Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU BMM316

ISI KANDUNGAN
BORANG PENGAKUAN 2

PROFIL DIRI 3

1.0 PENGHARGAAN 4

2.0 ABSTRAK 5

3.0 TUGASAN SOALAN 1 6

3.1 MUKADIMAH 6

3.2 KONSEP GENRE KESUSASTERAAN 6

3.3 GENRE SAJAK DALAM KESUSASTERAN 7

3.4 TEKNIK DAN AKTIVITI MESTAMU DALAM PENGAJARAN 8

DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

3.5 TEKNIK DAN AKTIVITI DEKLAMASI DALAM PENGAJARAN 10

DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

3.7 KELEBIHAN PENGAPLIKASIAN TEKNIK MESTAMU 11

DAN DEKLAMASI DALAM PENGAJARAN GENRE SAJAK

3.8 RUMUSAN KESELURUHAN 12

3.9 BIBLIOGRAFI 13

4.0 TUGASAN SOALAN 2 14

4.1 MUKADIMAH 14

4.2 KONSEP KAEDAH BERFOKUS 14

4.3 ANALISIS CERPEN 15

4.4 RUMUSAN KESELURUHAN 18

4.5 BIBLIOGRAFI 19

5.0 TUGASAN 3 – SKRIP SYAIR 21

RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN


1 AFZAN
GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU BMM316
3

6.0 LAMPIRAN 22

HALAMAN PENGAKUAN

Saya mengakui bahawa ini adalah hasil kerja saya


sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya”

TANDATANGAN : ……………………………….

NAMA : RANJINI A/P VALAUTHAN

NO. KP : 940202-08-6464

TARIKH : 18 SEPTEMBER 2017

RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN


2 AFZAN
GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU BMM316
3

PROFIL DIRI

NAMA : RANJINI A/P VALAUTHAN

NO. K/P : 940202-08-6464

UNIT : PISMP PENGAJIAN BAHASA MELAYU

SEMESTER : 8

KURSUS ELEKTIF : PENDIDIKAN JASMANI & SEJARAH

AMBILAN : JANUARI 2014

ALAMAT RUMAH : NO.787, JLN.DEPU, TMN.BERNAM, TG.MALIM,

RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN


3 AFZAN
GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU BMM316
3

PERAK.

NO. HP : 016-9414502

E-MEL : jinigirl94@gmail.com

1.0 PENGHARGAAN

‘Penulisan yang baik menunjukkan pemikiran yang jelas’, itulah prinsip yang saya
berpegang pada sepanjang melaksanakan tugasan penulisan ilmiah bagi kursus EDU 3093
iaitu Guru dan Cabaran sehingga dapat menyiapkannya dengan jayanya. Bersyukur kepada
Tuhan kerana dengan adanya limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus
yang telah diusahakan selama ini. Keberhasilan tugasan ini adalah datangnya daripada
dorongan dan sokongan daripada pelbagai pihak. Pertama sekali, jutaan kalungan budi
kepada pemimbing yang juga menjadi pembekal tenaga kepada saya iaitu pensyarah
kursus ini Tuan Haji Sallehudin bin Abdul Talib. Beliau telah banyak membantu saya
dalam menyelesaikan tugasan ini. Beliau juga tidak pernah terlepas pandang untuk
memberikan kata-kata semangat dan sentiasa memberikan maklumat yang saya perlukan
dalam pelaksanaan tugasan ini.

Selain itu, saya juga turut ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan
kepada kedua ibu bapa saya kerana telah memberikan sokongan dan dorongan khususnya
dalam menberikan sedikit peruntukan yang diperlukan dalam menyempurnakan tugasan ini.
Dorongan serta sokongan moral yang diberikan mereka menyemarakan lagi semangat saya
untuk menghasilkan sebuah tugasan yang berkualiti dan supaya tidak mudah berputus asa
apabila menghadapi kekangan dalam menyelesaikan tugasan ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya untuk mencari maklumat atau
buntu fikiran. Khususnya kedua-dua rakan sekumpulan saya bagi tugasan 3 iaitu Lalitha
Hasokar dan Uvarajah Vadiveloo yang telah memberikan kerjasama yang tidak terhingga
dalam melaksanakannya.Maklumat yang dikongsi bersama sangat berguna dalam
pelaksanaan kerja kursus ini.Rakan saya telah banyak membantu saya dengan memberikan
idea-idea yang efektif dan bernas yang dapat saya gunakan dalam menyelesaikan tugasan
ini.

RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN


4 AFZAN
GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU BMM316
3

Ahkir sekali, penghargaan juga ditujukan khasnya kepada IPG Tengku Ampuan Afzan
kerana menyediakan infrastruktur yang lengkap seperti kemudahan pusat sumber yang
membolehkan kami mencari sumber maklumat di pusat sumber yang serba indah ini serta
menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan mudah

Sekian, terima kasih.

2.0 ABSTRAK

Bidang ilmu kajian Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu


merangkumi kandungan kurikulum sekolah rendah yang berkaitan dengan teks
Kesusasteraan Melayu, pendekatan pemahaman teks terhadap sastera, perbandingan
pengaplikasian sastera di Malaysia dengan sastera di Negara lain, penggunaan teknik dan
aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran bahan sastera sekolah rendah dan juga
pengapresiasian puisi dan prosa Melayu. Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus ini
pula adalah selaras dengan objektif kursus yang berfokuskan penggunaan teknik dan aktiviti
dalam pengajaran dan pembelajaran bahan sastera yang sesuai bagi sekolah rendah bagi
tugasan 1, analisis sebuah cerpen yang berjudul kontang-kanting oleh Nurimas SN dengan
menggunakan pendekatan pemahaman teks kaedah berfokus bagi tugasan 2 dan juga
mengaitkan kemahiran melagukan syair dengan intonansi yang betul dan persembahan
yang menarik dalam kumpulan bagi tugasan 3.

