Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Sains Tahun 5

Tajuk : Elektrik

(A) Sumber Tenaga Elektrik

1. Tenaga elektrik tidak dapat dilihat tetapi fungsinya boleh diperhatikan pada
setiap masa.
2. Terdapat 7 sumber tenaga elektrik: 

Sel kering
akumulator

Janakuasa hidroelektrik
Sel suria dinamo

Bateri telefon bimbit.


Generator

(B) Litar Elektrik Lengkap

1. Litar elektrik terdiri daripada 4 komponen asas, iaitu:


1. Sel kering
2. Mentol
3. Suis
4. Wayar

Gambar litar elektrik lengkap dengan 3 sel kering,


satu mentol dan satu suis.
Lakaran berbentuk simbol litar elektrik lengkap dengan satu sel kering,
satu mentol dan satu suis.

 (C) Fungsi Suis

1. Suis ialah alat yang digunakan untuk menyambung dan memutuskan litar


elektrik.
2. Apabila suis ditutup, mentol pada litar elektrik akan menyala. Litar ini
dipanggil litar elektrik lengkap.
3. Apabila suis terbuka, mentol tidak menyala. Ini kerana arus elektrik tidak
dapat mengalir melalui litar elektrik yang tidak lengkap.

(D) Simbol Komponen

1. Penggunaan simbol komponen akan memudahkan lakaran litar


elektrik dan menjimatkan masa. 
(E) Kecerahan Mentol

1. Kecerahan mentol akan dipengaruhi oleh :

1. Bilangan mentol
1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara bilangan mentol
dengan kecerahan mentol.
2. Hubungan: Semakin bertambah / banyak mentol dalam litar
elektrik, semakin berkurang / malap kecerahan mentol.
2. Bilangan sel kering

1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara bilangan sel


kering dengan kecerahan mentol.
2. Hubungan: Semakin bertambah / banyak bilangan sel kering
dalam litar elektrik, semakin bertambah / cerah kecerahan
mentol.

 
(F) Litar Bersiri dan Litar Selari

Litar Bersiri Litar Selari


(G) Kecuaian Pengendalian Peralatan Elektrik

1. Berikut merupakan beberapa kecuaian semasa mengendalikan peralatan


elektrik:
1. Memegang suis dengan tangan yang basah.
2. Membiarkan peralatan elektrik terpasang lama.
3. Menggunakan wayar yang rosak.
4. Mencucuk soket menggunakan bahan konduktor elektrik.
5. Tidak mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa
menggunakan peralatan elektrik.
6. Tidak mempelajari kaedah yang betul semasa menggunakan peralatan
elektrik di rumah.
2. Kecuaian semasa mengendalikan peralatan elektrik akan menyebabkan:
1. Renjatan elektrik
2. Kebakaran
3. Kulit melecur
4. Kejutan Elektrik
 (H) Langkah-Langkah Keselamatan

Langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan peralatan elektrik


perlulah dititikberatkan:

1. Elakkan membaiki peralatan elektrik dalam keadaan suis terpasang.


2. Elakkan membuka atau menutup suis dengan tangan yang basah.
3. Elakkan memasang plag 2 pin dengan bahan konduktor elektrik.
4. Pasang palam plastik khas untuk memasang plag 2 pin.
5. Pastikan peralatan elektrik dipantau semasa menggunakannya.
6. Elakkan memasang terlalu banyak plag pada sesuatu soket.
7. Elakkan membiarkan seterika seketika di atas pakaian.
8. Elakkan bermain layang-layang berhampiran dengan kabel elektrik.
9. Jangan guna peralatan elektrik yang sudah rosak.
10. Jangan cuba membaiki sendiri peralatan elektrik yang rosak.  

You might also like