Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

SEMINAR INOVASI DAN KAJIAN TINDAKAN ,MEI 2016

PENGGUNAAN BAHAN MANIPULATIF ‘ MAGIC BEADS’ BAGI MENINGKATKAN


KEMAHIRAN ASAS PEMBAHAGIAN BAGI MURID TAHUN 5

MUHAMMAD SOFWAN BIN MAHMUD


Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam konsep asas pembahagian dengan
menggunakan bahan manipulatif ‘Magic Beads’. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti kesilapan -
kesilapan yang dilakukan oleh murid berpencapaian rendah ketika menyelesaikan soalan asas
pembahagian dengan bentuk lazim. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan hasil kerja
murid, soal selidik dan temu bual. Hasil tinjauan mendapati murid - murid tidak menguasai asas
kemahiran pembahagian. Justeru seramai 6 orang murid tahun 5 iaitu 5 orang murid lelaki dan
seorang murid perempuan telah dipilih sebagai sampel bagi kajian ini.5 sesi rawatan telah diberikan
dalam tempoh 1 bulan. Daripada kajian ini, terdapat banyak kesilapan telah dikenal pasti yang
dilakukan oleh murid – murid semasa menyelesaikan soalan pembahagian dan penggunaan bahan
manipulatif ‘Magic Beads’ telah berjaya meningkatkan kemahiran murid dalam tajuk pembahagian
berdasarkan peningkatan markah dalam ujian pos yang begitu ketara.

1.0 PENGENALAN

Telah dibuktikan dalam banyak kajian bahawa operasi bahagi merupakan operasi yang sangat kritikal
berbanding dengan operasi – operasi lain iaitu operasi tambah, tolak dan darab. Oleh itu , para guru
haruslah merancang strategi pengajaran yang berkesan agar dapat membantu para murid memahami
konsep pembahagian. Hal ini adalah kerana proses pengajaran dan pembelajaran matematik adalah
jauh berbeza dengan mata pelajaran – mata pelajaran lain. Pengajaran matematik merupakan suatu
pengajaran yang melibatkan pembinaan konsep di samping penguasaan kemahiran dan penyelesaian
masalah (Souviney, 1990; NCTM, 1989; ICME, 1994; Skemp, 1987; Swetz& Tim, 1988; Cockroft,
1982; Nik Azis , 1992; Ibrahim , 1994) memerlukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bermula
dengan memanipulasi bahan konkrit dan diikuti oleh perwakilan gambar yang seterusnya
diterjemahkan kepada simbol (angka) sebagai jawapan akhir. Hal ini adalah selari dengan pendapat
Jean Piaget (1970) bahawa penggunaan bahan manipulatif sebagai bahan bantu mengajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran matematik adalah penting dalam membantu murid membina
pemahaman terhadap konsep – konsep abstrak bagi kemahiran asas pembahagian. Selain itu, Swan
dan Marshall (2010) juga menyebut tentang bahan manipulatif dalam kajian mereka di mana
penggunaan bahan manipulatif dapat merangsang deria – deria pelajar dalam memupuk pemikiran
matematik dalam keadaan individu itu sedar ataupun tidak. Sebagai tambahan, Roslinda Rosli (2015)
pula menyatakan bahawa penglibatan aktif pelajar ketika memanipulasi objek atau model akan
memberi pengalaman konkrit dalam pembinaan pengetahuan matematik secara konstektual.Oleh itu,
jelaslah bahawa penggunaan bahan manipulatif mampu memangkin pemahaman murid terhadap
konsep serta isi pelajaran yang disampaikan.

2.0 ISU KEPRIHATINAN

Seperti yang diketahui, para guru harus benar – benar memahami masalah yang dihadapi oleh muid
sebelum membuat perancangan untuk membantu mereka. Hal ini adalah sangat penting bagi
mendapatkan penyelesaian yang terbaik untuk membantu mereka bagi memahami topik yang diajar.
Dalam konteks ini, para guru haruslah bersifat proaktif dan inovatif dalam mendapatkan penyelesaian
bagi setiap masalah yang dihadapi khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan
operasi – operasi lain. Memang tidak dapat dinafikan bahawa operasi bahagi merupakan operasi yang
paling sukar untuk dipelajari berbanding dengan operasi – operasi lain . Justeru , pengkaji telah
mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi oleh murid – murid khususnya murid – murid yang
berpencapaian rendah dalam menyelesaikan soalan melibatkan operasi bahagi. Antara masalah yang
telah dikenal pasti ialah :
SEMINAR INOVASI DAN KAJIAN TINDAKAN ,MEI 2016