Bahasa dan kesusasteraan sering dianggap berada dalam dua bahagian yang
berasingan. Namun begitu, perkaitannya amat rapat simbiosisnya seperti ‘irama dan lagu’.
Bagi tujuan pendidikan bahasa Melayu , bahan kesusasteraan telah digunakan sejak dahulu
lagi. Sejak tahun 2000 lagi, komponen sastera (KOMSAS)sesuai dengan kepentingan dan
keseriusan memasukkannya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di
sekolah-sekolah menengah terlebih dahulu dan kemudiannya di sekolah-sekolah rendah.
Makalah, bagi menjadikan mata muridan ini kian menarik dan berdaya saing,kurikulum
Bahasa Melayu yang terdiri daripada suatu elemen baharutelah diperkenalkan dalam
kurikulum huraian sukatan muridan Bahasa Melayu dalam Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR), iaitu seni bahasa, sementara “didik hibur” menjadi salah satu pendekatan
dalam pengajaran dan pembelajaran

Penggunaan bahan sastera terkandung di dalam kurikulum pendidikan Bahasa


Melayu. Sistem pendidikan telah mengalami anjakan paradigma yang membawa kepada
RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN
5 AFZAN
GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU BMM316
3

satu tingkat pembelajaran yang lebih mantap. Komponen Kesusasteraan Melayu


(KOMSAS) yang diaplikasikan dalam pengajaran Bahasa Melayu (BM) sebagai satu usaha
untuk mempertingkatkan kualiti bahasa kepada murid di samping menangani kedudukan
sastera Melayu yang semakin dipinggirkan. Antara matlamat penerapan sastera ialah untuk
mengukuhkan pengajaran bahasa, menyemai sikap minat membaca dan menekankan nilai-
nilai murni dan pengajaran yang diperolehi daripada karya-karya sastera yang dibaca.
Sebagai guru, kita percaya bahawa bahasa dan sastera tidak dapat dipisahkan dan boleh
diintegrasikan ke dalam kurikulum Bahasa Melayu.

3.0 TUGASAN 1

3.1 Mukadimah

Selaras dengan arus transformasi pendidikan pada abad ke-21 ini, bahasa Melayu
adalah medium pengajaran dan pembelajaran kecuali mata pelajaran bahasa Inggeris dan
bahasa-bahasa pilihan tertentu di peringkat sekolah. Hal ini juga dikecualikan bagi sekolah-
sekolah vernakular. Mengaitkan isu perbincangan, segala kandungan dalam kurikulum
berlandaskan transformasi pendidikan pada dasawarsa ini tidak dapat disampaikan dengan
baik sekiranya murid tidak mempunyai penguasaan dan kemahiran bahasa dengan baik.
Justeru, dalam Anjakan ke-2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 (PPPM)
telah memperkenalkan kurikulum bahasa Melayu yang sama pada peringkat rendah bagi
membolehkan murid menguasai kemahiran bahasa Melayu dengan baik tanpa mengira jenis
aliran sekolah. Bagi menjadikan mata pelajaran ini kian menarik dan berdaya saing,
beberapa elemen baharu juga diselitkan dalam kurikulum tersebut termasuklah elemen seni
bahasa yang saling berteraskan kesusasteraan Melayu kanak-kanak. Seni bahasa ini
merujuk keupayaan murid untuk memahami,mengungkap dan menghargai bahasa yang
indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. Maka kajian yang
dilakukan ini adalah untuk mengenal pasti keyakinan guru dalam pengajaran dan
pembelajaran seni bahasa sepanjang pelaksanaan dan mengukur sejauh mana guru dapat
menerapkan elemen dan teks sastera dalam meningkatkan keberkesanan kemahiran
pembacaan murid. Persoalannya, adakah pembelajaran sastera ini mampu untuk mengisi
ruang dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dalam arus abad ke-21? Jika
sastera mampu untuk mengisi ruang tersebut, bagaimana pula coraknya dapat mewarnai
dan menangani proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu?

3.2 Konsep Genre Kesusasteraan

RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN


6 AFZAN
GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU BMM316
3

Kesusasteraan merupakan bidang yang begitu umum dan diperkatakan oleh begitu
ramai penulis dan pembicara, juga golongan murid, pendidik dan masyarakat umum. Dalam
fahaman kasar, kesusasteraan selalu dihubungkan dengan karya-karya yang ditulis dan
dibukukan hasil daripada peradaban satu-satu masyarakat. Oleh sebab itulah,
kesusasteraan diberi maksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik
isinya." Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Pada
erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan
yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak (Arba’ie Sujud, 2008).
Kesusasteraan  wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga bentuk
lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya
tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik
lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai
peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan
kesusasteraan.Tuntas kata, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya
manusia. Ia adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap
bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri.

Mengaitlkan konsep kesusasteraan dengan penakrifan yang diberikan oleh beberapa


sarjana bahasa, ternyata bahawa menurut Ali Ahmad (1994) dalam Asmah Haji Omar
(2008), makna kesusasteraan dikaitkan dengan mengupas asal-usul kata sastera.
Menurutnya sastera berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang disebut syastra, yang
bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara
umumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan ‘ke’ di awal dan ‘an’ di akhir kata susastera
menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus dan
indah. Lantaran itu, menurut pandangan Hashim Awang (1984), kesusasteraan sebagai
ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Pernyataan ini disokong oleh M.K Danziger
dan W.S Jahnson (1983) yang mendefinisikan sastera sebagai satu seni yang
menggunakan kata-kata sama ada lisan atau bertulis. Bahkan sastera juga merangkumi
semua aspek yang menggunakan bahasa yang bersifat kreatif.

