Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMPUAN BUKIT KUDA

JALAN LANDASAN, 41300 KLANG

MINIT MESYUARAT PANITIA AGAMA ISLAM


BILANGAN 1 TAHUN 2020

Bilangan Mesyuarat : 01
Tarikh : 9 JANUARI 2020
Masa : 2.00 PETANG
Tempat : KELAS 5 CERDIK

Hadir

1. En.Muhammad Azziq bin Azman - Ketua Panitia


2. En. Azami bin Tohet -Setiausaha Panitia
3. Pn. Noor Wahidah binti Abdul Mutalib
4. Pn. Norzana binti Safari
5. Pn. Noor Faezah binti Abd. Aziz
6. Pn. Norjannah binti Mohd Ibrahim
7. Pn. Rodiah binti Tak
8. Pn. Fadzilah binti Md Zaidon

Turut Hadir

Tiada

Tidak Hadir

Tiada

1. UCAPAN ALU-ALUAN OLEH PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ke mesyuarat kali 1/2020
kepada semua AJK Panitia Agama Islam.
Tindakan: Makluman

2. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG


LEPAS

2.1.1 Dicadangkan oleh : Pn. Fadzilah binti Md Zaidon


2.1.2 Disokong oleh : Pn. Noor Wahidah binti Abdul Mutalib

3. PERKARA BERBANGKIT
Tiada

1
4. PERKARA BAHARU
4.1 Penyelaras bagi setiap program panitia bagi Tahun 2020 adalah seperti berikut:
i ) Kem Bestari Solat 1 & 2 : Pn. Noor Wahidah binti Abdul Mutalib
( 22.02.2020 & 25.09.2020 )
ii ) Ihya’ Ramadhan : Pn. Noor Faezah binti Abd. Aziz
( 27.04.2020 )
iii ) Khatam AlQuran : Pn. Norjannah binti Mohd Ibrahim
( 20.05.2020 )
iv ) Israk Mikraj : Pn. Norzana binti Safari
v ) Maulidur Rasul : En. Azami bin Tohet
( 30.10.2020 )
vi) Maal Hijrah : Pn. Rodiah binti Tak
( 21.08.2020 )
Tindakan : Makluman

4.2 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) akan dikumpulkan dalam satu fail dalam
bentuk softcopy.Perlu selaras dan mengikut item yang telah ditetapkan serta
mengikut susunan yang betul
Tindakan : Makluman

4.3 Pentaksiran bilik darjah akan dijalankan untuk Tahap 1 manakala untuk Tahap 2
akan dijalankan ujian dan peperiksaan.Soalan Ujian serta Peperiksaan adalah seperti
berikut:

Tahun 4 = Pn. Norjannah binti Mohd Ibrahim / En.Muhammad Azziq bin Azman
Tahun 5 = En. Azami bin Tohet / En.Muhammad Azziq bin Azman
Tahun 6 = Pn. Fadzilah binti Md Zaidon / Pn. Norzana binti Safari

Tindakan : Makluman

4.4 Penyelaras bagi bilik-bilik Khas panitia adalah seperti berikut:


Bilik j-Qaf : Pn. Noor Faezah binti Abd. Aziz dan
Pn. Norjannah binti Mohd Ibrahim
Surau : En.Azami bin Tohet dan Pn. Norzana binti Safari
Tindakan : Makluman

4.5 Item yang perlu ada dalam Bilik j-Qaf dan surau adalah seperti berikut:
i) Buku Jadual Penggunaan
ii) Carta Organisasi
iii)Buku Pelawat
iv)Jadual Tugasan
Tindakan : Makluman

2
4.6 Ketua Panitia memaklumkan bahawa baki PCG adalah sebanyak RM 363.60.
Sebarang keperluan yang hendak dibeli untuk Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi
tahun 2020 hendaklah dimaklumkan lebih awal dengan mengisi nota minta bagi
memudahkan urusan pembelian.
Tindakan : Makluman

4.7 Satu salinan Jadual Persendirian dan maklumat guru bagi Tahun 2020 perlu
diserahkan kepada Ketua Panitia.
Tindakan : Semua guru

4.8 Hanya sebuah buku tulis yang akan digunakan untuk sesi PdPc.Semakan buku
latihan adalah berdasarkan jadual yang telah diberikan oleh pihak pentadbir.

Tindakan : Semua guru

4.9 Khalifah Bacaan Yasin pada setiap hari Jumaat akan diketuai oleh En.Muhammad
Azziq bin Azman dan En.Azami bin Tohet Tindakan : Makluman

4.10 Pengerusi memaklumkan bahawa Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-sekolah


(MTQSS) akan berlangsung pada bulan Februari.
Tindakan : Makluman

4.11 Jurulatih bagi setiap pertandingan MTQSS adalah seperti berikut:


Tilawah Al-Quran : Pn.Norjannah bt.Mohd Ibrahim dan Pn. Noor Wahidah
Hafazan : Pn. Noor Faezah binti Abd. Aziz dan
Pn.Fadzilah binti Md Zaidon
Bercerita : Pn. Norzana bt. Safari dan Pn. Rodiah bt. Tak
Nasyid : En. Azami bin Tohet dan En.Muhammad Azziq bin Azman
Daei Cilik : En.Muhammad Azziq bin Azman

Tindakan : Semua ahli panitia

HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi mencadangkan agar Kitab Al-Quran dan buku Iqra’ di susun dengan
kemas di dalam almari bagi setiap kelas.
Tindakan : Semua ahli panitia

5.2 Pn. Norzana binti Safari mencadangkan agar diadakan Program Anak Angkat
Al-Quran bagi murid-murid Tahun 5 Pintar yang masih belum menguasai
bacaan Al-Quran.Nama murid yang terlibat dalam program ini akan dimaklumkan
kelak.
- Semua ahli panitia bersetuju dengan cadangan tersebut.

Tindakan : Semua ahli panitia

3
6. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Jawatankuasa
Panitia Pendidikan Islam
SK (P) Bukit Kuda

Tarikh : 17 Januari 2020

You might also like