Professional Documents
Culture Documents
TUGASAN
TUGASAN
Kandungan
1.0 Pengenalan…………………………………………………………..2
3.0 Rumusan……………………………………………………………..7
2
1.0 PENGENALAN
Sistem pendidikan Malaysia amat sinonim dengan peranan seorang guru bagi
menggerakkan kontigensi Pelan Pembangunan Pendidikan. Guru merupakan
tunjang kepada sistem pendidikan. Guru adalah pelaksana segala dasar dan
matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Guru menjadi teras
dalam menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan. Pendidikan
pula merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain. Oleh itu, tidak
dinafikan dalam memperkatakan tentang kepentingan pendidikan, maka guru
memainkan peranan utama untuk meyalurkan ilmu dan kemahiran tersebut dalam
pendidikan formal. Menurut laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025, gelombang pertama (2013-2015) memberi fokus kepada meningkatkan
standard profesionalisme guru.
Guru juga merupakan sumber untuk membina daya pemikiran yang analitikal,
kritikal dan kreatif bagi membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri
dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka selaras dengan hala tuju
sistem pendidikan. Hala tuju pendidikan negara yang telah dirangka oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan satu matlamat iaitu untuk
menjadikan pendidikan di Malaysia sebagai pendidikan bertaraf dunia. Mampukah
para guru bergerak ke arah menjadikan sistem pendidikan di negara ini sebagai
pendidikan bertaraf dunia? Sebenarnya perkara ini bukanlah mustahil untuk dicapai
jika guru-guru mempunyai kakitangan yang kompeten dan komited terhadap
profesionnya.
3
Beare (2001) mengenal pasti kompetensi minimum bagi guru terhadap lima
komponen yang sepatutnya kompeten. Lima komponen itu ialah kurikulum,
pedagogi, penilaian, sumbangan kepada sekolah dan sumbangan kepada profesion.
Selain itu, faktor yang mendorong ketidaksediaan ini adalah berasaskan kepada
kekurangan pengetahuan mengenai bagaimana elemen KBAT ini dapat diaplikasikan
di dalam PdP. Rantaian daripada kekurangan pengetahuan dan ketidaksediaan ini
menyebabkan pengajaran guru didapati kurang menggarap, menghayati dan
mengamalkan konsep kemahiran berfikir untuk disampaikan kepada pelajar (Halim,
2013). Seharusnya seorang guru perlu mempunyai penghayatan, keupayaan untuk
mengamalkan dan kemampuan mengaplikasikan dengan setiap ilmu yang
diketahuinya terutamanya menerusi konteks PdP (Kamarul Azmi & Ab. Halim; 2012).
Walaupun ramai guru yang telah bersedia dengan perubahan penggunaan komputer
di dalam pengajaran tetapi masih ada guru yang lebih selesa menggunakan kaedah
konvensional kerana mereka berpendapat kaedah tersebut relevan dengan sistem
peperiksaan. Dengan sikap sebegini adalah sukar bagi perubahan dilakukan dengan
berkesan. Terdapat guru yang mengalami kerisauan untuk menghadapai perubahan.
Terdapat tiga jenis kerisauan yang dihadapai oleh guru-guru dalam penggunaan
komputer iaitu risau sekiranya peralatan yang digunakan akan rosak, risau kerana
merasakan mereka tidak berupaya mempelajari teknologi tinggi yang canggih dan
risau sekiranya disuruh oleh pihak sekolah untuk melakukan semua kerja kerana
mahir dalam penggunaan komputer.
