Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN REFLEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU FASA VI 2016, LAWATAN

PENANDA ARAS GURU CEMERLANG

Program Bina Insan Guru merupakan antara syarat bagi mendapatkan status
ijazah Sarjana Muda Pendidikan di mana melalui pelaksanaannya akan melatih
pembangunan profesionalisme berterusan kepada guru pelatih yang menjurus ke arah
peningkatan profesionalisme dan pembangunan kerjaya serta kecemerlangan
perkhidmatan. Program Bina Insan Guru semester 6 PISMP kali ini secara ringkasnya
adalah merupakan penanda aras bagi mendapatkan maklumat mengenai guru
cemerlang dan dijalankan atas beberapa rasional, antaranya supaya guru pelatih
semester 6 memahami dan mengenal pasti ciri-ciri guru cemerlang dan cara
pelaksanaan tugasnya setiap hari dan memahami serta menghayati budaya kerja
cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian

Program Bina Insan Guru kali ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Seri
Penanti, Kubang Semang, Bukit Mertajam pada 9 September 2016. Guru pelatih telah
bertolak dari IPG pada pukul 7:30 pagi dari IPG dan tiba di SK Seri Penanti pada pukul 8
pagi. Setiba di sana kami telah disambut oleh guru cemerlang subjek Bahasa Malaysia
SK Seri Penanti iaitu Tuan Haji Yusoff Mat PJM. Dalam sesi pertama, Tuan Haji Yusoff
memperjelaskan dahulu maksud guru cemerlang, cara memohon menjadi guru
cemerlang, manfaat menjadi guru cemerlang dan peranan dan tanggungjawab guru
cemerlang. Dalam sesi kedua pula, beliau membuka kepada guru pelatih untuk bertanya
soalan mengenai masalah yang dihadapi semasa mengajar di kelas. Selepas itu,
lawatan penanda aras diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada guru
besar dan Tuan Haji Yusoff dan ditamatkan dengan sesi fotografi dan makan tengah
hari.

Dalam program lawatan penanda aras guru cemerlang, terdapat dua faktor
utama yang boleh ditonjolkan sebagai kekuatan di mana faktor pertama terletak pada
pemilihan guru cemerlang. Tuan Haji Yusoff bukan sahaja merupakan guru cemerlang,
beliau juga merupakan penulis majalah murid sekolah rendah dan buku rujukan Bahasa
Malaysia UPSR. Oleh itu, pemilihan Tuan Haji Yusoff sebagai penceramah bagi
program lawatan penanda aras guru cemerlang kali ini adalah bertepatan dengan kami
yang merupakan bakal-bakal guru yang akan mengajar bahasa Melayu. Selain itu, sikap
dedikasi dan komited serta pengalaman beliau telah memberikan kami inspirasi untuk
menyumbangkan tenaga bagi membolehkan murid-murid yang berasal dari latar
belakang yang berbeza menerima peluang pendidikan yang sama. Di samping itu, input-
input yang disampaikan oleh Tuan Haji Yusoff dapat meningkatkan motivasi kami iaitu
guru pelatih yang masih mentah dalam bidang keguruan.

Selain itu, kekuatan yang terdapat dalam lawatan penanda aras ini ialah terdapat
sesi soalan yang membolehkan guru pelatih bertanya soalan dan berinteraksi dengan
Tuan Haji Yusoff. Hal ini telah membolehkan guru pelatih lebih memahami dan
mengetahui cara mengenali masalah yang ditimbul dalam kelas semasa mengajar.
Misalnya, masalah disiplin murid, masalah murid tidak dapat membentuk ayat dan lain-
lain lagi melalui penjelasan Tuan Haji Yusoff. Selain itu, melalui sesi soalan dengan
Tuan Haji Yusoff juga membolehkan guru pelatih berpeluang mengetahui ketegasan,
kreativiti dan humor merupakan kriteria yang utama untuk menjadi seorang guru yang
baik. Perkongsian kaedah mengajar beliau yang kreatif seperti menggunakan kad lampu
isyarat dan bahan maujud yang direka sendiri juga menjana idea guru pelatih untuk
mereka pelbagai bahan bantu mengajar dan merancang pelbagai jenis aktiviti untuk
membantu murid-murid menyerap ilmu yang dicurahi dalam masa yang singkat.

Dalam setiap program yang dijalankan, selain mempunyai kekuatan sudah pasti
ada juga kelemahan dan kekurangan yang masih boleh diperbaiki. Antara kelemahan
ialah terdapat maklumat dalam slaid yang ditayangkan tidak dikemaskini. Contohnya,
slaid kuota guru cemerlang yang ditayangkan hanya memaparkan kuota guru cemerlang
dari tahun 1994 hingga tahun 2009 sahaja. Selain itu, guru pelatih tidak berpeluang
untuk melihat Tuan Haji Yusoff mengajar di kelas. Hal ini kerana pada hari guru pelatih
melawat SK Seri Penalti kebetulan sekolah tersebut sedang mengadakan perhimpunan
khas Hari Kemerdekaan. Murid-murid dikehendaki berada di tapak perhimpunan sekolah
sehingga tamat masa persekolahan. Oleh itu, Tuan Haji Yusoff hanya menunjukkan
simulasi mengajar dengan menganggapkan kami sebagai murid-murid kecil. Di samping
itu, terdapat guru pelatih yang bercakap dan terlena semasa Tuan Haji Yusoff
menyampaikan maklumat tentang guru cemerlang. Hal ini dapat menyumbangkan
kepada persepsi negatif kepada pihak sekolah SK Seri Penalti.

Lawatan penanda aras telah memberi guru pelatih peluang menemui dengan
guru cemerlang subjek bahasa Malaysia dan mengetahui syarat-syarat yang diperlukan
untuk menjadi guru cemerlang serta manfaat menjadi seorang guru cemerlang.
Diharapkan ilmu ini sedikit sebanyak dapat mendorong para guru pelatih untuk berusaha
menjadi seorang guru yang baik dan cemerlang pada masa kelak. Program ini juga telah
mendedah kepada guru pelatih dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah serta
memantapkan ilmu dan pengetahuan berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
dalam Bahasa Malaysia. Selain itu, penganjuran program ini juga telah memberi
peluang kepada kami guru pelatih 6 PISMP mempelajari bagaimana hendak menganjur
sesuatu program. Ilmu ini penting membantu kami menjadi seorang guru yang berkaliber
di sekolah kelak.

Secara keseluruhan, lawatan kali tidak membawa sebarang ancaman kepada


guru pelatih. Program ini banyak memberi pengetahuan yang bermanfaat kepada kami
sebagai bakal pendidik untuk menempuh alam persekolahan kelak. Saya berharap pada
hari kelak, saya juga akan menjadi seorang guru cemerlang seperti Tuan Haji Yusoff
dalam bidang Bahasa Malaysia.

You might also like