Teks

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pengalaman Menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan

Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan hari yang amat bermakna kepada seluruh rakyat
Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama kerana pada hari tersebutlah negara kita
mencapai kemerdekaan.

Ayah telah berjanji bawa saya dan adik meraikan Hari Kebangsaan di Dataran
Merdeka. Pada hari tersebut, kami bertolak pada awal pagi untuk elak kesesakan lalu-lintas.
Kami telah cari tempat yang strategik, iaitu di barisan paling hadapan agar dapat melihat
dengan lebih jelas.

Tepat jam 7.30 pagi, dif-dif kehormat telah mengambil tempat duduk di atas
pentas utama. Orang ramai turut membanjiri Dataran Merdeka. Upacara bermula dengan
nyanyian lagu “Negaraku” dan lagu-lagu patriotik. Bendera Jalur Gemilang dinaikkan dan
berkibar megah di angkasa.

Selepas itu, Perdana Menteri menyampaikan ucapan di atas pentas. Beliau


mengakhiri ucapannya dengan laungan “Merdeka” sebanyak tujuh kali. Seluruh rakyat jelata
sahut laungannya dengan penuh semangat patriotisme sambil kibar Jalur Gemilang.
Suasana di Dataran Merdeka meriah sekali.

Seterusnya, perbarisan lintas hormat diketuai oleh pasukan pancaragam diikuti


oleh pasukan beruniform seperti pasukan polis, tentera, bomba, murid-murid sekolah,
kakitangan kerajaan dan kumpulan pejuang veteran negara. Mereka kelihatan segak dan
gagah dengan pakaian seragam masing-masing.

Perarakan kereta berhias dan pertunjukkan akrobatik jet pejuang turut


memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Kebangsaan. Saya sempat merakamkan detik-
detik yang sungguh mengagumkan ini dengan perakam video. Saya akan kongsi rakaman
ini dengan kawan-kawan di sekolah nanti.

Kira-kira jam 11.00 pagi, upacara sambutan Hari Kebangsaan telah berakhir. Saya
telah dapat satu pengalaman yang amat berharga. Saya cinta akan tanah air saya dan
bangga menjadi rakyat Malaysia. Saya harap dapat sambut lagi Hari Kemerdekaan.

You might also like