Assignment Kesat

You might also like

Download as odt, pdf, or txt
Download as odt, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SINOPSIS CERITA BUKIT KEPONG

Filem Bukit Kepong merupakan sebuah filem aksi/patriotik yang diarahkan oleh Jins Shamsudin
dan dibintangi oleh dirinya sendiri, A. Rahim dan Hussein Abu Hassan. Filem ini berdasarkan kisah
sebenar Serangan komunis di Bukit Kepong. Filem ini memenangi lapan anugerah dalam Festival
Filem Malaysia ke-3, temasuk Filem Terbaik.[1] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada
tahun 1981. Filem ini merupakan filem termahal dalam dekad 80-an dengan kos pembuatan
sebanyak RM 1.3 Juta.

Balai Polis Bukit Kepong terletak lebih kurang 37 batu dari Bandar Muar dan hanya dapat
dihubungi dengan bot melalui jalan sungai. Balai polis ini mempunyai kekuatan anggota seramai 18
orang dan dibantu oleh lima orang Auxiliary Police (AP). Tarikh 23 Februari 1950 merupakan hari
kedua Tahun Baru Cina.

Pengganas komunis telah merancang untuk menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Ini dilakukan
bertujuan untuk menaikkan semula semangat mereka yang sudah luntur akibat kekalahan demi
kekalahan yang mereka alami dalam pertempuran.

Mereka mensasarkan Balai Polis Bukit Kepong kerana menyangka akan memperoleh kemenangan
yang mudah. Balai ini terletak jauh di pedalaman dan sukar mendapat bantuan sekiranya di serang.

Tambahan pula, pengganas komunis baru sahaja mengalami kekalahan teruk di Labis yang telah
mengakibatkan kematian 25 orang pengganas komunis dan mencederakan 17 yang lain.

Serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong telah dilakukan pada awal pagi. Pengganas komunis
yang dianggarkan seramai 180 orang telah mengepung dan melancarkan serangan terhadap balai.

Pengganas komunis yang semakin tertekan telah menggunakan taktik kotor dengan membunuh
wanita-wanita serta kanak-kanak.

“Berpantang ajal sebelum maut,” itulah kata-kata azimat yang telah dilaungkan oleh Sjn. Jamil,
Ketua Polis Balai kepada kesemua anggotanya bagi menaikkan semangat mereka.

Sewaktu bertahan di dalam kubu, Sjn. Jamil cuba mengenal pasti anggota-angotanya yang
terkorban. Dengan tak semena-mena peluru musuh berjaya mengenai sasaran dan Sjn. Jamil rebah
di perut kubu. Pihak polis telah berjuang habis-habisan demi mempertahankan balai serta keluarga.
Isteri-isteri turut mengangkat senjata berganding bahu membalas serangan musuh. Namun satu
persatu anggota polis gugur di tempat kejadian.

Pengganas komunis akhirnya berjaya masuk dan melontarkan bom-bom tangan di sekitar balai.
Anggota polis yang cedera semakin lemah. Dalam kepayahan, mereka berjaya keluar dari kubu dan
bergerak perlahan-lahan bimbang dikesan musuh.

Pertempuran ini telah mengorbankan 25 nyawa terdiri daripada 14 orang anggota polis, lima
anggota Auxiliary Police (AP), dua orang isteri, dua orang kanak-kanak serta dua orang kampung.
Manakala empat orang anggota telah mendapat cedera parah.

Pengganas komunis telah membakar balai polis, berek polis serta anggota-anggota polis yang
terkorban.
REFLEKSI BUKIT KEPONG

Pengajaran yang terdapat dari peristiwa Bukit Kepong ialah kita mestilah mempunyai semangat
juang dan keberanian yang tinggi.Anggota polis serta warga Bukit Kepong bertempur mati matian
walaupun terpaksa berdepan dengan bilangan musuh yang ramai.Kita haruslah bersifat
setiakawan.Sebagai contoh keserasian yang wujud antara mereka telah melambatkan kemenangan
komunis.Malah pihak komunis juga gagal memperoleh kemenangan komunis.Malah pihak komunis
juga gagal memperoleh kemenangan mutlak kerana banyak juga antara pengganas tersebut
yang tercedera dan terkorban.Janganlah sesekali kita memperdagangkan tanah air kita untuk
kepentingan peribadi. Perbuatan Madera dan Kandar yang telah memperdagangkan tanah air kita
kepada pengganas komunis semata- semata untuk memperoleh kepentingan peribadi adalah suatu
perbuatan yang tidak bermoral.

Kita mestilah menyuntik semangat nasionalisme yang tinggi ke dalam diri kita.Warga Bukit Kepong
dan anggota polis memiliki semangat nasionalisme yang tinggi sehingga sanggup mengetepikan
kepentingan peribadi.S emangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita
pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-
masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain.
Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk
mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata.

Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan
hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika
sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.Misalnya iktibar dari peristiwa Bukit Kepong juga
banyak yang boleh kita pelajari dan dapat memupuk semangat patriotisme dalam diri.

Sungguhpun dengan kekuatan anggota yang sedikit serta keupayaan senjata yang terbatas, pasukan
polis yang diketuai oleh Sarjan Jamil Mohd. Shah enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru
oleh komunis agar mereka mengalah sementara sekumpulan penduduk kampung yang lengkap
bersenjatakan raifal dan shotgun turut digerakkan dari Kampong Jawa di bawah pimpinan Penghulu
Ali Mustaffa untuk memberi bantuan.
Dalam detik terakhir pertempuran menyayat hati itu, komunis membakar berek kelamin dan balai
polis selain melepaskan tembakan mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar
itu.
Melihat kemusnahan balai polis itu menyebabkan penduduk Kampung Durian Chondong di sebelah
barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.
Hanya selepas lima jam bertempur, baharu pihak komunis berjaya menawan dan membakar balai
polis itu sebelum berundur ke dalam hutan dengan meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian.
Tragedi Balai Polis Bukit Kepong telah meragut 25 nyawa termasuk 14 anggota polis termasuk
Sarjan Jamil, empat pengawal kampung, tiga polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud iaitu anggota
polis yang terselamat dan tiga anak mereka sementara mereka yang terselamat pertempuran maut
itu adalah empat anggota polis dan sembilan ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.-
23/2/2015

You might also like