Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

UICL2302 : THINKING OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

SECTION: 12

BAB 10 : MENGINSANKAN SAINS DAN TEKNOLOGI


Isi penting yang saya pelajari di dalam topik ini :-
1. Maksud Memanusiakan Teknologi
a) Membudayakan sains dan teknologi kerana ramai menggangap sains itu
merupakan satu ilmu yang sukar.
2. Matlamat Memanusiakan Teknologi
a) Untuk persepsi manusia yang menganggap sains itu sukar kepada mudah.
b) Menjadikan sains sebahagian dalam kehidupan manusia.
c) Meningkatkan penghayatan dalam bidang sains dan teknologi.
d) Meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan rakyat.
e) Meningkatkan kemahiran sains dan teknologi, kejuruteraan dan matematik
(STEM).
3. Cabaran Memanusiakan Teknologi
a) Saintis perlu sentiasa dilengkapi dengan fahaman bahawa R&D mesti
bermotifkan MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi).
b) R&D mempunyai sifat kemanusiaan dan boleh dimanfaatkan kepada rakyat.
4. Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara
a) Tema : Memanfaatkan sains, teknologi dan inovasi untuk transformasi
sosio-ekonomi dan pertumbuhan eksklusif.
b) Latar Belakang
i. Menyelaras semua kerja STI.
ii. STI sebagai dasar utama kerajaan disamping RMKe-11, GTP dab ETP.
iii. Perlu dihayati oleh setiap warga kementerian.
c) Visi
i. Sebuah negara maju sains bagi transformasi sosio-ekonomi dan
pertumbuhan inklusif.
d) Misi
i. Memaju dan mengarusperdanakan STI di semua sektor peringkat dan
dalam semua sektor.
5. Pelan MOSTI 2016-2020
a) Dasar perancangan lima tahun yang menggariskan hala tuju MOSTI dalam
menyokong dasar utama Kerajaan termasuk DSTIN.
b) Tujuan
i. Sentiasa berada pada landasan yang betul dalam menjadikan STI sebagai
peneraju dalam pembangunan dan kemajuan negara.
c) Fungsi dan Peranan
i. Penggubalan dasar negara untuk pembangunan STI.
ii. Penggalakan secara berterusan ke arah penyelidikan dan pembangunan
dalam bidang STI.
iii. Menggalakkan pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan
iv. Penggubalan, pemantauan dan penyelarasan pelaksanaan Dasar
Bioteknologi Negara.
v. Menggalakkan kefahaman, kesedaran dan penghayatan terhadap STI
vi. Urus setia bagi Majlis Sains Negara (NSC).
vii. Urus setia bagi Majlis Inovasi Negara (NIC).
viii. Urus setia bagi Majlis Sains dan Penyelidikan Kebangsaan (MSPK).
ix. Menjalankan perkhidmatan sainstifik dan analitikal dalam bidang-bidang
Perkidmatan Sains Analisis, Perkhidmatan Sains Forensik DNA dan
Jaminan Kualiti.
d) 6 Teras Strategik
i. Strategi 1 : Memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan sainstifik,
sosial dan pengkomersialan (RD&C).
ii. Strategi 2 : Membangun, memupuk dan menggilap bakat.
iii. Strategi 3 : Menggiat dan mencergaskan industri.
iv. Strategi 4 : Transformasi tadbir urus sains, teknologi dan industri.
v. Strategi 5 : Menggalakkan dan memupuk kesedaran STI.
vi. Strategi 6 : Mengukuhkan hubungan strategik antarabangsa.
e) Kepentingan dan Keperluan Dasar STI
i. Telah nerjaya mencapai banyak kemajuan
ii. Malaysia menjadi salah satu daripada 15 negara yang berdaya saing di
dunia.
iii. Mempunyai hasrat untuk menjadi 10 negara yang paling berdaya saing
di peringkat global.
iv. Dasar STI diperlukan untuk merancang strategi pembangunan negara.
f) Komitmen Negara dalam Memajukan STI
i. 1986-1989 ; Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Sains dan Teknologi
pertama.
ii. 1990-2001 : Pembangunan Industri Teknologi : Pelan Tindakan
Kebangsaan.
iii. 2002-2010 : Dasar Sains dan Teknologi ke-2 dan Pelan Tindakan.
iv. 2010-2015 : Pelan Strategi MOSTI.
v. 2016-2020 : Penambahbaikan Pelan Strategi MOSTI.

Uji Kefahaman
1. Apakah yang anda faham tentang konsep menginsankan sains dan teknologi.
Salah satu usaha kerajaan dalam mengubah pemikiran rakyat untuk beranggapan
bahawa sains itu merupakan perkara yang mudah serta untuk menerapkan ilmu
sains di dalam kehidupan seharian dikalangan rakyat Malaysia.
2. Nyatakan 3 perkara penting dalam Dasar Sains, Teknologi, dan Inovasi Negara.
i. Membentuk masyarakat yang stabil, aman, makmur, bersatu padu dan
berdaya tahan.
ii. Memperkasakan pendidikan dan penyelidikan dalam bidang berkaitan STI.
iii. Memastikan STI sentiasa berada pada landasan yang betul dalam menjadikan
STI sebagai peneraju dalam pembangunan dan kemajuan negara.

You might also like