Assignment HSA101 Ranke

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

1.

0 PENGENALAN

Semasa Revolusi Jerman pada abad ke-19, terbentuknya asas pensejarahan moden yang

dipelopori oleh sejarawan terkenal Jerman iaitu Leopold Von Ranke. Berlatarbelakangkan

keluarga yang berfahaman Lutheran, Ranke amat terkenal sebagai seorang yang berpendidikan

dan kuat pengaruh agama. Ranke pada mulanya telah mendapatkan pendidikan awal di Sekolah

Dondorf dan Pforta. Beliau telah melanjutkan pelajarannya di Universiti Liepsic dengan

pengkhususan dalam bidang filologi dan teologi yang melibatkan kerja-kerja penterjemahan dan

penganalisan teks-teks klasik terutamanya dalam penulisan Thucydides yang terkenal dengan

unsur kritis. Setelah menamatkan pelajarannya, Ranke telah menjadi tenaga pengajar di sekolah

Frankfurt selama tujuh tahun. Atas minat beliau yang amat mendalam dalam bidang sejarah,

beliau telah dilantik menjadi Penolong Pensyarah di Universiti Berlin dalam bidang sejarah.

Ranke telah banyak memberikan sumbangan kepada perkembangan pensejarahan moden di

Barat sehinggakan beliau digelar “Bapa Pensejarahan Moden” 1. Beliau dianggap sebagai perintis

yang membuka jalan kepada kebangkitan pensejarahan moden di Barat.2 Antara karya

pensejarahannya yang terkenal ialah History of The Latin and Germanic Nations from 1494 to

1515 dan World History Seperti yang diperkatakan oleh Leonard Kreiger, Ranke adalah pelopor

kepada yang mengutarakan sains tentang sejarah yang berdasarkan kajian kritikal sumber. 3

Beliau meninggal dunia di Berlin pada 23 Mei 1886, ketika berumur 91 tahun. 4

1
Muhd Yusof Ibrahim & Mahayuddin Haji Yahya, 1998, Sejarawan dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm. 276.
2
R. Suntharalingam, 1987, Pensejarahan Barat, Fajar Bakti, Petaling Jaya, hlm.98.
3
Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994, Pengantar Ilmu Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Pulau Pinang, hlm. 98.
4 Muhd Yusof Ibrahim & Mahayuddin Haji Yahya, Sejarawan dan Pensejarahan, hlm. 278

1
Ranke secara dasarnya berpegang kepada konsep “wei es eigentlich gewesen” iaitu

menceritakan sejarah seperti sebenarnya berlaku. 5 Kaedah pengkajian secara saintifik dan kritis

ini telah membawa pembaharuan dalam bidang sejarah iaitu bersifat objektif, saintifik, dan

berasaskan penyelidikan yang sistematik. 6 Ramai di antara pemikir sejarah yang menerima serta

menyokong teori pensejarahan beliau. Namun begitu, wujud segelintir sejarawan yang telah

menolak teori beliau sehinggakan mereka berjaya membuktikan bahawa Ranke juga tidak

berpegang kepada tonggak asas pensejarahan beliau sendiri. Antaranya ialah Charles Beard dan

H.E Barnes yang beraliran relatif dalam penulisan sejarah. 7 Tetapi beliau masih mendakwa

bahawa dalam arkib seorang ahli sejarah yang terlatih terlatih boleh lupa kecenderungan peribadi

dan kesetiaan politik, dan menulis sejarah yang objektif. Pada pendapat penulis, adalah wajar

untuk kita tidak bersetuju dengan kenyataan Ranke kerana beliau turut terpengaruh dengan

pandangan dan biasnya sendiri. Dalam esei ini, kita akan membincangkan dengan lebih lanjut

mengenai bukti-bukti Ranke gagal dalam mengikut konsep pensejarahan beliau sendiri.

