Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO


KARNIVAL KEBUDAYAAN SEKOLAH
RENDAH JENIS KEBANGSAAN DAERAH
LAWAS.

25 MAC 2020
PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO
KARNIVAL KEBUDAYAAN SEKOLAH RENDAH
KEBANGSAAN
DAERAH LAWAS TAHUN 2020

1.0 MATLAMAT
Memberi pendidikan asas seni muzik kepada murid peringkat sekolah
rendah serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian
bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya.

2.0 RASIONAL
2.1 Mengembangkan bakat seni yang ada di dalam jiwa murid ke arah
hobi yang berfaedah.
2.2 Mempunyai pilihan kerjaya pada masa akan datang.
2.3 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang aktiviti muzik
yang dijalankan di peringkat sekolah secara terancang.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Dapat melahirkan generasi yang seimbang berdasarkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang menjurus kepada jasmani, emosi,
rohani, intelektual (JERI) di dalam aktiviti muzik yang sihat dan
bermoral.
3.2 Menarik minat murid dan orang ramai amnya terhadap nilai estetika
dalam muzik.
3.3 Menambah jumlah penggiat seni muzik di Malaysia.
3.4 Menarik minat masyarakat untuk menghargai bakat seni muzik dari
golongan murid sekolah seluruh negara.
3.5 Memberi peluang murid mengembangkan seni yang ada pada
mereka.

4.0 JENIS PERTANDINGAN


4.1 Pertandingan Nyanyian Solo Kategori Sekolah Rendah campuran.
5.0 PENYERTAAN
5.1 Pertandingan ini terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah rendah
Daerah Lawas.
5.2 Setiap sekolah layak menghantar seorang peserta sahaja (lelaki
atau perempuan : Tahun 1 - Tahun 6).

6.0 FORMAT PERSEMBAHAN


6.1 Setiap peserta nyanyian solo akan mempersembahkan sebuah
lagu.
6.2 Lagu mestilah dalam BAHASA MELAYU (Malaysia). Pilihan lagu
adalah BEBAS.
6.3 Peserta DILARANG menyanyikan mana-mana lagu yang
menyentuh sensitiviti kaum / agama dan lagu yang DIHARAMKAN
di Malaysia.
6.4 Peserta tidak dibenarkan menggunakan khidmat penari atau
bantuan prop.
6.5 Peserta hendaklah berpakaian sopan dan sesuai.

7.0 LAGU / LIRIK


7.1 Lagu mesti disampaikan dengan iringan muzik secara ‘Minus One’
(bukan karaoke).
7.2 Lagu Audio MP3 disimpan di dalam Pendrive / CD sahaja dan
hendaklah diserahkan kepada Urus setia semasa pendaftaran.
7.3 Penggunaan lagu melalui telefon bimbit / tablet adalah tidak
dibenarkan.
7.4 Ketua Hakim akan menentukan sama ada peserta dibenarkan
membuat persembahan ulangan jika berlaku kerosakan teknikal
pada CD / Pemain CD.
7.5 Setiap peserta hendaklah menyediakan 3 Salinan Lirik Lagu dan
diserahkan kepada urus setia semasa pendaftaran.

8.0 MASA PERSEMBAHAN


8.1 Setiap persembahan nyanyian lagu tidak boleh melebihi 6 minit.
8.2 Persembahan yang melebihi 6 minit akan dipotong I markah bagi
setiap minit yang lebih.

9.0 PEMARKAHAN

Bil Aspek Markah


1. Pic (ketepatan suara) 20 markah
2. Ton (mutu suara) 15 markah
3. Sebutan (suara dan senikata jelas) 15 markah
4. Dinamik ( ansur kuat / perlahan ) 10 markah
5. Tempo (ketepatan mengikut rentak) 15 markah
6. Attack / Realease (mula dan akhir rangkai lagu) 10 markah
7. Penghayatan (ekspresi) 10 markah
8. Keterampilan (keyakinan, kostum dan penguasaan 5 markah
pentas)
Jumlah 100 markah

10.0 PEMENANG
10.1 Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga.
10.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
10.3 Pemenang Tempat Pertama akan mewakili Daerah ke
Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah Peringkat Negeri
pada 30 Mac - 2 April 2020 di Mukah.

11.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah
Peringkat Daerah Lawas 2020 diharapkan dapat memberi impak yang
positif dan membina jati diri murid yang bersesuaian dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Borang Penyertaan
PERTANDINGAN NYAYIAN SOLO
KARNIVAL KEBUDAYAAN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH
LAWAS 2020

Nama Sekolah :___SK KAMPUNG SEBERANG, LAWAS__________________________

Nama Jurulatih : __ERNIE NURZAHFUDDEIN BIN NOORDIN______________________

Bil Nama No K.Pengenalan / Tajuk Lagu


Surat Lahir
1. AWLIYATUL BALQIS FARISYA BINTI 080215130826
ZEMALANI

Pengesahan & Cop Sekolah

Tandatangan :…………………………………………..
Nama :______________________________
Jawatan :______________________________
Tarikh :______________________________
MAKLUMAT TAMBAHAN

PERTANDINGAN KOMBO DAN NYANYIAN SOLO


PERINGKAT KEBANGSAAN 2020

1. Pemenang pertandingan Kombo Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak


Tahun 2020 akan mewakili negeri ke Pertandingan Kombo dan Nyanyian Solo
Peringkat Kebangsaan 2020 yang akan berlangsung pada 16 - 19 April 2020
bertempat di Perlis.

2. Maklumat Pertandingan Kombo dan Nyanyian Solo Peringkat Kebangsaan 2020


adalah seperti berikut :
 Pasukan negeri adalah terdiri daripada gabungan Kombo Sekolah Menengah
dan Penyanyi Solo Sekolah Rendah.
 Pasukan terdiri daripada 8 - 14 orang murid sekolah menengah bagi kombo
dan seorang murid sekolah rendah bagi nyanyian solo.
 Peserta Nyanyian Solo diiringi oleh kumpulan kombo negeri masing-masing
yang bertanding. Pilihan lagu adalah Bebas, dalam Bahasa Melayu
(Malaysia).
 Pasukan Kombo mempersembahkan dua buah lagu iaitu satu lagu dengan
vokal peserta nyanyian solo (sekolah rendah) dan satu lagu instrumental
(non-vocal sound) bebas (penuh atau medley).

3. Pemenang pertandingan Nyanyian Solo peringkat negeri dimohon bersedia untuk


memberi kerjasama dan berkolaboratif dengan pemenang Kombo peringkat
negeri kelak.

**Segala perubahan tertakluk kepada keperluan semasa dan akan dimaklumkan


kemudian.

You might also like