Refleksi Sesi Kaunseling

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

REFLEKSI SESI KAUNSELING

Pada permulanya, saya telah membuat temu janji untuk berjumpa dengan kaunselor
dan saya telah bersedia untuk merasai diri saya sebagai seorang klien. Sebagai permulaaan,
prosedur pertama yang telah dijalankan ialah mengisi borang temu janji yang telah disediakan
oleh kaunselor dan saya juga perlu merujuk kepada jadual waktu yang telah disediakan oleh
kaunselor berdaftar. Butiran-butiran yang terdapat dalam borang temujanji iaitu biodata,
latar belakang akademik, tarikh dan masa perjumpaan serta bidang yang ingin dibincangkan
dengan kaunselor. Saya memilih 10 April 2019 untuk menjalani sesi kaunseling bidang
psikososial selepas sesi persekolahan. Oleh kerana tugasan ini diminta untuk menghasilakn
satu refleksi berkaitan sesi kaunseling dan saya perlu menjalankan sesi kaunseling sekurang-
kurangnya 3 kali maka tarikh yang saya tetapkan bersama kaunselor untuk sesi kedua pada
11 April dan ketiga ialah pada 12 April 2019 ditetapkan bersama-sama. Hal ini kerana
pertengahan tahun setiap guru dipenuhi dengan program-program dan tidak lari dari
tanggungjawab yang banyak dan hendak diselesaikan sebelum cuti pertengahan tahun. Oleh
itu, saya bersama-sama memilih tarikh-tarikh tersebut sebagai tarikh menjalani sesi
kaunseling dengan kaunselor. Isu yang dibincangkan dalam sesi kaunseling ini ialah cara
mengatasi tekanan yang dihadapi oleh saya. Berdasarkan pendapat saya, saya berasa tekanan
ini berpunca daripada kerja dan tugasan. Saya tidak tahu untuk membahagikan masa dalam
menguruskan kerja dan menyiapkan tugasan yang perlu dihantar dalam perjumpaan bulan
Mei di UKM. Tekanan mula dirasai apabila program sekolah yang akan diadakan sebelum
cuti pertengahan tahun dan saya telah dilantik sebagai penyelaras PPDa dan sekolah telah
mengambil bahagian dalam pertandingan PPDa peringkat negeri. Ini menyebabkan saya
berasa tekanan dari segi masa untuk menbahagikan tugasan saya dengan tugasan sekolah.

Pada sesi pertama, kaunselor menggunakan fasa membina hubungan dengan bertanya,
tempat tinggal dan keadaan klien untuk memastikan klien dalam keadaan yang selesa.
Kaunselor juga membuat fasa penstrukturan mengenai perjalanan sesi yang akan dijalankan
bagi membantu saya untuk melihat perjalanan sesi yang akan dijalankan. Strategi pertama
yang kaunselor gunakan untuk meneroka permasalahan yang dihadapi oleh saya dengan
mengajukan soalan terbuka kepada saya seperti ‘Are you ok..?’. Walaupun ini merupakan
sesi yang pertama bersama kaunselor, tetapi saya rasa lebih selesa kerana saya pernah
memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada beberapa klien jadi saya tidak
mempunyai masalah dalam fasa membina hubungan. Pada masa yang sama,saya berasa malu
apabila mulanya fasa penerokaan masalah kerana sebelum ini saya selalu mendengar
masalah orang lain dan tidak pernah mengkongsikan masalah saya kepada orang lain dan
saya berasa bersyukur kerana disebabkan tugasan ini ia memberikan peluang kepada untuk
saya merasai diri sebagai seorang klien. Saya berasa gementar apabila duduk berhadapan
dengan kaunselor dan untuk memulakan sesi kaunseling. Disebabkan persekitaran dalam
bilik kaunseling individu adalah selesa dan teraputik ia memberi satu keselesaan untuk
menjalani sesi kaunseling individu bersama kaunselor.

