Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SEMESTER 2

BLHW 2772 - PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

ETIKA DI DALAM KALANGAN NELAYAN

NAMA NO.
MATRIK
MOHD NUR IMAN BIN MOHD SOFI B091910280

MUHAMAD AIMRAN BIN ROSLAN B091910148

MUHAMMAD QAYYUM BIN MOHD FUAD B091910259

MUHAMMAD ANAS FARID BIN MASRI B091910344

MELINA LOISHEL A/P JOSEPH B091910048

CHU YI ZHUAN B091910278

NAMA PENSYARAH

DR. MUHD AKMAL NOOR BIN RAJIKON


ISI KANDUNGAN MUKA
KANDUNGAN SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 3

3.0 SOROTAN LITERATUR 4

4.0 KAEDAH PENYELIDIKAN 5

5.0 PENEMUAN DAN PERBINCANGAN HASIL KAJIAN 6

6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN 17

7.0 RUJUKAN 19

8.0 LAMPIRAN 20

ii
1.0 PENGENALAN

Nelayan merujuk kepada mereka yang mencari pendapatan dengan menangkap


ikan atau hidupan laut termasuk siput dan rumpair laut. Pendapatan mereka dari aktiviti
menangkap ikan adalah lebih banyak dari aktiviti lain.Terdapat beberapa istilah
berkaitan dengan nelayan iaitu tekong,awak-awak,peraih dan tauke.Tekong merujuk
kepada ketua membawa perahu.Awak-awak merujuk kepada para pekerja dalam
perahu.Peraih merujuk kepada pembeli ikan di jeti dan menjual ke tempat lain.Selepas
nelayan mendapat hasil lautan dan nelayan akan menjual pada peraih untuk dijualkan
pada tempat yang lain.Tauke pula merujuk kepada pemilik perahu dan pukat.

Di Malaysia, nelayan di bahagi kepada dua kategori iaitu nelayan pantai dan
nelayan laut dalam.Perbezaan kategori ini terletak pada jenis alat tangkapan dan jarak
jauh kawasan tangkapan mereka dari pantai.Di negara-negara membangun seperti di
Asia Tenggara atau di Afrika, masih banyak nelayan yang menggunakan peralatan yang
sederhana dalam menangkap ikan.Nelayan di negara-negara maju seperti Jepun
biasanya menggunakan peralatan moden dan kapal yang besar yang dilengkapi
teknologi canggih.

Persatuan nelayan adalah sebuah badan telah ditubuhkan untuk menjaga


kebajikan nelayan iaitu Persatuan Nelayan (PN). Badan ini bersikap bebas kerana
dipimpin oleh barisan pemimpin nelayan yang dilantik oleh nelayan sendiri melalui
Mesyuarat Agong Tahunan.Terdapat tiga jenis persatuan nelayan iaitu persatuan
nelayan kawasan,persatuan nelayan negeri dan persatuan nelayan kebangsaan. Bagi
memastikan persatuan nelayan berjalan mengikut landasan yang betul, kerajaan telah
melantik agensi Kerajaan iaitu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sebagai
pendaftar persatuan nelayan.

1
Perikan di Malaysia adalah kaya dengan ikan kerana Malaysia di kelilingi oleh
laut yang cetek.Nelayan adalah pekerjaan yang penting bagi penduduk di kawasan
pantai.Nelayan berkemahiran kerana ia merupakan pekerjaan tradisi.Sumber protein
yang murah dan mudah didapati daripada hidupan laut. Hasil tangkapan yang cukup
dapat memenuhi keperluan tempatan.Malaysia juga mengeksport udang ke Singapura
Negeri Thai, United Kingdom dan Jepun.Perikanan di Malaysia dimajukan lagi melalui
LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) dan FAMA melalui pasaran.Terdapat
beberapa kepentingan perikanan iaitu sumber protein yang murah dan mudah
didapati.Peluang pekerjaan sambilan yang dapat menambah pendapatan.Peluang
pekerjaan kepada penduduk tempatan seperti nelayan, membuat bot, jala, pukat, alat
menangkap dan memproses ikan.Negara kita juga dapat mengurangkan jumlah ikan
yang terpaksa diimport.Ikan dan udang menjadi sumber pendapatan negara kerana ia
dieksport ke Singapura, Jepun, United Kingdom dan Negeri Thai.

