Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

ISU

Adakah perjanjian antara Jin dengan Sim sah di sisi undang-undang?

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
Menurut seksyen 2(h) Akta Kontrak 1950, suatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh
undang-undang adalah satu kontrak. Menurut Seksyen 24(e) Akta Kontrak 1950
menggariskan dua bentuk perjanjian yang menyalahi undang-undang iaitu perjanjian tidak
bermoral dan perjanjian yang bertentangan dengan muslihat awam. Secara prinsipnya,
sesuatu perjanjian yang membenarkan kegiatan yang tidak bermoral adalah tidak sah dan
batal.

KES
Di dalam kes Aroomoogam Chitty lwn Lim Ah Hang (1894), plaintif telah meminjamkan
sejumlah wang kepada defendan bagi membolehkannya menjalankan perniagaan pelacuran.
Defendan menyatakan tujuan wang itu dipinjam ialah untuk membeli barang kemas dan
pakaian untuk kegunaan pelacur di bawah jagaannya.

KEPUTUSAN MAHKAMAH
Mahkamah memutuskan bahawa perjanjian di antara plaintif dan defendan adalah tidak sah
dan batal keranan perjanjian tersebut dibuat untuk maksud yang tidak bermoral. Pihak plaintif
tidak boleh mendapatkan wangnya kembali kerana plaintif mengetahui tujuan defendan
meminjam wang darinya.

RUMUSAN
Jin telah membuat perjanjian dengan Sim untuk menyewa rumah kedai kepunyaan Jin di
Jalan Stadium kepada Sim selama 24 bulan dengan sewa RM1200.00 sebulan. Berdasarkan
seksyen 24(e) Akta Kontrak 1950, perjanjian antara Jin dan Sim adalah perjanjian yang
menyalahi undang-undang iaitu perjanjian tidak bermoral. Hal ini kerana Sim menyewa
rumah kedai kepunyaan Jin bagi aktiviti jualan haram dan Jin sudah sedia maklum tentang
perkara tersebut. Jin ingin menuntut bayaran sewa rumah daripada Sim yang masih
tertunggak selama enam bulan. Walau bagaimanapun, Jin tidak boleh menuntut atau
mendapatkan wangnya kembali kerana telah mengetahui tujuan Sim menyewa rumah kedai
kepunyaanya adalah bagi aktiviti jualan haram. Situasi ini sama seperti kes Aroomoogam
Chitty lwn Lim Ah Hang (1894).

KESIMPULAN
Kesimpulannya, perjanjian antara Jin dan Sim adalah tidak sah dan batal kerana perjanjian
tersebut dibuat untuk maksud yang tidak bermoral. Jin tidak boleh menuntut atau
mendapatkan bayaran sewa yang tertunggak daripada Sim selam enam bulan kerana telah
mengetahui tujuan Sim mengewa rumah kedainya untuk aktiviti jualan haram.

You might also like