2.0 KAEDAH PENSEJARAHAN LEOPOLD VON RANKE

Leopold Von Ranke telah berusaha untuk mewujudkan aliran ‘sejarah objektif’8. Beliau

telah mengutarakan konsep pensejarahannya tersendiri mengenai kaedah penulisan sejarah yang

sebenar. Konsep “wei es eigenlitch gewesen” iaitu mempamerkan penulisan sebagaimana

sebenarnya ia berlaku yang diketengahkan dalam setiap penulisannya telah membuktikan usaha

Ranke untuk tidak terpengaruh dengan unsur sentrik dan pengadilan moral kerana ia bukanlah

5
Muhd Yusof Ibrahim & Mahayuddin Haji Yahya, Sejarawan dan Pensejarahan, hlm. 280.
6
Arba’iyah Mohd Noor, 2002, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.
102.
7 R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, hlm. 99.
8 R. Suntharalingam, Pengenalan Keedah Sejarah,Kuala Lumpur : Marican dan Sons (M) Sdn Bhd,1985, hlm 12.

2
tugas ahli-ahli sejarah,9 Pengadilan moral merupakan perlakuan menjatuhkan hukuman atau

mengenakan penilaian tertentu kepada sesuatu peristiwa sejarah atau seseorang pelaku dalam

sejarah. Dengan itu, beliau telah menolak kaedah yang bersifat subjektif yang mempunyai unsur-

unsur keperibadian. “To history has been assigned the office of judging the past, of instructing

the present for the benefit of future ages. To such high officers this work does not aspire. It wants

only to show what actually happened”. 10

Ungkapan beliau telah menjadi asas dalam penulisan sejarahnya sehinggakan ramai

sejarawan yang lain menganggap bahawa ungkapan tersebut merupakan asas kepada sesuatu

penulisan sejarah. 11 Umumnya, penulisan sejarah sepatutnya tidak dicampur aduk dengan mitos,

lagenda dan juga cerita-cerita dogeng meskipun perkara ini dilihat sebagai usaha untuk menarik

perhatian pembaca. Karya-karya pensejarahan tradisi sebagai contoh mempunyai banyak

pandangan peribadi dan pengadilan moral terhadap sesuatu peristiwa. Perkara ini haruslah

dielakkan oleh setiap ahli sejarah kerana unsur pengadilan moral oleh sejarawan menyababkan

sejarawan mungkin tidak dapat bersikap adil terhadap kajian yang dilakukannya. 12 Menurut

Ranke, sejarah haruslah ditulis berdasarkan “eyewitness reports and purest, most immediate

documents” yang bermaksud fakta-fakta sejarah haruslah melalui penafsiran dokumen-dokumen

dan penafsiran sumber arkib. 13 Asas penulisan sejarah yang telah diketengahkan oleh Ranke

telah mewujudkan kaedah penulisan yang lebih baik iaitu telah mengelakkan wujudnya

9
Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994, Pengantar Ilmu Sejarah, Pusat Pendidikan Jarak Jauh USM, Pulau Pinang,
hlm.116
10 Frizt Stern, 1970, The Varieties of History, Macmillan, London, hlm. 57.
11 Muhd Yusof Ibrahim & Mahayuddin Haji Yahya, Sejarawan dan Pensejarahan, hlm. 281.
12 Qasim Ahmad, 1991, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,

hlm.35.
13
Frizt Stern, The Varieties of History, hlm. 54.

3
pengadilan moral dan juga berat sebelah dalam penulisan sejarah. Justeru, Ranke mengariskan

dua kaedah kritikan sumber iaitu Quellinkritik dan Historicism.14

2.1 KAEDAH QUENLLINKRITIK

Kaedah Quellinkritik secara amnya adalah merupakan suatu kajian kritis terhadap

sumber-sumber sejarah. Untuk menentukan kebenaran dalam sesuatu penulisan sejarah,

penyelidikan yang khusus serta terperinci perlulah dilaksanakan dengan mengkaji sumber arkib

yang berkaitan dengan sejarah atau peristiwa yang dikaji. Melalui kaedah ini, sesuatu kenyataan

dapat ditentukan kesahihannya. Menurut Ranke dalam petikannya, “all knowledge is

documentary but it was especially to get at the truth of the facts”.15 Petikan ini menegaskan

tentang kepentingan untuk mengkaji dokumen dan sumber arkib dalam memberi gambaran yang

jelas, terperinci dan jelas terhadap masa dahulu kepada ahli sejarah. Penafsiran dokuman dan

kritikan sumber akan menghasilkan penulisan sejarah seperti sebenarnya berlaku.