2
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini menggariskan tiga objektif seperti yang ditunjukkan dibawah.

1. Untuk mengenalpasti identiti dan bentuk sosial yang diamalkan oleh masyarakat

nelayan dalam kehidupan harian mereka.

2. Untuk mengetahui tahap kehidupan dan bentuk penglibatan dalam komuniti nelayan

di sekitar tempat tinggal.

3. Untuk menilai cabaran dan manfaat yang diperolehi oleh masyarakat nelayan dengan

persekitaran hidup mereka.

3
3.0 SOROTAN LITERATUR

Ekologi Politik Nelayan menceritakan tentang masyarakat-masyarkat nelayan

setaraf dengan kajian tentang etika nelayan. Ini bertujuan, untuk mengetahui lebih

lanjut tentang kehidupan seharian masyarakat nelayan. Ini juga, dapat mengubah aspek

pandangan masyarakat kita tentang nelayan. Di dalam buku ini, juga ada menceritakan

tentang bagaimana jual beli diantara nelayan dan masyarakat dijalankan. Buku ini juga

banyak menyentuh tentang dunia nelayan dan juga tentang perikanan.

Seterusnya, buku ini ada juga mengatakan tentang revolusi nelayan pada masa

kini, dimana nelayan-nelayan kecil banyak ditindas dan hasil laut mereka berkurang

kerana nelayan yang mengunakan kapal lebih besar mempunyai kelebihan untuk

mengaut hasil laut yang banyak. Disini, mereka ada juga menceritakan tentang hak

kuota nelayan.

Akhir sekali, buku ini ada juga menyentuh tentang kemiskinan nelayan, dimana

mereka ada yang tidak dapat untuk mengaut hasil untuk dijual.

4
4.0 KAEDAH PENYELIDIKAN

Penyelidikan didefinisikan sebagai usaha-usaha bagi mencari jawapan kepada

soalan-soalan khusus yang dikemukakan berkenaan sesuatu masalah. Selain itu

penyelidikan yang dijalankan adalah untuk mencari fakta atau kebenaran mengenai

sesuatu perkara. Penyelidikan juga sistematik kerana ia mengikut langkah tertentu yang

logik susunannya. Laporan kajian kami berdasarkan etika dalam kalangan nelayan dan

kaedah penyelidikan yang dibuat adalah menggunakan borang kaji selidik.

Kami mengumpul data secara tersusun dan terkawal supaya kajian kami

terhadap etika dalam kalangan nelayan dapat tercapai. Sebelum borang kaji selidik ini

dibuat, kami memahami masalah yang hendak dikaji dan mengenalpasti bidang

pengetahuan berkaitan nelayan. Melalui borang kaji selidik ini juga kami dapat

mempelajari lebih mendalam tentang kehidupan seharian seorang nelayan.

Kajian mengenai nelayan dan kerjaya mereka masih kurang mendapat perhatian

khusus di kalangan masyarakat majmuk. Kaedah penyelidikan menggunakan borang

kaji selidik ini akan meluaskan lagi skop penyelidikan dan meningkatkan aliran

pemikiran sains sosial mengenai isu-isu pembangunan desa di kalangan nelayan. Dari

segi ilmiah, hasil kajian yang kami jalankan diharap dapat menambah maklumat dan

pengetahuan tentang etika dalam kalangan nelayan. Kajian ini juga berfaedah kepada

kajian-kajian lain di masa akan datang khususnya dari segi penggunaan pendekatan,

metodologi kajian dan konsep kajian yang baru.

5
5.0 PENEMUAN DAN PERBINCANGAN HASIL KAJIAN

Pengenalan

Bab ini menumpukan perhatian kepada hasil dapatan kajian yang dijalankan.

Analisis dan interpretasi data dikemukakan untuk menjawab soalan-soalan. Populasi

terdiri daripada lelaki dan wanita.

Pada permulaannya, pengkaji mendapatkan frekuensi dan peratusan bagi

tujuan melengkapkan demografi responden. Pengkaji juga mendapatkan kiraan

frekuensi dan peratusan untuk pembolehubah-pembolehubah sepertijantina, umur,

bangsa, perkerjaan dan tahap pendidikan.