Di sini perlu dilanjutkan bahawa sastera adalah hasil ciptaan yang menggunakan
bahasa yang sifatnya konotatif, yang mempunyai organisasi dengan unsur-unsur yang
berkaitan antara satu sama lain. Hasil-hasil ini mengandungi anasir-anasir estetika yang
secara sedar atau tidak datangnya dari keinginan pengarang untuk mempengaruhi pembaca
bagi bersimpati dengan apa-apa jua tujuan penulisannya. Penulis-penulis ini adalah
sebenarnya merupakan pewaris dan pemanjang kebudayaannya. Dengan demikian secara
RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN
7 AFZAN
GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU BMM316
3

langsung tulisan-tulisan kesusasteraan itu merakamkan makna-makna kebudayaan yang


dapat dilukiskan oleh pengarang itu dalam satu-satu zaman tertentu.

3.3 Genre Sajak dalam Kesusasteraan

Sajak merupakan salah satu genre kesusasteraan yang perlu dipelajari dalam mata
pelajaran kesusasteraan Melayu selain genre novel, cerpen, drama, dan prosa klasik. Sajak
berbeza daripada genre kesusasteraan yang lain terutamanya dari aspek bahasa dan
bentuknya. Bahasa dalam sajak terhasil melalui proses pemadatan kata yang bersifat
emotif, konotatif, ambiguiti tetapi ia sangat ekonomi, ringkas dan tepat lalu dapat
menggambarkan dan membawa unsur emosi, persepsi, pengalaman, alegori, dan kiasan
makna yang hendak disampaikan pengarangnya dengan berkesan. Robert Frost (dalam
Dharmwijaya, 1987) menyatakan bahawa ‘puisi bermula dengan keseronokan dan berakhir
dengan kebijaksanaan’. Hal ini bermakna, melalui bait-bait kata yang padat dan ringkas,
sajak sebenarnya mempunyai maknawi tersirat yang perlu ditelusuri dengan kebijaksanaan
hati dan akal budi. Justeru sajak merupakan bahan ajar yang jika digunakan secara
berkesan boleh membawa kesan keindahan malah ia juga mampu mencetuskan daya
pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan murid. Seperti hasil kesusasteraan yang lainnya,
sajak mempunyai dwifungsi iaitu menghibur dan mendidik. Sajak menghiburkan melalui
bentuk serta unsur estetika bahasanya dan menjalankan fungsi didaktik melalui nilai murni
dan pengajaran yang tersirat dalamnya.

3.4 Teknik dan Aktiviti Mestamu dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Merenung balik sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu di Malaysia, Rahman


Shaari, seorang penyajak terkenal tanah air yang juga Profesor di Jabatan Pengajian Media,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM) yang dinobatkan sebagai penerima
S.E.A. Write Awards 2007 bagi Malaysia telah mengangkat martabat pemuisi negara ke
tahap yang lebih tinggi. Beliau telah mebawa satu pembaharuan dalam cara penyampaian
genre sajak dengan melahirkan konsep mestamu yang membawa maksud melodi tanpa
alat muzik yang diciptanya dan dipraktikkan ketika mendeklamasikan puisi. Menurut beliau,
Mestamu adalah salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh menarik minat
murid untuk memmuridi KOMSAS, khususnya sajak. Beliau turut menyatakan bahawa
mestamu meliputi penyampaian puisi secara berirama tanpa bantuan alat muzik.
Mestamu ialah akronim kepada melodi sajak tanpa alat muzik. Hal ini bemaksud mestamu
masih lagi dalam komponen sastera kerana menggunakan puisi seperti sajak. Namun cara
yang digunakan lebih unik dan berlainan daripada pendeklamasian sajak seperti sebenar.
RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN
8 AFZAN
GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU BMM316
3

Menelusuri tajuk perbincangan secara lebih mendalam, teknik mestamu tidak seperti
teknik lain yang mementingkan persembahan dari segi maksud puisi tersebut. Teknik
mestamu iaitu melagukan puisi tanpa muzik boleh dijalankan ketika mengajar
komponen sastera dalam Bahasa Melayu dan boleh dilakukan secara bersendirian,
berpasangan atau berkumpulan. Tahap yang paling mencabar mestilah apabila teknik ini
diakukan secara bersendirian kerana orang atau individu yang sama akan
mendeklamasikan sajak sekali gus melagukan bait demi bait puisi yang dibacanya itu.
Susunan pendeklamasian dan melagukan sajak tidak terikat. Hal ini bermaksud para
pendeklamasi boleh memilih sendiri sama ada mahu mendeklamasikan sajak seterusnya
melagukannya ataupun sebaliknya. Jika dilakukan secara berpasangan atau berkumpulan,
seorang daripada ahli kumpulan harus membaca atau mendeklamasikan puisi manakala
pasangan atau ahli kumpulan yang lain pula akan melagukan puisi tersebut. Irama yang
dilagukan boleh diadaptasikan daripada puisi-puisi yang sedia ada ataupun melalui
pemilihan sendiri lagu oleh individu atau kumpulan masing-masing. Kebiasaannya, mestamu
menggunakan irama melayu yang lembut, syahdu dan mendayu-dayu kerana
penyampaiannya lebih berkesan, mudah dan menarik. Contoh genre sastera lain yang
boleh menggunakan teknik ini selain sajak, ialah pantun, gurindam dan seloka.

