Penemuan Dan Perbincangan Hasil Kajian

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PENEMUAN DAN PERBINCANGAN HASIL KAJIAN

Pengenalan

Bab ini menumpukan perhatian kepada hasil dapatan kajian yang

dijalankan. Analisis dan interpretasi data dikemukakan untuk menjawab

soalan-soalan. Populasi terdiri daripada lelaki dan wanita.

Pada permulaannya, pengkaji mendapatkan frekuensi dan peratusan

bagi tujuan melengkapkan demografi responden. Pengkaji juga mendapatkan

kiraan frekuensi dan peratusan untuk pembolehubah-pembolehubah seperti

jantina, bangsa, dan jurusan diploma.

Analisis kajian merupakan bahagian penting untuk melaksanakan

kajian yang terbaik dan objektif kajian dapat dicapai. Ia kebanyakannya akan

fokus kepada bahagian demografi dan soalan yang berkaitan objektif kajian.

Segala maklumat yang berkaitan dikumpul bagi mengenalpasti keperluan

yang diperlukan oleh penganalisis. Proses ini akan menentukan hasil dapatan

kajian yang telah dianalisis. Rekabentuk dan analisis kajian adalah asas bagi

memastikan responden faham mengenai kajian yang dijalankan.


Taburan Responden Berdasarkan Demografi

(BAHAGIAN A)

TABURAN RESPONDEN BERDASARKAN JANTINA


JANTINA BILANGAN
LELAKI 61
PEREMPUAN 39
JUMLAH 100
Jadual 1

Rajah 1: Bilangan Responden Berdasarkan

Jantina

70
60
50
40
30 Bilangan
20 Responden
10
0

Lelaki Perempuan

Rajah 1
Berdasarkan Rajah 1,bilangan responden yang menjawab borang soal
selidik Robot Peneraju Masa Depan daripada kelompok perempuan adalah lebih
ramai daripada lelaki. Responden lelaki berjumlah 61 orang. Manakala responden
perempuan berjumlah 39 orang.
TABURAN RESPONDEN BERDASARKAN BANGSA
BANGSA BILANGAN
MELAYU 70
CINA 18
INDIA 12
LAIN-LAIN 0
JUMLAH 100
Jadual 2

Rajah 3 : Bilangan Responden Berdasarkan

Bangsa
70
60
50
40
Bilangan
30
20 Responden
10
0

Melayu Cina India Lain-lain

Rajah 2

Berdasarkan Rajah 2,bilangan responden yang berbangsa Melayu ialah


seramai 70 orang. Seterusnya bilangan responden yang berbangsa Cina ialah
seramai 18 orang sahaja. Bagi bilangan responden yang berbangsa India ialah 12
orang. Tiada responden yang disoal selidik berbangsa selain daripada Melayu,Cina
dan India.
TABURAN RESPONDEN BERDASARKAN FAKULTI
FAKULTI BILANGAN
FKE 21
FKM 18
FKP 22
FTMK 22
FKEKK 17
JUMLAH 100
Jadual 3

Rajah 4 : Bilangan Responden Berdasarkan

Fakulti

25

20

15
Bilangan
10 Responden

0
FKE FKM FKP FTMK FKEKK

Rajah 3

Berdasar Rajah 3,bilangan responden daripada Fakulti Kejuruteraan


Elektrik ialah seramai 21 orang. Bilangan responden daripada Fakulti Kejuruteraan
Mekanikal ialah seramai 18. Bagi bilangan responden daripada Fakulti Kejuruteraan
Pembuatan dan Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi pula adalah sama, iaitu
22 orang. Manakala responden daripada Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan
Komputer ialah 17 orang.
Taburan Responden Berdasarkan Soalan

(BAHAGIAN B)

KEPERLUAN ROBOT KEPADA MANUSIA

BILANGAN RESPONDEN
BI SOALAN S S T ST
L. S 29 42 S 28 S 1
1. Keperluan robot untuk melakukan kerja-kerja berat
2. sahaja.
Keperluan robot juga untuk memudahkan aktiviti-aktiviti 33 51 14 2
harian manusia.
3. Robot lebih banyak digunakan sebagai keperluan
berbanding kemewahan di negara-negara maju. 36 3 2 2
4. Penciptaan robot menjadi keperluan penting di masa 7 5
hadapan. 3 5 1 4
0 4 2
5. Robot futuristik sangat diperlukan di masa hadapan. 4 3 1 8
0 8 4

Jadual 4
60

50
54
51
42 38
40
40 33 36 37
30 29 28 30
25
20
14 14
12
10 4 8
1 2 2
0
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5
Bilangan Responden SS S TS STS

Rajah 4
Berdasarkan Rajah 4, secara puratanya, responden amat memahami
kepentingan penciptaan robot sebagai keperluan yang penting di masa hadapan.
Bilangan responden pada Soalan 1 pada Bahagian B menunjukkan seramai 71
orang responden bersetuju dengan kenyataan di mana,robot hanya diperlukan untuk
melakukan kerja-kerja berat sahaja. Seramai 29 orang responden lagi tidak
bersetuju bahawa robot hanya diperlukan untuk tujuan tersebut. Kesedaran tentang
tujuan lain robot dicipta masih belum tercapai dalam kalangan masyarakat sekitar
Melaka.
Soalan 2 yang menyatakan keperluan robot untuk memudahkan kerja-kerja
harian manusia. Bilangan responden yang bersetuju ialah seramai 84 orang
daripada 100 orang responden yang disoal selidik. Seramai 16 orang lagi tidak
bersetuju bahawa robot memudahkan kerja-kerja harian mereka. Ini menunjukkan
bahawasanya manusia masih belum perlu bergantung kepada robot untuk
membantu mereka melakukan aktiviti harian.
Berdasarkan Soalan 3, hanya 27 orang responden yang tidak bersetuju dengan
kenyataan bahawa negara-negara maju lebih tertumpu untuk menggunakan robot
sebagai keperluan berbanding untuk kemewahan. Seramai 73 orang responden
bersetuju dengan kenyataan tersebut. Bilangan besar ini menunjukkan bahawa
manusia kini lebih terdedah kepada informasi-informasi dan perkembangan robot.
Penciptaan robot menjadi keperluan di masa hadapan. Majoriti responden
bersetuju dengan kenyataan tersebut iaitu seramai 84 orang menyatakan ia adalah
satu keperluan. Seramai 16 orang responden lagi tidak bersetuju. Kefahaman
sebenar tentang kepentingan robot masih belum disebarkan secara menyeluruh
dalam kalangan masyarakat kita.
Soalan 5 yang menyatakan bahawa robot futuristik diperlukan di masa hadapan
mendapat persetujuan yang tinggi dalam kalangan responden. 78 orang responden
bersetuju manakala 22 orang responden lagi tidak bersetuju dengan kenyataan yang
diberikan. Bilangan ini menggambarkan ramai di antara masyarakat kini menyedari
keperluan robot futuristik di masa hadapan.

You might also like