Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 2
PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA, Office of the Director General of Education Malaysia PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA Level 7 Block J Damansara Town Centre 50604 KUALA LUMPUR ‘el 03-2098 3120, Fac 03-2093 5160 Lamon web: hip: wwwanoe.govany. KP(BS)8591/Jid. XVI 7) 27 September 2004 Semua Pengarah Pelajaran Negeri, Y. Bhg. Datuk/Dato'/Tuan/ Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.T /2004: PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikefuarkan dengan tujuan memaklumkan pelaksanaan Kurikuium Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran mulai 1 Januari 2004. 2. Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran_ ini adalah seperti yang diperuntukkan dalam AKTA PENDIDIKAN 1996, Bas 8 PENDIDIKAN KHAS, SEKSYEN 41, SUBSEKSYEN (1) (b). 3. Keseluruhan kurikulum ini adalah berlandaskan model konseptual kurikulum yang berfokus kepada keperluan individu murid pendidikan khas dengan mengambil kira kepelbagaian keupayaan murid-murid berkenaan berdasarkan tiga prinsip utama iaitu, pendidikan menyefuruh dan bersepadu, pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna serta pendidikan sepanjang hayat. 4. Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran ini merangkumi perkara-perkara berikut: 4.1 Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah & Menengah. 4.2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah (Bidang Pengurusan Kehidupan). 43 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah danMenengah (Bidang Akademik Berfungsi). 4.4 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas — Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah (Bidasig Kerohanian dan Nilai-nilai Murni), 4.5 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah (Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti) 5. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan kurikulum ini, Rancangan Pendidikan individu (RPI) setiap murid hendaklah disediakan, 6. _ Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Bahagian/Daerah dan Guru-Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan, Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” were TAN SRI ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sk. 1. Y.B. Dato’ Hisharamuddin bin Tun Hussein Menteri Pelajaran Malaysia 2. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Timbalan Menteri Pelajaran 3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pelajaran 4. Y.B. P. Komala Devi Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran 5. _ Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran 6. _Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha 7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran 8. _ Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran 9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah 10. Pegawai Perhubungan Awam

You might also like