Membincangkan isu-isu yang ungkit dalam pendidikan kesusasteraan, menurut Depraul


(1996) dan Brown (1975), salah satu cabaran yang ditempuhi dalam pengajaran
kesusasteraan ialah bahan sastera seperti sajak dan bahan puisi yang lainnya merupakan
genre yang tidak digemari murid. Beberapa kajian tempatan dan luar negara mendapati
sajak merupakan genre yang mendapat pilihan paling rendah dalam kalangan murid dan
guru berbanding genre sastera yang lain. Kekangan kedua pula ialah, genre ini juga tidak
digemari oleh guru untuk diajarkan (Timucin, 2003). Sebagai satu usaha mengatasi
kekangan ini, penerapan teknik mestamu dalam pengajaran dan pembelajaran aspek seni
bahasa perlu dipentingkan. Langkah perlaksanaan teknik mestamu boleh berubah-ubah
mengikut sesi pengajaran dan pengajaran dijalankan mengikut perancangannya. Berikut
merupakan contoh cadangan langkah perlaksanaan teknik mestamu yang boleh
diaplikasikan semasa pengajaran bahasa Melayu di bilik darjah.

LANGKAH 1 :Guru memperkenalkan teknik mestamu kepada murid merangkumi

definisi, teknik, langkah dan contoh.

LANGKAH 2 : Guru memberikan lembaran sajak atau mengikut teks sajak yang

terdapat dalam buku teks atau KOMSAS.

RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN


9 AFZAN
GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU BMM316
3

LANGKAH 3 : Murid dibahagikan murid kepada beberapa kumpulan mengikut

kesesuaian bilangan murid dan diminta memilih sendiri melodi


lagu

masing-masing untuk disesuaikan dengan puisi

LANGKAH 4 : Setiap kumpulan diminta mempersembahkan hasil kerja iaitu lagu

puisi yang disediakan bersama ahli kumpulan dihadapan kelas

LANGKAH 5 : Guru menilai setiap persembahan kumpulan dan memberi komen

tentang persembahan. Sebagai langkah pengayaan pula, murid

boleh membina sendiri puisi serta melagukan puisi secara

berpasangan

(Ariff Mohamad.et.al, 2009), Kesusasteraan dalam Pengajaran Bahasa Melayu)

3.5 Teknik dan Aktiviti Deklamasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Bagi melestarikan pendidikan sajak dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah


Kesusasteraan Melayu, guru perlu kreatif dalam merencanakan pendekatan dan teknik
pengajaran yang sesuai semasa mengajarkan pelbagai aspek dalam menganalisis sajak.
Selain teknik mestamu, teknik deklamasi juga merupakan antara aktiviti yang boleh
dilaksanakan dalam pengajaran sajak. Deklamasi berasal dari bahasa Latin yang
maksudnya ‘declamare’ atau ‘declaim’ yang membawa makna membaca sesuatu hasil
sastera yang berbentuk puisi dengan lagu atau gerak tubuh sebagai alat bantu. Gerak
yang dimaksudkan ialah gerak alat bantu yang puitis, yang seirama dengan isi
bacaan.Dalam konteks ini, membaca bererti menyampaikan puisi dengan nada, intonansi
suara dan gaya yang sesuai dengan mengaplikasikan unsur penghayatan untuk menjadikan
teknik deklamasi lebih menarik. Suara lantang pendeklamator juga merupakan aspek
penting dalam menentukan keberkesanan aktiviti deklamasi ini.

Teknik deklamasi dalam ilmu sastera pada abad ke-21 merupakan satu bentuk ilmu
yang penting dan relevan pada zaman ini bagi pembentukan kemanusiaan dan kerohanian.
Aspek pemilihan sajak dititikberatkan terlebih dahulu sebelum memulakan teknik ini.
Terserah kepada keinginan masing-masing dengan mementingkan sajak atau puisi yang
mempunyai isi yang baik dan bentuk yang indah dideklamasikan juga bersesuaian dengan
tema yang hendak diajar. Mengenai hal isi tentunya dapat minta nasihat, petunjuk dan
bimbingan daripada mereka yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan atau ahli
RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN
10 AFZAN
GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU BMM316
3

dalam bidang deklamasi. Misal kata, kalau puisi yang kita pilih itu mengandungi
kepahlawanan, keberanian dan kegagahan, maka kita pun harus mendeklamasikan puisi
tersebut dengan perasaan dan laku perbuatan, yang menunjukkan seorang pahlawan,
seorang yang gagah berani (Shamsudin Othman, 2010).Penggabungjalinan teknik lain
seperti teknik lukisan juga digalakkan. Tamsilannya, kita boleh melukiskan kepada orang
lain, bagaimana kehebatan dan kegagahan kapal udara itu.  Selain itu, cara menyebut
ungkapan-ungkapan dalam sajak juga saling berkait rapat dengan ‘mood’ atau unsur
perasaan sajak berkenaan. Misal kata, puisi yang kita pilih itu mengadungi kesedihan,
sewaktu kita berdeklamasi haruslah betul-betul dalam suasana yang sedih dan memilukan.
Sekirannya para pendengar turut dapat merasai kesedihan sajak ketika dideklamasikan,
serta membuat orang menangis setelah mendengar dan melihat kita sedih, itulah dianggap
sebagai kejayaan seorang pendeklamator. Bagi mendalami jiwa sesebuah sajak, baca
setiap baris itu berulang-ulang sehingga kita memahami isi kandungan dan maksud
yang ingin disampaikan oleh penulisnya.

Aplikasi teknik yang sesuai bukan sahaja meningkatkan pemahaman dan


keupayaan murid dalam menganalisis genre sajak, malah ia juga boleh membantu
murid menghayati pembacaan sajak serta menikmati makna sajak itu sendiri. Langkah
perlaksanaan teknik deklamasi adalah mengikut sesi pengajaran dan pengajaran
berdasarkan tajuk dan tema pengajaran adalah tidak tetap dan dijalankan mengikut
perancangannya. Berikut merupakan contoh cadangan langkah perlaksanaan teknik
deklamasi sajak yang boleh diaplikasikan semasa pengajaran bahasa Melayu di bilik
darjah.