Analisis kajian merupakan bahagian penting untuk melaksanakan kajian yang

terbaik dan objektif kajian dapat dicapai. Ia kebanyakannya akan fokus kepada

bahagian demografi dan soalan yang berkaitan objektif kajian. Segala maklumat yang

berkaitan dikumpul bagi mengenalpasti keperluan yang diperlukan oleh penganalisis.

Proses ini akan menentukan hasil dapatan kajian yang telah dianalisis. Rekabentuk dan

analisis kajian adalah asas bagi memastikan responden faham mengenai kajian yang

dijalankan.

6
Taburan Responden Berdasarkan Demografi

(Bahagian A)

TABURAN RESPONDEN BERDASARKAN JANTINA

Jantina Bilangan

Lelaki 29

Perempuan 21

Jumlah 50

Jadual 5.1.1

Rajah1: Bilangan Responden


Berdasarkan Jantina

Carta Pai 5.1.1

Berdasarkan Carta Pai 5.1.1, bilangan responden yang menjawab borang

soal selidik Etika antara nelayan dan masyarakat daripada kelompok lelaki adalah

lebih ramai daripada perempuan. Responden lelaki berjumlah 29 orang. Manakala

responden perempuan berjumlah 21orang.


7
TABURAN RESPONDEN BERDASARKAN UMUR

UMUR BILANGAN
18 tahun - 25 tahun 23
26 tahun - 35 tahun 14
36 tahun - 45 tahun 3
46 tahun - 55 tahun 8
JUMLAH 50
Jadual 5.1.2

Rajah 2: Bilangan Responden Berdasarkan Umur

Carta Pai 5.1.2

Berdasarkan Carta Pai 5.1.2, bilangan responden yang berumur diantara 18

tahun hingga 25 tahun ialah seramai 23 orang. Seterusnya bilangan responden yang

berumur diantara 26 tahun hingga 35 tahun ialah seramai 14 orang sahaja. Bagi

bilangan responden yang r e n d a h a d a l a h berumur diantara 36 tahun hingga 45

tahun dan 46 tahun hingga 55 tahun iaitu 3 dan 8 responden.

8
TABURAN RESPONDEN BERDASARKAN BANGSA

BANGSA BILANGAN
MELAYU 37
CINA 8
INDIA 5
LAIN-LAIN 0
JUMLAH 50

Jadual 5.1.3

Rajah 3: Bilangan Responden Berdasarkan Bangsa

Carta Pai 5.1.3

Berdasarkan Carta Pai 5.1.3, bilangan responden yang berbangsa Melayu ialah

seramai 37 orang. Seterusnya bilangan responden yang berbangsa Cina ialah seramai

5 orang sahaja. Bagi bilangan responden yang berbangsa India ialah 8 orang. Tiada

responden yang disoal selidik berbangsa selain daripada Melayu,Cina dan India.

9
TABURAN RESPONDEN BERDASARKAN PEKERJAAN

PEKERJAAN BILANGAN
PELAJAR 25
KERJA KERAJAAN 12
KERJA SWASTA 13
JUMLAH 50

Jadual 5.1.4

Rajah 4: Bilangan Responden Berdasarkan Pekerjaan

Carta Pai 5.1.4

Berdasarkan Carta Pai 5.1.4, bilangan responden yang sebagai pelajar ialah

seramai 25 orang. Seterusnya bilangan responden yang kerja kerajaan ialah seramai

12 orang sahaja. Bagi bilangan responden yang kerja swasta ialah 13 orang.

10
TABURAN RESPONDEN BERDASARKAN TAHAP PENDIDIKAN

TAHAP PENDIDIKAN BILANGAN


SPM 13
DIPLOMA 17
IJAZAH SARJANA MUDA 15
IJAZAH SARJANA 5
PHD 0
JUMLAH 50
Jadual 5.1.5

Rajah 5: Bilangan Responden Berdasarkan


Tahap Pendidikan

Carta Pai 5.1.5

Berdasarkan Carta Pai 5.1.5, bilangan responden berdasarkan tahap

pendidikan yang sehingga SPM ialah seramai13 orang. Seterusnya bilangan

responden tahap pendidikan yang sehingga Diploma ialah seramai 17 orang sahaja.