2.1 Murid tidak dapat menyelesaikan soalan berkaitan operasi bahagi dengan kaedah serta
langkah pengiraan yang betul.
2.2 Murid lemah dalam sifir. Sifir memainkan peranan penting dalam menjawab soalan
melibatkan operasi bahagi.
2.3 Kesilapan semasa membuat pengiraan (counting error).
2.4 Murid hilang minat terhadap matematik kerana merasakan mata pelajaran matematik
merupakan suatu mata pelajaran yang sukar kerana sering tidak dapat menjawab soalan
yang diberikan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Objektif umum

Meningkatkan tahap pencapaian murid dengan menggunakan bahan inovasi yang diperkenalkan
dalam tajuk bahagi bagi murid – murid tahun 5

3.2 Objektif khusus

Untuk meningkatkan pemahaman murid tentang konsep pembahagian dengan menggunakan bahan
manipulatif ‘Magic Beads’ fokus kepada membahagi sebarang nombor hingga 1000 000 dengan
nombor satu digit.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Sampel bagi kajian ini melibatkan 6 orang murid yang telah dipilih daripada populasi 23 orang murid
tahun 5 Mawar 3 Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah . Murid - murid ini dipilih berdasarkan kepada
analisis buku latihan mereka dan juga berdasarkan pencapaian ujian diagnostik yang telah diberikan
kepada mereka. Murid – murid ini dikategorikan sebagai murid – murid berpencapaian rendah kerana
sering mendapat skor yang rendah dalam ujian yang diberikan iaitu di bawah paras 30% dan ke
bawah.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Tinjauan Masalah

Seperti yang diketahui, kita harus memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar sebelum
kita membuat perancangan untuk membantu mereka. Dalam usaha untuk memahami masalah
yang dihadapi oleh murid, guru telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul
maklumat tentang masalah yang dihadapi oleh murid berkaitan kemahiran murid dalam
menjawab soalan melibatkan operasi bahagi. Dalam kajian ini, tinjauan masalah telah
dilaksanakan berdasarkan kepada pemerhatian , buku kerja murid dan temu bual.

5.1.1 Pemerhatian
Guru membuat pemerhatian terhadap prestasi pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Selain itu, guru juga membuat pemerhatian terhadap pencapaian
murid berdasarkan kepada soalan – soalan yang diajukan semasa di dalam kelas. Guru juga
melakukan pengamatan sesuai dengan soalan yang diberikan di dalam buku-buku
latihan. Walau bagaimanapun, guru berasa begitu bimbang kerana murid tidak memberikan
respon yang baik untuk soalan yang telah diberikan kepada mereka dan mereka tidak
mempunyai keyakinan untuk menjawab soalan yang diberikan. Berdasarkan kepada
pemerhatian, Murid – murid daripada 5 mawar 3 berada dalam kategori murid yang
berprestasi rendah. Mereka tidak dapat menyelesaikan semua soalan yang diberikan dalam
buku latihan. Selain itu, mereka juga tidak boleh menjawab soalan yang diajukan walaupun
setelah guru memberikan penerangan kepada mereka. Penglibatan murid semasa proses
SEMINAR INOVASI DAN KAJIAN TINDAKAN ,MEI 2016

pengajaran adalah lemah dan agak pasif dalam interaksi semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Respon yang diberikan oleh murid semasa sesi pengajaran juga agak lemah
dan kebanyakannya pasif semasa di dalam kelas.

5.1.2 Analisis terhadap buku latihan murid


Berdasarkan analisis buku latihan murid, terdapat banyak kesalahan yang dilakukan oleh
murid - murid melibatkan kesalahan dalam proses pengiraan dan lemah dalam sifir .Terdapat
juga murid yang tidak menyiapkan latihan yang diberikan.

5.1.3 Temu bual


Guru juga menjalankan temu bual terhadap murid – murid. Temu bual yang diberikan kepada
murid – murid digunakan untuk membantu guru memahami punca atau sebab – sebab
kelemahan murid terhadap tajuk yang diajar dan mengandungi soalan – soalan dengan tujuan
untuk mendapatkan maklumat daripada responden. Soalan yang diberikan di dalam temubual
adalah berbentuk soalan tertutup di mana murid – murid hanya perlu menjawab samada ya
ataupun tidak.