LANGKAH 1 :Guru menyediakan sajak yang bersesuaian dengan tema dan juga

tajuk pembelajaran berdasarkan rancangan tahunan pengajaran.

LANGKAH 2 : Guru memperkenalkan teknik deklamasi kepada murid merangkumi

definisi, teknik, langkah dan contoh.

LANGKAH 3 : Beberapa murid dipilih secara rawak untuk mendeklamasikan sajak

di hadapan kelas.

LANGKAH 4 : Murid dibekalkan sajak pilihan untuk dibawa pulang bagi temph
satu

atau dua hari untuk tujuan hafalan dan penghayatan.

LANGKAH 7 : Guru menilai dan merakam persembahan murid dan

RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN


11 AFZAN
GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU BMM316
3

menayangkan kesemua rakaman video di hadapan kelas

(Ariff Mohamad.et.al, 2009), Kesusasteraan dalam Pengajaran Bahasa Melayu)

3.7 Kelebihan Pengaplikasian Teknik Mestamu dan Deklamasi dalam Pengajaran


Genre Sajak

Penerapan kedua-dua teknik dalam pengajaran genre sajak dalam pengajaran


bahasa di sekolah rendah secara tidak langsung diharapkan dapat merealisasikan potensi
murid kita sepenuhnya serta mengembangkan minat mereka terhadap pembelajaran
sepanjang hayat. Perancangan yang jitu, tekal dan menyeluruh untuk menerapkan
pengajaran sastera dalam pengajaran bahasa Melayu secara konsisten merupakan perkara
yang harus diambil kira dalam melaksanakan aktiviti pengayaan sastera yang berkesan.
Melalui aktiviti-aktiviti sastera seperti mestamu dan juga deklamasi sajak, diharapkan murid
dapat memantapkan lagi pengetahuan, pemahaman dan penguasaan bahasa Melayu
selaras dengan transformasi pendidikan. Menerusi wadah ini juga, minat membaca dapat
dipupuk, kefasihan bahasa dapat dibina dan budaya Melayu berjaya dihayati dalam
kalangan murid.

Pada masa yang sama juga guru boleh mengasah bakat murid dalam bidang
akademik dan kesenian melalui pembelajaran mengapresiasi puisi yang secara tidak
langsung diharapkan dapat merealisasikan potensi mereka sepenuhnya serta
mengembangkan minat murid terhadap pembelajaran sepanjang hayat. Melalui puisi juga,
diharapkan guru dapat membentuk rakyat muda Malaysia yang tahu bagaimana untuk
menghargai penulisan kreatif, mencari jawapan serta sanggup berfikir, menyelesaikan
masalah dengan cara baharu dan juga menjana peluang baharu untuk masa hadapan
kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Di samping itu, puisi-puisi Melayu diharapkan dapat membantu murid memiliki


nilai-nilai murni supaya mereka berwatak teguh dan mampu menangkis cabaran hidup
yang tidak dapat dielakkan. Dalam proses menguasai bahasa, murid akan dilatih agar
mempunyai keupayaan untuk menerima informasi, menjana idea dan berkongsi
pengetahuan serta pengalaman. Dengan adanya peluang untuk melibatkan diri dalam
pelbagai aktiviti sastera, guru diharapkan dapat menyemai nilai-nilai murni seperti
kepercayaan terhadap diri-sendiri, menjalin persahabatan dengan orang lain, menghormati
dan menyayangi rakan-rakan serta bertanggungjawab terhadap diri sendiri.

3.8 Rumusan Keseluruhan

RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN


12 AFZAN
GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU BMM316
3

Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa genre sajak wajar diberi nafas baru
melalui aplikasi teknik-teknik baharu seperti teknik mestamu dan deklamasi yang
menyeronokkan pengajaran dan pembelajaran berkaitan aspek seni bahasa dengan objektif
pengajaran yang telah ditetapkan. Keperluan akhir dalam mencorakkan kejayaan adalah
keupayaan guru untuk menguasai pendekatan dan teknik pengajaran yang bersesuaian
dengan keperluan pelajar. Pelajar hari ini tidak menerima apa sahaja yang guru berikan
malah mereka lebih berminat untuk mempelajari sesuatu yang menarik, menyeronokkan,
dan melibatkan mereka secara aktif (Abdul Rasid Jamian , 2013). Proses pengajaran dan
pembelajaran sajak yang berkesan akan mampu merubah minat dan persepsi murid serta
guru ke arah yang lebih positif terhadap genre ini. Jika minat dan sikap positif terhadap sajak
dapat dipupuk dalam kalangan murid, nescaya lama kelamaan stigma negatif masyarakat
terhadap genre ini juga terhakis. Pendekatan yang terkini perlu bagi menjadikan sajak hidup
mekar dalam pemikiran murid, di samping mereka dapat menggunakan kemahiran yang
dimuridi menerusi pembelajaran sajak dalam kehidupan seharian mereka. Bak kata
peribahasa, jika asal benih yang baik tercampak ke laut menjadi mutiara, terhumban ke
darat menjadi permata, terawangan di angkasa menjadi kejora. Ungkapan keramat tersebut
dapat direalisasikan sekiranya guru mendekati pembelajaran sastera dengan teknik-teknik
baharu bagi mengekalkan minat murid terhadap bidang kesusasteraan ini.

3.9 BIBLIOGRAFI

Abdul Rasid Jamian (2013). Jurnal : Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Universiti Putra Malaysia

Arba’ie Sujud.( 2008). Sastera Melayu Suatu Pengantar . Tinta Press Sdn Bhd.

Kuala Lumpur :

Ariff Mohamad.Siti Khariah Mohd Zubir (2009). Kesusasteraan dalam Pengajaran Bahasa

Melayu. Pustaka Salam Sdn.Bhd. Batu Caves. Kuala Lumpur

Asmah Haji Omar. (2008). Ensiklopedia BAHASA MELAYU. Dewan Bahasa dan Pustaka

Kuala Lumpur

Hadijah Rahmat (2006). Peranan dan Perkembangan Sastera Kanak-kanak.


RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN
13 AFZAN
GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU BMM316
3

Dewan Bahasa dan Pustaka .Kuala Lumpur:

Harun Mat Piah et al. (2006). Kesusasteraan Melayu Tradisional . Dewan Bahasa dan

Pustaka. Kuala Lumpur:

Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Standard Kurikulum Seni Bahasa dalam

Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Bahagian Perkembangan: Putrajaya

Mohd. Yahya Mohamed Ariffin (2007). Rencana Utusan Malaysia ; Angkat Martabat

Pemuisi.Http://Ww1.Utusan.Com.My/Utusan/Info.Asp?
Y=2007&Dt=1029&Pub=Utusa

n_Malaysia&Sec=Rencana&Pg=Re_06.Htm [Atas Talian : 09 September 2017]

Shamsudin Othman (2010). Jurnal :Pelaksanaan Elemen Sastera Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

Jabatan Pendidikan Bahasa Dan Kemanusiaan Fakulti Pengajian Pendidikan.

Universiti Putra Malaysia

Prof.Dr.Ahmad Fauzi Mohd Ayub (2017).Cekap BM,BI. Rencana Umum, Majalah Pendidik.

Terbitan Jun 2017, Wardah Communication Sdn.Bhd, Kuala Lumpur

http://utusanonline.com.my
[atas talian : 02 SEPTEMEBER 2017]

http://bharianonline.com.my
[atas talian : 02 SEPTEMBER 2017]

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesusasteraan
[atas talian : 08 SEPTEMBER 2017]

RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN


14 AFZAN
GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU BMM316
3

4.0 TUGASAN SOALAN 2

4.1 Mukadimah

Genre dalam kesusasteraan termasuklah  epik,  lirik,  dramatik,  sandiwara,  ejekan, 


sindira, satira dan lain-lain. Selain itu terdapat juga puisi, prosa, tragikomedi, cereka
sains dan banyak lagi. Berpaut pada tajuk perbincangan, bahan sastera seharusnya menjadi
sebahagian daripada bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pendedahan awal
tentang sastera seharusnya bermula dari murid-murid itu berada di peringkat rendah bawah
lagi. Dalam peringkat sekolah rendah, pengajaran bahan sastera dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu berbeza daripada pengajaran Kesusasteraan Melayu yang diajarkan secara
khusus. Penggunaan bahan sastera di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu hanya
menjadikan bahan sastera itu sebagai komponen yang dijadikan bahan utama bagi
mengukuhkan penguasaan Bahasa Melayu murid-murid. Cerpen merupakan salah satu

RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN


15 AFZAN
GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU BMM316
3

genre kesusasteraan Melayu  Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka juga telah banyak
menerbitkan cerpen yang berlandaskan cerita rakyat, sastera sejarah atau historiografi,
sastera epik, sajak atau puisi, novel dan drama juga boleh digunakan dalam pengajaran
bahasa. Penyesuaian atau pemilihan bahan sastera yang tepat dengan isi pengajaran
yang ingin disampaikan kepada anak-anak didik terletaknya dalam genggaman seorang
guru.

4.2 Konsep Kaedah Berfokus

Menelusuri tajuk perbincangan secara lebih mendalam, pentingnya untuk mengenali


pendekatan pemahaman yang digunakan dalam teks yang terdiri daripada empat bahagian
iaitu kaedah struktural, kaedah mengalami menghayati, kaedah berfokus dan kaedah
global. Fokus perbincangan pula hanyalah tertumpu pada kaedah berfokus yang telah
diperkembangkan oleh Unit Bahasa Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum pada tahun
1984 (Mahzan Arshad, 2008).  Pendekatan struktural menjadi dasar pengenalan terhadap
kaedah berfokus yang menekankan aspek struktur dalam karya sastera. Kaedah
berfokus mampu membantu guru untuk melakukan pengajaran dalam bilik darjah
berbanding kaedah struktural yang perlu mengkaji terlalu banyak struktur karya sastera.
Kaedah ini mengandungi dua tumpuan pertama yang dikenali sebagai fokus utama dan
tumpuan kedua pula dikenali sebagai fokus sampingan.Fokus sampingan mungkin lebih
daripada satu. Tugas fokus sampingan untuk membantu dan memperkuatkan fokus utama.
Fokus utama adalah perkara yang paling menonjol dalam sesuatu hasil karya perlu
diberikan penekanan utama, manakala perkara lain yang kurang menonjol sebagai perkara
sampingan.  Fokus utama dan fokus sampingan boleh bertukar ganti dimana fokus utama
jadi fokus kedua, fokus sampingan menjadi fokus utama. Pelaksanaan kaedah ini
sememangnya bergantung kepada kreativiti guru yang berfokuskan aspek-aspek seperti
isi, bahasa, unsur moral, nilai murni, kemasyarakatan, gaya bahasa dan sebagainya (Che
Zainon Omar et.all, 2005). Objektif pembelajaran pula terletaknya dalam fokus utama.
Misal kata, pada satu sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, guru hanya
mengajarkan watak serta latar sahaja. Guru akan menerangkan dengan terperinci mengenai
watak yang terdapat dalam bahan sustera tersebut dan menerangkan latar sebagai
penerangan sampingan sahaja.