Selain itu, bilangan responden tahap pendidikan yang sehingga Ijazah Sarjana

Muda ialah seramai 15 orang sahaja T a m b a h a n p u l a , bilangan responden tahap

pendidikan yang sehingga Ijazah Sarjana ialah seramai 5 orang sahaja . Bagi

bilangan responden tahap pendidikan yang PHD ialah 0 orang

11
(Bahagian B)

1. Adakah diantara ahli keluarga anda bekerja sebagai nelayan?

Jawapan BILANGAN
YA 14
TIDAK 36
JUMLAH 50

Jadual 5.1.6

Rajah 6: Bilangan Responden Berdasarkan Jawapan


Ya/Tidak

Carta Pai 5.1.6

Berdasarkan C a r t a P a i 5 . 1 . 6 , bilangan responden yang menjawab

soalan 1 daripada menjawab tidak adalah lebih ramai daripada menjawab ya.

Responden menjawab ya berjumlah 14 orang. Manakala responden menjawab tidak

berjumlah 36 orang.

12
TABURAN RESPONDEN BERDASARKAN SOALAN BERSKALA (2-5)

Rajah 7: Bilangan Responden Berdasarkan Soalan 2

Graf Bar 5.1.1

Berdasarkan Graf Bar 5.1.1, secara puratanya, responden amat bersetuju pada

pendapat bahawa hubungan baik antara masyarakat dengan nelayan dalam keadaan

yang baik. Seramai 15 orang responden lagi sangat bersetuju bahawa hubungan baik

antara masyarakat dengan nelayan dalam keadaan yang baik. Malahan, hanya segelintir

sahaja berpendapat bahawa tidak setuju hubungan baik antara masyarakat dengan

nelayan dalam keadaan yang baik seramai 6 orang sahaja.

13
Rajah 8: Bilangan Responden Berdasarkan Soalan 3

Graf Bar 5.1.2

Soalan 3 yang menyatakan adakah hubungan nelayan dengan peniaga berada

pada tahap baik. Bilangan responden m a j o r i t i yang bersetuju ialah seramai 29

orang daripada 50 orang responden yang disoal selidik. Seramai 6 orang lagi tidak

bersetuju bahawa hubungan nelayan dengan peniaga berada pada tahap baik. Ini

menunjukkan bahawasanya nelayan mesti mempunyai kerjasama yang baik dengan

peniaga komersial untuk menjual hasil laut yang menjadi sebagai punca utama

pendapatan mereka.

14
Rajah 9: Bilangan Responden Berdasarkan Soalan 4

Graf Bar 5.1.3

Berdasarkan Soalan 4, mempunyai dua jawapan nilai responden yang sama iaitu

19 orang responden yang tidak bersetuju dan setuju dengan kenyataan bahawa ekonomi

dan perbelanjaan seorang yang bekerja sebagai nelayan mencukupi untuk kehidupan

dirinya bak kata pepatah kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Walaubagaimana pun, seramai 3 orang responden sangat setuju dengan kenyataan

tersebut. Bilanga dua jawapan majoriti yang sama nilai ini menunjukkan bahawa

sebahagaian nelayan mempunyai masalah kewangang atas dasar faktor cuaca dan

kekurang hasil laut yang menjadi punca sukar untuk mendapat pendapatan yang tetap.

15
Rajah 10: Bilangan Responden Berdasarkan Soalan 5

Graf Bar 5.1.4

Soalan 5 yang menyatakan bahawa implikasi dari aktiviti nelayan membawa

kesan kepada kurangnya masa bersama keluarga mendapat bersetuju dan tidak bersetuju

yang tinggi dalam kalangan responden. 16 orang responden bersetuju dan tidak

bersetuju manakala 12 orang responden lagi sangat tidak bersetuju serta 6 orang lagi

sangat setuju dengan kenyataan yang diberikan. Bilangan ini menggambarkan ramai

aktiviti nelayan kadangkala mempunyai masa sibuk mencari hasil laut menyebabkan

kurangnya masa bersama dengan keluarga tersayang.