2.2 KAEDAH HISTORICISM

Historicism merupakan satu kaedah pensejarahan yang menetapkan bahawa suatu

peristiwa yang dikaji haruslah seperti sebenarnya berlaku dan bukannya membuat penilaian

terhadap masa lalu dengan menggunakan nilai masa kini. 16 Pendekatan kaedah pensejarahan ini

juga mengetengahkan bahawa gambaran masa lalu tidak boleh dipengaruhi dengan semangat dan

perasaan masa kini. Ranke tetap menegaskan bahawa setiap zaman adalah unik dan perlu untuk

dikaji secara terperinci mengikut peredaran zaman itu sendiri. Oleh hal yang demikian, penulis

sejarah haruslah sentiasa mempunyai kefahaman dan sensitiviti yang tinggi dalam mengkaji

14 R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat,, hlm.111.


15 Leonard Krieger, 1970, Ranke : The Meaning Of History, The University of Chicago Press, Chicago, hlm 130.
16 Leonard Krieger, Ranke : The Meaning of History, hlm. 130.

4
sesuatu dokumen atau peristiwa. Penulis juga seharusnya meletakkan dirinya seolah-olah berada

pada zaman tersebut.17 Melalui kaedah penulisan seperti ini, maka suatu pensejarahan yang

objektif akan dapat dihasilkan menurut pandangan Ranke.

3.0 PENGGUNAAN ARKIB SEBAGAI SUMBER RUJUKAN UTAMA

Arkib merupakan satu institusi atau pusat untuk menyimpan dokumen-dokumen kerajaan,

buku-buku kenangan, catatan harian, surat-menyurat, laporan diplomatik serta gambaran asli

saksi. Ranke mendakwa bahawa rujukan arkib ataupun sesuatu yang bertulis adalah merupakan

sumber yang paling asli. “Ranke insisted that only written records could keep history alive”.18

Hampir kesemua sumber rujukan pensejarahan Ranke adalah bersandarkan kepada rujukan arkib.

Beliau telah banyak berusaha dalam mendapatkan rujukan arkib meskipun terpaksa melalui

pelbagai kesukaran dalam mencari maklumat serta memahaminya. “They had few problems

finding documents or understanding them”.19 Usaha-usaha Ranke dalam melakukan kritikan

sumber secara terperinci inilah yang telah meletakkan asas disipilin dalam penulisan sejarah

secara umumnya.

Oleh sebab Ranke menggunakan kaedah kritikan sumber secara terperinci, maka

pensejarahan yang ditulis olehnya sememangnya dapat diterima kerana mempunyai pembuktian

yang sangat kukuh. Hasil daripada usaha beliau, Dianggarkan beliau telah menghasilkan

sebanyak 63 jilid penulisan sejarah yang sebahagiannya merupakan karya-karya pensejarahan

17 Qasim Ahmad, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, hlm.2.


18 Kasper Risbjerg Eskildsen, 2008, Leopold Von Ranke’s Archival Turn : Location and Evidence In Modern
Historiography, United Kingdom, Cambridge University Press, hlm. 437.
19 Kasper Risbjerg Eskildsen, 2008, Leopold Von Ranke’s Archival Turn : Location and Evidence In Modern

Historiography, hlm. 438.

5
yang tinggi nilai kesejarahannya. 20 Beliau juga telah mengumpul lebih daripada 50 ribu dokumen

dalam usaha menulis pensejarahan berdasarkan kritikan sumber. 21

4.0 PERBINCANGAN : SEJAUH MANAKAH DAKWAAN RANKE BOLEH

DITERIMA?

Dalam dakwaan Ranke, beliau menyatakan bahawa ahli sejarah yang terlatih boleh lupa

kecenderungan peribadi dan kesetiaan politik, dan menulis sejarah yang objektif. Penegasan

tonggak pensejarahan yang beliau ketengahkan adalah selari dengan kaedah-kaedah

pensejarahan yang telah beliau asaskan. Beliau amat menitikberatkan soal pemilihan sumber dan

menolak aspek pengadilan moral secara tegas. 22 Walaupun kaedah-kaedah ini sememangnya

mempunyai keberhasilan dalam penulisan sejarah yang objektif, namun Ranke juga telah terbukti

hilang pertimbangan serta masih lagi terpengaruh dengan kecenderungan peribadi dan kesetiaan

politik.