4.3 Analisis Cerpen ‘Kontang-kanting’ Berdasarkan Kaedah Berfokus

‘Sekali air bah, sekali pasir berubah’, itulah frasa yang tepat menerangkan intipati
cerpen ‘Kontang-kanting’ hasil nukilan Nurimas SN. Cerpen ini secara keseluruhannya
RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN
16 AFZAN
GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU BMM316
3

mengisahkan bagaimana perubahan pucuk kepimpinan mampu mengubah kemajuan


sebuah kampung di persekitaran Terengganu. Kampung yang tidak dinyatakan nama
dalam cerpen ini mengalami kemunduran berzaman-zaman sejak era kemerdekaan lagi
akibat ketiadaan seorang pemimpin yang berwibawa, yang mampu merealisasikan hasrat
para penduduk kampung yang begitu mengharapkan kemajuan. Bermula dari Wan Sanaji
yang menjawat sebagai Tok Ketua dan seterusnya dalam lingkungan kepimpinan seorang
anak dagang yang dilantik oleh pejabat daerah, penduduk kampung tersebut hanya merasai
kekecewaan tentang harapan mereka terhadap tanah lahir mereka. Senario ini telah mula
berubah setelah akar kepimpinan kampung tersebut diletakkan atas bahu seorang pemuda
yang berpelajaran tinggi dari luar negara yang bernama Arman. Arman bukannya orang
asing bagi kampung tersebut, padahal kampung tersebut merupakan tanah asal
kelahirannya. Di bawah pucuk kepimpinannya sebagai Tok Ketua, sumpahan kampung
tersebut mula dipadam dengan pelbagai perubahan yang dirangka oleh Arman bersama-
sama sokongan para penduduk kampung tersebut. Berpaut pada tajuk perbincangan, saya
telah memilih binaan plot sebagai fokus utama untuk dibincangkan sebagai fokus utama
berlandaskan kaedah berfokus dan teknik plot sebagai fokus sampingan berdasarkan
cerpen ini.

Julung kali, membicarakan fokus utama, plot ialah  sesuatu  yang  menghubungkan
peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita bermula dari bahagian permulaan,
perkembangan, perumitan, puncak atau klimaks dan peleraian. Setiap peristiwa dari awal
hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat. Berdasarkan analisis cerpen ‘Kontang-
kanting’, pada bahagian permulaan cerita, latar belakang dan suasana kampung dikisahkan
berserta memperkenalkan beberapa watak seperti Wak Sanaji sebagai Tok Ketua,Abang
Kasmuri, Wak Sarahm Bik Sati, Talil, Iron dan sebagainya dalam cerita oleh penulis. Pada
bahagian ini juga, Wan Sanaji memperihalkan keluhan perasaannya sepanjang mendukung
jawatan Tok Ketua selama ini. Perkembangan cerita ini digambarkan dengan peristiwa di
mana satu aktiviti gotong royong dianjurkan oleh Wak Sanaji dan beliau berulang-kali
meminta para penduduk kampung supaya menyertai aktiviti gotong-royong masjid tetapi
harapannya hanya sekadar mimpi siang yang tidak ternyata.

Seterusnya, pada bahagian perumitan atau konflik cerita, seorang anak dagang
dilantik oleh Pejabat Daerah sebagai Tok Ketua yang menggantikan Wak Sanaji merumitkan
lagi keadaan kampung tersebut. Orang luar yang dilantik itu kurang disegani oleh para
penduduk kampung disebabkan sikapnya yang kurang memaparkan sifat kepimpinan yang
perlu ada pada seorang ketua. Beberapa orang penduduk kampung tersebut yang sungguh
RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN
17 AFZAN
GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU BMM316
3

prihatin terhadap kebajikan kampung mereka seperti Maman, Wak Nin dan Cik Alit
mengharapkan seorang anak muda berpelajaran dari kampung mereka sendiri memegang
jawatan Tok Ketua. Pada bahagian puncak atau klimaks pula, para penduduk kampung
dikejutkan dengan berita pelantikan seorang anak muda yang bernama Arman oleh Pegawai
Daerah. Mereka cukup teruja melihat Arman yang pulang ke tanah asalnya dari luar negara
setelah menamatkan pendidikannya dalam jurusan diplomatik dan perdagangan.

Akhir sekali, pada bahagian peleraian, tanduk kepimpinan seorang pemuda yang
berpelajaran mengubah takdir kampung tersebut. Arman membawa pelbagai perubahan
dengan melengkapkan pelbagai kemudahan seperti penganjuran tusyen percuma kepada
anak-anak kampung tersebut. Pengajuran sukaneka untuk semua di kampung bersama-
sama Abang Kasmuri merupakan peristiwa penting dalam bahagian peleraian yang
mengakhiri cerita dengan gembira. Cerpen yang bertemakan corak kepimpinan seorang
pemimpin yang gigih menunjukkan penyusunan plot yang menarik dari mula ke akhir.

Dirangkaikan kepada fokus sampingan pula, teknik plot adalah cara atau kaedah
seseorang penulis menyusun peristiwa dalam karya prosa mereka. Susunan ini akan
menentukan bahawa plot sesebuah cerita mengikut kronologi atau tidak. Terdapat empat
teknik plot yang biasa digunakan oleh penulis. Ringkas kata, teknik   plot   ialah   cara  
pengarang   mengembangkan plot ceritanya supaya menarik. Teknik plot pertama yang
dimanifestasikan dalam cerpen ‘Kontang-kanting’ ialah teknik dialog. Didapati teknik ini
digunakan sepanjang urutan cerita khususnya dalam beberapa peristiwa penting dalam
cerita. Tamsilannya,dialog “Hari lusa kita adakan gotong-royong bersihkan masjid sehari,”
merupakan dialog yang disampaikan oleh Tok Ketua, Wak Sanaji kepada Abang Kasmuri.
Peristiwa gotong-royong ini dianggap sebagai satu peritiswa penting dalam cerita pada
bahagian perkembangan cerita.