Berdasarkan sesi kedua yang dapat saya melalui, saya dapat merasai kaunselor
mengaplikasikan kemahiran bukan lisan dan secara lisan dalam fasa penerokaan masalah.
Kaunselor memang memberikan perhatian sepenuh kepada diri saya kerana saya dapat
melihat melalui kontak mata, reaksi muka dan posisi badan kaunselor semasa mendengar
luahan hati saya. Kaunselor juga menggunakan teknik dorongan minima dan menunjukkan
riak wajah bahawa dia sedang mendengar dan menunjukkan bahawa kaunselor menerima
saya tanpa syarat. Kaunselor turut mengaplikasikan kemahiran parafrasa dalam sesi
kaunseling dengan menunjukkan sikap empati apabila saya menceritakan masalah saya.
Kaunselor turut memberi soalan terbuka yang lebih banyak berbanding dengan soalan
tertutup.Hal ini membantu saya untuk meneruskan dengan menyatakan isi hati saya kepada
kaunselor dan ini juga telah memberi celik akal kepada saya. Sementara itu, kaunselor
berjaya membantu saya dalam memikirkan masalah yang dihadapi oleh saya bukan sahaja
dihadapi oleh saya sahaja malah turut oleh orang lain. Tambahan pula, kaunselor juga
memberi dorongan dan selalu memberi refleksi isi dan perasaan dan secara langsungnya ini
menyebabkan saya percaya dengan kaunselor bahawa di memberi tumpuan sepenuhnya
kepada diri saya sebagai seorang klien dan juga dalam menjalankan sesi kaunseling. Setiap
akhir sesi kaunselor membuat rumusan besar dan rumusan kecil supaya saya dapat
mengimbas kembali isu yang telah dibincangkan. Dalam sepanjang sesi, kaunselor juga turut
menggunakan kemahiran parafrasa kemahiran konfrontasi.

Tambahan pula,kaunselor juga turut menggunakan teknik konfrontasi dimana, kemahiran ini
akan digunakan apabila terdapat percanggahan pendapat, dengan menggunakan kemahiran ini
kaunselor dapat mencungkilkan celik akal dan membantu saya untuk berfikir berkaitan
masalah yang saya hadapi.
Selepas menamatkan ketia-tiga fasa kaunseling ini, saya dapat merasakan bahawa kaunselor
telah membina hubungan yang baik sehingga saya rasa kami sudah lama mengenali satu
antara satu sama lain. Hal ini kerana kemahiran-kemahiran yang kaunselor gunakan
menyebabkan saya menceritakan masalah yang dihadapi oleh saya, iaitu tekanan dalam
pembahagian masa . Oleh disebabkan kaunselor memegang dengan etika kerahsiaan, saya
berasa gembira dan berpuas hati dengan menceritakan masalah saya dengan harapan
kaunselor boleh boleh menyimpan rahsia. Selepas menceritakan masalah saya berasa lega
kerana saya dapat seorang insan yang sanggup mendengar masalah saya.

Setiap fasa dalam kaunseling berjalan dengan lancar daripada fasa membina hubungan
sehinggalah penamatan.Tuntasnya, kaunselor mempunyai pengalaman dan kemahiran yang
cukup dalam mewujudkan suasana yang teraputik sepanjang sesi kaunseling. Kaunselor juga
menunjukkan kemahiran-kemahiran dalam meneroka masalah dan amat membantu dalam
mengenalpasti masalah serta membincang alternatif sebagai jalan penyelesaian.

Kaunselor memberikan penerangan yang jelas tentang permasalahan yang dihadapi oleh saya
dan cuba membantu saya mencapai celik akal dalam diri saya. Selain itu, tugasan ini bukan
sahaja memberi peluang kepada saya untuk merasai diri sebagai seorang klien malah ia
menjadi satu kelebihan dimana saya boleh mengenali masalah yang saya hadapi dan cara
mengatasinya. Setiap manusia mempunyai isi hati yang perlu dikongsikan dan kaunselor
merupakan seorang yang boleh dipercayai untuk kongsikan masalah .

Secara tuntasnya, saya berasa amat gembira kerana dapat menjalani sesi kaunseling individu
sebagai klien dan saya berasa bahawa untuk menjayakan sesuatu sesi kaunseling, kaunselor
perlu menggunakan kemahiran-kemahiran kaunseling dan teori kaunseling yang sesuai agar
klien akan berasa selesa dan sesi kaunseling akan berjalan dengan lancar dan berjaya.

RUJUKAN
Wan Ahmad & Musa. 2017. Kemahiran dalam Kaunseling .Kuala Lumpur :Universiti Sains
Islam Malaysia. Journal of Islamic Social Science and Humanities.

Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli, Abdul Latif Ahmad, Zurhana Muhammad (2007).
Pengendalian Kaunseling. Johor : Universiti Teknologi Malaysia.

Azneel, Nora & Siti Mislia.2005. Bimbingan dan Kaunseling .Universiti Teknologi
Malaysia. Seminar Pendidikan 2005.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sidek Mohd Noah. (2002). Kaunseling Individu dan Kelompok. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.

You might also like