4.1 TEORI SEJARAH BERBENTUK KETUHANAN

Ranke membesar dalam kalangan keluarga yang kuat pengaruh agamanya. Sehinggakan,

ramai ahli sejarah yang sering mempersoalkan mengenai pengaruh keagamaanya yang dikhuatiri

mempengaruhi penulisannya. Menurut Ranke, sejarah adalah dikuasai dan dibimbing oleh kuasa

Tuhan. Beliau berpendapat bahawa peristiwa-peristiwa yang berlaku itu adalah merupakan idea

daripada Tuhan. Leonard Krieger menyatakan bahawa “his religion is the key to the

20 Muhd Yusof Ibrahim & Mahayuddin Haji Yahya, Sejarawan dan Pensejarahan, hlm. 279
21 Andrean Boldt, 2007, Perception, Depiction and Description of European History : Leopold Von Ranke and His
Development and Understanding of Modern Historical Writing, Maynooth, National University of Ireland, hlm 4.
22 Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, hlm.116.

6
understanding on his history” jelas membuktikan bahawa Ranke sangat menitikberatkan

pengaruh agama dalam penulisannya. 23

Namun demikian, beliau sendiri telah menegaskan bahawa pensejarahan moden adalah

merupakan sesuatu yang sekular yang menafikan unsur-unsur ketuhanan. Dalam karyanya,

History of The Popes, Ranke telah memuji perjuangan Marthin Luther dan kaum protestan untuk

memulihkan agama kristian yang diseleweng oleh Paus dan gereja Katolik. Sebaliknya, Ranke

mengutuk Paus dan gereja Katolik yang memesongkan kesucian agama kristian. 24 Perkara ini

jelas membuktikan bahawa Ranke telah gagal dalam menyatakan persejarahan yang sebenar

sebaliknya hanya memihak kepada satu belah pihak sahaja.

Kegagalan Ranke dalam mengaplikasikan teorinya sendiri juga terbukti dalam karya

French History, Especially in the Sixteenth and Seventeenth Centuries. Pada awal karya ini,

Ranke menitikberatkan kebangkitan Perancis sebagai sebuah negara yang bersatu di bawah

pimpinan Raja Philip pada abad yang ke-16.25 Namun, pada jilid yang terakhir dalam

penulisannya, beliau menulis mengenai pengutukan Ratu Perancis iaitu Catherine de Medici

yang telah mencetuskan kejadian Pembunuhan Beramai-ramai St. Bartholomew pada tahun

1572.26 Dalam kejadian ini, Ranke secara tidak langsung membidas sikap kaum Katolik yang

merestui tindakan ganas itu. Beliau juga memaparkan pemecahan dan pertelingkahan sengit

antara gereja katolik dan protestan sehingga menggugat kerajaan pusat. 27 Perkara ini telah

menjadi bukti yang begitu jelas menyatakan bahawa Ranke lebih memihak kepada golongan

protestan sekaligus meletakkan beliau sebagai seorang sejarawan yang berat sebelah.

23 Leonard Kreiger, Ranke : The Meaning of History, hlm. 45.


24 R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, hlm. 133.
25 R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, hlm. 118.
26 R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, hlm. 133.
27 R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, hlm. 133.

7
4.2 PENGABAIAN PENULISAN ASPEK SOSIO-EKONOMI GOLONGAN

BAWAHAN

Pengabaian penulisan mengenai sejarah petani yang berjuang demi hak asasi mereka

membuktikan bahawa Ranke sememangnya telah gagal dalam berpegang kepada konsep

pensejarahan yang sebenar-benarnya berlaku. H. E. Barnes menyatakan bahawa Ranke terlalu

menekankan soal-soal politik dan tokoh utama sedangkan kejadian masa lalu tidak hanya

semata-mata menyerapkan politik dan diplomasi sahaja. 28 Charles Beard , seorang sejarawan

positivis turut menyatakan bahawa Ranke telah mengabaikan bidang ekonomi dan sosial serta

tidak menceritakan peranan kelas bawahan dengan jelas dan adil. 29

Dalam karyanya yang bertajuk History of German, kajian Ranke terhadap Perang Petani

yang tercetus disebabkan oleh pemberontakan golongan petani terhadap kepimpinan raja dan