Teknik plot lain yang diterapkan dapat dianalisis dalam cerpen ini ialah teknik
saspens yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan
pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya. Merujuk kepada analisis yang
dibuat berdasarkan cerpen ini teknik saspens digunakan oleh penulis ketika pengumuman
Tok Ketua baharu di balai raya kampung. Para penduduk kampung dan juga para pembaca
cerita turut beria-ria untuk melihat ketua yang bakal memimpin kampung mereka.
Sementelahan itu, teknik imbas muka turut diaplikasikan dalam cerpen ini. Imbas muka
merupakan cara pengarang memberikan bayangan  awal atau ramalan tentang sesuatu
peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan. Imbas

RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN


18 AFZAN
GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU BMM316
3

muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan
berlaku. Dalam cerpen ini, kehadiran Arman sebagai Tok Ketua baharu memberi satu
gambaran awal tentang cara kepimpinannya. ‘Seperti diduga seperti dijangka, orang mula
bawa cerita.Perihal Tok Ketua jadi bahannya, ada yang baik, ada yang cerca,’ merupakan
antara baris yang menerangkan penggunaan teknik ini dalam cerita.

4.4 Rumusan Keseluruhan

Kesimpulannya, penetapan fokus utama dan fokus sampingan sememangnya perlu


dipilih dan ditetapkan oleh guru setelah mengambil kira aspek tahap penguasaan murid
dalam bahasa.Kunci kejayaan pengajaran Bahasa Melayu bukan hanya terletak pada
kecanggihan kurikulum atau kelengkapan kemudahan di sekolah. Namun ia terletak kepada
kredibiliti guru dalam mengatur dan memanfaatkan bahan pengajaran di bilik darjah. Begitu
halnya dalam penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa memerlukan
kekreatifan guru dalam mengolah bahan-bahan tersebut mengikut kesesuaian dan
keperluan murid-murid di bilik darjah. Akhirnya, untuk memupuk minat murid terhadap karya
sastera aktiviti berterusan juga perlu diusahakan bukan sahaja di bilik darjah, malahan
aktiviti susulan di luar darjah seperti, pihak sekolah mengadakan pertandingan
mendeklamasikan sajak, berbalas pantun, berpidato dan peraduan berbahas. Dengan yang
demikian khazanah kesusasteraan kita akan sentiasa disanjung dan menjadi kebanggaan
oleh generasi masa kini.

4.5 BIBLIOGRAFI

Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud (2001). Integrasi Media; Pengajaran Bahasa

dan Sastera. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Subang Jaya

RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN


19 AFZAN
GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU BMM316
3

Che Zainon Omar et.all (2005), Modul Pengajaran dan Pembelajaran Komsas

Tingkatan 4-5, Kuala Lumpur: DBP

Harun Mat Piah et al. (2006). Kesusasteraan Melayu Tradisional . Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Standard Kurikulum Seni Bahasa dalam

Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Bahagian Perkembangan: Putrajaya

Nik Safiah Karim, Arbak Othman (2005). Kamus Komprehensif Bahasa Melayu.

Shah Alam. Fajar Bakti Sdn Bhd.

Roslinah binti Raya (2008). Jurnal Pendidikan ; CERPEN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN

BAHASA MELAYU, Universiti Brunei Darussalam

Rozaiman Makmun. (2007). BAHTERA: Bahan Sastera dalam Pengajaran Bahasa.

Bandar Seri Begawan. Universiti Brunei Darussalam

https://ms.wikipedia.org/wiki/Genre

[atas talian : 10 SEPTEMBER 2017]

http://nizamdungun.blogspot.my/2016/01/kewajaran-penggunaan-bahan-sastera.html
[atas talian : 09 SEPTEMBER 2017]

RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN


20 AFZAN
GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU BMM316
3

http://mimbarkata.blogspot.my/2013/07/memanfaatkan-sastera-dalam-abad-ke-21.html
[atas talian : 09 SEPTEMBER 2017]

6.0 TUGASAN 3 : PEMBENTANGAN KUMPULAN

Skrip Persembahan Syair ‘Derhaka Si Tanggang’

RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN


21 AFZAN
GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU BMM316
3

(Irama Siti Zawwiyah)

Tersebut kisah hikayat lama,


Kisah seorang anak  derhaka,
Kepada kedua ibu dan bapa,
Sentiasa diingat janganlah lupa. Suatu hari tidak diduga,
Nakhoda kapal turun ke muara,,
Nekadnya Tanggang berjumpa Nakhoda,
Agar diterima bekerja dengannya.
Kisahnya bermula satu keluarga,
Seorang ibu bernama Daruma,
Talang pula nama suaminya,
Hidup bahagia sepanjang masa. Gembiranya Tanggang tidak terkira,
Nakhoda terus terima dirinya,
Semakin teguh impian di dada,
Mencari kemewahan yang diidamkannya.
Gembira dihati tidak terkira,
Saat yang dinanti telah pun tiba,
Sekian menanti sembilan purnama,
Mendapat anak lelaki yang pertama. Pulang Si Tanggang dengan gembira,
Meminta izin dari keluarganya,
Terkejutnya mereka tidak terkira,
Anak yang diharap kan pergi jua...
Nama Si Tanggang telah diberi,
Kepada anak yang sangat disayangi,
Siang dan malam sentiasa diuliti,
Tidak mahu berenggang walau seinci. Daruma menangis sangatlah hiba,
Sambil memeluk anak kesayangannya,
Berjanjilah si Tanggang kepada ibunya,
Akan kembali ke tanah tumpah darahnya.
Besarlah sudah anak teruna,
Suka bermain tepi muara,
Melihat kapal di depan mata,
Tersimpan impian di dalam dada.

Hidup di kampung tiada cabaran,


Teringin juga merasa kemewahan,
Setiap hari melayan keinginan,
Apakan daya tiada kesudahan.
RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN
22 AFZAN
GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU BMM316
3

6.0 LAMPIRAN

RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN


23 AFZAN

You might also like