Nota Topik Bunyi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TOPIK 6: BUNYI

GETARAN DAN BUNYI

1. Bunyi dihasilkan oleh getaran


2. Bunyi boleh dihasilkan dengan 4 cara iaitu:
a) Tiupan : Apabila seruling ditiup, udara dalam seruling akan bergetar
b) Ketukan : Apabila xilofon diketuk, xilofon akan bergetar
c) Petikan/Gesekan : Tali pada biola akan bergetar apabila digesek
d) Tepukan : Kepingan sambal akan bergetarapabila diketuk

BUNYI BERGERAK

1. Bunyi boleh bergerak ke semua arah.


2. Orang yang berada di depan dan belakang kereta polis, akan dapat mendengar siren
yang dibunyikan oleh kereta polis tersebut.

BUNYI BOLEH DIPANTULKAN

1. Apabila bunyi terkena permukaan yang keras, bunyi akan dipantulkan.


2. Contohnya :
a) Bercakap di dalam bilik yang kosong
b) Menjerit di dalam gua
c) Menjerit di dalam dewan yang kosong
TOPIK 6: BUNYI

FENOMENA PANTULAN BUNYI

1. Contoh pantulan bunyi yang terdapat di sekeliling kita ialah:


a) Gema : Gema ialah bunyi yang dipantulkan pada permukaan yang keras. Contoh
menjerit di dalam gua.
b) Ultrasonik : Ultrasonik ialah bunyi yang tidak dapat didengar oleh manusia tetapi
boleh didengar oleh haiwan seperti kelawar, ikan lumba-lumba dan paus untuk
memandu arah dan mengesan lokasi masing-masing. Dalam bidang perubatan
pula, ultrasonic digunakan untuk mengesan organ di dalam badan pesakit atau
bayi di dalam kandungan.
c) Sonar : Sonar ialah teknologi yang digunakan untuk mengesan ikan di dalam
air/lautan.

BUNYI YANG BERFAEDAH DAN BUNYI YANG MEMUDARATKAN


Bunyi berfaedah Bunyi memudaratkan
1. Suara untuk kita berkomunikasi 1. Persekitaran yang bising menyukarkan
2. Muzik untuk hiburan kita berkomunikasi
3. Siren kecemasan seperti ambulan 2. Bunyi bising kenderaan di sekeliling
4. Deringan telefon untuk maklumat 3. Bunyi di tapak pembinaan yang
panggilan masuk berulang-ulang

Keburukan bunyi
Sukar berkomunikasi
Mengganggu ketenteraman
Memberi tekanan emosi
Boleh menyebabkan masalah pendengaran

Kekuatan bunyi diukur dalam unit decibel (dB). Bunyi yang kekuatanya melebihi 85 dB,
boleh menyebabkan kerosakan pada telinga kita.

MENGURANKAN PENCEMARAN BUNYI


1. Menggunakan penutup telinga bagi mereka yang bekerja di tempat yang bising
seperti di lapangan terbang.
2. Menggunakan objek penyerap bunyi seperti sofa, langsir, permaidani untuk
mengurangkan pantulan bunyi.
3. Menanam pokok bagi mengurangkan pencemaran bunyi di sekitar kita.

You might also like