16
6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Secara rumusan daripada kajian ini, kita dapat tahu bahawa terdapat banyak

cabaran dan asam garam dalam kehidupan nelayan. Paling utama yang patut dihadapi

oleh nelayan ialah kesukaran untuk menampung perbelanjaan harian. Hal ini demikian

kerana hasil pendapatan mereka bergantung kepada jumlah tangkapan diperoleh

nelayan jadi mereka terpaksa melakukan kerja sampingan seperti mengutip tin besi

untuk dijual, bekerja sebagai pekerja restoran, dan sebagainya. Mereka juga akan

mengalami kesukaran memiliki aset. Pekerjaan nelayan ini tidak dapat mampu membeli

kenderaan dan rumah. Mereka hanya mempunyai motosikal untuk menunggang ke

kerja. Tidak ramai dalam komuniti nelayan mempunyai kereta ataupun van.

Pendapatan nelayan juga tidak dapat menampung pendidikan anak-anak mereka

atas faktor kemiskinan. Ini terjadi anak-anak tidak dapat menyambung pengajian ke

alma mater hanya sampai peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah. Anak-anak

juga terjebak dalam penagihan dadah kerana kurang didikan moral sejak sekolah. Bila

anak-anak nelayan tidak dapat sambung belajar ke alma mater untuk mendapatkan kerja

yang bagus dengan gaji yang lumayan, mereka terpaksa menjadi pengedaran dadah

kerana kerja ini juga mampu mendapat gaji lumayan juga. Oleh yang demikian, dapat

digambarkan bahawa realiti kehidupan komuniti nelayan di Tanjung Dawai tidaklah

seindah yang disangka. Keadaan hidup miskin telah memaksa mereka yang mempunyai

bilangan isi rumah yang tinggi dan berpendapatan rendah melakukan pekerjaan

sampingan bagi menjana kewangan untuk menampung kos sara hidup yang semakin

meningkat.

17
Kehidupan nelayan boleh mengubah dengan banyak cadangan atau idea supaya

mereka tidak perlu berasa beban dengan ekonomi keluarga mereka termasuk anak-anak

yang mempunyai impian besar untuk menyambung pengajian di alma mater, mendapat

kerja yang bagus untuk menolong keluarga mereka yang tersayang. Antara

cadangannya ialah, pemuda yang berpendidikan yang mengambil jurusan perikanan

perlu melahirkan rasa minat untuk memajukan kehidupan nelayan dengan membina

pusat perikanan untuk memelihara dan menjual. Nelayan juga akan mendapat gaji yang

bagus kerana pihak tersebut tahu bahawa menangkap ikan bukanlah senang.

Seterusnya, kerajaan seharusnya menyediakan bantuan sara hidup kepada nelayan

kerana mereka juga dalam golongan petani. Tamsilnya, Skim Bantuan Bencana dan

Kebajikan Nelayan LKIM telah menyediakan RM204 ribu untuk bantuan sara hidup

nelayan dan juga insurans jumlah premium RM 221,150.

Akhir sekali, kerajaan harus mengambil berat terhadap anak-anak nelayan yang

hamper tercicir dalam pelajaran akar umbi daripada kemiskinan keluarga nelayan

tersebut. Mereka sepatutnya menawarkan biasiswa untuk meneruskan pengajian.

Mereka harus memikirkan bahawa anak-anak nelayan mempunyai impian besar dan

mereka sepatutnya tidak membiarkan impiannya musnah begitu sahaja.

18
7.0 RUJUKAN

(2015). Retrieved from Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia: https://www.lkim.gov.my/


Ekologi Politik Nelayan. (May 2009). In A. Satria. Yogyakarta: PT LKiS Printing Cemerlang.
Kusnadi, D. (July 2002). Konflik Sosial Nelayan. Yogyakarta: LKiS Yogyakarta.
Nelayan. (2016, February). Retrieved from Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Nelayan
Ramli, M. W. (February 2019). Cabaran Hidup Miskin Dalam Kalangan Komuniti Nelayan Di Tanjung
Dawai, Kedah. 14.
Student, U. T. (2011). Retrieved from Nelayan Dasar Laut Web site:
http://nelayandasarlaut.blogspot.com/p/pengenalan.html

19
8.0 LAMPIRAN

20
21
22
23

You might also like