Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

NAMA: UJIAN SAINS SUKAN STPM PENGGAL 1 TARIKH:

Bahagian A (30 markah) Jawab semua soalan dalam bahagian ini

1. Isu berkaitan gender dalam dunia sukan bukan lagi menjadi kekangan utama penglibatan wanita
dalam sukan. Keperluan untuk bersukan memberikan ruang yang lebih fleksibel terhadap kelelakian
dan kewanitaan untuk mencapai persamaan gender dalam sukan.

(a) Nyatakan dua isu sosial yang masih lagi menjadi kekangan terhadap penglibatan wanita dalam
sukan. (2 markah)

(b) Jelaskan tiga sebab penglibatan wanita dalam bidang sukan semakin meningkat. (3 markah)

(c) Cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan penglibatan
wanita dalam sukan. (2 markah)

2. Rajah dibawah menunjukkan jadual pembahagian kumpulan dalam satu Kejohanan Bola Tampar
Bawah 16 Tahun anjuran Milo.

KUMPULAN A KUMPULAN B
JOHOR SELANGOR
PAHANG KELANTAN
SARAWAK MELAKA
TERENGGANU PERAK
(a) Nyatakan nama sistem pertandingan yang digunakan di atas dengan tepat. (1 markah)

(b) Kirakan jumlah perlawanan pusingan awal bagi kumpulan A (Tunjukkan jalan pengiraan)

(2 markah)

(c) Senaraikan dua pasukan seeded. (2 markah)

(d) Nyatakan tiga kelebihan menggunakan sistem pertandingan kalah mati sekali. (3 markah)

3. Pengurusan risiko telah menjadi satu disiplim dalam bidang pengurusan kesenggangan dan
rekreasi.

(a) Jelaskan takrif pengurusan risiko menurut Powell dan Kliens (1996) (2 markah)

(b) Huraikan secara ringkas, bagaimana berlakunya pemindahan risiko dalam situasi perkhemahan.

(2 markah)

(c) Terangkan prosedur pengurusan risiko. (3 markah)


NAMA: UJIAN SAINS SUKAN STPM PENGGAL 1 TARIKH:

4. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan sosiologi sukan.  (1 markah)

(b) Nyatakan dua langkah meningkatkan penglibatan wanita dalam sukan.

(3markah)                        

(c) Apakah yang dimaksudkan dengan sosialisasi ke dalam sukan dan sosialisasi menerusi

sukan. (4 markah)

Bahagian B. Jawab mana-mana dua soalan dalam bahagian ini [30 markah]

5. (a) Jelaskan perbandingan antara sistem liga dengan sistem kalah mati.                  [ 6 markah ]

    (b) Huraikan faktor-faktor yang diberi perhatian dalam menganjurkan sesuatu kejohanan

sukan di sekolah anda.                                   [ 9 markah ]

6. (a) Huraikan kelebihan kegiatan kesenggangan dan rekreasi kepada individu, masyarakat dan

negara. [ 15 markah ]

7. (a) Jelaskan penyelenggaraan berkala dan tidak berkala prasarana sukan [4 Markah]

(b) Perihalkan tiga kaedah penyelenggaraan peralatan sukan. [6 Markah]

(c) Perihalkan kepentingan inventori dalam pengurusan stor sukan. [5 markah]

You might also like