Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

BAHAGIAN A [ 15 MARKAH ]

Jawab semua soalan.

1. Jelaskan dua dasar yang dijalankan oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam
kalangan rakyat berbilang kaum. [4]

a. ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
b. ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

2 Sektor swasta diakui sebagai pemacu utama dalam menjayakan Wawasan 2020.
Nyatakan empat kebaikan Dasar Penswastaan. [4]

a. ____________________________________________________________________
b. ____________________________________________________________________
c. ____________________________________________________________________
d. ____________________________________________________________________

3 Dasar Alam Sekitar Negara bertujuan mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke


dalam aktiviti pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara. Huraikan dua cara untuk
mencapai matlamat tersebut. [4]

a. ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
b. ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

4 Nyatakan tiga daripada tujuh bidang yang diberi tumpuan oleh Bidang Keberhasilan
Utama Negara (NKRA) untuk memenuhi keperluan rakyat. [3]

a. __________________________________________________________________

b. ___________________________________________________________________

c. ___________________________________________________________________

BAHAGIAN B [ 20 MARKAH ]
SMKST/PERCUBAAN STPM 900/2 2
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta pai yang
sesuai untuk menunjukkan perbandingan jumlah perbelanjaan pembangunan Kerajaan
Persekutuan mengikut sektor bagi tempoh masa yang dinyatakan.

Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2015 merupakan belanjawan di bawah


Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK 10) manakala perbelanjaan Kerajaan Persekutuan pada
tahun 2016 merupakan belanjawan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK 11).

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM52.792 bilion untuk perbelanjaan


pembangunan pada penghujung tempoh RMK 10 dan jumlah ini dijangka menurun sebanyak
RM6.375 bilion pada awal tempoh RMK 11. Penurunan ini disebabkan negara mengalami
difisit fiskal kira-kira 5.4% lebih tinggi berbanding dengan tahun sebelumnya. Sektor
Keselamatan diperuntukkan sebanyak RM3.970 bilion pada tahun 2015 dan daripada jumlah
tersebut digunakan untuk pertahanan sebanyak RM2.666 bilion sementara Keselamatan
Dalam Negeri sebanyak RM1.304 bilion. Pada tahun 2016, jumlah peruntukan untuk sektor
ini dijangka mencatat sebanyak 9.84% atau RM4.569 bilion.

Bagi sektor Perkhidmatan Sosial pula, sejumlah RM20.784 bilion telah diperuntukkan
pada tahun 2015, namun jumlah ini dijangka merosot sebanyak 39.34% kepada RM12.607
bilion pada tahun 2016. Pengurangan ini berlaku berikutan faktor ekonomi yang meresahkan
mendorong kerajaan berhati-hati dalam menyalurkan peruntukan kepada sektor ini.

Selaras dengan tema ‘Transformasi ke arah negara maju berpendapatan tinggi’, bajet
yang paling banyak diperuntukkan dijangka ialah kepada sektor Perkhidmatan Ekonomi,
dengan sebanyak RM28.156 bilion pada tahun 2016. Nilai ini menunjukkan lebihan
sebanyak RM 2.035 bilion berbanding dengan peruntukan pada tahun sebelumnya. Daripada
peruntukan tersebut, kemudahan dan pengangkutan mendapat nilai perbelanjaan sebanyak
RM8.665 bilion di samping pembangunan untuk pertanian dan luar bandar mendapat
peruntukan sebanyak 11.17%. daripada jumlah keseluruhan peruntukan sektor ekonomi. Pada
tahun 2016 pula, pengangkutan dijangka mendapat peruntukan yang paling banyak, iaitu
RM10.140 bilion. Hal ini berikutan hasrat kerajaan untuk menyejahterakan hidup rakyat
dengan meningkatkan sistem pengangkutan awam yang efisien dan selesa.

Sektor Pentadbiran Am pula mendapat peruntukan yang paling sedikit berikutan


langkah penjimatan oleh kerajaan Malaysia. Pada tahun 2015, peruntukan yang diterima ialah
sebanyak RM1.917 bilion dan dijangka berkurangan sebanyak RM832 juta pada tahun 2016.

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 2015,


Kementerian Kewangan Malaysia)
6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan jumlah kes jenayah perdagangan yang dilaporkan, bilangan orang yang

SMKST/PERCUBAAN STPM 900/2 3


ditangkap dan bilangan orang yang didakwa kerana terlibat dalam pelabagi kesalahan jenayah
tersebut bagi tempoh masa yang dinyatakan.

Seramai 5 575 orang telah ditangkap kerana dipercayai terbabit dalam pelbagai
jenayah perdagangan antara tahun 2011 hingga tahun 2014. Perangkaan pihak polis
menunjukkan bahawa 2 804 orang atau 50.3 peratus daripada mereka yang ditangkap bagi
tempoh itu sudah didakwa di mahkamah. Bilangan ini merupakan 14.1 peratus daripada
sejumlah 19 864 kes jenayah perdagangan yang dilaporkan dalam tempoh tersebut. Antara
kes-kes jenayah yang sering dilaporkan termasuklah kes pecah amanah dan penipuan.

Pada tahun 2011, sebanyak 5 026 kes jenayah perdagangan telah dilaporkan dan
seramai 1 209 orang telah ditangkap. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 69.17 peratus telah
didakwa di mahkamah.

Pada tahun 2012, bilangan orang yang didakwa di mahkamah didapati berkurang
sebanyak 8.13 % berbanding dengan bilangan tahun sebelumnya. Bilangan ini mewakili 68.5
peratus daripada 1 122 orang yang ditangkap atas kesalahan melakukan jenayah perdagangan.
Pada tahun tersebut, pihak polis telah menerima sebanyak 5 043 kes laporan yang
dikategorikan sebagai kes jenayah perdagangan.

Pada tahun 2013, bilangan orang yang ditangkap atas tuduhan melakukan jenayah
perdagangan telah meningkat sebanyak 980 orang walaupun kes yang dilaporkan pada tahun
itu berkurang menjadi 4 748 kes. Daripada jumlah tersebut, seramai 696 orang atau 33.1
peratus telah didakwa di mahkamah.

Pada tahun 2014, bilangan kes jenayah perdagangan yang dilaporkan meningkat
semula kepada 5 047 kes. Daripada jumlah ini, seramai 1 142 orang telah ditangkap dan
44.13 peratus daripadanya didakwa di mahkamah.

(Dipetik dan disesuaikan daripada Berita Harian, 10 Januari 2015.)

Bahagian C [25 markah]

Pilih satu daripada tajuk di bawah, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah perkataan.

7. Proses urbanisasi atau perbandaran menjadi satu keperluan kepada negara. Namun begitu,
perbandaran juga menimbulkan masalah kepada rakyat dan negara. Bincangkan.

8. Bekalan air bersih di negara ini didapati semakin berkurang. Keadaan ini boleh
mengundang pelbagai kesan kepada manusia dan alam sekitar. Bincangkan.

SMKST/PERCUBAAN STPM 900/2 4

You might also like