Strategi Pemasaran 4P

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1.

1 Strategi Pemasaran 4P

4P merupakan kandungan yang terdapat dalam campuran pemasaran. Campuran pemasaran 4P


merujuk kepada 4 faktor yang bermula dengan huruf P iaitu Product, Place, Promotion dan Price.

1.1.1 Produk (Product)

Produk merupakan hasil proses pengeluaran yang dilakukan oleh pengeluar atau usahawan
kepada pembeli. Produk ini juga boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu produk fizikal, produk
digital dan servis. Produk pastri yang ingin dihasilkan merupakan produk jenis fizikal yang
memerlukan usahawan menilai produk tersebut dari segi pembungkusan, ciri-ciri produk,
pencapaian piawaian yang ditetapkan, keberkesanan kepada pelanggan dan kandungan yang
digunakan mempengaruhi pengguna dalam membuat keputusan. Hal ini kerana, sebahagian besar
pendapatan sesuatu syarikat berasal dari produk yang dijual kepada pelanggan yang membeli
produk tersebut untuk keperluan mereka. Produk yang dikeluarkan perlulah dinilai dari segi nilai
komersial dan kepuasan pelanggan (customer value). Pada zaman yang semuanya boleh dimiliki
dihujung jari, banyak kajian yang menunjukkan bahawa pelanggan lebih menyukai produk yang
secara relatifnya murah tetapi mempunyai kualiti yang baik. Tony Woodall (2007), juga menyatakan
bahawa kualiti produk penting dalam memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan bagi menjamin
kepuasan membeli yang maksimum kepada pelanggan.

1.1.2 Tempat (Place)

Tempat atau saluran pengedaran merupakan satu platform di mana pengguna boleh
mendapat akses kepada produk atau perkhidmatan yang dikehendaki (Yeu, Liong, Tong, Hang,
Tang, Bashawri & Subhan, 2012). Menurut Selim Ahmed and Md. Habibur Rahman (2015), saluran
pengedaran boleh ditakrifkan sebagai laluan di mana aliran barangan dan perkhidmatan dalam satu
arah. Saluran pengedaran merupakan fungsi ekonomi yang penting kerana ia merapatkan jurang
antara pengeluar dan pengguna apabila pengguna boleh mendapatkan produk atau perkhidmatan
dengan mudah. Ini seperti yang dinyatakan oleh Hashim (2011) bahawa pengguna akan berpuas
hati jika produk yang disediakan pada masa yang betul, tempat yang betul dan dalam kuantiti yang
betul.
1.1.3 Promosi (Promotion)

Promosi adalah usaha usahawan untuk berkomunikasi dan mempromosikan produknya ke pasaran
sasaran (Kotler, 2012). Komunikasi yang digunakan bagi mempromosikan produk adalah untuk
memberitahu, memujuk, mengingatkan, meyakinkan pengguna yang berpotensi supaya mencuba
dan membeli keluaran barangan dan perkhidmatan yang dipasarkan. Menurut Hakansson (2005),
promosi merupakan satu isu bagaimana usahawan dapat mencampurkan alat komunikasi
pemasaran untuk menarik minat pelanggan bagi mendapat mesej tentang produk yang dikeluarkan.
Promosi campuran pemasaran merupakan alat yang membantu menyebarkan maklumat,
menggalakkan pembelian dan memberi kesan kepada proses keputusan pembelian. Promosi
campuran pemasaran yang boleh digunakan adalah seperti pengiklanan, perhubungan awam
(public relations), mata pembelian (point of purchase) serta promosi yang eye catching untuk
menarik perhatian pelanggan.

1.1.4 Harga (Price)

Penentuan harga sesuatu produk adalah berdasarkan kos pengeluaran, kos pengagihan dan
struktur kos pesaing dalam pasaran. Oleh itu, harga merupakan satu perkara yang peling penting
dalam campuran pemasaran kerana harga bukan sahaja dapat meningkatkan keuntungan, malah ia
juga dapat meningkatkan syer pasaran. Menurut Monroe (2003), harga merupakan titik utama untuk
pelanggan menilai apa yang ditawarkan di pasaran. Harga juga merupakan faktor utama dalam
hubungan transaksi di mana ia adalah salah satu medium yang digunakan oleh pengeluar untuk
menangani pasaran, sama ada menarik atau mengekalkan pelanggan sebagai elemen dalam
bersaing dengan pesaing (Summerour, 2000; Patton, 2002; Beck, 2000). Selain itu, Ehmke, Fulton
dan Lusk (2016), memberitahu bahawa harga merupakan satu gambaran bagi sesuatu produk.
Contohnya, harga yang baik untuk produk yang baik. Oleh sebab itu, penentuan harga sesuatu
produk adalah penting bagi mengelakkan kerugian kepada pengeluar.

1.2 Kaedah Pemasaran yang Dilaksanakan


Produk

Promosi
Campuran Tempat
pemasaran

Harga

Rajah 1. Kaedah campuran pemasaran


1.2.1 Produk

Daily_cious Bakery merupakan kedai pastri yang menjual produk pastri seperti Churrose
oreo, Paf sardin . Ketiga-tiga produk pastri yang dihasilkan ini merupakan produk yang telah
diinovasikan dan ditambah baik mengikut citarasa pelanggan. Penambahbaikan dan inovasi ini
bertepatan dengan kenyataan Kotler P., Armstrong, Saunders, dan Wong (2005), bahawa sesuatu
produk yang ditawarkan kepada pelanggan perlu mengikut kemahuan dan kehendak pelanggan
termasuklah objek fizikal, perkhidmatan dan tempat. Produk yang dihasilkan ini merupakan satu-
satunya produk yang dikeluarkan oleh Daily_cious bakery dan tidak dijual di tempat lain. Oleh
sebab produk ini unik dan tidak dapat diperoleh di tempat lain, produk-produk yang dikeluarkan oleh
Daily_cious bakery mendapat permintaan ramai. Rata-rata pelanggan yang sering membeli di
Daily_cious pastri menyatakan produk pastri ini memiliki rupa fizikal yang unik dan eye catching.
Tambahan lagi, mereka beranggapan fizikal produk yang unik ini bukanlah hanya menarik dari
luaran sahaja, bahkan dari segi rasanya yang sedap dan dan enak juga mempengaruhi mereka
untuk sering membelinya. Menurut Dang (2015), produk adalah salah satu elemen pemasaran dan
yang pertama sebelum kaedah pemasaran yang lain. Oleh itu, Daily_cious Bakery sentiasa
memastikan fizikal, rasa dan tekstur produk yang dihasilkan membuatkan pelanggan sentiasa ingin
membelinya sehinggakan kini kami mempunyai pelanggan yang tetap.

You might also like