Hasil daripada pemerhatian, analisis buku latihan murid dan temu bual yang telah dijalankan
guru telah mendapati bahawa terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh murid iaitu :
1. Murid – murid tidak dapat menyelesaikan masalah matematik melibatkan
operasi bahagi dengan kaedah yang betul
2. Lemah dalam sifir
3. Kesilapan semasa membuat pengiraan (counting error) operasi bahagi.

Jadual 1 menunjukkan kaedah yang telah digunakan untuk mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh murid.

Jadual 1 : Kaedah Mengutip Data Bagi Tinjauan Masalah


Langkah Cara Kumpulan Tujuan
Dan Tarikh Penilaian Sasaran
Langkah 1 Memeriksa 23 orang murid 5 Melihat kesalahan umum yang dilakukan
7/7/2015 buku tulis Mawar 3 oleh murid serta masalah yang dihadapi oleh
murid dalam menyelesaikan soalan
melibatkan asas pembahagian
Langkah 2 Pemerhatian 23 orang murid 5 Pemerhatian dilakukan oleh saya sendiri
12/7/2015 Mawar 3 untuk mengenal pasti masalah dari segi :
13/7/2015 i. Penglibatan murid semasa sesi
pengajaran
ii. Respon murid semasa proses
pengajaran
iii. Pemahaman konsep murid berkaitan
dengan penambahan dengan
mengumpul semula.
Langkah 3 Temu bual 23 orang murid 5 Sesi temu bual dijalankan untuk
14/7/2015 Mawar 3 mendapatkan kepastian terhadap masalah
yang dihadapi oleh murid. Temu bual yang
dijalankan adalah berstruktur dan bentuk
soalan yang ialah soalan tertutup. Jawapan
yang diperlukan bagi setiap soalan yang
ditanya ialah ya atau tidak.
SEMINAR INOVASI DAN KAJIAN TINDAKAN ,MEI 2016

Hasil daripada tinjauan yang telah dilakukan, guru telah memilih 6 daripada 23 orang murid
tahun 5 Mawar 3 yang mempunyai masalah dalam operasi bahagi untuk di berikan rawatan
menggunakan bahan inovasi ‘Magic Beads’.

5.2 Prosedur Tindakan

Terdapat banyak model yang boleh diaplikasikan dalam perlaksanaan kajian tindakan melalui bahan
inovasi yang dihasilkan seperti model yang dipelopori oleh Stephen Elliot , Dave Ebbut , Jean Mc
Niff dan Kurt Lewin. Walau bagaimanapun , saya telah memilih untuk menggunakan model Kurt
Lewin dalam perlaksanaan inovasi pada kali ini. Perlaksanaan inovasi mengikut model ini
menghuraikan setiap tahap melalui empat langkah utama bermula dengan perancangan diikuti dengan
tindakan, pemerhatian dan refleksi seperti yang ditunjukkan seperti di bawah :

1. MERANCANG 3. PEMERHATIAN
Membantu murid memahami
konsep pembahagian dengan Membuat pemerhatian terhadap
menggunakan bahan manipulatif keberkesanan penggunaan bahan
‘Magic Beads’. manipulatif ‘Magic Beads’ dengan
mengumpul data sepanjang sesi
rawatan dijalankan.

4. REFLEKSI

Membuat refleksi untuk menentukan


samada perlaksanaan inovasi ini perlu
diteruskan sekiranya masalah masih
belum diatasi. Refleksi yang dibuat
adalah berdasarkan kepada maklumat
yang dikumpul di peringkat
pemerhatian

Rajah 1: Prosedur Tindakan Kajian Tindakan

5.3 PELAKSANAAN TINDAKAN


SEMINAR INOVASI DAN KAJIAN TINDAKAN ,MEI 2016

Aktiviti Arahan Pengendalian


LATIHAN
Langkah 1:
- Guru menunjukkan cara penggunaan
bahan inovasi ‘ Magic Beads’ kepada
murid – murid.

Langkah 2:
- Murid melakukan pengiraan melibatkan
operasi bahagi secara individu
menggunakan Magic Beads
- Murid menunjukkan langkah pengiraan
di atas mini white board yang telah
disediakan.

