Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA SURAU OPEN DAY

BERSEMPENA
MINI KARNIVAL SURAU AL-IHSAN, TAMAN EHSAN

TARIKH/HARI:

8  DISEMBER 2018 (SABTU)-

9 DISEMBER 2018

TEMPAT:
SURAU AL-IHSAN, TAMAN EHSAN

ANJURAN :
JAWATANKUASA SURAU AL-IHSAN
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA KAWASAN SELAYANG
HIDAYAH CENTRE FOUNDATION
1. PENGENALAN

Taman Ehsan adalah antara satu kawasan perumahan yang moden di dalam bandar
Kepong. Kawasan Kepong memang dikenali sebagai kawasan yang mempunyai majoriti
masyarakat yang berketurunan Cina hasil daripada proses penempatan pra-kemerdekaan
sebelum ini.

Peningkatan harga hartanah serta lain-lain faktor mengakibatkan komuniti Melayu


semakin berkurangan dan menjadi minoritI di kawasan Taman Ehsan. Walaupun begitu,
masyarakat melayu yang rata-ratanya masih mengamalkan Islam masih boleh hidup dengan
harmoni di tengah masyarakat yang bukan Islam.

Melihat secara positif, masyarakat Islam di sini mempunyai peluang yang besar untuk
menjalankan usaha-usaha dakwah ketika mana mereka bermuamalah dengan komuniti
bukan Islam, sama ada sebagai jiran, rakan niaga, ahli persatuan, juga sebagai ahli
masyarakat.

Islam adalah agama fitrah manusia. Seruan menyampaikan Islam kepada manusia
merupakan satu kewajiban dan sunnah yang terbesar dan sangat terpuji. Namun amat
malang sekali sekiranya Islam digambarkan sebagai satu agama yang asing dan terasing.
Masjid dan surau pula dijadikan sebuah tempat suci yang hanya boleh didatangi oleh orang-
orang yang ‘suci’ sahaja.

Bersempena dengan program Mini Karnival Surau al-Ihsan, pihak Pertubuhan IKRAM
Malaysia Kawasan Selayang mengambil inisiatif mencadangkan program ‘Surau Open Day ’

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama program ini adalah untuk ‘membuka pintu’ surau, menjadikan surau
sebagai suatu tempat yang senang didekati oleh sesiapa sahaja yang ingin mencari ketenangan
dan kebenaran termasuk non-muslim. Selain dari itu juga, program ini bertujuan menarik minat
anak muda agar cenderung untuk hadir ke rumah Allah seperti Surau ataupun Masjid.

Selain dari itu, buat julung kalinya program berkhatan beramai ramai akan di adakan di
Surau ini bagi menarik minat anak muda hadir ke Surau.
3.0 OBJEKTIF

1. Mewujudkan masjid serta komuniti surau yang mesra masyarakat termasuklah


   kepada yang non-Muslim.
2. Membuka peluang kepada yang komuniti non-Muslim Taman Ehsan untuk
    mengenali fungsi surau serta mendapat maklumat asas Islam
3. Mendapatkan ‘database’ pengunjung yang belum Islam untuk program akan datang
4. Melunakkan hati-hati masyarakat yang ‘takut’ untuk mendekati masjid dan Islam.
5. Menggalakkan anak muda sekitar agar dapat mengimarahkan rumah Allah.

4. PENGANJUR
1. Jawatankuasa Surau Al-Ihsan
2. Pertubuhan IKRAM Malaysia Kawasan Selayang
3. Hidayah Centre Foundation

5.0 HARI/TARIKH

Sabtu dan Ahad, 8 -9 Disember 2018.

6.0 TEMPAT

Surau al-Ihsan, Taman Ehsan

7.0 SASARAN PESERTA

 Komuniti Muslim dan bukan Islam sekitar Kepong


 Ahli-ahli rumah ibadat sekitar Kepong
 Golongan belia

8.0 PENGISIAN

1. Lawatan Masjid   
2. Gerai Pameran & Perkhidmatan
- Hidayah Centre Foundation (HCF)
- Photobooth – How do I look in hijab  
- IKRAM Selayang

9. Forum Perdana.
7.0 SENARAI AJK INDUK
Rujuk Lampiran I

8.0 ATURCARA PROGRAM


Rujuk Lampiran II

9. ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk Lampiran III

10. PENUTUP

Semoga program ini dipermudahi serta diberkati Allah. Semoga program ini berjalan lancar dan
memberi manfaat buat semua yang hadir. Semoga program ini mencapai objektif yang di
rangka dan mencapai matlamatnya.Semoga sumbangan masa, tenaga, wang ringgit semua AJK,
sukarelawan dan penaja yang terlibat diganjari pahala  Dan akhir sekali, semoga program ini
boleh menjadi pencetus berkembang pesatnya dakwah khasnya di Taman Ehsan

Disediakan oleh,

…………………….....................
(MOHD FAIZAL AYUB)
BIRO PEMUDA
SURAU AL-IHSAN,TAMAN EHSAN

You might also like