Martin Luther tidak begitu ditekankan. Perkara ini mengandaikan Ranke tidak mahu untuk

mengangkat martabat golongan ini yang dipandang hina. Beliau juga melabelkan golongan

petani pada waktu berkenaan sebagai pelampau politik. Unjuran daripada perstiwa itu, Charles

Beard telah menyatakan bahawa Ranke merupakan seorang sejarawan paling berat sebelah pada

abad ke-19.30 Perkara ini juga jelas menunjukkan hakikat bahawa Ranke telah memilih fakta-

fakta mengikut kehendaknya, serta memajukan kesimpulan yang mencerminkan ideologi

politiknya.31 Muhd Yusof Ibrahim pula menyatakan sejarah adalah satu bidang ilmu yang

28 Muhd Yusof Ibrahim, Sejarawan dan Pensejarahan, hlm. 297


29 R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, hlm. 185.
30 Frizt Stern, The Varities of History, hlm. 319.
31 R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, hlm. 99.

8
32
merangkumi bidang-bidang yang luas terutamanya menjelang zaman moden. Ranke terbukti

telah tersimpang jauh dengan pegangan sejarawan yang sepatutnya.

Dalam karyanya History of Prussia pula, Ranke menceritakan kemenangan yang

diperolehi oleh kerajaan Prussia dalam peperangan dengan Austria sehingga menjadikan Prussia

sebagai kuasa besar Eropah.33 Ranke telah melakukan pengadilan moral dalam penulisannya

apabila beliau memuji sifat kepewiraan Raja Frederick yang menjadikan Prussia sebagai kuasa

besar Eropah.34 H.E Barnes dalam penulisannya menyatakan ‘even Ranke, while he generally

controlled his emotions, could not restrain his admiration for Prussia’.Perkara ini jelas

membuktikan bahawa Ranke gagal mengikut panduan historicism yang diperkenalkan olehnya

sendiri iaitu, sejarawan tidak boleh mengadili sesuatu peristiwa atau tokoh. Jelas membuktikan

beliau gagal mengikut pegangan kata-kata iaitu ‘wei es eigenlitch gewesen’.

4.3 KESUKARAN MENGAKSES ARKIB

Sepanjang penulisan sejarahnya, Ranke telah banyak menghadapi kesukaran dalam

mengakses sumber daripada arkib. Dalam penjelajahannya mengumpul dokumen di Itali dan

Austria, beliau telah menyatakan bahawa kebanyakan dokumen arkib tidak dapat diakses dan

sesetengahnya hanya dapat dikeluarkan pada satu-satu masa sahaja untuk dirujuk. “Many

documents remained inaccessible and had to be released one at a time”.35 Penulisan peribadi

beliau dalam penjelajahannya juga menunjukkan bahawa deskripsi pensejarahan beliau tidak

menunjukkan kebenaran yang menyeluruh. “Ranke’s private letters from the journey through

32 Muhd Yusof Ibrahim, Sejarawan dan Pensejarahan, hlm. 296.


33 R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat , hlm. 118.
34 R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, hlm. 117.
35 Kasper Risbjerg Eskildsen, 2008, Leopold Von Ranke’s Archival Turn : Location and Evidence In Modern

Historiography, hlm. 442.

9
Austria and Italy reveal that the printed description of his work did not tell the whole truth”.36

Perkara ini turut sama berlaku apabila beliau sedang menjalankan kajian di Vienna. Ranke

menerangkan bahawa tidak ada sebarang garis panduan untuk mengakses arkib. “In Vienna, no

guidelines for the use of the archives existed”.37 Perkara ini jelas membutikan bahawa proses

untuk merujuk sumber-sumer arkib amat ketat dan menyukarkan.