Langkah 3:
- Murid melakukan pengiraan melibatkan
operasi bahagi secara berkumpulan atau
berpasangan menggunakan Magic Beads
( Pembelajaran secara kolaboratif)
- Murid menunjukkan langkah pengiraan
di atas mini white board yang telah
disediakan

Langkah 4:
Murid – murid membuat latihan tanpa
menggunakan bahan inovasi ‘Magic Beads’.

PENGUKUHAN ( BELAJAR SAMBIL BERMAIN)


1. Permainan boleh dijalankan secara
individu maksimum 4 orang pemain atau
secara kumpulan di mana setiap
kumpulan mempunyai 2 orang pemain.
SEMINAR INOVASI DAN KAJIAN TINDAKAN ,MEI 2016

2. Pemain akan dibekalkan dengan


 Bahan Inovasi Magic Beads
 Set permainan dam ular
3. Pemain perlu membaca serta memahami
arahan / peraturan permainan di belakang
dam ular sebelum bermain.
4. Pemain perlu menggunakan bahan
Inovasi “Magic Beads” untuk menjawab
soalan MISTERI.
5. Pemain yang paling awal menamatkan
permainan dikira sebagai pemenang

 Bilang sehingga 31 biji manik di mana setiap gelung


mempunyai 8 biji manik kerana soalan melibatkan sifir 8
(bahagi 8)
 Bilang gelung yang mempunyai bilangan manik yang
penuh iaitu gelung yang mempunyai lapan biji manik.
 Bilangan gelung yang mempunyai bilangan manik yang
penuh ialah 3 gelung. Oleh itu 3 x 8 = 24
 Jadi 31 – 24 =7. Lihat pada gelung yang tidak
mempunyai bilangan manik yang penuh (lapan biji
manik) iaitu 7 biji manik, maka terbukti 31 -24 bakinya
ialah 7

 Pengiraan diteruskan dengan menurunkan 6


menjadikan nilai 76. Bilang sehingga 76 biji manik di
mana setiap gelung mempunyai 8 biji manik kerana
soalan melibatkan sifir 8 (bahagi 8)
 Bilang gelung yang mempunyai bilangan manik yang
penuh iaitu gelung yang mempunyai lapan biji manik.
 Bilangan gelung yang mempunyai bilangan manik
yang penuh ialah 9 gelung. Oleh itu 9 x 8 = 72
 Jadi 76 – 72 =4. Lihat pada gelung yang tidak
mempunyai bilangan manik yang penuh iaitu 4 biji
manik, maka terbukti 31 -24 bakinya ialah 4
SEMINAR INOVASI DAN KAJIAN TINDAKAN ,MEI 2016

 Pengiraan diteruskan dengan menurunkan nombor 7


menjadikan nilai 47. Bilang sehingga 47 biji manik di
mana setiap gelung mempunyai 8 biji manik kerana
soalan melibatkan sifir 8 (bahagi 8)
 Bilang gelung yang mempunyai bilangan manik yang
penuh iaitu gelung yang mempunyai lapan biji manik.
 Bilangan gelung yang mempunyai bilangan manik
yang penuh ialah 5 gelung. Oleh itu 5 x 8 = 40
 Jadi 47 – 40 =7. Lihat pada gelung yang tidak
mempunyai bilangan manik yang penuh iaitu 7 biji
manik, maka terbukti 47 - 40 bakinya ialah 7.

 Pengiraan diteruskan dengan menurunkan nombor 9


menjadikan nilai 79. Bilang sehingga 79 biji manik di
mana setiap gelung mempunyai 8 biji manik kerana
 soalan melibatkan sifir 8 (bahagi 8)
 Bilang gelung yang mempunyai bilangan manik yang
penuh iaitu gelung yang mempunyai lapan biji manik.
 Bilangan gelung yang mempunyai bilangan manik yang
penuh ialah 5 gelung. Oleh itu 9 x 8 = 72
 Jadi 79 – 72 =7. Lihat pada gelung yang tidak
mempunyai bilangan manik yang penuh iaitu 7 biji
manik, maka terbukti 47 - 40 bakinya ialah 7.
 Maka jawapan bagi soalan 31679 ÷ 8 ialah 3959
2. TINDAKAN

Melaksanakan sesi rawatan


SEMINAR INOVASI DAN KAJIAN TINDAKAN ,MEI 2016
(pembelajaran) terhadap murid-
murid 5 Mawar 3 menggunakan
bahan manipulatif ‘Magic
Beads’.
5.4 Analisis Ujian Pra Dan Ujian Pasca