5
Selain itu, guru kurang kemahiran dalam komputer dan pengetahuan penggunaan
komputer dalam PdP menyebabkan guru tidak dapat melaksanakan PdP
menggunakan teknologi. Proses pengajaran berbantukan ICT menuntut guru
berkemahiran dalam membina persembahan dan mengintegrasikan multimedia
sekurang-kurangnya menggunakan power point dengan input-input seperti rakaman
suara, memasukan video, grafik dan bunyi mengikut kreativiti guru. Oleh sebab tidak
semua bahan pengajaran tersedia untuk digunakan terus, maka guru dikehendaki
menyediakan bahan pengajaran yang lebih menarik, tetapi keinginan guru untuk
menambahbaikan bahan PdP hanya tinggal sebagai kemahuan sahaja kerana guru-
guru kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan menggunakan komputer
dalam PdP. Tambahan lagi, penggunaan komputer oleh guru adalah pada tahap
yang minima sahaja iaitu sekali sekala dalam masa sebulan. Selain daripada itu,
guru-guru kerap menggunakan hanya satu program sahaja iaitu pemprosesan
perkataan. Guru-guru jarang menggunakan pangkalan data, persembahan
mutimedia, persembahan grafik, dan laman web dalam pengajaran.
Justeru, kurikulum pendidikan guru perlu sentiasa ditambah baik dengan memberi
perhatian terhadap kompetensi guru pelatih untuk menguasai ilmu dan kemahiran ini.
Pelbagai latihan yang menggabungkan antara teknologi dan kaedah pengajaran
sedia perlu diberi perhatian khusus. Perkembangan baik adalah apabila ramai guru
didapati bertindak positif dalam meningkatkan ilmu serta kemahiran mereka terhadap
aspek ini menerusi penglibatan aktif mereka dalam pelbagai program Latihan Dalam
Perkhidmatan (LADAP).
Kata Mahdzir Khalid ketika menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2017 kepada
warga pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, “Selaras dengan
usaha membangunkan murid secara holistik, Kementerian Pendidikan telah
melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang memberi penekanan
6
Hal ini kerana, kata Mahdzir Khalid pentaksiran yang mengukur murid bersandarkan
kepada keputusan peperiksaan semata-mata sebenarnya tidak begitu tepat kerana
pengukuran daripada aspek jasmani, emosi dan rohani juga akan menyumbang
kepada kejayaan seseorang. “Negara Malaysia mahu hasilkan sistem pendidikan
negara yang menyeluruh dan dapat mencambah pemikiran murid. Oleh itu, kita telah
melaksanakan PBS dengan empat komponen utama iaitu Pentaksiran Sekolah (PS),
Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3),” kata Mahdzir.
Kompetensi guru diuji apabila ketidaksungguhan guru ketika menaksir. Perkara ini
telah dibincangkan dalam kajian Tan (2010) di mana kurang pemantauan akan
menjadikan guru tidak bersungguh dan leka dalam melakukan pentaksiran.
Oleh itu guru perlu dipantau dengan menggunakan satu piawai atau standard
pentaksiran yang sah dan sesuai digunakan terhadap murid. Manakala kajian Chan
(2009) mendapati 25% guru mengatakan tiada pemantauan dari pihak pentadbir dan
tiada kerjasama dengan guru senior dan pihak pentadbir juga tak hiraukan
pelaksanaan PBS mereka hanya mahukan keputusan sahaja. Perkara ini berlaku
juga disebabkan pemarkahan yang telahditetapkan oleh pihak sekolah menyebabkan
7
guru menaksir sambil lewa. Tidak bersungguh-sungguh kerana rasa tidak puas hati
menyebabkan pemarkahan tidak telus.
Baru-baru ini Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) membuatkan guru yang mengajar
tingkatan tiga lebih terkesan dengan bebanan kerja. Ini adalah kerana mereka perlu
mengajar, menaksir dan memberi skor kepada pelajar. Sebelum ini Penilaian
Menengah Rendah (PMR) yang dijalankan guru hanya mengajar dan guru luar
terlibat dalam penandaan kertas jawapan dan memberimarkah kepada pelajar.
Bebanan semakin bertambah apabila guru memegang jawatan-jawatan penting di
sekolah yang memaksa guru keluar sekolah untuk berkursus atau terpaksa memberi
tumpuan lebih untuk menjalankan tugasan-tugasan penting. Secara tidak langsung,
guru tertinggal banyak masa untuk mengajar dan mentaksir pelajar. Acara atau
aktiviti di sekolah juga sedikit sebanyak mengganggu sesi PdP guru dalam
melaksanakan PBS.
3.0 RUMUSAN