Ranke juga turut merujuk beberapa koleksi dokumen-dokumen yang salah dan dihasilkan

semula dalam manuskrip yang tidak dikenali sumbernya. “His exposure of a collection of false

documents, reproduced in an anonymous manuscript entitled Sommario della congiura contra la

citta di Venetia”.38 Beliau juga telah menemui sesetengah dokumen tidak ditulis dengan

konsisten. “Ranke found several names and dates in the summary that were inconsistent with

those in other misspelled”.39 “These small inconsistencies led Ranke to a daring conclusion”.40

Rujukan surat-surat semasa penjelahannya juga telah mendedahkan bahawa Ranke menghadapi

kesukaran memahami dirinya sebagai seorang sejarawan ataupun manusia biasa semasa

membuat penulisan sejarah di Austria dan Itali. “The letters reveal how the many hours in the

archives changed Ranke’s understanding of himself as a historian and as a human being”.41

Perkara ini jelas menunjukkan bahawa Ranke telah membuat pengadilan beliau sendiri dalam

36 Kasper Risbjerg Eskildsen, 2008, Leopold Von Ranke’s Archival Turn : Location and Evidence In Modern
Historiography, hlm 439.
37 Kasper Risbjerg Eskildsen, 2008, Leopold Von Ranke’s Archival Turn : Location and Evidence In Modern

Historiography, hlm 443.


38 Leopold Von Ranke, 1831, About The Conspiracy Against Venice, in Years 1618, from the Venetian Archives,

Berlin, hlm 12.


39 Kasper Risbjerg Eskilden, 2008, Leopold Von Ranke’s Archival Turn : Location and Evidence In Modern

Historiography, hlm 436.


40 Kasper Risbjerg Eskilden, 2008, Leopold Von Ranke’s Archival Turn : Location and Evidence In Modern

Historiography, hlm 436.


41 Kasper Risbjerg Eskildsen, 2008 Leopold Von Ranke’s Archival Turn : Location and Evidence In Modern

Historiography, hlm. 439.

10
menerangkan beberapa peristiwa sejarah, membuktikan bahawa beliau sendiri tidak mampu

untuk menulis sejarah secara objektif lantaran daripada kesukaran mengakses arkib.

4.4 TEORI FAKTA SEJARAH BUKAN KEBENARAN YANG MUTLAK

Konsep pensejarahan yang ditekankan oleh Ranke iaitu, memaparkan sejarah seperti

sebenar-benarnya berlaku telah banyak disokong oleh ahli sejarah yang lain. Pengenalan kritikan

sumber berasaskan proses saintifik dipersetujui oleh J.B Bury yang menyatakan “sejarah adalah

sains, tak lebih tak kurang” dalam karyanya, Idea of Progress.42 Ranke menegaskan bahawa

“history was an art as well as science”.43

Namun begitu, fakta-fakta sejarah adalah bukan kebenaran yang mutlak telah dibuktikan

oleh beberapa ahli sejarah selepas era pensejarahan Ranke. Pada tahun 1933, penolakan secara

rasmi konsep pensejarahan Ranke telah dibuat oleh tokoh-tokoh sejarah yang terkenal seperti

James Harvey Robinson dan Charles A. Beard. Mereka beranggapan bahawa, konsep ‘seperti

sebenarnya berlaku’ adalah sangat sukar dibuat dan tidak boleh ditulis sepenuhnya. Hal ini

disebabkan ada beberapa kelemahan yang ada pada diri manusia seperti lupa, lalai dan lain-lain

lagi dan akhirnya akan menyebabkan kesukaran tersebut berlaku. 44 Carl Becker, seorang

sejarawan Amerika juga mendakwa dalam karyanya, American Historian Association

menyatakan bahawa fakta-fakta sejarah tidak lagi wujud bagi mana-mana ahli sejarah

sehinggalah dia mewujudkannya. 45 Perkara ini menerangkan bahawa penulisan sejarah yang

telah berlaku hanya berdasarkan kepada pemikiran ahli sejarah. E.H Carr turut mendakwa

42 Muhd Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1975, hlm 24.
43 Leonard Krieger, Ranke : The Meaning of History, hlm 7.
44 Muhd Yusof Ibrahim, Sejarawan dan Pensejarahan, hlm 297.
45 Abdul Rahman Haji Ismail, Apakah Sejarah (terjemahan), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1985, hlm

17.

11
bahawa “fakta-fakta sejarah tidak pernah sampai kepada kita dalam keadaan yang murni”. 46 Oleh

itu, penulisan sejarah yang objektif sukar untuk dikecapi kerana kebenaran sejarah bukanlah

sesuatu yang mutlak tetapi relatif.