Jadual 2 : Perbandingan Markah Ujian Pra Dan Ujian Pasca

Bil Murid Markah Peningkatan (%)

Ujian Pra (%) Ujian Pasca (%)


1. Murid 1 20 100 80

2. Murid 2 10 90 80

3. Murid 3 30 100 70

4. Murid 4 10 100 90

5. Murid 5 0 100 100

6. Murid 6 0 90 90

Berdasarkan kepada jadual perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca, jelas
menunjukkan peningkatan yang begitu ketara sekali dalam ujian pasca yang telah dijalankan.
Hal ini menggambarkan secara jelas bahawa murid – murid dapat memahami konsep
pembahagian setelah perlaksanaan projek inovasi .Jika dilihat daripada keputusan ujian pra,
tidak ada seorang pun murid yang dapat menjawab kesemua soalan dengan betul. Markah
tertinggi yang diperoleh hanyalah 30% oleh murid 3 iaitu hanya 3 sahaja jawapan betul
daripada 10 soalan. Seorang murid mendapat Markah 20% manakala 2 orang lagi mendapat
markah 10% iaitu murid 4 dan murid 2 dengan hanya 1 sahaja jawapan yang betul daripada
10 soalan ujian pra. Walau bagaimanapun , terdapat juga 2 orang responden yang mendapat
0 markah iaitu murid 5 dan murid 6 .Hal ini secara tidak langsung menunjukkan kepada kita
bahawa kesemua responden ini sememangnya mempunyai masalah dalam memahami konsep
pembahagian dan merupakan murid – murid yang berprestasi rendah. Hasil daripada rawatan
menggunakan bahan inovasi ‘Magic Beads’ yang telah dijalankan, kesemua responden
berjaya memperoleh markah yang tinggi dalam ujian pasca. Berdasarkan jadual di atas , 4
orang responden berjaya mendapat markah 100% iaitu murid 1 , murid 3, murid 4 dan murid
5.2 orang responden lagi memperoleh markah 90% iaitu murid 2 dan murid 6.Peningkatan ini
sungguh ketara kerana jika dilihat daripada keputusan ujian pra, perbezaan markah yang
diperoleh oleh setiap responden begitu tinggi perbezaannya lebih - lebih lagi terhadap murid
5 dan murid 6 yang pada mulanya tidak memperoleh sebarang markah dalam ujian pra tetapi
memperoleh markah yang tinggi dalam ujian pasca dengan peningkatan sebanyak 100% bagi
murid 5 dan peningkatan 90% bagi murid 6.

Secara jelasnya kita dapat melihat bahawa penggunaan bahan manipulatif ‘Magic Beads’
sangat membantu murid – murid dalam memahami konsep pembahagian dengan baik.
Perkara ini telah dibuktikan melalui peningkatan markah oleh setiap murid yang begitu ketara
sekali. Sikap setiap murid yang bersungguh – sungguh serta sentiasa memberikan respon
yang baik membantu mereka dalam memahami konsep pembahagian dengan lebih mudah
dan cepat. Semasa sesi penggunaan bahan inovasi ‘Magic Beads’ dijalankan, murid – murid
kelihatan begitu seronok sehinggakan apabila tiba masa penamatan sesi, mereka seolah – olah
SEMINAR INOVASI DAN KAJIAN TINDAKAN ,MEI 2016

meminta untuk meneruskan sesi. Perubahan skor yang diperoleh oleh setiap responden dalam
ujian pra dan ujian pasca dapat dirumuskan seperti graf bar di bawah :

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca


100
90
80
70
60
Markah

50 Ujian Pra
40 Ujian Pasca
30
20
10
0
Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 6
Murid

Graf 2

Rajah 2 : Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Berdasarkan kepada graf bar di atas , kita dapat melihat bahawa setiap responden mempunyai
peningkatan markah yang begitu ketara sekali di mana kesemua mereka mendapat markah
90% dan ke atas. Murid 5 menunjukkan peningkatan yang paling memberangsangkan iaitu
peningkatan sebanyak 100%.Biarpun pada mulanya murid 5 ini tidak mendapat sebarang
markah , namun dengan semangat yang tinggi , murid ini akhirnya berjaya memperoleh
markah penuh dalam ujian pasca yang telah dijalankan.

