Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Sajian ayam masak merah sangat sesuai jika dihidangkan bersama nasi putih

ataupun nasi tomato. Ia merupakan sajian wajib bagi masyarakat Malaysia


dalam apa juga perayaan atau sambutan. Ia mudah dan ringkas disediakan
pada bila-bila masa.

Rahsia kelazatan sajian ini adalah memastikan sambal  yang disediakan


masak sepenuhnya. Hal ini demikian kerana sambal yang masak dapat
mengelakkan sajian ini daripada menjadi rosak dan basi dengan cepat.  Anda
tahu tak pasal tip ini?

Kalau anda nak resepi ayam masak merah yang dapat disediakan dengan
pantas, cuba resepi di bawah. Jika anda mahu yang lebih rumit, cubalah
resepi versi Butterkicap. ini.

Bahan-Bahan:

 1/2 ekor ayam, dipotong lapan


 2 sudu besar sos tomato
 2 sudu besar sos cili
 1 sudu besar sos tiram
 Minyak masak secukupnya
 250g Cili kering, dididih dan dikisar
 Air secukupnya
 1 biji besar Bawang besar, dimayang
 2 cili merah, dimayang
 Garam secukup rasa
 

Bahan Kisar

 1 biji bawang besar


 5 ulas bawang putih
 1/2 inci halia
 

Cara-Cara:
1. Gorengkan ayam dalam kuali sehingga separuh masak.
2. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak masak. Tumiskan bahan yang telah
dikisar (bawang merah, bawang putih, halia) sehingga naik bau. Masukkan cili
kering yang telah dikisar. Biarkan sehingga mendidih. Jangan bagi hangit.
Kacau perlahan.
3. Masukkan air sekiranya terlalu kering. Tambahkan sos tiram, sos cili dan sos
tomato serta garam secukup rasa.
4. Kemudian, masukkan ayam dan bawang besar serta cili yang telah dimayang.
Gaulkan sehingga sebati. Apabila ayam sudah masak sepenuhnya.
5. Tutup api dan ia siap untuk dihidangkan.
 

You might also like