Ujarnya, perkara inilah yang membuktikan bahawa konsep pensejarahan Ranke tidak
47
dapat diterima memandangkan semua sejarah adalah sejarah pemikiran sahaja. Pengetahuan

sejarah ialah ingatan khusus di mana objek pemikiran masa kini ialah pemikiran masa lalu. 48

Jelaslah bahawa sejarawan bukan menulis sejarah masa lalu ‘seperti sebenarnya berlaku’ tetapi

mereka menulis sejarah masa lalu ‘seperti yang digambarkan’ lantas menolak pendirian Ranke

yang menyatakan bahawa ahli sejarah yang terlatih boleh menulis sejarah secara objektif.

5.0 KESIMPULAN

Secara konklusinya, konsep yang diketengahkan oleh Ranke dalam penulisan sejarah

sememangnya memberi pengaruh yang amat besar terutamanya dalam perkembangan ilmu

sejarah pada zaman moden. Penulisan sejarah seperti sebenar-benarnya berlaku tidak dapat

diterima kerana penulisan yang berlandaskan kepada konsep ini adalah sukar dan hanya sekadar

menjadi impian sahaja. Malah, Ranke sendiri telah gagal dalam menggalas konsep yang telah

diketengahkan. Perkara ini lantas memberi penegasan kepada kita bahawa dakwaan Ranke

mengenai sejarawan yang terlatih akan lupa akan kecenderungan peribadi dan kesetiaan politik

dan menulis sejarah secara objektif perlu disangkal.

Walaupun Ranke mempunyai banyak kelemahan dalam merangka usaha untuk menulis

sejarah secara objektif, namun usaha beliau inilah yang telah meletakkan sejarah sebagai suatu

46 Abdul Rahman Haji Ismail, Apakah Sejarah (terjemahan), hlm 19.


47 Abdul Rahman Haji Ismail, Apakah Sejarah (terjemahan), hlm 18.
48 Muhd Yusof Ibrahim, Idea Sejarah (terjemahan), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,1985, hlm 369.

12
ilmu yang mempunyai disiplinnya yang tersendiri berbanding dilihat sebagai ilmu pengetahuan

sahaja pada masa dahulu. Lantas perkara ini telah mengangkat martabat ilmu sejarah sebagai satu

daripada ilmu pemikiran yang berkembang. Sungguhpun mendapat kritikan daripada ahli-ahli

sejarah yang lain, tidak dapat dinafikan bahawa teori pemikiran yang diketengahkan oleh beliau

amat besar sehingga pengaruhnya masih dapat dilihat kini khususnya dalam bidang

pensejarahan. Disebabkan oleh pengenalan konsep kritikan sumber sejarah secara saintifik inilah

telah mewujudkan ilmu disiplin sejarah yang teratur lantas telah mengangkat Leopold Von

Ranke sebagai seorang sejarawan yang unggul.

13
BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Haji Ismail, 1985, Apakah Sejarah (terjemahan), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994, Pengantar Ilmu Sejarah , Pulau Pinang, Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994, Pengantar Ilmu Sejarah, Pulau Pinang, Pusat Pendidikan
Jarak Jauh, USM.

Andrean Boldt, 2007, Perception, Depiction and Description of European History : Leopold Von
Ranke and His Development and Understanding of Modern Historical Writing,
Maynooth, National University of Ireland.

Arba’iyah Mohd Noor, 2002, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Frizt Stern, 1970, The Varieties of History, London, Macmillan.

Kasper Risbjerg Eskildsen, 2008, Leopold Von Ranke’s Archival Turn : Location and Evidence
in Medium Historiography, United Kingdom, Cambridge University Press.

Leonard Krieger, 1970, Ranke : The Meaning of History, Chicago, The University of Chicago
Press.

Muhd Yusof Ibrahim, 1975, Pengertian Sejarah, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd Yusof Ibrahim & Mahayuddin Haji Yahya, 1998, Sejarawan dan Pensejarahan, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

R. Suntharalingam, 1985, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur, Marican dan Sons (M)
Sdn Bhd.

R. Suntharalingam, 1987, Pensejarahan Barat, Petaling Jaya, Fajar Bakti.

Qasim Ahmad, 1991, Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka.

14

You might also like