Di samping itu , peningkatan lain iaitu murid 1 dan murid 2 meningkat sebanyak 80% , murid
3 meningkat sebanyak 70% dan peningkatan sebanyak 90% oleh murid 4 dan murid
SEMINAR INOVASI DAN KAJIAN TINDAKAN ,MEI 2016

6.Peningkatan ini merupakan suatu yang di luar jangkaan kerana kesemua responden ini
terdiri daripada murid – murid yang berpencapaian rendah dan boleh dibanggakan kerana
kesemua mereka dapat memahami konsep pembahagian dengan baik. Berdasarkan kepada
peningkatan ini, murid – murid juga telah dapat menunjukkan dengan betul langkah
pengiraan dalam menjawab soalan – soalan berkaitan pembahagian
6.0 REFLEKSI TINDAKAN

Melalui kajian tindakan yang dijalankan ini, guru telah mendapati bahawa:

6.1 Peningkatan markah bagi ujian yang diberikan oleh guru.


Hasil daripada perlaksanaan inovasi menggunakan bahan manipulatif ‘Magic Beads’ terhadap
murid – murid 5 Mawar 3 bagi tajuk operasi asas melibatkan operasi pembahagian , didapati
kesemua markah murid telah meningkat. Tidak ada lagi murid – murid yang meninggalkan
soalan tanpa jawapan. Kesemua murid – murid berjaya menjawab soalan berkaitan pembahagian
dengan betul.

6.2 Langkah pengiraan yang betul.


Seperti yang kita ketahui , format peperiksaan matematik UPSR mempunyai kertas 1 dan kertas
2. Justeru , hasil daripada inovasi menggunakan ‘Magic Beads’ membolehkan murid – murid
menjawab soalan – soalan melibatkan pembahagian dengan betul. Hal ini adalah sangat penting
kerana soalan matematik kertas 2 memberi lebih penekanan kepada teknik dan langkah pengiraan
yang betul untuk mendapatkan markah.

6.3 Kaedah Pengajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan


Penggunaan bahan inovasi ‘Magic Beads’ secara tidak langsung telah menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik malah lebih menyeronokkan. Murid – murid
juga dilihat memberikan respon yang lebih baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran .Di
samping itu , aktiviti ‘hands on’ menerusi bahan inovasi yang digunakan menggalakkan pelajar
untuk lebih aktif di dalam proses pembelajaran mereka di samping menerapkan nilai - nilai
konstruktivisme di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

7.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Untuk kajian yang akan datang, guru bercadang untuk cuba mengaplikasikan bahan manipulatif
‘Magic Beads’ kepada operasi – operasi lain pula iaitu operasi tambah dan tolak khusus kepada
penambahan dan penolakan dengan mengumpul semula. Hal ini kerana bahan inovasi ini bersifat
‘multipurpose’ dan penggunaan bahan manipulatif ini sangat membantu dalam pemahaman tentang
nilai tempat serta konsep mengumpul semula.

Di samping itu, guru juga bercadang untuk menguji sejauh mana keberkesanan bahan manipulatif
‘Magic Beads’ ini terhadap sampel – sampel lain yang menghadapi masalah yang sama iaitu masalah
yang melibatkan operasi bahagi. Dengan cara ini , guru akan mendapat lebih pengalaman serta
pengetahuan baru apabila mengaplikasikan penggunaan bahan manipulatif ini terhadap sampel –
sampel lain. Mungkin juga guru boleh menjalankan kajian tindakan yang sama di sekolah lain dan
secara tidak langsung dapat membandingkan dapatan – dapatan yang diperoleh di tempat yang
berbeza.

Kesimpulannya, kajian tindakan yang dijalankan ini sememangnya memberi kesan yang positif dalam
penguasaan murid terhadap tajuk asas pembahagian serta meningkatkan minat murid terhadap mata
pelajaran matematik.

Rujukan
SEMINAR INOVASI DAN KAJIAN TINDAKAN ,MEI 2016

Piaget, J. (1952). The origins of intelligence in children (Vol. 8, No. 5, p. 18). New York:


International Universities Press.

Rosli, R. (2015). Pemerkasaan Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Melalui Penggunaan


Bahan Manipulatif. In R. R. Effandi Zakaria, Siti Mistima Maat (Ed.), Isu Dan
Cabaran Dalam Pendidikan Matematik (pp. 114-126). Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Swan, P., & Marshall, L. (2010). Revisiting Mathematics Manipulative Materials. Australian Primary
Mathematics Classroom, 15(2), 13-19.

You might also like