997). Pengajian Melayu 1.
Longman Malaysia Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
4. AB. Rahman AB. Rashid, Yap Kim Fatt. (1997). Bahasa Melayu Komunikasi 1. Longman
Malaysia Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

JURNAL
1. http://www.ukm.my/jpbm/pdf/1-11%20Zuraini%20et%20al.UPM.pdf
2. http://www.ukm.my/jpbm/pdf/12-23%20Ong%20SC%20et%20al.KPM_0.pdf
3. http://www.ukm.my/jpbm/pdf/42-51%20Rasid%20et%20al.UPM.pdf
4. http://apps1.moe.gov.my/ipba/ResearchPaper/journal/article3.pdf

INTERNET
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran
2. http://masniahsuwardi.blogspot.com/2013/04/tugasan-bmm3101-pengajian-sukatan.html
3. http://www.scribd.com/doc/47852324/PENGAJIAN-SUKATAN-PELAJARAN-BAHASA-
MELAYU-SEKOLAH-RENDAH
4. http://pismppml09.blogspot.com/2010/10/bmm3101-pengajian-sukatan-pelajaran.html
5. www.pkgbukitgambir.com/wp-content/.../07-Agihan-Tajuk.doc

BAHAN CETAK LAIN


1. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Kemahiran berfikir dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Kuala Lumpur.
2. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur:Pusat Perkembangan Kurikulum.
3. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum.
4. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah. Kuala Lumpur.

You might also like